CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 09, 2009

Kali ni memang tak terkawal

Dan bila tiada lagi teman bermain, kau pulang mendapatkan aku..
Masa aku mula2 kenal kawan.. Aku akan kekal sebagai kawan.. Tapi.. Kali ni berlainan.. Bermula dengan hubungan sebagai kawan, aku rasa perasaan tu senang nak bina dan kukuh.. Bila perasaan bertukar jadi Cinta.. Harus pulak jaga dalam konteks yang lain.. Perlu ambik berat setiap titik pergerakan dalam perhubungan..
Bila aku cuba untuk berbicara.. Dan bila kau bersuara, setiaku mendengar.. Agar tenang perasaan orang keliling aku.. Aku open, tapi dalam keadaan yang senang aku boleh terima.. Bila aku cuba melupakan, janganlah berdarahkan kembali luka yang hampir sembuh.. Aku lebih selesa bila orang tegur, aku jelaskan dan orang close topic.. Aku kurang gemar nak berbicara panjang lebar, sebab aku kurang sabar dan senang melenting.. Jadi benda lain dan akan memburukkan keadaan.. Aku tau kesilapan tu tanda untuk maju kehadapan.. Tapi once aku SEDANG belajar dari kesilapan, boleh tak kalau orang di sekeliling aku bersabar kejap dan terima apa yang aku sedang lakukan..??? Memang senang untuk aku berkata2, tapi peritnya pun aku pernah harungi.. Aku tau sakitnya macam mana.. Aku cuba buang.. Tapi pelan2 la.. Aku tak berniat pun nak tipu or apa2. Tak tau la aku nak berbicara macam mana lagi.. Sebab aku sendiri tak pernah bagi peluang untuk diri aku bersuara.. Pedih kot nanti orang yang nak terima kata2.. Berdiam diri itu pendirian aku sejak aku sekolah lagi.. Biar orang blame aku, kena maki ka, apa ka.. Biarlah.. Aku rela terima apa jua kritikan. Tapi bila aku berpeluang menjelaskan, macam mana dengan tanggapan orang lain pulak..??? Ada mereka terima..??? Cakap aku sawan lagi ada la..

Cintaku.. Yang ku rasa, walau tak terucap.. Semakin dalam.. Ku ingin selalu dalam cintamu.. Yang tiada akan memisahkan.. Terbias matamu selama ini adakah dihatimu, terselit satu harapan untukku..???? Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu.. Tapi adakah dia memahami isi hati dan perasaan aku selama dia kenal aku..??? Walau aku sejujur mana sekalipun.. Adakah setiap manusia akan bersifat jujur untuk semua jenis perkara..??? Tipulah kalau ada orang yang bendul sangat nak bercerita tentang semua perkara yang dah diorang rahsiakan.. Aku bukan nak nafikan, ada perkara2 yang perlu kita rahsiakan. Ada yang perlu kita atau mereka tau.. Bukan semua.. Ada pulak yang terasa dan sakit hati nanti.. Aku kalau tak pernah nak beralih or lepaskan.. Walaupun aku terluah dan terkata nak lepas.. Tapi bukan niat aku.. Aku geram dan macam2 yang tak patut akan terkeluar dari aku.. Sedangkan keluarga aku sendiri diam dengan aku kalau aku terasa or marah.. Sebab masing2 dah pernah kena.. Bukan aku nak bersifat kurang sopan or jahat, tapi masalahnya kadang tu ada hak nak berkata2 dan bersifat kejam.. Bukan jugak aku nak tegakkan benang yang basah.

Maafkan aku bila aku tak sempurna.. Bukan semua manusia itu dilahirkan dengan kesempurnaan yang kita cari.. Aku jugak tidak pernah untuk berfikir apakah kesempurnaan yang aku mampu aku lakukan atau beri.. Mencari kesempurnaan itu jugak bukanlah satu kesilapan.. Tapi bukan pada manusia.. Setiap manusia berbeda2..Bila bahagia mulai menyentuh.. Aku rasa kehidupan aku subur, macam akan kekal lama.. Tapi, bila bermulanya satu konflik yang akan merunsingkan hati, aku tak rasa kesuburan itu masih ada lagi.. Aku pernah menyendiri, di sini ruang aku terasa sunyi.. Walaupun luaran aku ketawa, gembira.. Tapi hati aku kosong.. Bila ada kehadiran orang yang aku rasa aku boleh sayang dan go on dengan dia.. Senyuman aku mula bermakna.. Aku rasa senang untuk sukakan dan sayang dia.. Tapi perasaan tu.. Selalu disalah anggap.. Aku harus bersabar.. Bila aku kurang berbicara, aku mengharapkan orang paham kenapa aku banyak berdiam dari berkata2.. Aku takut sebenarnya.. Takut.. Aku bingung, dada aku bergetar melainkan berdepan..

Aku cuba redhakan relung dihati ini.. Setiap kali aku berfikir untuk mengelak tapi harus jugak aku berdepan dengan benda2 macam ni.. Semua ni buat aku terpuruk rasa macam nak mati.. Tapi apakan daya.. Itu semua kuasa Dia.. Bukan permainan kita.. Derita yang menjerat aku atau orang sekeliling aku, kadang tu aku terpikir jugak.. Bila agaknya akan berakhir..?? Dan memadam semua keresahan dihati kita.. Aku tak sabar menanti saat itu.. Harusnya.. Aku biarkan saja keadaan memutuskan sesuatu untuk kita.. Tapi jika tanpa tindakkan, masakan perkara yang diingini akan terjadi..??? Erm...

Hilangkan dirimu.. Derita dikalbu ku.. Aku tak sanggup menanggung keseorangan.. Puas aku menjaga suatu keadaan agar ada yang berpuas hati.. Tapi bila ada yang tak berpuas hati, aku relakan saja untuk diapa2kan.. Aku tak kisah.. Sebab aku malas nak bengang, nak tension, nak marah2.. Aku biarkan saja orang melukai aku.. Aku biarkan jugak orang berpuas hati dengan perbuatan mereka sendiri.. Aku takda niat pun nak buat apa2.. Aku hanya mampu mengharap semangat yang baru datang untuk aku hidup.. Itu ja yang memulangkan keceriaan aku..

Pernah aku terasa nak membawa perasaan yang kini suram. muram dan tenggelam itu ke titik permulaan.. Untuk kembali mencuba kali kedua.. Menggilapkan kegelapan jiwa aku.. Putihkan kembali kegelapan yang terlarut dalam diri kita.. Tenang2kan lah amarah yang ada.. Aku ni bukanlah baik mana.. Tapi takkan aku saja nak mengalah..??? Bisakah yang terpadam dinyala..??? Bisakah yang terhina dicinta..??? Walaupun aku menghimpun kekesalan diri aku.. Mampukah terbuka pintu hati untuk aku..?? Susahkan..?? Bila dah jadi konflik macam ni.. Boleh tak kalau tak membenci.. Tapi aku nak orang sayang.. Tak kira la nak sayang sapa pun.. Aku sayang mak aku ka.. Korang sayang orang yang nak disayang ka.. Tak kira la.. Sesiapa pun.. Terbuka tak kalbu yang kelam tu untuk mencurahkan kasih sayang..??? Yang dusta pulak..??? Macam mana??? Pernahkah korang fikir bila harus berdusta..??? Apakah tujuan dan kenapa harus melakukan sebegitu..??? Aku ada reason tapi kadang tu tak boleh guna pakai.. Sebabnya orang akan sentiasa pusing dan kita akan kalah.. Walaupun korang ada reason, reason tu kukuh.. Tapi mesti ada salah faham jugak dan akan disalahkan.. Manusia tak lari dari kesalahan..~

Bukankah semestinya cinta itu sendiri yang bisa buat kita bahagia..??? Tapi siapakah yang tak pernah mengerti semua itu..??? Aku tak pernah habis or settle berfikir sampai bila harus begini.. Aku sentiasa tertunggu2 saat untuk menikmati bahagia.. Tapi disebalik kehadiran kebahagiaan itu sendiri akan kita tempuhi pelbagai dugaan.. Menduga kesabaran kita mencari kesempurnaan.. Aku sendiri tak paham kenapa pertengkaran tu selalu wujud dalam kehidupan kita.. Tak kira la kita nak bergaduh dengan keluarga.. Dengan kawan.. Kawan kerja, kawan kelas or kawan tepi jalan ja.. Ucapan perpisahan sentiasa difikiran, tapi takkan semudah itu bila memang kita ikhlas dan tulus mencintai seseorang.. Aku cuba tahan lagi untuk aku jalani kehidupan yang pantas untuk aku.. Biarkan duniawi ni jadi saksi kehidupan kita.. Biar kita simpan dihati kalau rasa tak perlu untuk bersuara..

Haruskah hatiku memberi kesempatan untuk semua perkara..??? Ataupun adakah aku harus memohon untuk kesempatan itu..??? Namun mengertilah, tak semudah itu.. Melupakan apa yang telah berlaku jugak bukannya semudah tekan button DELETE.. Masa jugak bukan semudah button HOME.. Kembali pada asal bila tersesat atau tersasar dari haluan.. Aku mampu memaafkan orang.. Tapi adakah orang mampu melakukan perkara yang sama..??? Tak semua orang macam tu.. Tak semua orang boleh melupakan apa yang telah berlaku.. Tapi aku tak kisah, itu hak seseorang.. Bukan milik aku..

Yang aku tau aku dan nafasku merindui dan mencintai.. Aku lakukan sepenuh hatiku.. Siang dan malam yang berganti, sedih aku tak pernah ada ertinya.. Pada siapa lagi aku ingin bersuara..??? Aku hanya mampu berdiam diri.. Aku akan hilang arah, tersasar bila tiada kehadiran yang aku inginkan.. Aku sentiasa ada.. Tapi adakah untuk aku..?? Aku sentiasa tunggu dengan sabar, tapi ada saatnya aku memang tak sabar.. Susah nak fahami aku.. Aku mampu memberi, tapi aku tak mengharapkan balasan.. Kerana dalam kehidupan kita, mengharap tu rasanya buang masa ja kot.. Ada, ada la.. Takda, jangan berangan la.. Sabar saja yang pastinya..