
Hariku berlalu bersama kesepian.. Seminggu aku kebosanan. Terasa aku ingin menyendiri seperti selalu. Tanpa perlu ada kehadiran orang lain yang perlu menceriakan keadaan. Keadaan tu kalau kekal takpa la jugak.. Kalau hanya sementara..??? Hmm.. Bersedia sajalah untuk berbalik pada asal.. :) Tapi kehadiran orang lain dalam hidup kita ini sebenarnya rezeki. Mereka tu semua utusan Allah SWT. Tak baik kalau dilayan macam budak2 yang tidak berakal.. Kan itu semua kita yang pintakan dari Dia. Perlukan sahabat dan rakan yang ramai untuk bersuka ria, gelak ketawa, kawan menangis, teman ke sana ke sini.. Itukan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Jadi, di sini aku akan berceritakan seorang sahabat aku yang datang mencari aku.. Ehem.. Hehehe.. Jeng3..!! Jangan marah dong.. (*o*)" Nama dia aku rahsiakan ja lah.. Mana nak tau nanti2 ada orang kenal dia ka, naya ja aku ni. Hahhah.. Erm.. Ok.. Satu hari masa aku dalam office, dalam pukul 3 lebih kot.. Tak ingat dah. Ada mesej dari seorang yang aku tak kenal. Bukan tak kenal terus, mungkin pernah berbalas mesej dan chatting YM or what ever. Aku dah lupa tu semua.. Aku dulunya aktive segala website yang membolehkan aku mencari kenalan2 baru.. Dah aku suka berkawan, macam tu la aku.. :) Erm.. Lepas tu, dia mesej just to say "HI". Kemudian aku tanya la sapa dia tu. Dia beritahu nama dia tuuuttt.... Hahahah.. Jari aku yang tengah selesaikan setiap cases dalam WFI System tu terhenti la kejap. Aku tak puas hati macam mana dia ada nombor phone aku padahal aku dah lama tak bagi orang lain. Mungkin aku pernah bagi, tapi bila orang tu tak aktive dengan aku. so, aku lupakan saja. Ataupun pernah terjadi pergaduhan kecik ka antara kami so dalam keadaan macam tu pun aku ignore jugak. (^.^)"
Masa hari Khamis, dia bawak aku keluar.. Jalan2 pergi makan ja pun.. Aku pun keletihan sebab balik keja terus siap keluar dengan dia. Lawak jugak orang dia.. Senang buat orang ketawa.. Lagak kami pun dah macam kenal lama. Macam dah pernah jumpa.. Dah macam saudara.. Dari segi percakapan aku dengan dia, kami memang kami menyakat.. Heheh.. Sebab tu masing2 akan ketawa besar. Sampai kami tak heran dah orang keliling yang pandang sebab dua orang saja suara dah macam 10 orang yang menggegarkan sebuah meja makan.. Tapi still under control lagi.. Sekali sekala aku perasan jugak dengan nada ketawa aku, aku kawal. Hehehe.. Hari pertama keluar dah dapat hadiah. Aku tak pasti apa niat dia sebenarnya. Katanya dia hadiahkan sebab nanti tak jumpa dah. Susah nak jumpa.. Aku simpan ja pemberian orang. Banyak dah. Aku sayang nak pakai, nanti rosak or hilang lagi la susah.. Aku tak gemar kehilangan barang pemberian.. Aku jaga sebaik mungkin.. :) Biarpun hadiah tu tak seberapa sangat, tapi aku jaga jugak. Sebab setiap pemberian tu ada tercipta satu kenangan.. Hari pertama jumpa.. Hari kedua pun mendorong dia untuk berjumpa.. Sampailah pada hari ketiga ni, aku bawak dia beli jeruk.. Sarapan.. Then jalan2 dekat rope walk. Huhuh.. Entah betul ka tak eja macam ni. Biorlah.. Last, kami lepak dekat tepi laut Gurney.. Tempat kegemaran aku untuk melepak.. Laut.. Hurrmm...Seronok aku dapat tengok lau
t hari ni. Alhamdulillah.. Sekian lama aku bekerja saja sampai takda masa nak merehatkan minda yang penat ni. Asyik dengan kerja and class ja. Minggu depan dah start semester baru.. Opss.. kali ni Project dengan Open Source Class. Adoi.. Pening balik la lepas ni..
Hari ni rumah dia ada kenduri.. Aku dijemput.. InsyaAllah sampai la aku ke sana.. (^.^)" Esok dia dah bergerak ke KL balik.. Ganti dengan kehadiran kakak aku, Fara. Dia bertolak dari KL petang ni.. Aku tak sabar nak jumpa Darwisy.. Budak comel yang montel.. Hahahah.. Malam nanti baru sampai agaknya.. Aku akan busy, InsyaAllah jugak aku akan berada di rumah sepanjang kakak aku ada kat Penang ni..
Kenapa..??? Pelik ka aku membaca buku ni..?? "AKU TERIMA NIKAHNYA". Besttt... Bacalah buku ini.. Berbaloi.. Ada kisah Cinta.. Ada kisah Kasih dan Sayang.. Ada kisah anak2.. Macam2 lagi.. Antara kisah yang buat aku ketawa besar adalah kisah "Sang Kancil" yang diceritakan oleh si Abi kepada anaknya "Yop". Comel sangat panggilan tu pada anak dia ni.. Nama anak2 sedap didengar and senang nak mengingat.. Aku suka nama anak perempuan dia, "Naurah". Sampai tadi masa nak panggil Maisarah pun tersasul. Terpanggil Naurah..
Buku ni mengisahkan kisah berumah tangga yang dibina tanpa cinta. Cinta yang dimaksudkan di sini adalah seperti yang berlaku sekarang antara kekasih2, Couple2.. Jodoh dalam duniawi yang berlaku sekarang terbahagi kepada tiga. 1. Jodoh dari Syaitan.. 2. Jodoh dari Jin. Dan 3. Jodoh dari Allah sendiri. Memang dalam maksud2 setiap jodoh ni. Aku nak berceritakan pun meremang bulu roma aku.. Kalau nak tau, tengok la cerita "Syurga Cinta". Ada antara kita tak suka cerita macam tu. Macam aku jugak, mulanya aku tak suka masa diajak si dia untuk tonton cita tu. Last aku mengalah and just go on with the plan. Masa cerita ni diwayangkan, aku punya la layan sampai ditertawakan si dia. Adakah patut dia cakap aku minah jiwang. Padahal dia yang ajak aku tengok. Dia tak rasa apa2, aku yang rasa effect dia. Nasib la.. Tapi kisah2 dalam cerita tu memang bermakna. Padan muka dia, kena tempias dengan aku. Hehehehe.. Nakal jugak aku ni nak kenakan orang lain. Eh.. Dah lari dari landasan cerita asal plak aku ni.

