Nervous..??? Apa kes aku ni.. Aku sendiri dah tak boleh nak make up my mind.. Jadi blur.. Tetiba ja dia cakap macam tu.. Bukan aku tak terima, cuma gelabah.. Hahahah.. Sapa tak terkejut, penat2 keja, patutnya hari ahad tu hari untuk berehat.. Dia plak tetiba cakap pasal nak bertunang dengan aku.. Mana aku tak confuse semua.. Mana tak terketar2 aku.. Aku bukan tak sedia apa2 lagi.. Bukan tak nak terima.. Aku tau dah lama aku dengan dia. And aku pun kena terima kenyataan yang memang dia cakap dia akan tunaikan.. Tapi kali ni aku tak rasa dia main2 lagi.. Aku dah tanya banyak kali, "betul ka nak tunang?". Dia angguk mengiyakan soalan aku tu.. Dia cakap lagi masa dah boleh ditentukan bila.. Cuma aku saja sekarang ni kena bercakap dan berdepan dengan mak aku kat rumah tu.. Adoi.. Raplah aku.. Nak tunggu Bibah balik then aku nak kena bercakap dengan sepupu aku tu. Aku betul2 blur sampai kerja yang selama ni ada error, tapi pikirkan mak aku punya pasal, error aku dapat di"reduce"kan.. Hahahah.. Sengaja aku merojakkan bahasa ni.. :P
Hurrrmmmm... Tapi pikir2kan balik memang happy pun ada. Memang aku nak benda menjadi, tapi bila..???? Huurrmmmm.....~ Mengeluh ja kerja aku sekarang ni. Biar masa menentukan keadaan aku ni.. (-.-)" Sekarang ni tugas aku hanya kena MLELEMBUTKAN hati mak aku tu. Kena memastikan dia boleh terima orang dengan hati yang terbuka and bukan dengan paksaan sebab aku yang pilih jalan ke situ. Bukan aku saja yang kena terima, mak aku pun kena terima. Sebab laki tu akan jadi sebahagian dari anak dia jugak. Kalau dipikirkan aku saja yang harus mengalah, sampai bila aku nak mengalah.. Keadaan abang aku pun macam tu. Kesian kat dia pun ada, tapi dah jadi baru nak pikir. Masa tak jadi tak nak pikir habis2 plak.. Sekarang baru aku tau dia kenapa selepas dia ceritakan keadaan sebenar dia. Mak aku berpihak pada orang lain. Abang aku nak kawen, aku suruh kawenkan. Dia tak nak.. Cakap apa dia nak bagi anak orang makan masa depan.. Aku cakap pandai2 la dia settle. As long dia nak and dia tak rosakkan orang dah la. Itukan benda yang elok, kenapa dia nak tangguhkan. Persoalannya sekarang ni, siapakah antara orang2 yang layak untuk jadi menantu dia..??? saudari dari pihak abang aku dengan saudara dari pihak aku tu bukan manusia ka?? Bukan diorang tak bekerja.. Bukan miskin papa kedana.. Aku tau bukan hanya semata2 kerana cinta kita harus kawen, takkan kita nak pilih dari segi harta, paras rupa and keturunan dia..???? Aku pun pelik.. Aku nak tengok "WAYANG" ni sampai bila nak berlangsung.. Sabar ja ni.. (-.-)"*^!
Tuesday, June 09, 2009
Nervous..???
Posted by Bantal Merah at Tuesday, June 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
biarlah masa dan keadaan menentukan... kerana DIA lebih tahu lagi maha mengetahui...
semoga hepi, ceria dan bahagia menanti dihadapan-mu
tahniah....
i'm happy for u
Jangan lupe jemput abg keh...
Regards,
Eznil Anaz Yusoff
insyaallah.. :)
part ni dh merambu air mata.......
ntah la....
n sha tentu tau sapa kan.....
Post a Comment