Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur
pengiraan nama aku jatuh atas unsur "AIR" bawah ni ada kisahnya :)
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran
Ha.. Ni bulan kelahiran aku pulak.. :) Aku dilahirkan pada bulan April.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan
Kalau ikut hari bulan pulak, mak aku sempat tahan aku sampai pagi subuh masa 23HB ja. Hahaah.. Agaknya aku dah tak sabar nak keluar tengok dunia ni :D
Tarikh Lahir pada 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
Contoh:12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
23 +4+.... :D (psst..~ kawan aku cakap susupen sikit.. kikikiki... )
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Entah betul ka tidak semua ni aku pun tak pasti.. Hanya kenalan yang rapat denga kita saja akan kenal kita and jadi juri dalam kehidupan kita ni.. :) Hmm.... Korang baca ja la eh, rasanya ada la yang kena dengan perangai aku tu. heheheh... Tata..!!!
2 comments:
tekaan kdg2 mengena..... hehe
betul3.. memang kena.. :D:D
Post a Comment