CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 06, 2008

Happy & Sleepy


Hehehehehe.. Hari ni hari yang paling mengantuk aku lalui. Sebabnya aku tak tido malam.. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena juga.. Ishk..!! Tak boleh jadi macam ni.. Aku jadi guard malam plak even dalam rumah. Semalam aku terpaksa tido rumah mak cik aku sebab tok tinggal sorang. So, dia asyik panggil cucu dia si Awie tu, aku taknak nyahut nanti dia tau mak aku ada dia taknak tido plak. Dia dah tak nampak sebenarnya.. So aku risau setiap pergerakkan dia. Aku pun jaga satu malam nak awasi dia la dari jauh la.. Last masa aku dah mengantuk sangat, aku terlelap sendiri la.. Then ada la suatu suara ni yang aku tak tahan sangat..!!! Ishk..!!!! Bising.. Bukan bunyi nyamuk ka, apa ka.. Ni bunyi berdengkur...!!! Masa tu dah pukul berapa dah.. Agaknya dah pukul 3 pagi kot. Aku bawa bantal kecik kesayangan aku tu, kononnya tak boleh tido tanpanya.. Ehem.. Ingat budak-budak ja ka ada bantal peluk..??? (^,^)" Aku usahalah taknak gerak orang yang berdengkur kuat sebelah aku tu, aku pun tutup la telinga dengan bantal aku. Tak boleh lena juga.. Ishk..!! Aku dah panas masa tu, apa lagi gerak la.. Aku gerak suruh tido jangan berdengkur then suruh tutup mulut tu.. Last dia buat sungguh.. Aku tengok muka dia masa tu memang lawak gila.. Ades.. Terbantut lagi rasa nak tido aku tu.. Aku pusing plak nak tengok tok buat apa.. Dia dah rest.. Alhamdulillah.. Aku leh sambung tido.. Tapi teringat plak kat orang sebelah ni, dia ikut cakap aku.. Aku cakap aku tak boleh tido sebab dia berdengkur.. Hahahahah..!! (^o^)" Aku memang gelak malam tu, tak boleh nak menahan rasa lawak aku tu. Padahal aku yang createkan.. Hahahah.. Last aku rasa macam baru nak tido then dah kena gerak. Disuruh bancuhkan susu kat tok aku tu. Aku pun bangun la dengan pening kepala semua cukup lengkap. Aku gagah juga gi dapur bancuhkan susu tok. Last gaduh dengan Maisarah kesayangan aku tu plak. Space untuk dia tido punyalah luas dia nak berebut jugak dengan aku.. Ishk.. Macam nak sekeh anak aku tu.. Last pujuk dia suruh ke tepi skit sebab aku nak sambung tido otherwise aku drive nanti keta drive aku plak.. Huahuahuahua... Maisarah, Maisarah.. sayang dia.. Geram-geram dengan dia pun aku malas nak layan sangat dia tu. Panas baran aku tak dapat dikawal nanti dia kena jerkah ja. Dia pun dah paham kalau aku marah dia cepat-cepat keluar dari bilik aku. Heheheh.. (^.^)" Pas aku siap-siap pagi ni, aku dapat jemputan untuk breakfast plak. Ehem.. Mak aku tengok-tengok aku ja masa aku bersiap sebab aku duk tersenyum ja time tu. Last dia call.. Hehehe.. Dah diajak, ikut ja.. Malas nak kecewakan kawan. Even teman istimewa aku ajak pun aku turut perintah saja. Kalau kena naik bus skali pun, bagi aku kacang goreng saja.. (^_^)" Dah.. Pas aku keluar dengan kawan aku tu merayap sekejap, aku pergi Prangin Mall plak, ada la aku booking something kat sana tu. Ha..!!! Suspen jugak dalam life aku ni, padahal aku yang booked, aku yang nervous.. Aku sempat lunch dekat kedai mak aku, then aku pergi beli ubat plak. Last aku tunggu bus Rapid Penang sebab aku ngada skit nak naik bus yang x sempit and selesa ada aircond. Tapi kalau ada aircond pun ramai orang, aircond tu jadi lain la. Aku sempat belek majalah aku beli kat stesen masa dalam bus. Sementara nak sampai rumah aku Tido jap, memang lelap dah wei..!!! Selamat aku sedar sebab cina mangkuk sup sebelah aku ni sembang dengan kawan dia tak reti nak carefull skit, asyik terlanggar tangan aku ja. Lesing sekali baru tau.. Aku sedar pun dah nak sampai kat stesen umah aku dah, selamat.. Heheheh.. Actually thanks to Cina mangkuk sup tu jugak la, otherwise sampai stesen Komtar balik. Hahahah.. Lintas jalan plak ada keta mewah jugak la, pakai nak jalan ja tak nampak aku nak melintas depan dia.. Aku jegih baru nak stop.. Hotak dia la.. Bapa dia bayar insurance aku kot.. Sampai rumah aku tak boleh tido jugak.. Arrghhhh...!!! Tension babe..!!! Dah la.. Let it end here..


Hatiku mula berdetik.. Sampai bila aku harus begini..??? Menjadi manusia yang sentiasa ternanti-nanti dengan keadaan duniawi. Sampaikan kekadang tu aku malas dengan dunia luar, aku lebih suka bersendirian di tempat sunyi. Boleh aku memikirkan hal lain lagi. Tapi, ini semua Allah yang menduga kita. Allah tentunya sayangkan setiap makhluk yang diciptaNya. Dia juga sentiasa menduga manusia dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya bergantung pada kita untuk mengatasinya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk melaksanakan atau menjalankan tugas seharian. Malahan manusia adalah makhluk paling sempurna diciptaNya. Tidak seperti haiwan dan lain-lain. Perasaan aku semakin berdebar menanti setiap hari yang berlalu. Aku hanyalah manusia biasa yang diberi perasaan dan fikiran untuk membuat pertimbangan. Duniaku kini semakin berwarna dan aku semakin hari semakin ceria. Kehidupan aku kini bebas seketika dan aku hanya mengikuti kata-kata hatiku dan terus melangkah mengikut bicara hatiku. Dan sehinggakan aku tidak sedar perasaan aku telah beralih arah dan mula inginkan kehidupan aku yang baru ni kekal selama yang mungkin. Aku sentiasa senyum sekarang dan tidak bosan sangat berbanding dengan kehidupan aku sebelum ni. Memang aku happy sekarang. Happy sangat, dan kadang kala aku penat kerana terlalu seronok. Aku berharap hidup aku ni tak seteruk orang lain yang lebih kritikal dari aku. Insyaallah.. Aku hanya inginkan kehidupan yang dapat menceriakan aku dan tiada sebarang halangan dari orang lain. Aku memang impikan kehidupan yang tiada halangan. Bukan untuk bersosial, tapi tidak mahu dikongkong hanya kerana masalah kecil. Aku tidak suka persahabatan aku dihalang, tidak suka kehidupan aku dikunci semata-mata hanya kerana dia orang yang aku sayang. Itu semua tidak penting, tidak perlu kawal aku, aku punya akal fikiran dan perasaan. Aku tak sukakan hubungan yang tidak ikhlas dan hanya bersandiwara semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Di belakang hari kita yang merana sendiri. Biarkan pergaulan kelihatan seperti pasangan kekasih tak kira sesama perempuan atau dengan laki.. Pedulikan kata-kata orang lain.. Biar mereka cuba sendiri dan alami sendiri perasaan tersebut dan mereka akan tarik balik kata-kata yang dilemparkan. Itu semua bukan bermaksud couple like they mean it. Tapi bagi aku itu semua hanya berkongsi kasih sayang dan care tentang pasangan atau teman rapat mereka. Bagi aku tak salah jika aku atau anda yang membaca ni cuba menyayangi orang lain. Itu satu kemestian dalam hidup, sedangkan Rasulullah pun berkongsi kasih sayangnya dengan isteri-isterinya. Aku tidak kisah ingin berkongsi kasih aku dengan orang lain. Mungkin aku ni telah dididik begitu agaknya. Apa-apa hal pun aku tidak kisah sekarang, ingin dikatakan sebagai itu ini semua, asalkan aku paham dan tidak lari dari landasan. Insyaallah.. Aku masih lagi dalam keadaan terkawal dan Insyaallah akan mengawal perasaan aku. Kali ini saja bukan sekali dua aku begini, sudah berkali-kali aku menjadi seperti bahtera belayar di lautan. Belayar sampai aku menemukan keinginan dan kepuasan untuk diriku..