CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 07, 2009

Tentang dia..


Siapa agaknya si dia ni..? Dari apa yang aku nampak dia ni cantik, ada paras rupa, memang tampan. Tapi sayang sekali dia seorang yang sukar untuk difahami.
Apa yang aku dapat lihat dari gambaran yang diceritakan pada aku, dia ni pandai. Itu aku tak pasti sebab dia ni aku baru kenal saja. Tapi diharapkan perkenalan aku dengan dia ni semuanya baik2 la. Aku tak nak persahabatan aku berhenti di tengah jalan.
Bagi aku, suatu persahabatan tu amat bernilai. Susah nak dapat kawan. Bukan semua orang suka berkawan. Eh.. Rasanya aku dah lari topic. Hehehhe.. Ok, aku ceritakan pulak perwatakan orang ni. Aku tak suka sangat nak kata hensem. Aku suka cakap cantik. Mata dia.. :) cantik.. warna chocolate.. Bulu mata dia.. Panjang, lentik.. Tubuh badan dia.. Erm.. Part ni aku tak tau nak explain. Tak gemuk, tak kurus. Hehehheeh.. Kulit dia putih.. Orang dia tinggi jugak. Boleh tahan tinggi dia. Aku suka tengok dia. Pernah dia cakap dekat aku, “kenapa kalau tengok lama2? Takut jatuh cinta?” Hahaha.. Aku gelakkan saja. Apa lagi aku boleh katakan. Bukan aku saja yang akan tergamam bila tengok anak mata dia, orang lain pun mesti rasa macam tu jugak. Susah nak jumpa lelaki yang berbulu mata panjang and mata chocolate macam tu. Jarang sekali la nak jumpa. Cantik.. Heheheh.. Dia pernah cerita dekat aku dia ni ada kacukan cina dan arab.
Tapi sekarang ni aku dah tak berpeluang lagi nak tengok dia. Aku tak tau la nak cakap macam mana, sama ada aku ni pernah buat salah kat dia atau tak. Itu semua dia saja yang tau. Tapi bila saat aku perlukan penjelasan, aku selalu tak dapat merasakan peluang itu. Susah sangat aku nak dapatkan penjelasan dari orang lain. Memang susah.. Aku selalu tunggu peluang tu, peluang untuk bertemu dan bersua muka dengan dia lagi. Aku nak sangat dia jelaskan keadaan diri dia yang sebenarnya.
Dari apa yang aku dengar, dia ni seperti punya kisah lampau yang.. tak tau la macam mana. Sedih ka, gembira ka, atau apa saja. Dia tak mampu atau tak mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan sesiapa pun. Aku sendiri pun baru paham keadaan dia, kenapa dia berdiam diri, kenapa dia tak layan.. Dia ni jenis yang suka cari ketenangan. Dia berubah dari yang lama jadi yang baru. Tak tau la kan benda aku cerita ni betul or tak. Kalau dia baca blog aku tentang post kali ni, mungkin dia akan paham atau berikan penjelasan.
Minggu lepas, orang yang dia sayang telah meninggalkan dia buat selamanya. Mungkin perkara ni ada yang mengganggu dia sikit. Aku teka saja la.. Sebab kalau aku pun, mesti jiwa kacau jugak.. Sapa tak sayang orang yang kita betul2 sayangkan J Harap korang paham la.,. Heheheh.. Aku tak tau nak explain macam mana. Ada jugak perkara yang tak sedap didengar aku terima, tapi biarkanlah aku saja yang tau.
Aku punya harapan, aku berharap dia baca post aku kali ni. Dan aku berharap sangat dia datang cari aku balik sebab aku ada banyak perkara nak dibicarakan. Aku rela menungggu..