CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
21 September 2009
-V2-

Ha..!!! Kembar 2?? Kembar 3..??? Hahahaha.. Ini kisah aku masa raya kedua, waktu malam.. Last night aku singgah raya dekat rumah tok sedara aku.. Saja aku luangkan masa aku sampai kul 12.00AM untuk mak aku jumpa sanak saudara dia.. Dah lama agaknya aku tak bawak dia jalan2.. Harap hari2 macam ni ja la dia leh jumpa kawan2 lama.. :D
Erm.. Setiba aku di Persiaran Mahsuri ni, aku terus dapatkan tempat duduk untuk aku makan.. Lapar sebenarnya.. Hehehe.. Raya2 ni susah nak jumpa nasi. Mak aku tak masak nasi, kami kena makan lontong ja.. Hahahah.. Sambung balik dengan kisah kembar2 ni.. Heheh.. Tengok gambar2 kat bawah ni.. Sama tak muka2 kami.. :D Aku actually ada sepupu yang sama tapi tak serupa.. :) Kami memang sama bila sekali pandang.. Dua kali pandang lain la.. Haahahaha.. Erm.. masa ni aku sampai2 ja aku nampak kakak sepupu aku si Lila ni.. Kami memang rapat walaupun sering bergaduh.. Dah adik kakak kan, tak gaduh tak sah la.. Dia ni actually anak adik mak aku..
Malam tu, aku tak tau plak warna baju kami ni sama then style baju pun sama.. Aku punya la menyakat mak cik dengan tok aku malam tu.. Sampai penat, sampai hilang selera aku nak makan satay.. Hahaha.. Tapi pas relax jap, pas puas gelak ketawa hiburkan hati sedara2 aku yang ada baru aku makan pelan2 satay yang abang sepupu aku hidangkan.. Boleh tahan jugak satay dia.. Aku lapar, bedal ja apa yang ada depan mata.. Kahkahkah.. Memang itulah aku.. :D aku punya la perli diorang malam tu.. Diorang cakap kami bertiga pantang nampak camera.. Mana tak nya, asal aku ada aku suka bergambar dengan si Lila ni.. Sekali mak cik aku cakap kalah artis.. Aku nyampuk la aku cakap la, "Kan Siti Nurhaliza.." Kikiki.. Then ada sampai satu tahap tu sepupu aku si Jimah ni dia tunjuk gambar tok dia amik masa petang tu, dia cakap ni gambar Siti NurHaliza masa tua.. Aku cakap la.. Tak sesuai guna nama Siti NurHaliza.. Aku translate plak jadi "Siti NurHalije".. Ada kisahnya sebenarnya.. Tok aku ni kami panggil dia "Tok Ije", tu aku kasi nama tu.. Tergelak suma dalam rumah dengan kisah aku tu.. Tok aku tu pun gelak2, dia cakap ada2 ja aku ni nak mereka nama orang. Hehehehe.. Bila lagi kan.. Bukan selalu aku nak menyakat.. :D Ada chance aku sambar.. Hahaha.. Lepas pada aku melawak aku sembang lagi, sampai la aku sendiri penat sebab kurang tido raya2 ni.. Aku tertido kat sofa.. Sampai lah mak aku nak balik baru aku jaga and bergerak balik.. Masa tu aku driving.. aku beraya ke rumah sedara dengan mak aku ja.. Yang lain tak balik.. Aku bawak mak aku jalan2 ja la.. Itulah kisah aku malam raya kedua..


Aishah and Lila known as twin in our family



We again..


Lagi2 kami kan.. Hahahha..

..Jimah.. ..Aishah.. ..Lila..

Banyak kamera depan kami ni.. Gambar ni taken by Kak Ina guna hp nokia Jimah


Ni guna hp nokia aku, N95..

Actually ada lagi gambar kami bertiga.. Tapi guna digital camera.. Takleh nak bluetooth.. :D
Cukuplah setakat yang ada ni.. Banyak2 gambar yang sama untuk apa kan.. Hahaha.. Sama ja wajah2 kami ni.. :D

0 comments: