CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2015

Mencari suatu kepastian..

Assalamualaikum.. Hai dearies..

Hari ni kita ingin mencari suatu kepastian.. Apakah isu yang aku nak ketengahkan ni..??
First of all, ada posted yang aku upload dalam FB berapa minggu lepas, "Kalau aku boleh undurkan masa, aku pilih untuk tak mengenali dua orang hamba Allah ini..". Macam sedihkan bunyi posted tu. Actually tak jugak sebab perasaan yang utama yang ada dalam posted tu ialah cemburu dan marah..

Kali ini bukan aku nak ceritakan kisah marah or cemburu aku.. Tapi ada kisah benar yang sering terjadi dalam kehidupan kita ni.. Sama ada terjadi dalam hidup kita sendiri ataupun kita nampak drama tu berlaku depan mata kasar kita ni. Errrmmm..~ Susah sebenarnya kehidupan kita ni kat dunia.. Tiada yang senang.. Kalau ada pun tipulah.. Mana ada yang senang??? Sedangkan Rasulullah pun diuji oleh Allah SWT.. Cuma yang perlu ada dalam diri kita ialah iman dan kesabaran.. Kalau takda sifat2 macam ni, silap hari bulan semua orang bunuh diri jaa..

Perkara ni terjadi especially dalam rumah tangga.. Tak semua rumah tangga yang didirikan menjadi a.k.a bahagia.. Melainkan dengan niat yang betul dan lurus.. Macam mana tu?? Berkahwin kerana Allah Ta'ala.. Itu niat yang sepatutnya yang kita kena ingat dalam minda kita dan simpan dalam hati kita.. Bukan aku tak pernah nampak perkara macam ni.. Dan jugak pernah diceritakan pada aku dalam minggu ni jugak.. Alhamdulillah, aku masih ingat, masih fresh cerita tu.. Sebab tu topik post kali ni mencari suatu kepastian..
Kita nak yang mana??? Yang menhancurkan kehidupan ataupun kita nak selamatkan kehidupan kita?? PASTIKAN apa yang kita nak tu yang boleh MEMBAHAGIAKAN kita suatu hari nanti.. Bukan yang membuatkan kita MENYESAL kelak.. Wallahu'alam.. Memang Allah mengetahui segalanya, tapi kita yang harus pilih jalan mana yang kita nak dan selamat.. Semuanya kena berbalik pada Dia sebab tu "Wallahu'alam".

Contoh, sebelum bernikah, semuanya manis belaka.. semuanya indah belaka.. tiada belang yang ditunjukkan.. selalunya, ayat ni diguna pakai oleh perempuan pada lelaki laa.. Tapi ada jugak zaman sekarang sikit sebanyak ada pada perempuan.. JANGAN BERPURA-PURA..!! Itu yang penting dalam setiap hubungan, setiap perkenalan, setiap jalinan.. Cara kita bertoleransi dengan individu yang lain kena jugak kita nilaikan sendiri.. Ok ka, tak ok ka.. Perbaiki sendiri apa yang tak kena dan kekalkan kalau perubahan kita tu positif dan diterima pakai.. Perubahan.. KEKALKAN MOMENTUM perubahan tu sendiri, set diminda untuk kebaikkan diri sendiri dan masa depan.. Terutamanya penerimaan orang lain terhadap kita.. Pasangan suami isteri yang selalu bertelagah, mungkin masa JIWA REMAJA mereka, kebanyakan yang dipamerkan itu semua tipu belaka, lakonan.. Bila dah berumah tangga, lain pula jadinyaa.. Allahurabbi.. Ini bukan kisah hidup aku.. Tapi terjadi di depan mata aku.. Selalunya aku jadikan ikhtibar dalam setiap langkah kehidupan aku.. Mungkin dengan apa yang terjadi selama ini, dugaan Allah.. Kadang kala kita tak teringat pasal DUGAAN itu.
Ingat, JANGAN BERPURA-PURA, KEKALKAN MOMENTUM SEMASA JIWA REMAJA DAN INGATKAN DUGAAN ALLAH YANG SEDANG MENGUJI KITA..

Kalau aku boleh undurkan masa, aku teringin sangat untuk tak mengenali dengan lelaki dan perempuan ni.. Tapi bukan suami aku dan kawan rapat aku.. Bukan..!!! Heheheh.. Nama patut dirahsiakan, tapi bagi yang mengetahui cerita ini dengan detail, diorang memahami.. (^^.)"
Lagi satu tips, kalau masih teringatkan seseorang yang pernah sakitkan hati kita, or orang yang pernah kita sayang tapi tak dapat nak lupakan jugak.. 2F : Forgive and Forget.. Macam aku sendiri aku dah maafkan dah lupakan (walaupun agak susah nak lupakan sesuatu), aku just follow blog/ instagram/ fb diorang.. lama kelamaan akan hilang sedikit demi sedikit perasaan marah dan benci kita tu pada orang tu. InsyaAllah.. Cubalah.. (^^,)" Ok dearies, see you soon.. (anak dah merengek sebenarnya.. hehehe..!)

0 comments: