CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 06, 2008


Hatiku mula berdetik.. Sampai bila aku harus begini..??? Menjadi manusia yang sentiasa ternanti-nanti dengan keadaan duniawi. Sampaikan kekadang tu aku malas dengan dunia luar, aku lebih suka bersendirian di tempat sunyi. Boleh aku memikirkan hal lain lagi. Tapi, ini semua Allah yang menduga kita. Allah tentunya sayangkan setiap makhluk yang diciptaNya. Dia juga sentiasa menduga manusia dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya bergantung pada kita untuk mengatasinya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk melaksanakan atau menjalankan tugas seharian. Malahan manusia adalah makhluk paling sempurna diciptaNya. Tidak seperti haiwan dan lain-lain. Perasaan aku semakin berdebar menanti setiap hari yang berlalu. Aku hanyalah manusia biasa yang diberi perasaan dan fikiran untuk membuat pertimbangan. Duniaku kini semakin berwarna dan aku semakin hari semakin ceria. Kehidupan aku kini bebas seketika dan aku hanya mengikuti kata-kata hatiku dan terus melangkah mengikut bicara hatiku. Dan sehinggakan aku tidak sedar perasaan aku telah beralih arah dan mula inginkan kehidupan aku yang baru ni kekal selama yang mungkin. Aku sentiasa senyum sekarang dan tidak bosan sangat berbanding dengan kehidupan aku sebelum ni. Memang aku happy sekarang. Happy sangat, dan kadang kala aku penat kerana terlalu seronok. Aku berharap hidup aku ni tak seteruk orang lain yang lebih kritikal dari aku. Insyaallah.. Aku hanya inginkan kehidupan yang dapat menceriakan aku dan tiada sebarang halangan dari orang lain. Aku memang impikan kehidupan yang tiada halangan. Bukan untuk bersosial, tapi tidak mahu dikongkong hanya kerana masalah kecil. Aku tidak suka persahabatan aku dihalang, tidak suka kehidupan aku dikunci semata-mata hanya kerana dia orang yang aku sayang. Itu semua tidak penting, tidak perlu kawal aku, aku punya akal fikiran dan perasaan. Aku tak sukakan hubungan yang tidak ikhlas dan hanya bersandiwara semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Di belakang hari kita yang merana sendiri. Biarkan pergaulan kelihatan seperti pasangan kekasih tak kira sesama perempuan atau dengan laki.. Pedulikan kata-kata orang lain.. Biar mereka cuba sendiri dan alami sendiri perasaan tersebut dan mereka akan tarik balik kata-kata yang dilemparkan. Itu semua bukan bermaksud couple like they mean it. Tapi bagi aku itu semua hanya berkongsi kasih sayang dan care tentang pasangan atau teman rapat mereka. Bagi aku tak salah jika aku atau anda yang membaca ni cuba menyayangi orang lain. Itu satu kemestian dalam hidup, sedangkan Rasulullah pun berkongsi kasih sayangnya dengan isteri-isterinya. Aku tidak kisah ingin berkongsi kasih aku dengan orang lain. Mungkin aku ni telah dididik begitu agaknya. Apa-apa hal pun aku tidak kisah sekarang, ingin dikatakan sebagai itu ini semua, asalkan aku paham dan tidak lari dari landasan. Insyaallah.. Aku masih lagi dalam keadaan terkawal dan Insyaallah akan mengawal perasaan aku. Kali ini saja bukan sekali dua aku begini, sudah berkali-kali aku menjadi seperti bahtera belayar di lautan. Belayar sampai aku menemukan keinginan dan kepuasan untuk diriku..

0 comments: