Karipap Dan Nasi Lemak
Hai.. Aku kembali dengan kisah karipap dan nasi lemak.. Kahkahkah.. Erm.. Apa kisah agaknya kan..??? Minggu ni aku tak tau la kenapa kan.. Asyik nak makan ja keja aku ni.. Ada satu masa tu aku beli karipap dengan nasi lemak dari bawah rumah aku.. Sekarang ni memang musim makan aku, aku nak makan apa saja yang aku teringin.. Dan aku akan sentiasa dapatkan apa yang aku nak tu. Satu hari tu, aku bawak karipap dengan nasi lemak ke office.. Kadang tu aku sarapan dekat pantry, kadang tu dekat work station aku la.. Mana lagi kan.. Erm.. Kadang tu kalau lambat nak sarapan aku sarapan kat meja aku ja la.. Biarlah boss nak kata apa pun.. Dia pun kena paham la kalau aku masuk awal semata2 nak makan, tapi tetiba kena relief kawan aku plak.. Erm.. Dia tak paham bengong sangat la.. Bukan macam dia, leh buat sesuka hati saja..
Yang sebenarnya.. Ada kisah dengan karipap and nasi lemak ni.. Aku teringat zaman tadika aku.. Masa aku makan nasi lemak pagi Jumaat baru aku terasa macam pernah makan masa kecik2 dulu.. Rupanya, mak aku selalu belikan aku karipap and nasi lemak ni untuk bekalan aku masa kat tadika dulu.. :) Erm.. Masa dulu aku bawak gi kelas tadika tu, ada la kawan aku sorang ni.. Nama dia aku lupa dah.. Kebanyakan kami dalam kelas tu perempuan.. Lelaki kurang.. So.. Senang nak bergaul skit.. Erm.. Masa tu budak perempuan tu suka makan makanan orang lain. Makanan mak dia bekalkan dia tak nak.. Aku dengan kawan baik aku si Nadiah, selalu jadi mangsa dia.. Tapi aku tak kisah.. Kami berkongsi makanan.. Aku sentiasa dibekalkan dengan makanan yang banyak. Aku kadang kala berkongsi nasi lemak or karipap sardin dengan Nadiah.. Tapi makanan aku sentiasa jadi tarikan kawan2 yang lain.. Budak perempuan yang aku maksudkan tu, dia "childby", then ganas.. Hehehe.. Sorry la aku kutuk2 sini sebab tu kisah lama, kisah budak2.. :) Erm.. Dia kuat makan plak tu.. Makanan aku dengan Nadiah jadi mangsa dia la.. Heheheh.. Lepas makan, kami kena gosok gigi then main kejap.. Lepas tu, kena tido plak.. Masa tido tu la yang best.. Budak perempuan tu tido kadang tu lena.. Kadang tu tidak.. Kalau masa hari dia dapat tido lena tu, janganlah cuba2 beranikan diri pergi gerak or ganggu dia.. Silap2 kita kena tendang.. Cikgu kami dah kena, Puan Hartini.. :D Aku ingat lagi nama cikgu aku, sebab dia idola kami.. Erm.. Itulah kisah karipap dengan nasi lemak aku.. Wangi nasi lemak tu ja dah boleh buat orang jatuh cinta dengan dia.. Hahahah..
Lama jugak aku tak sentuh keyboard laptop aku ni.. Runsing agaknya.. Tapi aku pendamkan saja.. Entah apa lagi yang tak memuaskan hati orang di sekeliling aku.. Ada saja yang tak kena.. Nak menjaga hati orang lain, terpaksa jugak aku lukakan hati sendiri.. Biarpun aku jadi jujur, tapi tetap disalah ertikan.. Jadi, aku dah malas nak berdepan dengan orang ramai. Biarkan hati aku dengan diriku saja.. Malas jugak nak ada orang yang singgah menambat hati dan simpati ni. Dah tak bermakna bagi aku.. Biarkan orang lain yang merasa pulak, janji aku tak merana sudah.. Tapi apa yang manusia lakukan dalam kehidupan, tak semuanya orang paham dan tahu kenapa ianya diperlakukan.. Biar apa pun tanggapan orang, aku tak kisah. Biar kita kenal siapa diri kita sebenarnya baru kita berkenalan dengan orang yang mungkin ada kesukaran untuk mengenali dia..
4 comments:
ape cite karipap lak???
jgn memaksa org utk faham diri kita sb kalu ada kejujuran dn keikhlasan sure 'dia' faham dan akan memahami diri 'aishah'...
kerana setiap dr kita punya kisah silam trsendiri.. mengapa perlu diusik dan dibongkar kenangan org lain sb diri sendri pun ada kenangan...
perasaan selalunya x menipu bila rasa sayang.. marah.. benci.. atau apa2 sj.. cuma rs itu berubah bila muncul kebenaran..samada ia jujur atau sekadar main2..
hati2 dgn hati....
...kisah karipap dan nasi lemak ni pn sama dgn kisah seharian yg lain.. KENANGAN!!! ada yg indah dan ada yg gundah..
sb kenangan mematangkan diri kita.. mau atau tidak, kenangan tetap akan tercipta juga.
Post a Comment