CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Malam Maulidur Rasul..
Tak disangka2.. Malam Maulud Nabi ni aku dapat sesuatu yang aku suka sangat... Aku pernah beli, tapi mati selepas beberapa hari aku jaga dia. Mati bukan pasal aku dera ok. Dia mati sebab sakit. Tapi masa Khamis, malalm Jumaat lepas, kawan aku hadiahkan aku sepasang lagi Arnab. Tapi jenis Anggora. Alhamdulillah.. Walaupun aku takut nak jaga lagi, dia buat aku confidence. Dia cakap yang dulu tu mati sebab sakit, stress. Tapi yang baru ni dia bagi sihat, takda masalah. Baru lepas tinggal susu badan. Kalau dia dah cakap macam tu, aku ok ja la. Dah orang nak bagi, aku terima saja. Comel.. Warna putih tapi yang Boy bertompok sikit. Comel jugak.. Aku suka sangat.. Tiap2 pagi aku celik mata ja aku teringat babies kat luar tu. Aku panggil "Boy" and "Girl". Simple.. Aku suka ja nama tu dari mula ada arnab sampai dah berganti arnab lain.. Tapi yang dulu, Girl dia lawa.. Warna kelabu asap.. Cantik Cergas, tapi aku tak perasan masa beli tu dia dah patah kaki. Sedih aku melarat sampai aku dapat arnab baru. Macam putus cinta. Sebab dulu aku pernah bela. Abang aku yang start dulu. Bawak balik sepasang Dwarft. Then beranak2 banyak.. Sampai berapa keturunan dia. Kemudian tu, bapa aku tak tahan, pergi hantar arnab2 tu buat satay..!!!! Aku geram...!!!! Yang previous Boy and Girl pun dia tak suka. Dengan yang baru ni pun dia tak suka kot. Lantak la, aku yang jaga. Duit aku.. Alhamdulillah, sampai sekarang arnab2 aku still aktif. Gobis jadi favourite arnab aku. Tapi carrot tak makan plak. Erm.. Pelik. Takpa, janji aku tak stress dengan kerja aku sangat. At least ada something yang boleh aku melayan, yang boleh buat aku gelak and relax. Thanks to you my friend.

Saturday, February 06, 2010

Sabtu "NUBE"

Hahahahha.. Adoiyai. Aku tak tau la apa keputusan aku dah buat ni..???!!!! Aku patutnya hadir briefing Pertubuhan Bank2 Malaysia, tapi aku malas sebab Kak Nana tak nak pergi, jadi aku ambik keputusan untuk hadir kelas agama kolej aku. Patutnya aku tak payah masuk dah kelas ni. Aku dah lulus kelas ni. Saja aku masuk semula untuk dengar Ustad Jamal jalankan dakwah dalam kelas ni. Aku seronok masuk kelas2 macam ni. Ustad ni jugak yang mengajar aku dengan kawan2 masa tahun 2007 dulu. Tapi hari ni aku masuk dalam kelas ni, dia panggil aku PUAN, LECTURER KA? Hahahahah.. Malu aku..!!! Tapi selamat aku duduk dekat pintu masuk. Aku cakap la aku bukan lecturer, aku bukan puan. Aku student kolej ni jugak. Saja ja ustad ni. Nampak sangat dia ni pelupa, cepat lupa.. :)

Topik pagi ni dia briefing pasal tokoh2 Islam. Menarik kalau cerita pasal tokoh2 Islam ni, banyak fakta dari auta. Aku suka tapi sukar nak mengingat pasal tokoh2 ni.. Heheheh.. Ada antara student2 yang hadir dalam kelas ni sumanya junior2 aku. Tapi junior dari segi semester saja. Heheheh.. Erm.. Ada jugak yang kena repeat, antaranya kawan2 aku 2 orang ja kot. Yang lain tak nampak dah. Sempat jugak la aku nak meng"update" blog aku ni. At least ada masa jugak aku sempat curi untuk penuhi niat aku untuk bercerita kali ni. :)

Sekarang ni, tiap2 malam aku tido sorang dalam bilik. Slalunya ada orang gaji aku temankan. Aku bukan demand, memang dah biasa dengan keadaan tido sorang ni. Aku sentiasa kena kacau sekarang ni. Apa yang kacau aku kurang pasti. Sama ada aku yang kurang sihat disebabkan cuaca sekarang ataupun memang ada yang sedang mengganggu aku sekarang ni. Keadaan aku sekarang banyak yang berubah. Aku jadi pendiam, menyendiri dan tak lagi nak bergaul dengan sapa pun. Termasuk waktu lunch kat pejabat, aku lebih suka nak makan sendiri. Aku kurang gemar sangat dengan gossip pejabat ni. Buat sakit telinga saja. Tapi bila sampai satu tahap aku perlukan kawan2 aku, aku akan cari Kak Nana and Kak Awi. Even diorang akan faham dengan keadaan aku. Aku tak lunch skali, harap2 isu ni tak menjadi masalah pada mereka. Kadang kala faktor cuaca jugak menyebabkan aku tak nak keluar dari pejabat. Panas.. Tapi cumanya panas dunia saja. Teriknya, Ya Allah.. Dia saja yang tau. Ada kalanya, kalau ada orang yang menjadi issue dalam perbualan, tapi join keluar makan, itu jugak aku menggalakkan diri aku untuk stay kat work station aku. Lebih selesa.. Dan aku lebih berhati2.. Jangan sampai ada orang yang "singgah sebentar" kat tempat aku. Aku pantang..!!!

Berbalik semula dengan keadaan kelas Ustad Jamal ni. Kisah tokoh lagi.. Tapi kali ni tokoh2 dari Malaysia yang banyak berjasa kepada negara. Tapi Ustad baru ja cakap, "Kemungkinan kelas kita habis awal hari ni.. Alhamdulillah skali lagi lah.. " kami gelak dalam kelas. Lawak.. Aku tergelak kuat plak, padahal aku bukan student kelas ni.. Tapi best masuk kelas ni. Boleh tenangkan fikiran skit mendengar tentang Islam. Ok la, aku pun nk rehat sebentar sambil dengar hujah2 Ustad Jamal.

Monday, February 01, 2010

Today, 1st of February year 2010.

Aku dah lama tak potong rambut.. And today aku happy sangat aku dapat masa lapang dengan bisol yang tak tertahan ni aku gagah jugak bergerak ke kedai rambut bawah KOMTAR ni.. Aku dah lama teringin nak potong, tapi masa tu ja yang tak mengizinkan. Malas pun ada sebelum ni.. So, hari ni aku memang rajinkan diri aku untuk pendekkan rambut yang dah rosak ni.. Sebelum rosak lebih teruk, aku kerat, kerat and kerat bagi lawa balik. :D

Yeah2..!!!! Aku jugak baru lepas ziarah family sebelah dia. Aku baru balik dari Kuala Lumpur lagi.. Erm..~ memanjang dengan KL ja aku ni. Nak jadi orang sana ka???? Kalau ya pun, apa salahnya..~ hehehe.. Kat Penang pun dah macam takda apa2 untuk aku. Ada tu ada cuma suasana tak macam dulu lagi dah. Malas aku nak terjemahkan perasaan luka tu macam mana kat post kali ni sebab aku nak sentiasa ceria ja sekarang ni.. Apa yang aku impikan tahun ni InsyaAllah bakal berlaku cumanya aku kena kuat berusaha. Kawan2 yang aku sayang, bersama2lah dengan aku mendoakan segala yang aku impikan itu menjadi kenyataan. InsyaAllah..~

Aku jumpa Biba lagi.. Agak terubat jugak la rindu di hati.. hehhe.. Sebab terasa macam sekejap sangat aku jumpa dia, 2 jam ja. Sebab masa kehadiran aku, dia nak ke Bentong, jumpa Ejoe. Bakal Big Family dia nak jumpa "bakal Menantu" ni.. Hahahaha..!!!!!! Adoiyai.. Lawak jugak aku jumpa dia kali ni.. :) Aku tak kisah dia dengan sapa pun janji baik and jaga sayang aku ni elok2.
Biba.. Aku jumpa dia kali ni semata2 nak ke Habib Jewels. Untuk apa ke sana????? Aku beli barang la kat kedai tu. Ada peneman setia tapi jauh, apa boleh buat.. Aku tak pernah kisah kalau nak jumpa dia aku ke sana. Kadang2 aku rasakan macam patut aku ke sana. Kalau aku dalam Penang ja, takda yang dapat merubah situasi aku kat sini. Aku lega bila berada dengan saudara aku yang lain, yang sebaya dengan aku. Biba bukan budak sosial. Dia baik, sopan, cantik and manis bila dipandang. Tak kisah la kalau ramai yang memandang dia, sejuk mata memandang. :D Aku macam promosi plak kat sini.. Hahahah..!!

Fuuhhhhh...!!!!~ Lega jugak aku dapat keluar sekejap dari kota Penang tapi menjengah plak ke kota Kuala Lumpur. Semata2 cari barang baru dekat Habib KL. Macam la Penang ni takda langsung HABIB kan..!!!!???? Ada sebab aku merantau ni. Bukan saja2.. Saja2 aku pun malas nak bergerak. Keluar bilik dekat rumah pun aku malas.. Hehehehe.. Terbongkar rahsia aku.

Erm.. Lega aku dapat taip balik untuk blog aku ni. Dah lama sangat aku biarkan tak bernota harian.. Padahal aku yang rajin menaip kat sini, sampai ada satu masa dan ketika, aku terpaksa batalkan niat aku setiap kali aku nak mulakan coretan aku ni.
Erm.. Dah2.. Aku dalam kelas ni. Lecturer pun dah masuk kelas, aku pun dah ready, and nak mula menelaah sebaik yang mungkin dalam kelas ni.. Assalamualaikum..