CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Duhai Malam..~

Aku tengah tengok konsert Siti NurHaliza.. Ada antara lagu2 yang dia bawak masa konsert ni menghiris hati la pulak.. Tapi dah minat, dengar ja.. Layan.. Walaupun menghiris hati.. Erm.. Sebenarnya.. Beberapa hari ni fikiran aku masih mengelamun mengingatkan seseorang.. Memang sukar untuk meluputkan kenangan dari ingatan.. Memang susah.. Tak semudah menekan button delete kat keyboard. Tak semudah itu.. Kalau ada orang cakap senang nak melupakan sesuatu tu, aku cari dia dulu.. Sepak ja agaknya aku buat kot.. Kikiki..~

Erm.. Isabella la pulak.. Adoiyai..! (-.-)"

"Siang jadi hilang.. Ditelan kegelapan malam... Alam yang terpisah.. Melenyapkan semua kisah.."
"Akan ku bentang jalan.. andainya kau setia.."
"Lambang cinta yang lara.. Terpisah kerana, adat yang berbeza.."
"Cinta gugur bersama, daun2 kekeringan.."
"Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella.."

Hahahah.. Jiwang karat la pulak aku ni.. Adoiyai.. Takda benda lain.. Melayan perasaan ja keja aku hari ni..

Erm.. Hari ni aku bangun tido cuci baju lagi.. Kikiki..~ Then aku keluar lagi ke Tesco.. Dah 2 hari ke Tesco.. Jadi minah Tesco pulak.. Padahal takda apa2 sangat nak membelek. Bila sampai ja aku terus terpikir aku nak apa.. And untuk apa benda aku ambik tu.. Aku belanja maid aku.. Kesian anak2 dia kat kampung.. Lagipun dia dah macam kakak aku, aku tak kisah nk spend duit untuk dia.. Orang susah kita menolong.. Erm.. Then, mana lagi aku singgah erk..??? Aku pun lupa dah.. Ha..!!!! Market..!!! Heheeh.. Teringin nak masak sotong.. Selamat kawan mak aku rajin nak bawak aku jalan hari ni.. Hehehe.. Aku ajak pergi pasar kat Batu Lancang sebab kat sana ja yang aktif waktu petang.. So, bila dah sampai pasar tu, aku keliling dulu.. Aku tengok2 apa aku nak.. Tapi..!!!! GERAM aku.. setiap kali aku nak cari benda aku mesti lupa.. Nak cari benda lain aku dapatkan benda lain.. Huhuhuhuh... (-,-)" Tapi as long aku dapat sotong jadi la.. Aku beli ikan jugak, masalahnya takda selera pulak lepas beli.. So, masak sotong ja hari ni.. Huhuhuh..

Sementara tunggu waktu berbuka.. Aku luangkan masa lapang aku tu dengan menjahit manik pulak dekat baju.. Baju kawan aku.. Alhamdulillah, sempat jugak habis jahit baju dia tu.. Aku sambung pulak dengan baju aku.. Hehehe.. Berpasang2 yang menanti aku untuk dijahit tu.. Kahkahkah..!!!~ Sabar ja la aku ni.. Mak aku pun ada jugak cakap dengan aku, tapi nada dia tu sebenarnya nak buat lawak.. Hehehe.. Tapi aku tak pernah kisah pun.. Baju aku baru 1 nak siap.. Will update later.. Hehehe..

Dah malam rupanya.. Aku pun tak tido2 lagi ni.. Entah nak buat apa.. Nak mengarang tapi takda ayat yang boleh dikarang panjang.. (^.^)* Mungkin esok ada untuk aku kot.. Esok kan Hari Merdeka.. Erm.. Entah apa aku nak buat esok.. Esok punya cerita la.. Ok, Good Night and Selamat Berpuasa Every Body..

Saturday, August 29, 2009

~*A Moment To Remember..

Erm.. Kali ni macam mana aku nak kisahkan... Dikatakan dah setahun.. Tapi aku tak sure benda ni betul ke tak.. Hehehehe.. Sebab aku sendiri tak menghitung hari.. Yang aku hitung2kan pulak tak menjadi.. So, aku biarkan masa berlalu dan berlari.. (^.^)*
Erm.. Kalau dah dikatakan setahun, apa lagi yang aku nak katakan.. Bersyukur pada Allah saja aku boleh lakukan.. Tak mudah nak biarkan benda berlarutan sehingga jauh macam ni.. Bukan kawalan kita sebenarnya.. Benda ni diluar jangkaan kita.. Aku sendiri tak percaya, apatah lagi orang yang mengatakannya masih tertanya2.. Hahahaha.. Tapi bila aku diceritakan begitu, aku rasa macam seronok pulak sebab dah lama aku menghitung hari ni.. Aku.. Sebenarnya sengaja biarkan hari2 berlalu tu pergi macam tu saja.. Aku macam dah malas nak melihat hari2 yang berlalu tu dengan kenangan.. Sengaja dibiarkan kosong.. Aku tak rasa nak mengerti pun apa yang terjadi dalam hari2 yang aku lalui.. Yang aku tau hanyalah pagi bangun siap2 ke kerja kemudian cukup time balik rumah..
Baru ni aku aku ke KL lagi.. Asyik2 KL ja kan.. Takda ke tempat lain..?? Huhuhuhu.. Sana ja pun aku leh terlepas sebab ada kakak aku.. Kalau tak aku tak berjalan keluar dari Penang la.. Macam biasa, kerja aku shopping, makan, jalan2... Tapi kali ni aku puas pergi sana... (^_^)*
Seronok.. Tapi kali tu ja aku shopping.. Kalau tiap2 bulan, erm.. Makan maggi ja la aku ni.. Hahahaha... Tapi puas tu sebab kali ni aku ke sana aku dapat cari apa yang aku nk cari.. Best..~
Tak macam aku pergi dengan abang ipar aku, keja gaduh.. Tak stop plak tu.. Tak habis kat luar, sambung dalam keta masa nak balik.. Dah sampai rumah pun sambung lagi.. Kakak aku pun pusing dengan kami last ada gelaran pulak untuk kami 2 orang.. Heheheh.. Macam biasa la kan, "Anjing Dengan Kucing".. Heheheh.. Kali ni ada orang suprised kat aku.. Aku dapat bantal "Love".. Warna pink, macam Pink Panther.. Kahkahkah.. Tapi dah namanya bantal kan, so bila sampai rumah Penang, memang bantal betul la.. Lagi pun aku tido memang benda2 macam ni jadi bantal aku.. (^,^)* Thanks to Him.. Berapa hari lepas balik dari KL pun, ada kejutan jugak kat sini.. Asyik2 suprised ja aku dapat.. Wow..!!~ <---(sounds like P. Ramlee's story)
Erm.. Masa kat sana aku jalan2 ke sana ke sini.. Tujuan dia aku nak carikan hadiah untuk kawan2 aku.. Bila dah dapat, aku memang berpuas hati. Tapi penatnya memang terasa sebab masa kat sana aku asyik balik lewat.. Kesian kat Abi, terus tunggu aku agaknya masa malam terakhir aku kat sana.. Ummi pulak dari hari pertama aku sampai rumah dia, aku asyik tak dapat jumpa ja.. Masa hari terakhir aku kat sana (Ahad), pagi tu aku sempat jumpa dia dan berbual.. Dia dah macam mak aku kat sana, and abi pulak dah macam bapa aku jugak.. Biba.. Ha..!! Dia ni cousin aku paling rapat dengan aku sejak kecik.. Dia balik Penang pun jarang, so bila aku ke sana kami lepak.. Tapi aku ke sana bila aku free ja and ada budget, jumpa la kami.. Hehehe.. Kalau tak dia yang datang Penang pulak.. Tukar2 la kami.. Aku tak kisah.. Kalau tak jumpa pun kami sms, call.. Tanya khabar.. Kalau nak barang apa2 dia belikan, aku pun sama jugak kat sini. Aku postkan untuk dia.. Heheheh.. Sistem barter.. (^.*)" Bulan Puasa ni aku tak tau nak buat apa sangat.. Kan takda keja sangat melainkan duduk rumah kemas2 macam biasa la.. Dulu lain, sekarang dah lain.. "Marka" pulak jauh.. Erm.. Memang bosan.. Boleh contact2 ja..
Berbalik pada kejadian setahun tu.. Erm.. Kalau nak list down balik apa yang terjadi, tak terkira aku.. Macam2 dugaan aku selama setahun ni.. Banyak sangat, sampai semak kepala hotak aku ni.. Hari ni Sabtu lagi.. Dah seminggu puasa, cepatnya masa berlalu.. Aku tak rasa pun, hanya letihnya saja yang terasa lebih... Huhuhuhu..
Erm.. Semalam masa aku drive keluar dari Komtar, aku nampak sorang kakak ni.. Comel sangat.. Kecik molek ja, ayu.. Heheheh.. Dah lama aku tak nampak dia.. Tapi kali ni memang rezeki aku kot.. Bukan apa, selama ni aku tertanya2 macam mana dah keadaan dia sekarang ni.. Sebab memang dah lama aku tak nampak dia.. Tapi Allah tu nak tunjuk jugak, at last aku nampak.. Memang dia comel..
Sabtu.. Sabtu.. ada apa dengan sabtu..??? Aku nak keluar la.. Cari barang2 yang berkenaan.. nak cari barang kuih lambat lagi nk raya, aku siapkan barang pakai dulu.. Kikiki. Tata.. Nak jalan2 ni.. Jom..!!!~ Cuti2 Sabtu..!~ Heheehhe.. (^.^)"

Saturday, August 15, 2009

.::Terlanjur Cinta::.

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema

mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Sunday, August 09, 2009

Bola Jaring - USM Open 2009

USM Open 2009
Penang NC Team
8-9 Ogos 2009

Hari ni aku rasakan seperti kembali pada peristiwa 2 tahun yang lalu.. Aku yang dah tak aktif bola jaring ni tetiba ja aku terjoin.. Maknanya "Player Terjun" la kan.. Macam bidan jugak, ada bidan terjun.. Hahahhaha.. (^0^)"
Erm.. Perlawanan berlangsung selama 2 hari di Stadium Olahraga USM Penang.. Ramai penyertaannya terdiri daripada pelajar IPTA Wanita, IPTA lelaki, Terbuka Wanita dan Terbuka Lelaki..
Keseronokan yang aku rasa tu ada la jugak, tapi tak seseronok macam tahun2 lepas yang aku join team kawan aku ni.. Dulu masa belajar full time kami ada team sendiri dan kerap berlatih.. Sekarang ni harapan la nak berlatih sangat.. Masing2 dah ada tanggungjawab sendiri.. Ada antara kami dah berumah tangga, ada yang dah tak aktif sukan.. (itu aku..hehehh..) dan yang tak nak aktif terus pun ada jugak.. Alasan dia tak tau la kenapa kan.. Mungkin masing2 ada komitmen lain yang lebih penting. Tapi bagi aku, aku tak kisah sangat kalau kawan2 nak training ajak aku.. Aku pun kadang tu bukan ada masa sangat nak bersukan ni.. Banyak lagi keja lain aku nak kena settlekan.. Dah lama aku tak dapat invitation dari Puteri Syazreen. Tapi tahun ni boleh tahan la.. Aku dah rehat selama 2 tahun, apa salahnya kalau aku nak aktif kembali.. Lagipun komitmen aku dah kurang sikit, so.. Join ja la.. (-,*)"
Erm.. Masa first day aku kena jadi "GK", so aku tak aktif sangat la.. Kena guard "GS" team lain ja.. Bosan betul.. Second day pulak, aku amik post "C" dengan "WD".. Gagah la jugak.. Tapi banyak aku tersilap langkah masa aku jadi "C". Kesian group aku tu.. Center Pass ja aku duk kena wistle blow.. Tapping ja aku kena wistle blow.. Bosan..!!!!! Kan hari hujan, mana kaki nak stay sangat.. Licin siot..!!!! Yang jaga gelanggang tu duk blow ja kat aku.. Geram aku last aku sound buta ja.. Tak tahan.. Bukannya salah sangat pun.. Lantak dia la kan.. Asalkan aku enjoy main.. Aku tak berniat nak menang pun.. Sekadar memenuhi aktiviti di hujung minggu aku ni.. Kalau tak bosan ja tak berteman.. Asyik duk rumah, mengadap laptop aku ni.. Tak pun tengok tv.. Tak pun sembang di talian telefon.. Dari sini nampak sangat aku dah kebosanan..
Haaaaa....~ Berakhir sudah minggu yang aku nanti2kan ni.. Walaupun tak pulang dengan kemenangan kali ni, disebabkan kesilapan teknikal kami sendiri, tapi kami 1 team tetap enjoy...!!!
(^-^)"
Dan InsyaAllah ada masa aku join diorang lagi.. Kikikiki.. ~
With Fazleen ku sayang..


Penat main.. Aku tengok team laki plak meloncat.. Hahahh..
Gossip..!!!! Heheheh.. Tengok team "Gorgeous" main.. (Pondan2 main)
Game nak start.. Salam2 la suma..
Settle, nak masuk padang dah..
Ready Team..!!!!~
Ku tepis bola korang..~
Aku tau bola mesti masuk jaring.. Saja standby kot2 la tak masuk.. Kahkah..~
The Game Ended here.. Salamku yang terakhir.....~~

Friday, August 07, 2009

.::Bisikan Hati::.





Dengarlah bisikan hasrat hati

Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang di mana gerangan
Tiada berita kudapati
Hanya ingatanku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupon kau kini telah mungkir janji

Saturday, August 01, 2009

Ceritera Kuala Lumpur..

Ceritera cinta... Tiada berubah.. Hanya Mimpi..~

Eh2.. Nyanyi plak aku ni.. Heheheh.. Biasa la bila dah kemaruk karaoke ni.. Nyanyi ja la keja aku.. :D Erm.. sambung dengan cerita KL kita ni.. Kan dalam post yang lepas aku cakap aku keluar dengan kakak aku kan.. Kisahnya bukan la seronok sangat.. Aku banyak gaduh dengan abang ipar aku tu.. Geram aku dibuatnya.. Tapi dalam geram2 tu aku puas hati jugak.. Tapi bukan disebabkan dia ok.. Aku yang cuba ceriakan diri aku sendiri.. Nak tau macam mana caranya...??? Hehehehe... Ok.. Destinasi pertama aku masa tu abang dengan kakak aku bawak gi Jalan TAR. Kat sana aku tau macam2 aku leh dapat.. Apa yang aku nak memang aku akan dapat.. Cumanya, bila berjalan dengan abang aku ni, susah la.. Kena ikut time dia ja.. Then, kakak aku "cool"kan aku.. Aku dah panas dalam teriknya matahari tengahari tu.. Aku dapat beli tudung yang aku nak.. Kain yang aku berkenan pun aku beli dah.. Dah hantar tailor dah pun.. Hahhahah.. Kena express babe, kalau tak raya pakai baju kerja.. :D
Erm.. Pergi sana macam biasa la kan.. Sapa tak rambang mata.. Perempuan.. Macam ni la.. Tak hairan la kalau laki yang ikut tu kena pegang barang sampai tak cukup tangan.. :D Erm.. Kain abstrak aku warna kuning oren.. Then, singgah Jakel Trading. Kakak aku bagi kain pulak dekat aku.. Warna hijau maroon... Lawa jugak.. Tu pun aku dah sent kat tailor.. Tak sabar pulak aku nak tunggu baju aku siap.. (-,*)" Aku rasa duit aku habis dengan kain dengan tudung ja kot.. Then aku tak cari pasal, abang aku pulak buat aku hot balik.. Kali ni issue tiket bus pulak.. Dah la aku kena cari before petang.. Dia buat derk dia ja.. Ishk, aku dah merajuk tak cakap sampai kat Hospital Ampang.. Masa dekat hospital tu, jangan ingat aku yang admit pulak.. Itu bukan aku.. Hahahah.. Tapi ayah pada abang ipar aku tu.. Haaa...~ Kisah dia kronik sikit.. Tuan Raja tu jatuh kat beranda and tulang pinggul dia retak.. Then joint kat pinggul tu kena buang and digantikan dengan "ball" yang baru bernilai RM4k siot...~ Lepas tu, aku dengan kakak aku kena balik rumah dengan mak mertua dia.. Masa dalam perjalanan tu kami melawak pasal Tuan Raja tu, lawka jugak.. Wife dia sendiri boleh cakap Tuan Raja tu ego.. Huahuahuahua...!!!!!! Apa la diorang ni.. Biarlah janji diorang bahagia selamanya, InsyaAllah.. Hari aku masa tu tak stop macam tu ja.. Malam tu sambung shopping pulak dekat Jusco Taman Maluri.. Aku malas nak ikut diorang kali ni.. Aku bawak diri ke Lady Dept.. So, kali ni aku puas jugak la.. Aku dapat apa yang aku nak jugak.. Aku beli Coat. Senang nak pakai dalam office yang sejuk tu.. :D Warna hitam, labuh sampai lutut. Puas hati aku.. Actually, tujuan aku nak cari kasut and handbag. Tapi dapat benda lain.. So, aku lupakan kasut dengan bag tu. Malam Sabtu aku berakhir dengan pertengkaran anjing kucing antara aku dengan abang ipar aku.. Kakak aku naik bengang dengan kami last dua2 orang kena marah dengan dia.. Hahhahaha.. Bawah ni gambar aku shopping kain dengan diorang..