Hai... Kali ni aku rasa tak sabar plak nak update blog aku.. Tak kisah la orang nak cakap apa pun kat aku.. Tapi biarkan aku lepas apa yang aku pendam sebab sekarang ni susah sangat aku nak berjumpa dengan kawan2 aku yang paham aku.. Ok.. Mula2 aku akan bercerita apa yang aku alami sepanjang perjalanan dalam bulan May ni.. (^_^)*
Minggu pertama May:
Aku mengalami masalah keperempuanan.. Heheh
ehhe.. Sehinggakan aku takda masa sangat nak mengurus diri aku dengan betul dan sentiasa marah2 dengan apa yang tak kena. Sampai la ada satu pihak sampai pada ku, dan berjaya menenangkan aku sampai aku ketawa.. (^.^)"

Minggu kedua May:
Aku masa ni siap sedia untuk hadiri kursus Bank. Asal kena kursus ja aku jadi rimas. Tapi selamat masa ni aku ok. Tapi dalam masa yang sama aku akan menghadapi peperiksaan akhir sem. Penat wei...!!! Kemudian, masa hujung minggu yang ada kursus tu, aku rasa seronok sebab orang yang aku nak dia senyum pada setiap pagi pada ku, dia memang senyum.. Kan senyuman tu satu semangat pada kita yang lemah. (^_^)*
Kemudian, kami bersembang macam biasa. Luckily aku berjaya menawan hati dia masa kursus tu, sebab aku sorang saja yang hadiri kursus tu dari team office yang dia jaga. Aku patutnya kena kursus ni masa bulan March hari tu. Tapi kebetulan masa tu jugak aku ada Mid term Paper.. Terpaksalah aku tunda, tapi takpa. As long aku tak bersua muka dengan musuh aku tu.. Huhuhuhu... Kursus bulan May ni banyak mengajar aku untuk bersabar and mencipt
a kebolehan diri kita masa bekerja, semasa kita ada kat work station. Memang best.. Paling bestnya, kalau kita present masa buat presentation, dapat chocolate.. (^,^) "Kit Kat".. Aku present 2x so dapat la dua Ki Kat. Aku simpan, sampai masa exam kat kolej baru aku share dengan kawan. Erm..

Minggu Exam Kat Kolej..
Masa minggu exam kat kolej, aku gelabah sebab dah final paper.. Paper yang tak dapat nak diselamatkan apa2 lagi dah kalau dah menjawab.. (-.-)* Yang menggeramkan apa yang kami belasah, semua tak keluar. So, kami "bayar" ja la dengan apa yang kami belajar masa dalam kelas.. Memang kes perah hotak la masa tu.. Hahahhaha.. (^O^)*
Lepas exam, esok tu exam lagi.. Isnin Selasa exam.. Lepak dengan kawan2 sekadar nak melepaskan geram dengan kelaparan masa dalam exam masa tu. Then, masa hari kedua tu aku kena jadi "Lecturer" sementara plak. Mengajar kawan2 aku yang nak ambik paper Business Mathematic. Senang ja paper tu. Kalau paper tu ada sambungan lagi, aku ambik ja (*_*), kan nak ingat formula ja tu :D Jangan marah.. Hehheheh.. Tapi dua2 subject Math aku dah clear. So, aku ajarkan ja apa yang masih segar dalam ingatan aku ni. Ilmu, tak payah nak berkira or kedekut dengan kawan2 or saudara. Tak rugi pun kalau kita guna masa yang suntuk tu untuk mengajar sekejap. Tolong menolong sesama kita tak merugikan, malah dihargai lagi ada la.. :)
Pas tu sambung keja plak.. Adoi... (-.-)" Then hujung minggu exam yang sama pun ada paper jugak.. Dua paper.. Business System Analysis dengan Information System Within Organization. Kalau subject teori ni aku lemah sikit. Bukan apa, Panjang berjela nak kena hafal ayat2 dia tu.. Aku lebih gemar baca buku tu macam baca majalah PC ja.. Erm.. Entah apa la result nak dapat kali ni.. Huhuhuuh.. Biarkan..
Pas tu sambung keja plak.. Adoi... (-.-)" Then hujung minggu exam yang sama pun ada paper jugak.. Dua paper.. Business System Analysis dengan Information System Within Organization. Kalau subject teori ni aku lemah sikit. Bukan apa, Panjang berjela nak kena hafal ayat2 dia tu.. Aku lebih gemar baca buku tu macam baca majalah PC ja.. Erm.. Entah apa la result nak dapat kali ni.. Huhuhuuh.. Biarkan..
Minggu ketiga May:
Minggu ni aku keseorangan kembali.. Kawan aku semua busy dengan keja. Aku luangkan masa aku dengan si dia. Kadang tu aku bawa diri ke kenduri kawan2 aku.. Ada yang buat kenduri arwah ayah diorang, ada yang senang nak meluangkan masa dengan aku. Ada yang tak bekerja dan takda keja, mencari aku dan menimbulkan topik yang sesuai untuk berbual dengan aku. Ada yang bergaduh dengan girlfriend2 diorang. Bosan, sooooo.. Aku la tempat nak melepak, mengadu, nak manja.. Manja lebih2 tu takda masa la kan. Sebab aku bukan jenis nak melayan sangat. Kalau berkawan biarlah dia berkawan baik dengan aku. So, aku terus terang ja bila aku tak selesa dengan keadaan masa tu. Mesej dia yang buatkan aku tak selesa ka, percakapan dia ka, macam2 la kan.. Tak kisah, asalkan aku berterus terang, janji takda pihak yang sakit hati. Haaaaaaaa..... Lega..
Berbalik pada minggu aku hadiri kursus..
Masa dalam kelas kursus tu.. Bestnya aku dapat geng dengan kawan baik aku sendiri. Aku sendiri tak kisah la geng2 dari Loan Admin tu nak duduk semeja dengan aku or apa kan.. Aku malas nak pikirkan keburukan orang. So, bila aku ada dalam situasi macam tu, aku lebih suka anggap yang kami bersaudara. Aku nak orang kenal diri aku yang ori, bukan yang bikin2 nak jadi ori. Aku bukan sempurna nak berlakon, berlagak segak or perfect. Fuh.. Ayat.. Tapi, selamat yang duduk semeja dengan aku tu yang mengenali diri aku and diorang semuanya kelakar. Tak ambik hati sangat dengan perbuatan masing2. T
ambah2 kawan sepejabat dengan aku. Setahun setengah aku berkhidmat dengan Bank tu, dia la satu2nya kawan yang belajar untuk mengenali aku dan aku melakukan sebaliknya. Sebab aku nak kekalkan hubungan persahabatan aku dengan dia. Biarpun kami bukan dari keturunan yang sama, keturunan tu bukan penentu apa2 pada kami. Yang penting sekarang ni katanya adalah persahabatan yang tercipta tu. Itu yang penting sebab takda orang yang akan mengenali kita melainkan kita berbaik2 dan berbuat baik pada orang yang kita sayang. Hurrmmmm...

Lepas beberapa jam dan beberapa presentation dah selesai, waktu makan dah tiba... Apa lagi.. Hoorayy la kami sekelas.. (*O*)" Sebab Evergreen Hotel adalah hotel yang menyediakan makanan yang SEDAP.. Makan punya makan sampai la masuk kelas, main game plak.. Game ni yang menarik.. :D Kan dah makan, so kenalah fungsikan hotak ni sikit untuk selesaikan masalah masa main game tu. Selesaikan langkah anda dalam kotak2 yang betul. Hahahahhha... Masa tu macam2 yang ditafsirkan oleh manager2 kami.. Lawak duh..!! Sampai la dah selesai, aku dengan kawan mencuba macam nak pecah hotak, nak bising tak boleh sebab tu syarat2 dia.. tak boleh bising, tak boleh cakap, tak boleh nak pergi ke depan peserta dalam kotak tu pun untuk bagi tau jawapan kotak yang betul. Kena duduk belakang diorang.. Hahahhah.. Bila dah settle, fuhhh... Lega kawanku..
Selain dari main game, jawab soalan, buat presentation, kami diajar jugak macam mana nak kawal emosi masa dalam office. Sebab tak semua orang paham dengan perangai masing2.. Aku ingat lagi, masa tu kami kena buat test tentang diri sendiri. Aku sorang ja yang dapat result "Dominant". Orang yang macam aku ni susah nak handle dalam office. Tapi senang nak dipujuk. Susah nak berkomunikasi dengan orang yang sensitif, macam2 lagi la. Aku dah tak ingat. Buku training aku tu ada kat office. Lupa nak bawak balik rumah dah.
Tapi keseluruhan kisah kursus aku masa tu sebenarnya dia nak mengajarkan kita ni macam mana nak bekerja dalam team. Key words dia senang ja "GREAT TEAM WORK MAKES GREAT RELATIONSHIP". Kalau takda pegangan ayat ni dalam diri kita, bila2 masa nak berperang dalam office tu pun boleh. Aku ni saja malas nak berperang dengan orang dalam office, bukannya semua orang sempurna pun. So, kita hanya perlu belajar dari kesilapan dan mengubah diri kita menjadi yang terbaik di mata diorang untuk memenangi kepercayaan dari diorang utk bekalan kita masa kerja nanti.
Minggu akhir May:


