CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 20, 2008

Aku kecil hati lagi..


18hb Desember.. Tarikh yang bermakna bagi aku untuk menyambut sesuatu.. Sesuatu yang aku sentiasa nantikan.. Tapi, tahun ni tetap sama jugak macam tahun2 lain. Aku sentiasa bersedih macam tahun-tahun lepas.. Aku seperti dipinggirkan lagi.. Akhirnya aku bertindak secara tetiba untuk menyendiri dan membawa diri ke mana saja aku mahu pergi. Yang sebenarnya aku merajuk jugak dengan orang ni, bukan dia saja yang merajuk dengan ak.. Aku tak suka menyendiri, aku perlukan kawan untuk berbual bila balik rumah. Tapi keinginan aku tak seperti yang aku inginkan. Aku balik kelas tiap2 malam, ada saja tak kena dengan aku. Apa ni..???!!!!! Aku dari nak duduk rumah sampai aku malas nak mengadap orang dalam rumah ni. Berbalik pada 18hb ni, aku belikan dia hadiah. Tapi hadiah tu makanana. Aku nak bagi benda lain tapi aku tahu orang lain dah bagi kat dia. Aku beli la aiskrim yang dia suka. Aku ikat dengan ribbon kuning gold skit tu then aku selitkan kad ucapan sekali. Kemudian aku tempatkan aiskrim tu dalam peti ais. Takkan aku nak letak luar, cair la benda alah tu. Aku ingatkan pagi tu lepas wish kat dia, dia happy.. Sama ja riak wajah dia tu. Then aku buat bodoh saja dengan muka dia macam tu. Aku pesan lagi kat dia dalam peti ais ada hadiah untuk dia. Last, aku kecewa.. Lepas aku balik dari jalan-jalan, aku buka la peti ais tu. Tengok2 benda tu sama ja terpaku kat tempat k asal aku letak masa malam tu. Aku betul2 kecewa dengan tindakan dia. Kalau dia betul tak suka aku sekali pun, cakap la depan2 aku. Tak payah aku nak tengok muka masam dia, muka marah dia, muka benci dia.. Aku pun ada perasaan jugak. Dia harap pandang orang lain dari aku. Kalau ya pun orang lain tu lagi bagus dari aku, kenapa nak pedulikan aku lagi. Biar la aku bawa diri aku dengan tujuan hidup aku sendiri. Aku bukan nak melawan, tapi aku sedih sangat.. Aku diperlakukan seperti aku ni ajnabi. Padahal aku ni bukan orang lain dengan dia. Mungkin nasib aku memang macam ni. Takpa, InsyaAllah suatu hari Allah buka jalan untuk aku dan dia, dan hati kami bersatu semula macam dulu. Aku harap sangat.. Aku taknak macam ni selamanya.. Aku bosan dengan dunia aku yang kurang kasih sayang ni. Walaupun aku ada orang lain dalam hidup aku, tapi tak seceria macam aku dengan dia. Dari kecik aku dengan dia, ceria sentiasa.. Mungkin ada silapnya aku telah lakukan sampai dia berkelakuan macam ni. Aku memang tak salahkan dia. Aku pun tak tau nak buat macam mana dah. Bila ditanya, aku kena tempias.. Bila aku bertanya, dia membatu seribu bahasa.. Aku lagi geram, jenis aku pulak.. Sapa taknak cakap aku memang tak layan dah. Sampai dia cakap dengan aku baru aku cakap. Aku malas nak paksa2 orang semua ni. Bukan elok pun. Diorang ada hak nak cakap or tak. Biarkan saja.. Aku dengan diri aku, dia dengan diri dia.. Lagi senang.. Tapi bila aku takdak depan mata dia, baru nak cari. Bila ada biar macam aku takdak. Sama ja aku ada or tak. Malas aku nak melekat dekat rumah selalu. Tapi sejak akhir2 ni aku mula kena marah pulak dengan saudara aku. Malas aku nak buat orang bising, aku kembali ke tabiat lama, duk rumah ja. Tapi bila aku duduk rumah, disuruh aku ke sana ke sini.. Aku lebih selesa menyendiri untuk suatu masa tertentu. Sebab lebih senang untuk aku brfikir panjang. Masalahnya... Kenapa aku yang jadi mangsa keadaan ni..?? Adakah aku yang minta masalah ni datang padaku or diorang yang create, aku yang kena tanggung..???? Selalunya aku yang kena tanggung dari create.. Hahhahah.. Biar la, asalkan hidup aku ni tak kaco orang.. Sedih selalu datang dan pergi.. Aku sentiasa menantikan kesedihan ni berlalu pergi macam angin.. Sejuk ja rasa lepas kena angin tu.. Huhuhuuh.. Tapi bila agaknya aku dengan dia nak settle..?? Bukan sekali ni saja aku ada masalah dengan dia macam ni, dulu pun ada. Tapi masa tu aku muda lagi and aku tak pikir banyak. Aku biarkan saja dan rapat kembali dengan dia. Tapi sekarang ni aku dah dewasa membuatkan aku tak berhenti berfikir dan aku tak mudah nak mengalah. Aku pun tak tahu kenapa. errrghhhh..!!!! Aku nak aku dengan dia macam dulu balik.. Malas aku nak fikir panjang ni, buang masa betul.. Dah2.. Lantak la apa nak jadi lepas ni. Janji yang aku tau, aku sayang dia selalu..