CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 12, 2008

Sahabatku..

Penting tak dia..??? Memang dia penting dalam hidup aku selama ni. Aku kenal dia dari aku kecik lagi, tapi sekarang kami dah berenggang.. Aku sedih sangat sebab selama ni dia la tempat aku nak mengadu apa-apa masalah pun. Aku sayang dia macam adik beradik aku sendiri. Tapi salah aku juga sebab suatu hari tu dia kena fire buta dengan aku. Memang aku ada janji dengan dia tapi masa tu lain, sekarang ni lain. Masa mengubah segalanya.. Bukan keadaan kita akan kekal sama ja selalu. Ada situasi yang akan mengubah kita jugak nanti. Sama ada lambat dan cepat saja. Bagi aku dia adalah punca inspirasi aku semasa aku dibangku sekolah dulu. Kami sama-sama belajar sampai la timbul keinginan aku nak belajar bersungguh-sunggguh. Memang dia la selalu encouraged aku untuk belajar. Dalam kelas aku malas nak study subjek Sejarah. Malas sangat bila subjek tu start dalam kelas. Dia la pujuk aku suruh buka buku and usaha faham dengan sejarah dunia ni. Kalau aku mengingat kisah lampau aku dengan dia memang leh buat novel dah. Tapi sekarang ni dah terlambat, pintu hati dia dah tertutup untuk aku jadi kawan dia. Bukan salah dia aku nak marah dia minggu lepas. Semua ni pasal orang lain, tapi dia kena tempias. Kesian dia, aku pujuk tapi tak makan saman. (-.-)* Aku pun salah sebab menyebelahi orang yang tak sepatutnya. Dia ni aku kenal dari aku darjah tiga, sapa tak sayang kawan. Aku ada masalah, dia tarik untuk aku cerita dengan dia sebab nak bagi aku redha sikit dengan keadaan masa tu. Aku selalu ke sekolah dengan muka masa, tapi dia dengan kawan-kawan aku yang lain la yang pandai ceriakan aku, buat aku gelak besar. Even kalau barang aku kena rampas dengan pengawas, dia la tolong settlekan. Tapi sekarang ni.. Disaat aku perlukan dia, dia dah tak terima aku lagi dah. Dia mengaku dia maafkan kesalahan aku tapi dia taknak jumpa aku dah. Salah aku ni terlalu besar bagi dia sehingga dia pun nak reject aku macam sebelum ni aku kena reject dengan orang lain. Hanya orang tertentu saja dapat paham aku, bukan semua boleh sekepala dengan aku. Bila timbul situasi macam ni, pelbagai persoalan la aku terima dari semasa ke semasa. Kawan aku yang lain banyak bertanya aku kenapa jadi macam ni. Aku nak explain pun aku tak tau macam mana. Keadaan dan situasi yang mengubah tingkah laku aku, bukan aku sendiri yang nak benda ni jadi. Kehidupan aku muram tanpa dia di sisi aku. Persahabatan aku dan dia terhenti di sini saja. Tarikh hari ni menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Akhirnya tercipta lagi sejarah hitam dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku agaknya..??? Biar Allah saja yang menentukan keadaan aku dan dia. Bila dia dah sejuk sikit, aku harap aku dapat memujuk dia. Sempena raya haji hari tu ada aku berniat nak jumpa dia kat rumah kawan aku, tapi dia yang tak nak datang. Puas aku telefon rumah dan handphone dia. Takda jawapan.. Last, aku give up, aku pasrah saja pada yang Esa. Insyaallah sejuk la hati dia untuk aku suatu hari nanti. Insyaallah.. Aku yang bersalah, aku mengaku kesalahan aku. Manusia tak semuanya sempurna dan takda manusia yang sempurna dalam dunia ni. Fikirlah dulu sebelum bertindak.. Kalau tak menyesal tak sudah macam aku ni.. Sedih babe..~