CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 06, 2011

Bila wujud keinsafan..


Assalamualaikum,

Subhanallah...!!! Aku rasa bersyukur sangat aku masih bernyawa sehingga malam ni.. Aku rasakan yang aku ni masih diberikan peluang untuk berjasa dan berbuat kebaikan pada sesiapa saja pun. :)

Hari ni masa aku kat office, aku teringatkan mak aku.. Hari Selasa, masa aku nak pergi kerja. Mak aku

tetiba call aku, padahal aku baru ja turun lif. Dia call semata-mata nak bagitau aku yang aku tertinggal spect aku. Aku memang rabun, tapi aku boleh nampak lagi. Cumanya mata aku ni tak balance.. Apa boleh buat, dah ketentuan macam tu. :D

Dari saat itu la aku rasakan.. Ada suatu perasaan yang menghantui aku.. Aku rasakan yang tetiba mak aku caring sangat pasal aku.. :) Alhamdulillah.. Aku sentiasa doakan yang dia akan bercakap dengan aku macam kawan aku.. Aku taklah rasa sunyi sangat walaupun tinggal sebumbung.. :) Apa yang aku nak, aku dah nampak.. Aku takkan berhenti berdoa kalau itulah yang kita perlu lakukan untuk mendapat manfaat dari Dia.

Malam ni (5.1.2011), aku keluar dengan Liyana. Yang sebenarnya.. Ada kisah sebelum aku nak jumpa dia ni.. Dari Balik lunch tadi, aku asyik teringatkan dia saja. Aku call dia.. Aku tak tau plak dia ada dengan Hafiz masa tu. Kata dia, diorang gi tukar sim card kat DIGI. Masa tu aku tnya dia, "Na, hang nak gi pasar malam dekat rumah hang tak..???". Padahal, pasar malam tu semalam. Hari Selasa.. Aku terlupa.. Then aku cakap, "Takpa la, hang settle keja hang dulu..".

Lepas tu aku terus mesej dia, cakap nak keluar dengan dia. Mesej yang aku hantar tu macam ni, "Na, aku teringin nak gi pasar malam dengan hang, nak minum2 dengan hang, nak jalan2 dengan hang.. Hang nak tak Na..???". Then dia reply mesej aku, "Aku ok ja chah, tapi kita keluar kul 8 ok?". Lebih kurang macam tu la mesej dia.. Aku tak dapat nak ingat sangat.. Aku tak tau kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia malam ni. Esok dia dah balik KL. Nak register sem baru dah.. :) Malam ni kami keluar bersama sambil bercerita. Dia cerita masalah dia.. Aku ceritakan masalah aku.. Aku mengungkit kisah lama aku.. Pasal mak aku tak beri peluang untuk aku.. Tapi mungkin ada hikmahnya.. Jadi aku biarkan cerita lama tu berlalu macam tu saja.

"Chah..!! Aku sayang hang.!!" . Aku dah bergerak nak balik dah masa tu. Selepas saja aku dengar dia kata dia sayang aku, terus aku rasa berat nak balik.. Dia dah nak balik KL. Aku menangis masa driving on the way balik.. Terharu sangat lepas aku dengar dia kata macam tu.. Susah aku nak jumpa diorang.. Lepas tu aku, along, naz and liyana, nak jumpa macam nak kena tunggu ada papa baru leh jumpa.. Aku kerja, naz kerja.. Bila diorang cuti, kami pulak kerja.. Jadi masa jadi contradict.. Takda peluang nak jumpa.. Liyana pulak kadang kalau balik cuti sem, dia cari peluang untuk kerja.. Along pulak kena tolong mak jualan.. :) Kami suma anak2 orang meniaga. :D Bestt..!!! :D Ada pengalaman masing2.. Tak susah hidup esok2 ni..

Esok, pukul 7am dia bertolak naik bus, aku berdoa agar dia selamat bertolak dan selamat sampai ke destinasi dia.. InsyaAllah sem kali ni dia akan lebih tabah dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang bakal tiba. :) Dalam minggu ni, aku rasa dua peristiwa ni yang buat aku rasa aku sayang sangat diorang suma.. Kalau boleh, aku tak nak kehilangan sesiapa pun.. InsyaAllah..

Last aku jumpa along, masa kami gi Pesta Pulau Pinang 2010. Tu la last aku jumpa dia dengan adik. Naz plak last aku jumpa dia masa 31.12.2010. Masa tu dia ajak aku, liyana and along keluar makan. Tapi along takleh nak ikut sebab kena tolong mak macam biasa. Masa tu aku free sebab aku still on MC. Demam panas seminggu.. Adoi.. So, aku pergi amik liyana, naz dengan adik dia (aku tak ingat nama dia). Jadi kami saja yang hang out masa tu.. Lepas tu aku sentiasa dengan liyana.. Walaupun tak jumpa slalu, tapi nombor dialah yang aku sentiasa nak dail and mesej.. Aku tak tau, aku nak sangat cakap dengan dia, mesej dia.. Tengok muka dia.. Aku tak sure kenapa.. Setiap kali aku solat, apa yang aku minta semua untuk kawan2 aku.. Sahabat2 aku.. Keluarga aku.. Dan Mak Bapak aku yang selalu orang pertikaikan.. Untuk aku..??? Ermm.. InsyaAllah.. :D Apa yang aku dokan semuanya untuk kebaikan dan aku tak menanti balasan apa pun.. Cukuplah sekadar diorang merasa nikmat bahagia tu, dan aku pun turut serta gembira.. :) InsyaAllah.. Amin.. :)

Petang tadi, hati aku ni meronta2.. Hati aku kata nak jugak2 jumpa minah ni.. Mau tak mau, penat bekerja ataupun tidak.. Aku tetap nak keluar rumah dan berjumpa dengan dia.. Janji aku puas menatap dia.. Janji aku dapat bercakap dengan dia.. Dan janji aku dapat jamah makanan dengan dia.. Selalunya setiap orang nak buat macam tu dengan mak bapak diorang.. Tapi aku kali ni lain.. Suma nak dengan dia.. Bukan dengan BF aku, bukan dengan kawan aku yang lain.. Tapi tetap dia.. Kenapa eh??? Mungkin sebab dia nak balik KL dah, dan aku akan rasa sunyi kat sini.. Entah la.. Cuti sem kail ni dia banyak habiskan masa dia hang out dengan aku.. Aku appreciate sangat.. Selama 5 tahun aku kenal BF aku, kawan2 aku jadi tempat terakhir untuk aku bersua muka.. Tapi alhamdulillah, tahun ni aku dapat habiskan masa aku dengan kawan2 aku jugak.. Aku memang rindu sangat dengan diorang.. Takda sapa yang tau.. Aku memang rindu sangat2.. Sebab masa sekolah dulu, diorang ni la peneman aku. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.. Mana tak rindu kalau dah biasa bersama dari saat kita kecil sampai kita dah bekerjaya ni.. :( Sekarang ni lah masa aku nak melepaskan rindu2 tu, masa untuk aku replaced balik peluang yang aku dah lepaskan setelah sekian lama dulu.. :) Biar puas aku lepaskan apa yang aku simpan selama ni.. InsyaAllah lepas ni kalau berpeluang lagi, kita bersua lagi.. :) Amin..

Study elok2 Na, harapan mak hang tinggi.. Pedulikan apa yang dah jadi. Ada hikmahnya.. Aku dengan yang lain sentiasa akan jadi tulang belakang untuk hang.. Tempuhi dugaan dengan keredhaan ok. :) Ada baiknya kita terima Qada' dan Qadar dengan hati yang terbuka.. "Aku sayang hang jugak..!!" Ingat tak aku luahkan ayat ni masa aku nak balik tadi??? :) Remember that.. Every body loves you my dear. Hang kehilangan sorang, tapi ramai lagi yang berbalas untuk hang.. :) Take care my dear.. Assalamualaikum.. :):):)