CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 29, 2009

Hati ini... Hancur dan luruh keranamu..

Andai aku punya kuasa untuk memilih.. Aku akan pilih yang mengasih dan menyayangi.. Antara perkara yang mustahak dalam kehidupan kita adalah berkasihan.. Andai suatu ketika kita ditakdirkan berjauhan dengan kasih sayang, terpaksa jugak kita berdepan dengan masalah sebegini seharian dan selamanya yang mungkin.. Aku sekarang dalam dilema wanita.. Aku seorang anak seharusnya memahami kehendak mereka, tapi adakah mereka2 itu mempunyai pemikiran yang sama dengan tanggapan aku selama ini..??? Dan.. adakah aku tergesa2 atau tertangguh2..??? Aku sendiri jadi cuak dengan keadaan aku sekarang.. Antara kenalan, sahabat handai dan teman seperjuangan.. Mana satukah menjadi pilihan utama aku..??? Mungkin kenalan biasa aku..??? Mungkin sahabat2 aku..??? Atau mungkin jugak teman2ku..??? Aku seperti bahtera yang belayar yang tiada penghujungya.. Entah di mana perhentian yang sepatutnya aku melabuhkan sauh bahtera aku ni.. Kebingunganku bertambah rumit semenjak dua menjak ni.. Bukan aku nak salahkan sesiapa, malah aku sendiri terpikir adakah patut diri aku jugak dipersalahkan.. Di kala aku memerlukan, tiada siapa di sisi untuk aku meluahkan.. Bila ada, tak tepat pada masanya.. Biarkan saja masa yang menentukan segalanya. Aku bukan tak nak berfikir dah, biarlah masa yang aku lalui sekarang ni pergi bersama sarat yang ada dalam kepala aku ni. Tenangkan keadaan yang dah hampir klimaks.. Jangan dah sampai klimaks nanti tak terturun pulak aku lagi susah.. Tiada kesudahan yang baik nanti. Aku undurkan diri asalkan mereka bahagia, aku tak kisah aku dipandang dari pelbagai sudut.. Tak kira aku suka, duka, kusam, muram, dan suram.. Aku tak kisah dengan pandangan orang dah dikala aku keresahan. Asalkan ada pihak lain yang berpuas hati bahawa mereka telah menggenggam kemenangan peperangan itu dari aku. Ada ketika, suatu masa akan aku pikirkan jugak cara2 untuk menuju impian aku selama ini. Buat masa ni biarlah orang lain jadi pemenangnya, biarlah aku dikalahkan, asalkan aku tahu apa pendirianku yang aku kejar2kan selama ini. Insyaallah kemenangan berpihak pada aku jugak suatu hari nanti.. Ya..!! Memang usiaku masih muda untuk memikirkan perkara serumit ini, tapi itukan bergantung pada individu tersebut untuk mengambil risiko dan berdepan dengan masalah...??? Aku sering tertanya2, "di manakah silap aku kali ni..???". "Adakah aku yang saja yang bersalah dalam urusan seikhlas ini..???". Bagi aku, kalau tak menjadi sekali pun, tak suka sekali pun, tak payah la nak terjemahkan kemarahan itu dengan kasar. Aku pantang orang berkasar.. Bila aku balas, sampai mati pun aku rasa masih berbekam dalam hati.. Ermmm... Aku bawak diri, aku mula jauhkan diri dari pelbagai masalah dan cuba "busy"kan diri aku dengan aktiviti agar aku lupakan seketika kepedihan yang tercipta. Darjat kita berbeza, tapi janganlah dibandingkan fitrahnya.. Semuanya manusia sama yang dicipta dari tanah dan diberi roh oleh-Nya. So, kenapa nak kena ada comparing..??? Takda gunanya semua tu.. Takda ukhti or akhi yang sempurna dalam dunia ni.. Masing2 pun punya rahsia, punya kesalahan.. Tak lari ke mana.. Aku sentiasa mendoakan manusia kembali pada "asal"nya agar bertemu dengan jalan yang benar.. Iaitu "Ibu" anda.. Mereka merupakan sebahagian dari diri kita. Seharusnya mereka jugak lebih memahami anak2 yang mereka lahirkan ke dunia ini. Kawan yang paling baik seperti mereka harus dihargai dan bukan dibenci.. Tapi aku telah disalah tafsirkan lagi.. Seperti mahu saja aku pergi.. Tapi memikirkan "asal"ku, aku sentiasa berdoa agar dia terbuka hati dan menerima seadanya.. Jika aku sanggup berubah, kenapa tidak engkau jugak.. Insyaallah... Amin..

Tuesday, June 09, 2009

Nervous..???

Nervous..??? Apa kes aku ni.. Aku sendiri dah tak boleh nak make up my mind.. Jadi blur.. Tetiba ja dia cakap macam tu.. Bukan aku tak terima, cuma gelabah.. Hahahah.. Sapa tak terkejut, penat2 keja, patutnya hari ahad tu hari untuk berehat.. Dia plak tetiba cakap pasal nak bertunang dengan aku.. Mana aku tak confuse semua.. Mana tak terketar2 aku.. Aku bukan tak sedia apa2 lagi.. Bukan tak nak terima.. Aku tau dah lama aku dengan dia. And aku pun kena terima kenyataan yang memang dia cakap dia akan tunaikan.. Tapi kali ni aku tak rasa dia main2 lagi.. Aku dah tanya banyak kali, "betul ka nak tunang?". Dia angguk mengiyakan soalan aku tu.. Dia cakap lagi masa dah boleh ditentukan bila.. Cuma aku saja sekarang ni kena bercakap dan berdepan dengan mak aku kat rumah tu.. Adoi.. Raplah aku.. Nak tunggu Bibah balik then aku nak kena bercakap dengan sepupu aku tu. Aku betul2 blur sampai kerja yang selama ni ada error, tapi pikirkan mak aku punya pasal, error aku dapat di"reduce"kan.. Hahahah.. Sengaja aku merojakkan bahasa ni.. :P
Hurrrmmmm... Tapi pikir2kan balik memang happy pun ada. Memang aku nak benda menjadi, tapi bila..???? Huurrmmmm.....~ Mengeluh ja kerja aku sekarang ni. Biar masa menentukan keadaan aku ni.. (-.-)" Sekarang ni tugas aku hanya kena MLELEMBUTKAN hati mak aku tu. Kena memastikan dia boleh terima orang dengan hati yang terbuka and bukan dengan paksaan sebab aku yang pilih jalan ke situ. Bukan aku saja yang kena terima, mak aku pun kena terima. Sebab laki tu akan jadi sebahagian dari anak dia jugak. Kalau dipikirkan aku saja yang harus mengalah, sampai bila aku nak mengalah.. Keadaan abang aku pun macam tu. Kesian kat dia pun ada, tapi dah jadi baru nak pikir. Masa tak jadi tak nak pikir habis2 plak.. Sekarang baru aku tau dia kenapa selepas dia ceritakan keadaan sebenar dia. Mak aku berpihak pada orang lain. Abang aku nak kawen, aku suruh kawenkan. Dia tak nak.. Cakap apa dia nak bagi anak orang makan masa depan.. Aku cakap pandai2 la dia settle. As long dia nak and dia tak rosakkan orang dah la. Itukan benda yang elok, kenapa dia nak tangguhkan. Persoalannya sekarang ni, siapakah antara orang2 yang layak untuk jadi menantu dia..??? saudari dari pihak abang aku dengan saudara dari pihak aku tu bukan manusia ka?? Bukan diorang tak bekerja.. Bukan miskin papa kedana.. Aku tau bukan hanya semata2 kerana cinta kita harus kawen, takkan kita nak pilih dari segi harta, paras rupa and keturunan dia..???? Aku pun pelik.. Aku nak tengok "WAYANG" ni sampai bila nak berlangsung.. Sabar ja ni.. (-.-)"*^!

Saturday, June 06, 2009

Hariku bermula denganmu..


Hariku berlalu bersama kesepian.. Seminggu aku kebosanan. Terasa aku ingin menyendiri seperti selalu. Tanpa perlu ada kehadiran orang lain yang perlu menceriakan keadaan. Keadaan tu kalau kekal takpa la jugak.. Kalau hanya sementara..??? Hmm.. Bersedia sajalah untuk berbalik pada asal.. :) Tapi kehadiran orang lain dalam hidup kita ini sebenarnya rezeki. Mereka tu semua utusan Allah SWT. Tak baik kalau dilayan macam budak2 yang tidak berakal.. Kan itu semua kita yang pintakan dari Dia. Perlukan sahabat dan rakan yang ramai untuk bersuka ria, gelak ketawa, kawan menangis, teman ke sana ke sini.. Itukan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Jadi, di sini aku akan berceritakan seorang sahabat aku yang datang mencari aku.. Ehem.. Hehehe.. Jeng3..!! Jangan marah dong.. (*o*)" Nama dia aku rahsiakan ja lah.. Mana nak tau nanti2 ada orang kenal dia ka, naya ja aku ni. Hahhah.. Erm.. Ok.. Satu hari masa aku dalam office, dalam pukul 3 lebih kot.. Tak ingat dah. Ada mesej dari seorang yang aku tak kenal. Bukan tak kenal terus, mungkin pernah berbalas mesej dan chatting YM or what ever. Aku dah lupa tu semua.. Aku dulunya aktive segala website yang membolehkan aku mencari kenalan2 baru.. Dah aku suka berkawan, macam tu la aku.. :) Erm.. Lepas tu, dia mesej just to say "HI". Kemudian aku tanya la sapa dia tu. Dia beritahu nama dia tuuuttt.... Hahahah.. Jari aku yang tengah selesaikan setiap cases dalam WFI System tu terhenti la kejap. Aku tak puas hati macam mana dia ada nombor phone aku padahal aku dah lama tak bagi orang lain. Mungkin aku pernah bagi, tapi bila orang tu tak aktive dengan aku. so, aku lupakan saja. Ataupun pernah terjadi pergaduhan kecik ka antara kami so dalam keadaan macam tu pun aku ignore jugak. (^.^)"


Masa hari Khamis, dia bawak aku keluar.. Jalan2 pergi makan ja pun.. Aku pun keletihan sebab balik keja terus siap keluar dengan dia. Lawak jugak orang dia.. Senang buat orang ketawa.. Lagak kami pun dah macam kenal lama. Macam dah pernah jumpa.. Dah macam saudara.. Dari segi percakapan aku dengan dia, kami memang kami menyakat.. Heheh.. Sebab tu masing2 akan ketawa besar. Sampai kami tak heran dah orang keliling yang pandang sebab dua orang saja suara dah macam 10 orang yang menggegarkan sebuah meja makan.. Tapi still under control lagi.. Sekali sekala aku perasan jugak dengan nada ketawa aku, aku kawal. Hehehe.. Hari pertama keluar dah dapat hadiah. Aku tak pasti apa niat dia sebenarnya. Katanya dia hadiahkan sebab nanti tak jumpa dah. Susah nak jumpa.. Aku simpan ja pemberian orang. Banyak dah. Aku sayang nak pakai, nanti rosak or hilang lagi la susah.. Aku tak gemar kehilangan barang pemberian.. Aku jaga sebaik mungkin.. :) Biarpun hadiah tu tak seberapa sangat, tapi aku jaga jugak. Sebab setiap pemberian tu ada tercipta satu kenangan.. Hari pertama jumpa.. Hari kedua pun mendorong dia untuk berjumpa.. Sampailah pada hari ketiga ni, aku bawak dia beli jeruk.. Sarapan.. Then jalan2 dekat rope walk. Huhuh.. Entah betul ka tak eja macam ni. Biorlah.. Last, kami lepak dekat tepi laut Gurney.. Tempat kegemaran aku untuk melepak.. Laut.. Hurrmm...Seronok aku dapat tengok laut hari ni. Alhamdulillah.. Sekian lama aku bekerja saja sampai takda masa nak merehatkan minda yang penat ni. Asyik dengan kerja and class ja. Minggu depan dah start semester baru.. Opss.. kali ni Project dengan Open Source Class. Adoi.. Pening balik la lepas ni..
Hari ni rumah dia ada kenduri.. Aku dijemput.. InsyaAllah sampai la aku ke sana.. (^.^)" Esok dia dah bergerak ke KL balik.. Ganti dengan kehadiran kakak aku, Fara. Dia bertolak dari KL petang ni.. Aku tak sabar nak jumpa Darwisy.. Budak comel yang montel.. Hahahah.. Malam nanti baru sampai agaknya.. Aku akan busy, InsyaAllah jugak aku akan berada di rumah sepanjang kakak aku ada kat Penang ni..

Aku Terima Nikahnya..

Kenapa..??? Pelik ka aku membaca buku ni..?? "AKU TERIMA NIKAHNYA". Besttt... Bacalah buku ini.. Berbaloi.. Ada kisah Cinta.. Ada kisah Kasih dan Sayang.. Ada kisah anak2.. Macam2 lagi.. Antara kisah yang buat aku ketawa besar adalah kisah "Sang Kancil" yang diceritakan oleh si Abi kepada anaknya "Yop". Comel sangat panggilan tu pada anak dia ni.. Nama anak2 sedap didengar and senang nak mengingat.. Aku suka nama anak perempuan dia, "Naurah". Sampai tadi masa nak panggil Maisarah pun tersasul. Terpanggil Naurah..


Buku ni mengisahkan kisah berumah tangga yang dibina tanpa cinta. Cinta yang dimaksudkan di sini adalah seperti yang berlaku sekarang antara kekasih2, Couple2.. Jodoh dalam duniawi yang berlaku sekarang terbahagi kepada tiga. 1. Jodoh dari Syaitan.. 2. Jodoh dari Jin. Dan 3. Jodoh dari Allah sendiri. Memang dalam maksud2 setiap jodoh ni. Aku nak berceritakan pun meremang bulu roma aku.. Kalau nak tau, tengok la cerita "Syurga Cinta". Ada antara kita tak suka cerita macam tu. Macam aku jugak, mulanya aku tak suka masa diajak si dia untuk tonton cita tu. Last aku mengalah and just go on with the plan. Masa cerita ni diwayangkan, aku punya la layan sampai ditertawakan si dia. Adakah patut dia cakap aku minah jiwang. Padahal dia yang ajak aku tengok. Dia tak rasa apa2, aku yang rasa effect dia. Nasib la.. Tapi kisah2 dalam cerita tu memang bermakna. Padan muka dia, kena tempias dengan aku. Hehehehe.. Nakal jugak aku ni nak kenakan orang lain. Eh.. Dah lari dari landasan cerita asal plak aku ni.

Sambung kisah "AKU TERIMA NIKAHNYA".. Biar aku catitkan sikit teladan2 yang sempat aku salin dari buku2 ni.. Aku sentiasa selitkan "potst-it" kat dalam buku ni agar senang aku nak tuliskan point2 yang aku dapat. Antara yang aku suka and aku sentiasa ingat adalah "KESEMPURNAAN".

Adakah "KESEMPURNAAN" yang dicari itu wujud..??? Pikirkanlah wahai sahabat2ku di luar sana.. Kesempurnaan yang kita nak miliki hanya wujud dalam beberapa aspek saja. Dan tidak pada diri manusia.. Nampak saja manusia tu perfect, tapi tak semua sifat yang dia ada itu juga terdapat pada orang lain.. Bila kita compare seseorang dengan orang lain, akan timbul satu perasaan yang kita tak sedar kita dah menyalahi undang2 diri kita sendiri. Sedangkan diri kita yang hina ni sendiri tak sempurna, kita nak mencari kesempurnaan dalam diri orang lain pulak..? Nak judge orang lain pulak ka..?? Perlukah situasi itu berlaku..??? Memang akan berlaku sebab manusia tak lari dari kesalahan.. Jadi, buku ni mengajarkan kita agar jangan mencari kesempuraan yang kita mahukan.. Jadi elakkanlah diri itu dari mencari kesempurnaan.. Kalau dalam photoshoot session, korang nak cari anger yang menarik, cari ja la.. Itu pulak dikatakan mahukan kepuasan. Keseronokkan yang dicari, bukannya kesempurnaan sebenar. Cuba tengok dari segi cara orang yang mengambil gambar model2 dalam dunia ni, sama ja posing diorang sebenarnya.. Tiada perbezaan yang banyak pun. Cuma kesempurnaan yang dicari itu ada kepuasan yang tidak dapat dipenuhi dalam diri tu ja. So.. Dalam Mendirikan rumah tangga pulak, jangan dicarikan kesempurnaan pada pasangan yang bakal kita milik tu.. Kalau semuanya ditampakkan sempurna pada sebelum hari perkahwinan, maka mampukah kita bertahankan kesempurnaan tu bila masa suatu ketika kita akan terkujur jugak dengan diri kita ni. Hurrmmm... Pikirkanlah.. Biarkan kita biasa, merendah diri dan kemudian kita miliki apa yang tersedia ada saja. Jadi, masa depan kita terjamin la sikit. Kalau tak, kau tuduh aku, aku tuduh korang.. Semua disebabkan korang yang inginkan kesempurnaan dalam hidup kita ni. Huuhuhuh.. Macam Ustazah dah aku ni. Buku ni banyak mengajarkan kita macam2 yang kita akan hadapi dalam kehidupan seharian kita ni. Senang cerita, korang beli ja la satu, then hayati tulisan yang dicatatkan dalam buku ni. Bagi aku jalan cerita dia best, senang nak terapkan pada remaja yang bercinta sekarang ni.. BACALAH.. Tata titi tutu.. (*o*)"