CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 24, 2014

Addin Ahmad Thaqif Bin Aizat Nazarry

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama aku menyepi dari blog ni. Entah apa dah jadi, blog orang lain dah maju ke depan dengan macam2 cerita.Aku masih maintained dengan cerita lapuk ku dalam blog ni. Tapi hari ni walaupun dah dua minggu cerita berlalu, baru ada masa aku nak update cerita ni.. Jeng3...!!!!~








ALHAMDULILLAH.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dari hidup berdua dengan Aizat Nazarry Rosli, kini kami sudah melengkapi kehidupan kami dengan kehadiran orang ketiga. Ceritanya.. Aku selamat melahirkan seorang anak lelaki seberat 3.2kg, ketinggiannya 48cm, dilahirkan pada pukul 6.30pm, bersamaan dengan 18 Muharam 1436 hijrah. Kalau ikut Lunar Calendar, Thaqif lahir pada 11 November 2014. Syukur.. Segala proses melahirkan Thaqif berjalan dengan lancar, walaupun sakit meneran, kena potong, bius bagai, tetap aku bersyukur dengan kurniaan Allah ni kepada kami. Alhamdulillah.. Itu saja yang mampu aku ucapkan selepas Dr. Quah sambut dia keluar.. Entah berapa kali aku ucapkan "Alhamdulillah" tu. Aku lahirkan Thaqif di Lam Wah Ee Hospital, admitted Isnin malam pukul 10.00pm dan kemudian bermalam di sana. Keesokan hari, 11 November 2014, pukul 10.30am aku ditolak ke Labour Room. Aku ingatkan labour room tu mengerikan, rupanya tidak. (>.<)" Memang merupakan pengalaman yang paling menarik dalam hidup. Labour room memang lain dari OT yang pernah aku masuk sebelum ni. Selama lapan jam aku bertarung nyawa dengan sakit pinggang yang amat sangat. Sakit yang lain dari lain, tapi Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku bertahan sampai pintu terbuka seluas 10cm. Alhamdulillah, Thaqif membantu saat2 akhir tu. Aku dapat rasakan kepala dia menolak turun semasa aku mengiring ke kiri atau kanan. Semasa dalam labour room tu, perut ni akan dipasangkan dengan alat pengesan jantung bayi, untuk kesan dan pastikan jantung bayi sentiasa berdenyut dan tak berhenti secara tiba2. Tapi, dengan sakit yang teramat sangat aku tak dapat nak bertahan dengan berbaring terlentang. Jadi, mengiring adalah jalan terbaik dan akan mempercepatkan proses kelahiran.

"Ahmad Thaqif... Ahmad Thaqif... Ahmad Thaqif..." ayat pertama yang aku sebutkan setelah dia keluar ke dunia. Nama yang dipilih untuk dia semasa dia masih dalam kandungan seusia 6 bulan lagi. Addin Ahmad Thaqif diberi nama dan didaftarkan sejurus dia keluar dari hospital setelah 3 hari 3 malam berkampung di sana. Rupanya comel, orangnya sihat, sifatnya Alhamdulillah sempurna. Tapi, kuat melalak..!!! Hehehehehe..!!! Mungkin masih baru dan aku masih dalam seisi perkenalan dengan anak aku ni. (^.^)"
Alhamdulillah, Thaqif baru usia sehari tapi dia murah rezeki.. Sumbangan dari office mate aku mencecah ribu. aku bersyukur sangat dan berterima kasih pada yang memberi sumbangan ikhlas. :) Bukan nak berlagak, sepanjang aku mengandungkan Thaqif, setiap hari Khamis & Jumaat mesti ada saja rezeki yang aku dapat tak kiralah walaupun ianya hanya makanan. Tapi sedap2 pulak tu aku dapat makan. Ada sehari tu Big Boss dari Singapore datang melawat E2 Power, tiba2 aku teringinkan satay. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat, Boss belanja makan satay ayam seorang lima cucuk. Dan Kak Norsiah, rakan semeja aku, dia hulurkan satay dia. Suruh aku makan sebab aku berbadan dua. Alhamdulillah, aku dapat jugak lepaskan mengidam aku nak makan satay. Itulah rezeki Ahmad Thaqif semasa aku mengandungkan dia.

Sekarang, Ahmad Thaqif dah masuk 13 hari. Ibu dan ayah doakan Thaqif membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Taat pada agama seperti nama yang diberikan pada kamu, taat pada ajaran yang diberikan pada kamu.. Semoga Allah melindungi Addin Ahmad Thaqif ibu dan ayah ni selamanya sehingga ke Jannah Allah. Amin.. (^o^)"