CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 04, 2009

Oktober aku lagi.. (^,^)"


Oktober aku menarik.. Dan makin menarik.. Aku baru balik dari lokasi rahsia aku lagi.. Huhuhuhu.. Erm.. Kali ni aku jumpa dengan si dia tapi ada slack skit la.. Salah aku jugak, tapi ada reason.. Bukan saja2 aku nak buat macam tu.. Ingat aku gila apa nak lukakan hati orang.. Pandai aku buat, pandai la ku pujuk.. Aku mengalah takpa, tapi kadang2 aku harus tegakkan pendirian aku jugak.. aku bukan takda akal, hati dan perasaan.. Korang paham2 la yer.. Tapi, kalau aku yang timbulkan perasaaan tu, aku akan redhakan perlahan2.. Bukan drastik.. Bukan seketul ja aku diam terus.. Membatu.. Tapi selamat ada "sedara2" aku kat sana yang dapat entertain aku, and aku serasi, sekepala dengan diorang.. Erm.. Best jugak.. Aku dapat jugak jumpa kawan2 myspace yang aku kenal.. Antaranya Inspirasi Hati Kacau, ada jugak kawan2 lain, tapi aku tak tau Id or nama diorang.. Dah lupa, 1st time jumpa macam ni la.. Erm.. Jumpa kawan2 dia yang suka pecahkan perut.. Memang kalau perut ikan kami semua ni, nampaknya dah pecah la pasal ketawa besar sampai kul 3 pagi.. Shamer, Adi, Wawan and sorang lagi aku tak tau.. Sepet macam abang aku.. Kahkahkah.. Aku tengok muka dia aku teringat abang aku yang garang tu.. Adoiyai.. Huhuhuh..
Bulan ni bulan sakit aku.. Tapi aku rasa nak enjoy jugak.. Allah menduga aku dengan pelbagai dugaan.. Kisah cinta, kisah kesihatan aku yang kronik.. And macam2 lagi.. :) Tapi aku bersyukur sebab masih mendapat dugaan sebab itukan satu2nya cara Dia menyayang kita sebagai umatnya.. Aku selesema teruk dari dalam office since dari hari Isnin. Asalnya aku hanya sakit tekak.. Then makan strepsil honey lemon, dengan harapan sakit tekak nanti kurang.. Tapi hampeh.. Gua makin sakit tekak laaaa... Lepas sakit tekak, datang pulak si batuk ni jumpa dengan aku. Dia cakap nak menumpang.. Hahahaha.. Bila dah gabung selesema + sakit tekak = batuk tibi.. Kahkahkah.. Sakit kot.. Bukan sakit ni ja datang mengunjungi aku.. Alah pada makanan pun menjadi2 kat aku ni.. Ha.. Benda ni jadi masa aku tak selesema lagi, lepas dah recover dari alergic baru aku batuk suma... Adoi.. Penat kot aku.. Keja makan ubat ja bulan ni.. :(
Esok Isnin, 5hb Oktober 2009.. Aku harap aku dapat jalani hari2 yang bakal mendatang ni dengan sempurna.. Walaupun sakit2, tapi tetap aktif dan ceria.. :) Walaupun ke sana tak ceria, kena jadi ceria dan menceriakan keadaan jugak.. Takkan nak merintih kesedihan pulak.. Aku dah strugggle walaupun sakit, harap korang happy dengan kehadiran aku di sana Sabtu lepas.. Belajarlah dari kesilapan, dan ulangilah perbuatan dengan kebaikan dan bukannya pembalasan..
Now waiting for next two weeks to come.. Tak sabar aku pasal ni dari kakak aku call tadi petang.. Dia invite aku.. Insyaallah berjumpa lagi kita semua di sana.. sana.. sana.. Hahahah.. Insyaallah.. (~,*)"