CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 02, 2008

kehidupan aku lebih lama..???

Pengalaman aku hari ni aku teringat kembali keadaan aku sebelum kena surgery kat Lam Wah Ee Hospital. Masa tu aku terasa sakit dekat pejabat selama seminggu berturut-turut dengan keadaan tak selesa. Aku masih menyambung dan menghabisakan keja aku seperti biasa setiap hari sehingga pada satu tahap aku tak tertahan dan aku berjumpa dengan doktor panel aku. Aku menceritakan keadaan aku padanya. Kemudian disuruh baring pula dan dia mula menekan bahagian perut aku yang terasa sakit. Aku masih boleh mengawal keadaan aku, dan kemudian dia berkatakan yang aku hanya sakit biasa dan aku diberikan ubat untuk buang angin dalam perut. Tetapi dia berpesan jika aku masih terasa sakit selepas memakan ubat tersebut, aku kena refer balik dengan dia. Aku pulang semula ke pejabat dengan harapan ubat yang aku dapat tu boleh heal la kata orang putih ni.. Aku makan la ubat tu, di"pack" dalam bungkusan biru yang bersaiz kecil. Sebungkus ja aku dapat, dia cakap ubat tu power rangers... Heheheh... Selang beberapa hari aku makan ubat tu, aku rasa lega sikit. Masa tu hari ahad, aku ingat lagi.. Aku online petang dekat rumah, macam biasa la aku nanti duduk atas kerusi komputer aku dan aku bersilah atas kerusi. Tiba-tiba aku menjerit kesakitan seorang diri kat rumah. Esok tu aku pun refer la balik dengan 3/4 tu. Hahahahha... Nama dia Dr. Sukumaran. Kemudian aku beritakan khabar aku selama dua hari selepas Jumaat tu plak. Asyik suruh aku baring lagi. Kemudian aku ditekan-tekan lagi la. Kali ni bukan main pedih aku rasa sebab dia tekan dalam sikit. Dia cakap dekat aku perut aku ni dah tak stabil, so dia nak hantar aku masuk hospital. Kemudian aku cakap aku selesa dengan hospital Lam Wah Ee.. Dia pun issue la surat untuk bos aku dengan doktor yang akan merawat aku dekat sana nanti. Aku pun menangis sebab nak kena bedah, takut woi..!!! Last masa Monday 1 July 2008 aku admitted hospital tu la.. Panjang sangat aku nak taip pun nama hospital tu.. Yang teman aku malam tu, si "dia" la.. Setianya dia pada aku cuma Allah saja yang tau. Dia jaga aku malam tu sebab aku dah kena masuk drip tak boleh nak lena.. Sakit nurse tu cucuk kat tulang lengan aku. Mangkuk ayun punya nurse.. Sakit dah kena cucuk, lenguh kat appendix plak satu hal.. aku tak boleh lena la.. Dah seminggu tidur aku terganggu. Ha..!! Lupa nak cerita sini, aku kena appendix masa tu.. Hahahah... Padan dengan muka aku. Dia teman aku dia pun tak lena satu malam tu. Aku tak lena dia risau, sebab tu dia pun tak lena. Kesian plak kat dia, pagi subuh dia dah bergerak balik rumah nak siap-siap pergi kerja. Petang 2 July 2008 tu aku kena bedah dah.. Aku ingatkan bilik pembedahan tu besar mana la sangat, kecik ja wei...!! Pas kerja dia datang lagi.. Memang kesian, dia plak macam tak sihat nak kena jaga aku semalaman, tapi selamat nurse cakap tak boleh teman. Keadaan aku masa tu ada bius lagi, so aku tak sedar sangat sapa yang melawat aku semua la.. Aku keja nak lena saja kena bius.. Sakit juga, aku pn tak ingat dah macam mana aku boleh masuk OT tu kemudian aku keluar.. Masa sampai wad dari OT tu, aku dengar suara Maisarah, anak sedara aku yang paling aku sayang. Aku boleh terjaga sebab berapa lama aku tak dengar suara dia. Terasa rindu, aku celikkan mata, tengok-tengok mak aku ada skali dengan kakak aku. Tiba-tiba aku rasa terharu dengan kehadiran mak aku. Tapi kejap ja dia datang. Mungkin dia penat agaknya.. Aku tak halang perjalanan dia.. Biar dia pulang sebab aku dah selamat keluar dari OT. Aku teringin sekali nak sembang dengan dia tapi dengan keadaan aku macam ni aku baik brdiam diri saja. Selepas malam kedua aku di hospital, malam ketiga aku pulang ke rumah. Kawan-kawan aku melawat aku. Kawan baik aku dekat pejabat la yang datang.. Aku masih lagi sakit nak berjalan tapi aku gagah juga jalan ja nak jumpa kawan-kawan aku dekat hall rumah aku tu. Terasa rindu kat kawan aku. Dua minggu aku dapat cuti. Minggu pertama aku sihat sikit aku bergerak slow juga la.. Aku dah mula masuk kelas sebab dah banyak aku tertinggal belakang.. Sir pun suruh aku balik jangan datang lagi, tapi aku masuk kelas juga sebab nak habiskan subjek aku tu, malas nak repeat lain lagi. Dan dah beberapa minggu aku sihat dari sakit ni, aku mula masuk pejabat macam biasa la. Tapi keadaan aku masih slow sebab aku takut benang dekat surgery part ku tu terbuka plak, naya ja aku jawabnya. Aku buat kerja slow, bos aku pun senyap ja.. Dia pun banyak tolong aku juga menguruskan hal-hal berkaitan hospital tu. Memang aku hargai pertolongan dan pengorbanan diorang semua la.. Allah maha kaya, DIA saja boleh membalas jasa orang-orang yang tolong aku selama aku sakit tu. Insyaallah.. Alhamdulillah aku cepat sembuh.. Aku berpantang selama sebulan, aku kawal nak makan pedas-pedas, dan macam-macam lagi la..