CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2009

Durian runtuh..????

Hahahahah.. Adakah durian runtuh..??? Durian jatuh ada la, banyak kat Balik Pulau tu.. Kikikiki.. Ada kawan aku bawak aku lalu kawasan tu. Kami takda niat nak makan pun, tapi pasal keinginan dia tu.. Aku singgah la.. Dia nak makan, stop ja la.. Aku pun dah lama tak makan since dari kena operate dulu, satu buah tempatan pun aku tak sentuh dah.. Sebab mak aku "fire" aku tak bagi makan.. Terutama Manggis.. Seddaaaappppp... Tapi aku makan senyap2.. Nak senyap macam mana.. Aku dah bawak balik rumah dah walaupun sikit.. Hahhahaha.. Lantak la apa nak kena pulak lepas ni.. Dah aku teringin, bedal saja.. Tunggu lagi ka.. Buah kan, bukan racun.. Huhuhuhu.. Aku ni terlalu ikut kata hati sangat, mak nasihat aku tak nak dengar. Nanti sakit, orang tua tu jugak nak menjenguk aku. Setakat menjenguk saja la. Lain tu aku settle sendiri. (^,^)* Memang dari dulu kalau aku sakit or apa2, dia hanya bekalkan aku ubat ka, duit ka, aku sendiri yang settle nanti. Sedap ja kawan aku melantak durian tu.. Sebiji ja la. Banyak2 naya ja kami.. Hahahah.. Demam nasib la kan, dah gatal nak makan. Tapi aku tak tertarik sangat dengan durian tu, aku nampak manggis.. Sedap.. Masa makan durian tu aku tertanya2 bolehkah aku nak makan manggis ni??? Kalau aku sakit macam mana..??? Tanpa berfikir kesudahannya, aku suruh "boy" tu ambik manggis yang diorang dah ikat siap kat tempat diorang gantung tu. Makan la aku sebiji ja.. Yang lain, bring back home.. Jangan mak aku bising sudah la.. Nanti kita tau kesudahannya macam mana lepas mak aku nampak aku makan. Hehehehe.. Saja gatal nak cari pasal macam ni la.. (^_^)* Dah lama tak makan.. TERINGIN..!!! Dulu masa aku kecik dan sihat sepenuhnya, bapa aku rajin bawa aku pergi makan buah2 macam ni.. Rajin sangat la.. Sebab aku ni anak bongsu dia.. Aku pulak gemarkan buah tempatan macam ni.. Then dia tau aku paling suka manggis. Dia belikan 3KG bawa balik rumah, aku sorang yang habiskan.. Huhuhuhu.. Now not anymore.. Pandai2 settle sendiri kalau nak makan.. Durian2.. Apalah nasib engkau ni.. Banyak aku tengok yang masih tergantung atas pokok tu.. Takut jugak aku, mana nak tau masa tengah makan durian tu agak2 ada durian yang nan runtuh ke bumi ka.. Tak naya ka kepala kami yang kena.. Hahahha.. Aku teringat cerita "GENG". Si Opet tu sukakan durian.. Sampai dia masuk ke alam lain pun dia hanya makan durian ja.. Sampai Tok tu cakap ada hantu durian.. Aku ingat lagi, masa mula2 aku nak tengok cerita tu sebab Upin Ipin ada sebut pasal "HANTU DURIAN".. So, aku nak tengok la kan sapa dia hantu durian yang dihebohkan sekampung tu.. Rupanya si Opet ni yang makan habis satu dusun Tok tu.. Heheheh.. Best2.. Harap lepas ni dapat pergi lagi Balik Pulau tu
dengan kawan2 yang lain.. Makan manggis dengan durian.. (6.^)*
Ada orang tak sukakan durian.. Katanya bau durian tu busuk.. Mana ada busuk.. Agaknya hidung korang tu yang bermasalah kot.. Huhuh.. Bau dia ja macam busuk, tapi makan dia tu.. Fuhh...!!!! Sedapnya hingga menjilat jari..!!! Hahaha.. Yang lain makan la pulak, asal durian ja korang tak suka.. Cakap durian tu, itu lah.. ini lah.. Macam2 sangat.. Aku tak rasa busuk pun, busuk lain ada la.. Wakakakka...!!!! Hahah.. Ehem.. Ok2, dah.. Aku nak beredar ke hall. Nak makan manggis beli tadi.. Bising mak aku nanti.. Hehehe..

Saturday, May 30, 2009

Bulan May 2009 (^_^)"


Hai... Kali ni aku rasa tak sabar plak nak update blog aku.. Tak kisah la orang nak cakap apa pun kat aku.. Tapi biarkan aku lepas apa yang aku pendam sebab sekarang ni susah sangat aku nak berjumpa dengan kawan2 aku yang paham aku.. Ok.. Mula2 aku akan bercerita apa yang aku alami sepanjang perjalanan dalam bulan May ni.. (^_^)*




Minggu pertama May:

Aku mengalami masalah keperempuanan.. Hehehehhe.. Sehinggakan aku takda masa sangat nak mengurus diri aku dengan betul dan sentiasa marah2 dengan apa yang tak kena. Sampai la ada satu pihak sampai pada ku, dan berjaya menenangkan aku sampai aku ketawa.. (^.^)"

Minggu kedua May:

Aku masa ni siap sedia untuk hadiri kursus Bank. Asal kena kursus ja aku jadi rimas. Tapi selamat masa ni aku ok. Tapi dalam masa yang sama aku akan menghadapi peperiksaan akhir sem. Penat wei...!!! Kemudian, masa hujung minggu yang ada kursus tu, aku rasa seronok sebab orang yang aku nak dia senyum pada setiap pagi pada ku, dia memang senyum.. Kan senyuman tu satu semangat pada kita yang lemah. (^_^)*
Kemudian, kami bersembang macam biasa. Luckily aku berjaya menawan hati dia masa kursus tu, sebab aku sorang saja yang hadiri kursus tu dari team office yang dia jaga. Aku patutnya kena kursus ni masa bulan March hari tu. Tapi kebetulan masa tu jugak aku ada Mid term Paper.. Terpaksalah aku tunda, tapi takpa. As long aku tak bersua muka dengan musuh aku tu.. Huhuhuhu... Kursus bulan May ni banyak mengajar aku untuk bersabar and mencipta kebolehan diri kita masa bekerja, semasa kita ada kat work station. Memang best.. Paling bestnya, kalau kita present masa buat presentation, dapat chocolate.. (^,^) "Kit Kat".. Aku present 2x so dapat la dua Ki Kat. Aku simpan, sampai masa exam kat kolej baru aku share dengan kawan. Erm..
Minggu Exam Kat Kolej..

Masa minggu exam kat kolej, aku gelabah sebab dah final paper.. Paper yang tak dapat nak diselamatkan apa2 lagi dah kalau dah menjawab.. (-.-)* Yang menggeramkan apa yang kami belasah, semua tak keluar. So, kami "bayar" ja la dengan apa yang kami belajar masa dalam kelas.. Memang kes perah hotak la masa tu.. Hahahhaha.. (^O^)*
Lepas exam, esok tu exam lagi.. Isnin Selasa exam.. Lepak dengan kawan2 sekadar nak melepaskan geram dengan kelaparan masa dalam exam masa tu. Then, masa hari kedua tu aku kena jadi "Lecturer" sementara plak. Mengajar kawan2 aku yang nak ambik paper Business Mathematic. Senang ja paper tu. Kalau paper tu ada sambungan lagi, aku ambik ja (*_*), kan nak ingat formula ja tu :D Jangan marah.. Hehheheh.. Tapi dua2 subject Math aku dah clear. So, aku ajarkan ja apa yang masih segar dalam ingatan aku ni. Ilmu, tak payah nak berkira or kedekut dengan kawan2 or saudara. Tak rugi pun kalau kita guna masa yang suntuk tu untuk mengajar sekejap. Tolong menolong sesama kita tak merugikan, malah dihargai lagi ada la.. :)
Pas tu sambung keja plak.. Adoi... (-.-)" Then hujung minggu exam yang sama pun ada paper jugak.. Dua paper.. Business System Analysis dengan Information System Within Organization. Kalau subject teori ni aku lemah sikit. Bukan apa, Panjang berjela nak kena hafal ayat2 dia tu.. Aku lebih gemar baca buku tu macam baca majalah PC ja.. Erm.. Entah apa la result nak dapat kali ni.. Huhuhuuh.. Biarkan..

Minggu ketiga May:

Minggu ni aku keseorangan kembali.. Kawan aku semua busy dengan keja. Aku luangkan masa aku dengan si dia. Kadang tu aku bawa diri ke kenduri kawan2 aku.. Ada yang buat kenduri arwah ayah diorang, ada yang senang nak meluangkan masa dengan aku. Ada yang tak bekerja dan takda keja, mencari aku dan menimbulkan topik yang sesuai untuk berbual dengan aku. Ada yang bergaduh dengan girlfriend2 diorang. Bosan, sooooo.. Aku la tempat nak melepak, mengadu, nak manja.. Manja lebih2 tu takda masa la kan. Sebab aku bukan jenis nak melayan sangat. Kalau berkawan biarlah dia berkawan baik dengan aku. So, aku terus terang ja bila aku tak selesa dengan keadaan masa tu. Mesej dia yang buatkan aku tak selesa ka, percakapan dia ka, macam2 la kan.. Tak kisah, asalkan aku berterus terang, janji takda pihak yang sakit hati. Haaaaaaaa..... Lega..
Berbalik pada minggu aku hadiri kursus..
Masa dalam kelas kursus tu.. Bestnya aku dapat geng dengan kawan baik aku sendiri. Aku sendiri tak kisah la geng2 dari Loan Admin tu nak duduk semeja dengan aku or apa kan.. Aku malas nak pikirkan keburukan orang. So, bila aku ada dalam situasi macam tu, aku lebih suka anggap yang kami bersaudara. Aku nak orang kenal diri aku yang ori, bukan yang bikin2 nak jadi ori. Aku bukan sempurna nak berlakon, berlagak segak or perfect. Fuh.. Ayat.. Tapi, selamat yang duduk semeja dengan aku tu yang mengenali diri aku and diorang semuanya kelakar. Tak ambik hati sangat dengan perbuatan masing2. Tambah2 kawan sepejabat dengan aku. Setahun setengah aku berkhidmat dengan Bank tu, dia la satu2nya kawan yang belajar untuk mengenali aku dan aku melakukan sebaliknya. Sebab aku nak kekalkan hubungan persahabatan aku dengan dia. Biarpun kami bukan dari keturunan yang sama, keturunan tu bukan penentu apa2 pada kami. Yang penting sekarang ni katanya adalah persahabatan yang tercipta tu. Itu yang penting sebab takda orang yang akan mengenali kita melainkan kita berbaik2 dan berbuat baik pada orang yang kita sayang. Hurrmmmm...


Lepas beberapa jam dan beberapa presentation dah selesai, waktu makan dah tiba... Apa lagi.. Hoorayy la kami sekelas.. (*O*)" Sebab Evergreen Hotel adalah hotel yang menyediakan makanan yang SEDAP.. Makan punya makan sampai la masuk kelas, main game plak.. Game ni yang menarik.. :D Kan dah makan, so kenalah fungsikan hotak ni sikit untuk selesaikan masalah masa main game tu. Selesaikan langkah anda dalam kotak2 yang betul. Hahahahhha... Masa tu macam2 yang ditafsirkan oleh manager2 kami.. Lawak duh..!! Sampai la dah selesai, aku dengan kawan mencuba macam nak pecah hotak, nak bising tak boleh sebab tu syarat2 dia.. tak boleh bising, tak boleh cakap, tak boleh nak pergi ke depan peserta dalam kotak tu pun untuk bagi tau jawapan kotak yang betul. Kena duduk belakang diorang.. Hahahhah.. Bila dah settle, fuhhh... Lega kawanku..
Selain dari main game, jawab soalan, buat presentation, kami diajar jugak macam mana nak kawal emosi masa dalam office. Sebab tak semua orang paham dengan perangai masing2.. Aku ingat lagi, masa tu kami kena buat test tentang diri sendiri. Aku sorang ja yang dapat result "Dominant". Orang yang macam aku ni susah nak handle dalam office. Tapi senang nak dipujuk. Susah nak berkomunikasi dengan orang yang sensitif, macam2 lagi la. Aku dah tak ingat. Buku training aku tu ada kat office. Lupa nak bawak balik rumah dah.
Tapi keseluruhan kisah kursus aku masa tu sebenarnya dia nak mengajarkan kita ni macam mana nak bekerja dalam team. Key words dia senang ja "GREAT TEAM WORK MAKES GREAT RELATIONSHIP". Kalau takda pegangan ayat ni dalam diri kita, bila2 masa nak berperang dalam office tu pun boleh. Aku ni saja malas nak berperang dengan orang dalam office, bukannya semua orang sempurna pun. So, kita hanya perlu belajar dari kesilapan dan mengubah diri kita menjadi yang terbaik di mata diorang untuk memenangi kepercayaan dari diorang utk bekalan kita masa kerja nanti.

Minggu akhir May:

Minggu ni macam perasaan ada dengan aku kali ni. Gembira ada, sedih ada, penat & keletihan ada.. Macam2 la kan.. Semua ada macam rojak padang kota dah.. Hahahhah.. Ada satu hari tu aku masuk office, aku seronok sangat. Dapat chocolate lagi... Tapi tu aku pesan dari kawan aku. Dia ke Langkawi. Makan angin kat sana, so aku tumpang niat aku la.. Aku suruh belikan Kisses favourite aku tu.. Kawan aku bagi cenderahati dari Langkawi. Then masa lunch, aku keluar dengan kawan tu + Manager team aku. Balik dari lunch tu, dia belanja aku makan buah orange. Padahal aku yang nak beli, dia cakp "never mind, I pay for you." Aku ingatkan dia nak belikan then aku bayar balik duit dia dalam office. Bila aku bagi duit, dia tak nak. Alhamdulillah dah rezeki aku masa tu.. Syukur.. Dalam office, kawan belanja chocolate lagi.. Ishk3.. Makan chocolate ja aku ni.. Hahahhah.. Then, esok tu aku keseorang jugak macam minggu2 yang lepas. Aku tengok cita Terminator Salvation dengan kawan.. Best jugak. Layan ja, aku tak kisah. Tapi masa tengok cita tu aku letih sikit. Staff tak cukup dalam office, so aku dengan officer aku ja yang kena clear daily volume masa tu. Malam nak lepak penat skit. Tapi dah beli tiket, tengok saja la.. Layannn..... Dia balik kampung, aku keluar dengan Tombak. Temankan Tombak cari tie dengan seluar dia. Senang pulak kali ni keluar dengan dia. Tak cerewet sangat macam sebelum ni aku temankan dia. Hehehhehe.. Jangan marah... (^,^)* Setiap kali masa pemergian dia, aku sedih sikit. Padahal dia nak pergi tu kejap ja. Esok dah balik Penang dah. Keluar dengan Tombak pulak, kami banyak berdiam dari bercakap. Mungkin masing2 memikirkan hal sendiri. Dia pikirkan apa yang nak beli dan warna apa yang nak dipilih, dan harus buat pilihan yang bijak dan tak menyesal belakang hari. Hahahahha.. mungkin terpikir2 apa yang nak pilih dengan betul ni.. Warna tie dia tu dia pilih warna hijau yang aku pilih tadi. (^_^)* Aku happy jugak la dia pilih apa yang aku nampak elok dimata aku sendiri. Padahal dia yang nak pakai benda2 tu. Aku yang jadi fashion planner dia kali ni. Dah 2x aku ditanyakan pendapat tentang penampilan yang dia bakal tonjolkan untuk sesuatu event. Hehehehh.. Alhamdulillah.. Dia tak cerewet dengan pendapat aku.. Lepas dah selesai bab2 beli barang dia, kami makan pulak. Lepas tu aku settle bahagian aku pulak.. aku pun selamat nak beli barang ja, so keluar la dengan dia alang2 dia dah nak masuk island ni (*.*)" Then I end my day chit chatting with him in his new car.. Reach home, here I am.. Updating my Blog. Semoga post kali ni tak membosankan orang yang membaca ni sebab dah panjang sangat dah ni.. Inilah post paling panjang dalam blog aku ni.. Heheheh.. Selamat membaca..

Thursday, May 07, 2009

Tentang wanita air, April dan dan 23hb. :)

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

pengiraan nama aku jatuh atas unsur "AIR" bawah ni ada kisahnya :)

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran

Ha.. Ni bulan kelahiran aku pulak.. :) Aku dilahirkan pada bulan April.

APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan

Kalau ikut hari bulan pulak, mak aku sempat tahan aku sampai pagi subuh masa 23HB ja. Hahaah.. Agaknya aku dah tak sabar nak keluar tengok dunia ni :D

Tarikh Lahir pada 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

Contoh:12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir


23 +4+.... :D (psst..~ kawan aku cakap susupen sikit.. kikikiki... )

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Entah betul ka tidak semua ni aku pun tak pasti.. Hanya kenalan yang rapat denga kita saja akan kenal kita and jadi juri dalam kehidupan kita ni.. :) Hmm.... Korang baca ja la eh, rasanya ada la yang kena dengan perangai aku tu. heheheh... Tata..!!!

Sunday, May 03, 2009

Takutnya.. :(

Selsema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi
wabak selsema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan
influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.

Influenza A

Selsema Babi diketahui disebabkan oleh influenza A sub-jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, dan H2N3. Pada babi, tiga virus influenza A subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar disekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, sub-jenis H1N1 khusus tersebar luas dikalangan populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen Text Colordari susur galur selsema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).

Interaksi dengan H5N1

Virus influenza burung H3N2 adalah endemik bagi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan strain variasi baru. Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift. In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di
Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selsema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif


Bagaimana ia menjangkiti manusia

Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptom

Simptom utama bagi selsema babi pada manusia.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .