Hari ni tamat sudah Final Exam aku untuk semester 8. Sepatutnya aku dah tamatkan pengajian aku aku dalam tahun ni juga. Akhirnya aku kena ambik subject lagi sebab aku budak part time. Aku takut lama2 aku tak tau nak buat apa dengan Diploma aku ni. Aku dah keja tetap, keja bank pulak tu. Bank yang terkenal, tapi orang tak perasan. Terkenal pun dekat Singapore ja la. Ermmm.. Bukan masalah ni aku nak bercerita sekarang.. Hari ni khamis yang bermakna untuk aku. Macam2 aktiviti aku buat hari ni.. Kelmarin pun ada, lagi best wei..!!!! Hehehehhe..!!~ Aku enjoy dua hari aku ni. Ada ka masa ada exam lagi aku gi melalak.. Hahahahha..!!! Lepas tu aku singgah main bowling pulak. Dah orang offer, main ja la. Aku tak kisah. Tapi the whole day kelmarin memang best sangat, aku happy ja memanjang. Susah nak tengok aku macam tu.. Sapa ada masa tu dengan aku, dia tau la aku cam mana. Aku dengan Daya kemarin, dia pun heran kenapa aku seronok.. Hehehhe.. Aku memang seronok sangat la..!! Tak terkata la seronoknya.. Heheheheh.. Aku tunaikan permintaan orang ja masa nyanyi tu. Diorang nak aku nyanyi, aku turut saja. Biarkan, aku nak hilangkan rasa nervous aku ni.. Huhuhuh.. Kenapa yer..??? Mesti la ada sebab kan..??? Biarlah rahsia.. Errrmmmm... Tu cerita kelmarin.. Kisah hari ni pulak, hari aku berlalu dengan nada turun naik pulak. Maksud aku ada time aku ok, ada time frequency aku out sikit.. Sebab utamanya aku tak boleh stop nak berfikir. Hurrrmmm... Semua manusia akan sentiasa berfikir. Otak akan berhenti berfikir pun masa tido ja. Hari ni hari aku agak stress pada mulanya sebab nak kena ingat notes yang aku ringkaskan dari minggu lepas. Tu pun dua hari lepas baru aku baca. Tapi tak masuk hotak aku ni.. Huhuuhuh.. Masa mengadap paper exam yang last tadi, aku teran hotak ni nak keluarkan jawapan yang aku hafal. Last aku rest sekejap, baru senang nak berfikir. Huhuhhu.. Lepas aku dah settle mana2 soalan yang aku tau, aku keluar ambik angin jap. Aku masuk balik bilik exam tu, check apa2 yang patut then aku dah tak larat nak berfikir. Malam pun tido lambat.. Nervous babe..!!! Sakit orat tengkuk aku ni. Huurrrmmm.. Kalau ending cerita exam aku ni dengan cara elok kan bagus.. Macam cerita "Bed time Stories" tu.. Hehehehhe.. Best cerita tu.. Apa si Steekey tu cerita, bila anak2 sedara dia sambung dia tak puas hati and dia tokok tambah lagi. Lepas tu bila benda jadi real kat dia baru dia tau, imaginasi budak2 tu kuat dan pengaruh kehidupan dia. Heheheh.. Tapi macam terhegeh2 ja adam dalam cerita tu. Masa last baru dia ok. Lawak.. Lawak sangat. Aku rasa aku la gelak kuat dalam panggung tu hari ni.. Hahahhah.. Happy ja aku masa tonton movie tu. Budak perempuan tu aku suka dia. Comel sangat, macam anak sedara aku kat KL tu. Tapi anak mat salleh ni lawa lagi, rambut panjang, cantik, mata dia cute.. Kalau la aku bercerita dengan anak2 sedara aku macam dalam cerita tu, kalau jadi benda betul kat aku, aku mesti rasa kelakar.. Impossible la benda nak jadi macam tu.. Tapi, betul2 jadi la.. Aku call Biba, kesian dia.. Aku call la, cakap apa2 dengan dia. Aku bagi tau aku tengok wayang. Then aku tanya dia pasal keja dia tu, ada orang call tak.. Dia cakap takda so dia cerita la kat aku macam mana situasi dia call orang kat tempat keja dia tanya tu, kebetulan aku seronok and terpengaruh skit cerita Bed time Stories tu, aku tokok tambah la cakap dia tadi. Lepas 20 minit macam tu dia mesej aku dia cakap orang tempat keja dia apply tu dah call dia, bagitau date dia boleh keja bila. Tapi dia kena campak so dia kena tundakan dulu. Aku suruh dia rehat and jaga diri, teruk badan dia kena campak. Lepas makan aku gelak sorang2, terasa macam cerita Bed time Stories tu jadi dekat aku pulak. Hahahahha.. Aku jadi budak2 yang suka tokok tambah cerita pak cik diorang tu and Biba pulak jadi Adam. Hehehehhe.. Kan seronok jadi macam ni.. Hahahaha..
Thursday, January 08, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)