CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 23, 2009

Datin Seri Jeanne Abdullah

:) Ada korang terpikir kenapa topik aku kali ni berlainan dari yang lain..????
Ada satu malam tu, aku tunggu kawan datang ambik aku kat umah. Aku lalu kedai mamak kat bawah tu. Terbaca aku pada senaskah majalah, Al-Islam. Aku tak pernah2 terlintas nak beli majalah ni dulu, tapi malam tu buat aku nak memiliki senaskah untuk keluaran bulan April 2009. Kisah yang dipaparkan dalam keluaran bulan April ni memang kisah yang mencabar minda. Antara yang aku terlintas nak baca, kisah ni la.. Datin Seri Jeanne Abdullah. Kisah dia peluk Islam. Indahnya Islam bila dah ada pelbagai kaum yang dah memeluk Islam. Islam ni bagus dari segi kerohanian dan jasmani. Aku tak rasa ada agama lain yang sehebat Islam. Sedangkan aku sendiri dilahirkan sebagai seorang muslimah bergelar Islam, aku berbangga bergelar sebegitu. Ada dikalangan kita yang tidak memahami Islam dari kecil sebabnya ada antara mereka ini kurang pendedahan terhadap Islam sendiri. Berbalik pada kisah sebenar yang aku nak bercerita ni. Pasal Datin Seri Jeanne Abdullah.. Aku ada baca artikel pasal dia dalam majalah ni. Katanya, pada masa dia nak memeluk Islam dulu, memang dia mendapat restu dari keluarga. Mudah sekali keluarga dia melepas dia keluar dari pegangan agama asal dia iaitu Katolik. Pada ketika dia nak peluk Islam tu, tujuan asal dia adalah sebab dia nak kahwin dengan adik arwah Datin Seri Endon Mahmood, Othman Mahmood. Akhirnya dia berjaya memeluk Islam pada tahun 1977. Dia seorang yang telus dan berterus terang. Ada dalam ceramah dia masa melawat Bumi Kenyalang, dia datang sebagai Jeanne Abdullah dan bukan sebagai isteri Perdana Menteri. :) Aku bangga dengan sifat dia ni, merendah diri. Itu satu amalan mulia yang ada pada umat Islam. Tapi zaman sekarang ni jarang aku nak nampak orang macam tu.. :( Tapi biarlah, itu hal masing2. Sambung cerita tadi.. Hasrat nak memeluk Islam dah tercapai, tentang pembelajaran dia terhadap Islam jugak banyak halangan yang dia kena tempuhi. Perjuangan untuk menempuh segala dugaan yang dialami tak pernah luput dari hati. Malahan dari hari ke hari dia terus berjuang untuk memahami Islam sedalamnya. Dia dikurniakan dua orang puteri, hasil dari perkahwinannya dengan Othman Mahmood. Masa puteri2 dia dah bersekolah, diorang belajar agama dekat sekolah. Selepas sekolah diorang sentiasa menemui Jeanne dan bercerita apa yang diorang belajar dekat sekolah. Tanpa rasa segan silu, dia minta puteri2 dia ajarkan cara solat. Tapi dia menyuruh mereka menyampaikan cara2 tersebut tanpa memakai telekung. Dia cakap dalam buku2 agama yang dia dapatkan semuanya cara2 yang ditunjukkan bertelekung. Dia tak tahu bagaimana keadaan tangan bagi perempuan ketika bertelekung. Dalam pada masa yang masa dia tidak jugak lupa pada panduan buku yang ada. Setelah lama dia memeluk Islam, sehingga berkahwin dengan Pak Lah, dia masih lagi taat dan setia pada agama suci ini. Alhamdulillah dia merupakan mualaf yang berjaya berdikari untuk menempuh segala kesukaran yang harus ditempuhi dalam Islam. Alhamdulillah jugak sebab masih ada orang beragama lain bertukar kepada Islam. Aku berbangga sangat sebab Islam ni ada ruang untuk menerima agama lain lagi.. Bagus kan.. Aku suka sangat bila ada mualaf ni.. Bertambah umat Islam kat dunia ni. Tapi pastikanlah dia dapat didikan yang sempurna.. :) Aku ramai kawan yang masuk Islam. :) Best kawan dengan diorang, boleh kongsi pengalaman..

Friday, March 20, 2009

.::Majlis Pertunangan LiLa::.

Hurrmmmm...~ Dah lama aku tak update blog ni. Nah..!!!! Kali ni aku update pasal kakak sepupu aku tunang.. :) Aku agaknya dah takda idea nak bercerita kot.. Hehehheh.. Sorry.. Penuh dengan gambar2 ni korang cuci mata la yer.. Enjoy..~