CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2015

Mencari suatu kepastian..

Assalamualaikum.. Hai dearies..

Hari ni kita ingin mencari suatu kepastian.. Apakah isu yang aku nak ketengahkan ni..??
First of all, ada posted yang aku upload dalam FB berapa minggu lepas, "Kalau aku boleh undurkan masa, aku pilih untuk tak mengenali dua orang hamba Allah ini..". Macam sedihkan bunyi posted tu. Actually tak jugak sebab perasaan yang utama yang ada dalam posted tu ialah cemburu dan marah..

Kali ini bukan aku nak ceritakan kisah marah or cemburu aku.. Tapi ada kisah benar yang sering terjadi dalam kehidupan kita ni.. Sama ada terjadi dalam hidup kita sendiri ataupun kita nampak drama tu berlaku depan mata kasar kita ni. Errrmmm..~ Susah sebenarnya kehidupan kita ni kat dunia.. Tiada yang senang.. Kalau ada pun tipulah.. Mana ada yang senang??? Sedangkan Rasulullah pun diuji oleh Allah SWT.. Cuma yang perlu ada dalam diri kita ialah iman dan kesabaran.. Kalau takda sifat2 macam ni, silap hari bulan semua orang bunuh diri jaa..

Perkara ni terjadi especially dalam rumah tangga.. Tak semua rumah tangga yang didirikan menjadi a.k.a bahagia.. Melainkan dengan niat yang betul dan lurus.. Macam mana tu?? Berkahwin kerana Allah Ta'ala.. Itu niat yang sepatutnya yang kita kena ingat dalam minda kita dan simpan dalam hati kita.. Bukan aku tak pernah nampak perkara macam ni.. Dan jugak pernah diceritakan pada aku dalam minggu ni jugak.. Alhamdulillah, aku masih ingat, masih fresh cerita tu.. Sebab tu topik post kali ni mencari suatu kepastian..
Kita nak yang mana??? Yang menhancurkan kehidupan ataupun kita nak selamatkan kehidupan kita?? PASTIKAN apa yang kita nak tu yang boleh MEMBAHAGIAKAN kita suatu hari nanti.. Bukan yang membuatkan kita MENYESAL kelak.. Wallahu'alam.. Memang Allah mengetahui segalanya, tapi kita yang harus pilih jalan mana yang kita nak dan selamat.. Semuanya kena berbalik pada Dia sebab tu "Wallahu'alam".

Contoh, sebelum bernikah, semuanya manis belaka.. semuanya indah belaka.. tiada belang yang ditunjukkan.. selalunya, ayat ni diguna pakai oleh perempuan pada lelaki laa.. Tapi ada jugak zaman sekarang sikit sebanyak ada pada perempuan.. JANGAN BERPURA-PURA..!! Itu yang penting dalam setiap hubungan, setiap perkenalan, setiap jalinan.. Cara kita bertoleransi dengan individu yang lain kena jugak kita nilaikan sendiri.. Ok ka, tak ok ka.. Perbaiki sendiri apa yang tak kena dan kekalkan kalau perubahan kita tu positif dan diterima pakai.. Perubahan.. KEKALKAN MOMENTUM perubahan tu sendiri, set diminda untuk kebaikkan diri sendiri dan masa depan.. Terutamanya penerimaan orang lain terhadap kita.. Pasangan suami isteri yang selalu bertelagah, mungkin masa JIWA REMAJA mereka, kebanyakan yang dipamerkan itu semua tipu belaka, lakonan.. Bila dah berumah tangga, lain pula jadinyaa.. Allahurabbi.. Ini bukan kisah hidup aku.. Tapi terjadi di depan mata aku.. Selalunya aku jadikan ikhtibar dalam setiap langkah kehidupan aku.. Mungkin dengan apa yang terjadi selama ini, dugaan Allah.. Kadang kala kita tak teringat pasal DUGAAN itu.
Ingat, JANGAN BERPURA-PURA, KEKALKAN MOMENTUM SEMASA JIWA REMAJA DAN INGATKAN DUGAAN ALLAH YANG SEDANG MENGUJI KITA..

Kalau aku boleh undurkan masa, aku teringin sangat untuk tak mengenali dengan lelaki dan perempuan ni.. Tapi bukan suami aku dan kawan rapat aku.. Bukan..!!! Heheheh.. Nama patut dirahsiakan, tapi bagi yang mengetahui cerita ini dengan detail, diorang memahami.. (^^.)"
Lagi satu tips, kalau masih teringatkan seseorang yang pernah sakitkan hati kita, or orang yang pernah kita sayang tapi tak dapat nak lupakan jugak.. 2F : Forgive and Forget.. Macam aku sendiri aku dah maafkan dah lupakan (walaupun agak susah nak lupakan sesuatu), aku just follow blog/ instagram/ fb diorang.. lama kelamaan akan hilang sedikit demi sedikit perasaan marah dan benci kita tu pada orang tu. InsyaAllah.. Cubalah.. (^^,)" Ok dearies, see you soon.. (anak dah merengek sebenarnya.. hehehe..!)

Monday, November 24, 2014

Addin Ahmad Thaqif Bin Aizat Nazarry

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama aku menyepi dari blog ni. Entah apa dah jadi, blog orang lain dah maju ke depan dengan macam2 cerita.Aku masih maintained dengan cerita lapuk ku dalam blog ni. Tapi hari ni walaupun dah dua minggu cerita berlalu, baru ada masa aku nak update cerita ni.. Jeng3...!!!!~








ALHAMDULILLAH.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dari hidup berdua dengan Aizat Nazarry Rosli, kini kami sudah melengkapi kehidupan kami dengan kehadiran orang ketiga. Ceritanya.. Aku selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.2kg, ketinggiannya 48cm, dilahirkan pada pukul 6.30pm, bersamaan dengan 18 Muharam 1436 hijrah. Kalau ikut Lunar Calendar, Thaqif lahir pada 11 November 2014. Syukur.. Segala proses melahirkan Thaqif berjalan dengan lancar, walaupun sakit meneran, kena potong, bius bagai, tetap aku bersyukur dengan kurniaan Allah ni kepada kami. Alhamdulillah.. Itu saja yang mampu aku ucapkan selepas Dr. Quah sambut dia keluar.. Entah berapa kali aku ucapkan "Alhamdulillah" tu. Aku lahirkan Thaqif di Lam Wah Ee Hospital, admitted Isnin malam pukul 10.00pm dan kemudian bermalam di sana. Keesokan hari, 11 November 2014, pukul 10.30am aku ditolak ke Labour Room. Aku ingatkan labour room tu mengerikan, rupanya tidak. (>.<)" Memang merupakan pengalaman yang paling menarik dalam hidup. Labour room memang lain dari OT yang pernah aku masuk sebelum ni. Selama lapan jam aku bertarung nyawa dengan sakit pinggang yang amat sangat. Sakit yang lain dari lain, tapi Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku bertahan sampai pintu terbuka seluas 10cm. Alhamdulillah, Thaqif membantu saat2 akhir tu. Aku dapat rasakan kepala dia menolak turun semasa aku mengiring ke kiri atau kanan. Semasa dalam labour room tu, perut ni akan dipasangkan dengan alat pengesan jantung bayi, untuk kesan dan pastikan jantung bayi sentiasa berdenyut dan tak berhenti secara tiba2. Tapi, dengan sakit yang teramat sangat aku tak dapat nak bertahan dengan berbaring terlentang. Jadi, mengiring adalah jalan terbaik dan akan mempercepatkan proses kelahiran.

"Ahmad Thaqif... Ahmad Thaqif... Ahmad Thaqif..." ayat pertama yang aku sebutkan setelah dia keluar ke dunia. Nama yang dipilih untuk dia semasa dia masih dalam kandungan seusia 6 bulan lagi. Addin Ahmad Thaqif diberi nama dan didaftarkan sejurus dia keluar dari hospital setelah 3 hari 3 malam berkampung di sana. Rupanya comel, orangnya sihat, sifatnya Alhamdulillah sempurna. Tapi, kuat melalak..!!! Hehehehehe..!!! Mungkin masih baru dan aku masih dalam seisi perkenalan dengan anak aku ni. (^.^)"
Alhamdulillah, Thaqif baru usia sehari tapi dia murah rezeki.. Sumbangan dari office mate aku mencecah ribu. aku bersyukur sangat dan berterima kasih pada yang memberi sumbangan ikhlas. :) Bukan nak berlagak, sepanjang aku mengandungkan Thaqif, setiap hari Khamis & Jumaat mesti ada saja rezeki yang aku dapat tak kiralah walaupun ianya hanya makanan. Tapi sedap2 pulak tu aku dapat makan. Ada sehari tu Big Boss dari Singapore datang melawat E2 Power, tiba2 aku teringinkan satay. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat, Boss belanja makan satay ayam seorang lima cucuk. Dan Kak Norsiah, rakan semeja aku, dia hulurkan satay dia. Suruh aku makan sebab aku berbadan dua. Alhamdulillah, aku dapat jugak lepaskan mengidam aku nak makan satay. Itulah rezeki Ahmad Thaqif semasa aku mengandungkan dia.

Sekarang, Ahmad Thaqif dah masuk 13 hari. Ibu dan ayah doakan Thaqif membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Taat pada agama seperti nama yang diberikan pada kamu, taat pada ajaran yang diberikan pada kamu.. Semoga Allah melindungi Addin Ahmad Thaqif ibu dan ayah ni selamanya sehingga ke Jannah Allah. Amin.. (^o^)"

Wednesday, April 11, 2012

Dalam diam, tanpa aku sedar..

MasyaAllah..!!!! Apa semua ni..???

Dalam diam aku tak sedar yang macam2 dah berlaku.. Bukan apa.. Aku cuma terkedu masa "kawan lama" aku called sejurus selapas waktu kerja aku.. Alhamdulillah.. Ianya perkhabaran baik.. :)
Aku tak sedar yang aku ada kawan yang namanya biarlah rahsia.. Agak lama kami terputus hubungan.. Ada antara mereka aku jumpa dalam mall2 berdekatan.. Itupun kalau aku masih ingat raut wajah dan masih ingat nama. :D
Aku cuma diberitahu untuk "Approved" nick name dia di Facebook.. Dan hari ini aku telah lakukan perkara sedemikian.. Memang ternyata lain dan hampir2 tak mengenali watak luarannya.. Berbeza dari 10 tahun yang lepas masa last time aku jumpa dia.. Memang berbeza sangat.. Maklum laaa pria berstatus married ni, mestilah berubah skit appearance dia.. :)
Ada pulak dia katakan yang dia masih simpan barang2 yang aku bagi.. Buku2 sekolah yang aku bagi untuk form 1 dulu.. Mungkin masa tu agak susah skit nak cari buku teks sebab stock susah dapat.. Ada gambar... And aku pelik jugak macam mana kami boleh bergambar..
Tapi paling best bila aku terkenang balik kisah2 zaman kanak2 kami.. memang lawak..!!! :D:D:D:D Aku pun tak tau nk bercerita macam mana.. Mungkin kena privacy skit dalam blog.. Takut2 ada perkara yang tak diundang berlaku.. :|

Let actions takes the priority.. :) Thank you my friend..

Friday, January 07, 2011

Kawanku Ali Imran.. :)

Assalamualaikum..

Hampa ada kawan2 tak???? Mesti la ada kan.. And ada antara kawan2 hampa tu mesti segelintir dari mereka yang dianggap kawan baik, rapat dan amat memahami.. Kadang kala mereka tu antara yang hampa fahami.. :)

Malam ni aku ada cerita yang nak dikongsikan dengan hampa semua.. :) Agak pahit bagi aku buat masa ni, tapi jadi kenangan manis buat selamanya selepas ini.. :):):) InsyaAllah..

Aku ada sorang kawan ni.. Walaupun kehidupan aku disekat untuk bergaul bebas dengan lelaki, aku hanya dibenarkan berkawan dengan perempuan sepanjang masa aku. Tapi aku langgar "peraturan" yang dibuat oleh seseorang.. Aku berkawan jugak.. Kerana tak merugikan aku ada kawan ramai.. Ini kisah tentang seorang kawan.. Boleh dikatakan kawan kerja, sebab dia kerap jugaklah berunding dengan kami di pejabat.. Dia menabur khidmat kat pejabat aku tu sebagai orang IT. Dia selalu kena check desktop kami dan peralatan tambahan yang digunakan untuk scan, debiting dan lain2 lagi.. Dalam pada masa yang sama, sempat jugak dia nak melawak dengan kami.. :) Pandai jaga hati kami.. :):)

Macam mana aku kenal dia??? Hehehe... Selama aku kerja kat Account Services tu, tempat aku tak pernah ada orang nak rekodkan peralatan @ perkakasan yang kami gunakan seharian.. Mungkin HQ nak pastikan tempat kami dikemaskini dengan maklumat yang diorang nak. So, suatu hari timbul la diorang ni.. IT persons for A/c Services. :) Masa tu aku hanya tau diorang ni trainer untuk company IT tu. Masa ni la aku kenal dia. :) Nama dia Ali Imran.. Tinggi lampai, besar agam orang dia.. Kalau korang nak tau. dia macam Mr. Bean yang korang duk tengok selalu kat TV tu. Muka dia lebih kurang macam tu. Cuma tinggi, botak (bukan botak sangat, cuma dia lebih suka kemas). Berkulit cerah, lemah lembut, baik hati.. :) Itu antara sifat yang aku gemar tentang diri dia.. :) Baik.. Suka senyum.. Suka lambai tangan kat aku.. :) Masuk ja pintu pejabat, kalau aku bangun and tengok kat pintu yang jauh tu, dia lambai kat aku.. :)

Kenapa aku ceritakan semua ni..??? Korang tau tak, inilah yang dikatakan kenangan. Korang pun ada kenangan.. Aku tak berapa ingat macam mana dia kami mula2 sembang dulu.. Tapi dia memang peramah, cakap lembut, baik.. :) Aku terkenang ni semua.. Sebab aku sedih sangat..!!! Aku tau aku tak dapat jumpa dia dah lepas ni.. Mahupun selamanya.. :((:((:(( Sedih.. Tapi aku perlu bersemangat, terima dugaan.. Redha dengan apa yang dah jadi.. :| Dia dah tak ada depan mata aku.. Orang yang selalu aku suka tegur, suka jadikan kawan, telah kembali ke rahmahtullah..

Aku dapat tau semua ni masa aku masuk toilet, cleaner pejabat aku ceritakan pasal dia kat aku. Padahal, dia dah takda 10 hari yang lepas. Selasa - 28.12.10, tu la tarikh yang dia dikatakan meninggal. Aku tak percaya, aku keluar toilet cepat2, aku tanya Sabrina. Sebab dia selalu kena cakap dengan Imran kalau kerja berkaitan dengan cheking komputer ni. Aku ingatkan dia nak refused atau cakap "tak tau". Tapi dia terus direct dengan aku, "Ya..!! Dia meninggal last week."

Aku terus tergamam and balik kat tempat aku.. Terus mind aku ni terpikir2kan masa aku dengan dia.

Antara kenangan yang aku ingat :

1) Sarapan - masa tu aku tak sorang2. sapa pun tak datang lagi.. so ada dia kat kastam tu. Dia antara orang yang aku kenal and selesa nak bergaul. Duduk la semeja, makan la kami. Tapi masa tu dia dah abih makan, aku baru nak makan. Tup2, dia belanja aku makan. :) rezeki aku masa tu..

2) Nak ke offfice - Masa tu aku baru sampai, naik bus.. Masa tu aku tak ingat kenapa aku kena naik bus. Peduli..!!! Masa aku sampai, dia pun baru pas parking kereta. Nak jalan ke office kami.. Dia parking area kastam masa tu. Kami jalan berdua ja.. Sembang, gelak2, then bila sampai, naik lif skali.. Tapi dia berpisah dengan aku dia pergi tingkat 2. Masa tu checking diutamakan kat tingkat 2 dulu. :)

3) Barang - Kenangan ni aku tak ingat sama ada masa tu bulan puasa or bukan. Tapi yang aku pasti, aku driving.. Aku park van aku selang sebiji kereta dari kereta dia.. Aku minta tolong or dia yang minta tolong untuk pegangkan barang. Sebabnya nak isi duit syiling kat "tabung MPPP" kot. Tak ingat.. Tapi memang ada kenangan ni.. :)

4) Stepler - "Mak cik, kami nak pinjam stepler hampa sat. Kami tak bawak alat tulis la hari ni. Boleh tak???", aku jawab, "Boleh jaa.. Kami tak kisah. Hampa ambik la, dah tak guna nanti bagi balik." Dia bawak balik rasanya stepler tu. Esok tu baru aku dapat balik.. Memang berguna untuk dia kot masa tu.. hehehe.. :) Tapi cara dia minta tu memang comel sangat.. comell.. :) "Mak cik" gelaran untuk aku, "pak cik" gelaran untuk dia.. :))

5) Lunch - Selalu kalau aku lunch, aku mesti turun dengan kak aku. Kadang kak nana ikut. Kadang tak.. :) Sampai ja kat bawah, dia selalu duduk dengan pak cik Guard. Suka sembang dengan pak cik tu.. Pak cik tu pun memang peramah.. Suka bersembang dengan kami.. :) Aku kalau nampak dia, "Pak cik, jom kita pi makan..??" Dia senyum ja kat aku, lambai2 kat aku.. :) kak awi ketawa ja.. Tapi sambil mengajak jugak.. "Haaa...Jom laa.. " :) Tiap2 kali kalau dia kena bertugas kat bank aku, memang dengan pak cik Guard tu la jadi stesen dia untuk berhenti dan sembang.. Tadi masa aku nak balik, aku jumpa pak cik jap. Dia pun kata, dia terasa dengan pemergian Imran ni.. Sebab, masa saat2 akhir dia luangkan masa dengan pak cik, dia kata nak makan lopis.. Tapi dia cari merata, tak jumpa2.. :(:( Pak cik cakap, "Takpa, esok hang mai sini. Pak cik beli.." Betul pak cik beli kat dia.. Dia dapat jugak makan.. Tercapai jugak hasrat dia.. :) Lepas tu pak cik kata, masa minggu akhir dia tu, dia mai tapi senyap jaaa.. Tak nak cakap dengan pak cik dah. :(

6) Last berbicara - Last aku sembang dengan dia masa dia naik balik kat pejabat aku, dia nak kena buat checking jugak untuk last quarter report. So, dia mai tempat aku dulu.. Selalu jadi tumpuan dia, work station aku laa.. Tak tau plak kalau2 dia ada menyinggah meja orang lain dulu. :) Masa tu, aku tnya dia, "Hampa nak check pc kami dulu ka??? Kami duk free ni.. Kalau nak, buat la sekarang.." Dia kata, "Boleh jugak, tapi kami kena isi form hampa semua dulu, satgi la kami mai tempat hampa.." :) Dia senyum.. :) Lepas selang berapa komputer dia dah checking, dia betoi mai kat meja aku.. "Mak cik, kami nak check pc hampa, boleh tak???" Aku jawab slumber, "Nah..!!" Aku senyum kat dia.. Memang dia suka panggil aku macam tu, and buat aku ketawa.. Memang suara dia lembut.. Selembut2 dia, orang suka kawan dengan dia.. Susah nak jumpa orang macam ni.. :)

Last aku nampak dia seminggu sebelum aku sakit teruk. Aku demam panas Ahad 26hb December 2010. Dalam masa minggu tu lah aku nampak dia.. Kat tempat biasa dengan posisi yang sama and sembang dengan pak cik Guard yang sama.. :) Lepas tu aku jatuh sakit, aku tak masuk office selama seminggu. Aku terus tak nampak dia dah.. :((:((

"Imran, kami rindu.. :(( Sorry for my bad.. Thank you for your lovely smile.. Thank you for your morning greet and thank you for your "Salam" towards me.. I will never forget you.. :):)"

Itulah pengalaman aku ada kawan macam dia.. Tu baru setahun lebih.. Aku tak tau plak kenangan aku dengan kawan2 yang dah berkurun kawan dengan aku.. Tapi secara jujurnya.. Aku rindu nak dengar dia panggil aku "mak cik" lagi.. Tapi aku tau, dah tak dapat. :(( Takkan dapat dah orang sama macam dia panggil aku "mak cik".. Kawan2 aku semua berbeza.. Memang semua contradict.. Masing2 tak sama.. Walaupun ada persamaan, tapi tetap tak sama.. Sebab tu aku sayang kawan2 aku. Diorang boleh buat aku matang.. Banyak pengalaman boleh dapat dari diorang. :)

"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa2 hambamu, Ali Imran, selama dia hidup dan berjasa ketika hayatnya di dunia.. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, Engkau tempatkanlah Ali Imran dikalangan orang2 yang beriman.. Amin.. :)"

Mungkin orang akan kata aku feeling lebih plak.. Tapi itulah kenyataannya.. Bukan rekaan, tapi reality. Ingat, diorang tu amanah kita.. :) Bukan anak2 dan ibu bapa saja. Tapi kawan2 jugak sama..

Thursday, January 06, 2011

Bila wujud keinsafan..


Assalamualaikum,

Subhanallah...!!! Aku rasa bersyukur sangat aku masih bernyawa sehingga malam ni.. Aku rasakan yang aku ni masih diberikan peluang untuk berjasa dan berbuat kebaikan pada sesiapa saja pun. :)

Hari ni masa aku kat office, aku teringatkan mak aku.. Hari Selasa, masa aku nak pergi kerja. Mak aku

tetiba call aku, padahal aku baru ja turun lif. Dia call semata-mata nak bagitau aku yang aku tertinggal spect aku. Aku memang rabun, tapi aku boleh nampak lagi. Cumanya mata aku ni tak balance.. Apa boleh buat, dah ketentuan macam tu. :D

Dari saat itu la aku rasakan.. Ada suatu perasaan yang menghantui aku.. Aku rasakan yang tetiba mak aku caring sangat pasal aku.. :) Alhamdulillah.. Aku sentiasa doakan yang dia akan bercakap dengan aku macam kawan aku.. Aku taklah rasa sunyi sangat walaupun tinggal sebumbung.. :) Apa yang aku nak, aku dah nampak.. Aku takkan berhenti berdoa kalau itulah yang kita perlu lakukan untuk mendapat manfaat dari Dia.

Malam ni (5.1.2011), aku keluar dengan Liyana. Yang sebenarnya.. Ada kisah sebelum aku nak jumpa dia ni.. Dari Balik lunch tadi, aku asyik teringatkan dia saja. Aku call dia.. Aku tak tau plak dia ada dengan Hafiz masa tu. Kata dia, diorang gi tukar sim card kat DIGI. Masa tu aku tnya dia, "Na, hang nak gi pasar malam dekat rumah hang tak..???". Padahal, pasar malam tu semalam. Hari Selasa.. Aku terlupa.. Then aku cakap, "Takpa la, hang settle keja hang dulu..".

Lepas tu aku terus mesej dia, cakap nak keluar dengan dia. Mesej yang aku hantar tu macam ni, "Na, aku teringin nak gi pasar malam dengan hang, nak minum2 dengan hang, nak jalan2 dengan hang.. Hang nak tak Na..???". Then dia reply mesej aku, "Aku ok ja chah, tapi kita keluar kul 8 ok?". Lebih kurang macam tu la mesej dia.. Aku tak dapat nak ingat sangat.. Aku tak tau kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia malam ni. Esok dia dah balik KL. Nak register sem baru dah.. :) Malam ni kami keluar bersama sambil bercerita. Dia cerita masalah dia.. Aku ceritakan masalah aku.. Aku mengungkit kisah lama aku.. Pasal mak aku tak beri peluang untuk aku.. Tapi mungkin ada hikmahnya.. Jadi aku biarkan cerita lama tu berlalu macam tu saja.

"Chah..!! Aku sayang hang.!!" . Aku dah bergerak nak balik dah masa tu. Selepas saja aku dengar dia kata dia sayang aku, terus aku rasa berat nak balik.. Dia dah nak balik KL. Aku menangis masa driving on the way balik.. Terharu sangat lepas aku dengar dia kata macam tu.. Susah aku nak jumpa diorang.. Lepas tu aku, along, naz and liyana, nak jumpa macam nak kena tunggu ada papa baru leh jumpa.. Aku kerja, naz kerja.. Bila diorang cuti, kami pulak kerja.. Jadi masa jadi contradict.. Takda peluang nak jumpa.. Liyana pulak kadang kalau balik cuti sem, dia cari peluang untuk kerja.. Along pulak kena tolong mak jualan.. :) Kami suma anak2 orang meniaga. :D Bestt..!!! :D Ada pengalaman masing2.. Tak susah hidup esok2 ni..

Esok, pukul 7am dia bertolak naik bus, aku berdoa agar dia selamat bertolak dan selamat sampai ke destinasi dia.. InsyaAllah sem kali ni dia akan lebih tabah dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal tiba. :) Dalam minggu ni, aku rasa dua peristiwa ni yang buat aku rasa aku sayang sangat diorang suma.. Kalau boleh, aku tak nak kehilangan sesiapa pun.. InsyaAllah..

Last aku jumpa along, masa kami gi Pesta Pulau Pinang 2010. Tu la last aku jumpa dia dengan adik. Naz plak last aku jumpa dia masa 31.12.2010. Masa tu dia ajak aku, liyana and along keluar makan. Tapi along takleh nak ikut sebab kena tolong mak macam biasa. Masa tu aku free sebab aku still on MC. Demam panas seminggu.. Adoi.. So, aku pergi amik liyana, naz dengan adik dia (aku tak ingat nama dia). Jadi kami saja yang hang out masa tu.. Lepas tu aku sentiasa dengan liyana.. Walaupun tak jumpa slalu, tapi nombor dialah yang aku sentiasa nak dail and mesej.. Aku tak tau, aku nak sangat cakap dengan dia, mesej dia.. Tengok muka dia.. Aku tak sure kenapa.. Setiap kali aku solat, apa yang aku minta semua untuk kawan2 aku.. Sahabat2 aku.. Keluarga aku.. Dan Mak Bapak aku yang selalu orang pertikaikan.. Untuk aku..??? Ermm.. InsyaAllah.. :D Apa yang aku dokan semuanya untuk kebaikan dan aku tak menanti balasan apa pun.. Cukuplah sekadar diorang merasa nikmat bahagia tu, dan aku pun turut serta gembira.. :) InsyaAllah.. Amin.. :)

Petang tadi, hati aku ni meronta2.. Hati aku kata nak jugak2 jumpa minah ni.. Mau tak mau, penat bekerja ataupun tidak.. Aku tetap nak keluar rumah dan berjumpa dengan dia.. Janji aku puas menatap dia.. Janji aku dapat bercakap dengan dia.. Dan janji aku dapat jamah makanan dengan dia.. Selalunya setiap orang nak buat macam tu dengan mak bapak diorang.. Tapi aku kali ni lain.. Suma nak dengan dia.. Bukan dengan BF aku, bukan dengan kawan aku yang lain.. Tapi tetap dia.. Kenapa eh??? Mungkin sebab dia nak balik KL dah, dan aku akan rasa sunyi kat sini.. Entah la.. Cuti sem kail ni dia banyak habiskan masa dia hang out dengan aku.. Aku appreciate sangat.. Selama 5 tahun aku kenal BF aku, kawan2 aku jadi tempat terakhir untuk aku bersua muka.. Tapi alhamdulillah, tahun ni aku dapat habiskan masa aku dengan kawan2 aku jugak.. Aku memang rindu sangat dengan diorang.. Takda sapa yang tau.. Aku memang rindu sangat2.. Sebab masa sekolah dulu, diorang ni la peneman aku. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.. Mana tak rindu kalau dah biasa bersama dari saat kita kecil sampai kita dah bekerjaya ni.. :( Sekarang ni lah masa aku nak melepaskan rindu2 tu, masa untuk aku replaced balik peluang yang aku dah lepaskan setelah sekian lama dulu.. :) Biar puas aku lepaskan apa yang aku simpan selama ni.. InsyaAllah lepas ni kalau berpeluang lagi, kita bersua lagi.. :) Amin..

Study elok2 Na, harapan mak hang tinggi.. Pedulikan apa yang dah jadi. Ada hikmahnya.. Aku dengan yang lain sentiasa akan jadi tulang belakang untuk hang.. Tempuhi dugaan dengan keredhaan ok. :) Ada baiknya kita terima Qada' dan Qadar dengan hati yang terbuka.. "Aku sayang hang jugak..!!" Ingat tak aku luahkan ayat ni masa aku nak balik tadi??? :) Remember that.. Every body loves you my dear. Hang kehilangan sorang, tapi ramai lagi yang berbalas untuk hang.. :) Take care my dear.. Assalamualaikum.. :):):)

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang.. :)

Ya Allah.. Aku bersyukur kepada-Mu..
Aku dikurniakan seorang ibu yang solehah..
Dan aku bersyukur, dia masuk sihat dan mampu berkata2..
Oleh itu Ya Allah, aku mohon agar aku sentiasa sihat..
Agar aku senantiasa dapat memenuhi kehendak dan keperluan ibuku.
Janganlah aku dijadikan sebagai seorang anak yang derhaka kepada ibu dan bapaku..
Aku mohon agar aku dijauhkan dari segala fitnah..
Agar tenang kehidupan ibuku...
Amin..~

Ni haaa....!!! Aku persembahkan...!~ Gambar Birthday Celebration mak aku yang ke 53 tahun.. (",)



Thursday, April 08, 2010

Sekolah Kebangsaan (P) Methodist

....1995, hari pertama masuk sekolah..

Masa tu, aku darjah satu.. :) Aku rasa tak seronok sebenarnya sebab mak cakap dah masuk sekolah lain.. Tak sekolah tempat lama dah.. Aku rasa sedih sebab aku sangkakan dah kehilangan kawan.. Mula2 masuk sekolah tu, langkah kaki jejak dalam kelas ja aku tengok ramai kawan2 bukan melayu.. Hanya segelintir, boleh kira melayu dalam kelas aku.. Sampai ja kat kelas 1 Biru, mak aku register nama aku dekat cikgu yang incharge.. Tetiba mata aku terpegun tengok budak perempuan ni.. Macam aku kenal.. Tapi memang kenal sangat pun.. Tu la Nadiah.. Dia kawan tadika aku.. Aku ingatkan aku dah terpisah. Tapi Alhamdulillah aku jumpa kawan aku sorang tu.. Kawan baik dari tadika Maktab Perguruan Sri Pinang. Kat Sekolah Island tu.. Tak sunyi la aku masuk Methodist Girls' School ni.. :) Sejarah hidup aku bermula..

....1996, Tahun kedua aku masuk sekolah..

Tahun ni aku still maintain in same level.. 2 Biru.. Aku tak ingat sangat dah apa yang jadi dalam kelas ni.. Walaupun aku ada Nadiah, tapi aku jenis suka bergaul. Kawan aku ramai.. Cina, hindu..
Tapi yang rapat dengan aku hindu, tu pun sorang ja.. Nadiah pun ramai kawan cina.. Dia suka bergaul dengan cina, dia suka buat lawak dari kecik lagi.. Tahun ni tak silap aku mak bapa aku kena panggil ke sekolah sebab prestasi aku low.. Aku tak tau nak komen apa untuk part ni.. :(

....1997, Tahun ketiga aku masuk sekolah..

Tahun ni agak mencabar bagi aku.. Aku dah meningkat dari setahun ke setahun lagi.. Time ni aku teringat ada sorang cikgu tu nama dia Puan Faridah.. Math aku weak masa sekolah rendah.. Tapi aku berusaha untuk improve dalam subject tu sebab tak tahan kena denda.. Tak nak mak bapa kena panggil masuk office cikgu lagi.. Masa kena denda bukan main tau..! Kena berdiri dekat meja cikgu then buat latihan depan dia.. Selamat bukan aku sorang, ada kawan2 yang lain turut sama berusaha sebab nak duduk balik.. Aku lemah tu bahagian darab dan bahagi la.. Kalau tambah budak2 mana pun pandai. Ishk.. Tahun ni jugak la mak aku kerap bawak aku outstation ke Indonesia.. Aku tak pasti untuk apa, aku malas ambik kisah. Aku kecik lagi masa tu, mak tak pantas nak tinggalkan aku untuk ke sekolah sorang2. Kakak aku berdua dah kerja.. Bapa aku pun kerja.. Tinggal la abg aku sorang yang kena ke sekolah.. Pertengahan tahun aku kena panggil dengan cikgu English aku, Puan Rani. Adoi.. Tamparan hinggap kat pipi aku.. Naya betul.. Tak sangka aku kena jumpa dia tu untuk dapat penangan dari dia. Sebab2 dia.. Aku tak siapkan kerja sekolah. Nak siapkan macam mana..????!!!!!!!!!! Dah takda sapa inform aku masa tu nak kena buat apa, buta ja aku kena. Kalau melawan lagi la teruk aku kena. Penampar sekali pun aku dah jadi biul.. Terus aku tak respect dia cikgu aku.. Geram punya pasal.. Last aku cakap kat mak aku, aku tak nak ikut outstation dah.. Aku jugak yang susah.. Errr...!!! Ingat balik sakit hati.. Panas..!!!
Tahun ni jugak aku jumpa Along and Adik.. Nadiah kenalkan sebab apa aku dah lupa la.. Kisah lama ni.. Tapi kami lain2 kelas..
Ada budak hindu ni.. Kawan rapat dengan aku.. Nama dia Dhivia. Kalau time makan kami plan nak makan apa time recess. Siap buat menu harian ni.. Tapi dah lost contact sekarang ni..

...1998, Tahun keempat aku masuk sekolah..

Sampai pada tahap tahun ke4 ni, masing2 dah kena ubah kelas ikut "kepandaian".. Heheh.. Aku kena masuk 4 Kuning.. Drop..!!! Teruk aku rasakan masa tu.. Tapi kena terima.. Ada jugak faktor2 yang buat aku drop teruk macam ni.. Tapi nak disalahkan rasa tak patut pulak. Aku yang kena gigih berusaha.. Tahun ke4 ni tak banyak yang aku ingat.. Kita ke tahun ke5 la.. :D

....1999, Tahun Kelima aku masuk sekolah..

Tahun ke5 aku satu kelas dengan Along.. Aku dah mula improve Math.. Tapi sejarah down.. Paling teruk, aku tak minat sampai sekarang.. Even dalam kolej ada subject Malaysian Studies.. Aku tetap tak meminati subjek ngokngek ni.. Malas nak pikir sejarah negara.. :D

....2000, Tahun akhir masa sekolah rendah..

Tahun akhir.. Aku bergelar senior, kelas 6 Merah. Tahun akhir ni macam2 jadi.. Kawan2 ramai yang bergaduh.. Dikatakan hari2 kerap jadi gaduh.. Bosan..~ Nasib baik aku bukan kaki gaduh macam diorang.. Kalau tak asyik kena denda ja.. Tapi kadang tu pasal diorang pulak kami2 pun terlibat sama.. Untuk redakan keadaan yang bingit.. Tambah2 Nadiah Jamaluddin.. Dia ni nakal masa zaman sekolah.. Sekarang dah anak 2.. :) Dalam kelas aku ni terdiri dari budak2 yang liar sikit.. Tapi bila time subject Agama Islam, budak2 dari kelas pandai masuk la kelas kami.. Bergabung untuk belajar agama.. Sorang Ustazah ni nama dia Syatiroh.. Unique.. Tak senang nak dapat dengar orang lain punya nama macam ni.. Dia idola dalam sekolah aku masa tahun aku la.. Mengajar kami bukan main semangat.. Suka, ceria dan tinggi orang dia.. Bila ajar kami mengaji.. Aduhai.. Merdu suara dia.. Cantik.. Putih.. Bertudung labuh.. :) Teringat dia suka panggil nama aku.. Mungkin masa tu aku sorang ja student yang nama Aishah dalam kelas tu.. Tapi nada panggilan dia tu ada idgham dia sikit.. Sebab tu sekarang ni aku guna nama dengan ejaan "AIESHAH".. Kalau dengung sikit memang itu la dia sebut2kan selalu dalam kelas. Sampai sekarang melekat sebab terbawak2 kat Ustazah sekolah menengah.. Subject lain..~ Errmmmm... Haaaa..!!! Dulu aku suka melukis.. Time kelas seni ja kena lukis ikan la.. Lukis bunga la.. Tapi cikgu aku bukan nak sekadar lukisan.. Tapi penuh dengan kreativiti masing2.. Aku dalam kelas selalu jadi penolong.. Tolong orang lukis.. Hehehehe..~ Tu la keja aku.. Tolong kawan2.. Tak kisah pun, janji sama2 siap keja.. Tapi kalau aku bebai, silap banyak la diorang datang kat aku.. Sorry.. Heeeeee...~ Aku hanya mampu ingat kenangan tu ja.. Tak banyak yang aku dapat pikirkan.. Tapi yang aku dapat rasakan.. Memang BEST gilerrrrr....!!!!! Aku suka sangat..!!! Dan kisah aku bersambung dalam cerita sekolah menengah pulak... Tata Titi Tutu...!!!!~ ~*^____________^*~