Suatu perpisahan yang terjadi bukanlah atas kehendak hati. Tapi situasi dan keadaan seseorang itu yang membuatkan ianya boleh terjadi. Perpisahan jugak bukanlah sesuatu yang harus diratapi dengan pemergian itu. Bagi aku, aku merelakan pemergiannya walaupun peritnya ku rasa amat pedih dan tak tertanggung sendiri. Tapi aku harus bangkit dan melangkah ke hadapan untuk terus maju dalam peredaran zaman ini. Pada mulanya memang akan berlaku segala yang tak diingini, seperti sakit demam, hilang selera makan, panas baran dan sebagainya. Itu normal dalam kehidupan kita. Perpisahan bermula bila kata hati tak dituruti. Dan kadang kala akan timbul masalah lain yang jugak akan memburukkan lagi situasi dan keadaan seseorang itu..
Perpisahan... Kadang kala ianya bukan sesuatu yang dipinta. Tapi situasi dan masa sendiri yang akan memisahkan kita. Seperti apa yang kita lihat sekarang, suatu pemergian yang tak dapat diterima adalah kematian. Kematian adalah satu perkara yang memang tak dapat nak dielakkan. Seharusnya kita terima Qada' dan Qadar. Bila matinya seseorang itu tidak bermaksud pemergiannya juga harus diratapi. Kejadian seperti itu merupakan lumrah kehidupan. Ianya suatu perpisahan yang tak akan kembali. Selain dari hal ini, ada jugak perpisahan yang berlaku dalam konteks lain.. Kekasih putus cinta, cinta terhalang, dan lain-lain.. Erm.. Aku sekarang dalam dilema, so memang akan banyak kisah2 yang seumpama macam kisah kali ni.. (-.-)"
Biar apa orang nak kata, tapi ini luahan hati dan perasaan aku.. Ramai di antara sahabat2 aku yang mengalami situasi perpisahan tapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza.. Aku yang masih bernyawa hanya mampu memujuk dan nasihat menasihati.. Bukan senang nak hadapi semua ini.. Malah ia jugak bukanlah suatu perkara kecik.. Jika ditakdirkan dan dijangka berpisah, berpisah la jugak kita dengan seseorang atau sesuatu itu.. Selalunya, seseorang atau sesuatu yang kita sayang takkan kekal lama dengan kita. Ya.. Memang itu kerap terjadi.. Sebab kita sentiasa mengejar apa yang kita impikan sehingga terabai tanggungjawab atau perihal yang perlu didahulukan.. Allah itu maha Adil dan Pemurah.. Dia memberi dan berhak menarik balik apa jua dalam sekelip mata.. Kita yang memliki harus sentiasa menjaga dan memastikan sesuatu yang dimiliki sentiasa berada dalam keadaan elok.. Bila berlaku perkara yang tak diingini, maka perpisahan ini la akan terjadi.. Seperti di awal penceritaan tadi, situasi dan keadaan yang akan memastikan keadaan ni lalu tanpa disedari.. Jadi, perkara seperti ini kita sentiasa harus mengingatkan diri kita bahawa sesuatu yang sekarang ini milik kita, bukanlah milik kekal selamanya.. Dunia jugak hanya sementara.. Apa lagi milikNya yang kita miliki untuk sementara jugak.. Akhir kata.. Pemergian.. Kehilangan.. Perpisahan.. Bukanlah suatu perkara yang harus diratapi..
Wednesday, September 16, 2009
Perpisahan..
Posted by Bantal Merah at Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bila ada perpisahan sb wujudnya pertemuan
setiap pertemuan ada beribu pebezaan
setiap perpisahan itu ada hikmahnyaa serta kesan...
dan bila teringat timbul rindu... bila rindu apa nk buat???
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu waktu kau renung aku
.........
Post a Comment