CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 28, 2010

Malam Maulidur Rasul..
Tak disangka2.. Malam Maulud Nabi ni aku dapat sesuatu yang aku suka sangat... Aku pernah beli, tapi mati selepas beberapa hari aku jaga dia. Mati bukan pasal aku dera ok. Dia mati sebab sakit. Tapi masa Khamis, malalm Jumaat lepas, kawan aku hadiahkan aku sepasang lagi Arnab. Tapi jenis Anggora. Alhamdulillah.. Walaupun aku takut nak jaga lagi, dia buat aku confidence. Dia cakap yang dulu tu mati sebab sakit, stress. Tapi yang baru ni dia bagi sihat, takda masalah. Baru lepas tinggal susu badan. Kalau dia dah cakap macam tu, aku ok ja la. Dah orang nak bagi, aku terima saja. Comel.. Warna putih tapi yang Boy bertompok sikit. Comel jugak.. Aku suka sangat.. Tiap2 pagi aku celik mata ja aku teringat babies kat luar tu. Aku panggil "Boy" and "Girl". Simple.. Aku suka ja nama tu dari mula ada arnab sampai dah berganti arnab lain.. Tapi yang dulu, Girl dia lawa.. Warna kelabu asap.. Cantik Cergas, tapi aku tak perasan masa beli tu dia dah patah kaki. Sedih aku melarat sampai aku dapat arnab baru. Macam putus cinta. Sebab dulu aku pernah bela. Abang aku yang start dulu. Bawak balik sepasang Dwarft. Then beranak2 banyak.. Sampai berapa keturunan dia. Kemudian tu, bapa aku tak tahan, pergi hantar arnab2 tu buat satay..!!!! Aku geram...!!!! Yang previous Boy and Girl pun dia tak suka. Dengan yang baru ni pun dia tak suka kot. Lantak la, aku yang jaga. Duit aku.. Alhamdulillah, sampai sekarang arnab2 aku still aktif. Gobis jadi favourite arnab aku. Tapi carrot tak makan plak. Erm.. Pelik. Takpa, janji aku tak stress dengan kerja aku sangat. At least ada something yang boleh aku melayan, yang boleh buat aku gelak and relax. Thanks to you my friend.