CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 09, 2009

Ocbc Idol 2009

Aku hanya dapat tawan hati para juri untuk mengungguli kemenangan top 10 "Consolation"
Dapat voucher Jusco.. Jadi la dari aku tak dapat apa2. Penat lelah ada jugak la berhasil sesuatu tu.. Lepas keja Jumaat malam 4hb dec 09 aku bertolak ke Kota Kuala Lumpur yang sibuk dengan bermacam2 aktiviti harian mereka.. At least dapat jugak aku berjalan2 waktu malam lepas competition tu.. Aku bergerak ke Bintang Walk dengan Uptown Danau Kota, Setapak.
Itu ja tempat yang dapat aku jalan2.. Aku keletihan, tak cukup tido masa tu. Nak bergerak sana sini pun masih terhuyung hayang.. Tapi alhamdulillah aku masih dapat "consolation" tu dah kita beruntung la.. Hehehehe..~

Sunday, November 22, 2009

.::OCBC Idol 2009::.


Oh.. Bulan..~
Enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila.. Kau bersama yang lain..

Apa kena dengan bait2 lagu Yuna ni sebenarnya..???? Erm.. Macam ni ceritanya..
16hb Nov 2009.. Hari yang di nanti2kan oleh peserta Ocbc Idol.. Antara yang mendaftar untuk ujibakat kali ni 3 orang staff dari Account Services, 3 orang dari Loan Admin dan 2 orang lagi dari Collection PV. Masing2 berentap untuk menarik minat para juri yang mana mereka juga terdiri daripada staff2 Ocbc Kuala Lumpur, Recreation Club Dept.

Tarikh tutup submit borang untuk ujibakat tu sebenarnya 13hb Nov hari tu. Aku submit 2nd last day dalam minggu tu.. Aku sebenarnya tak pasti nak join ke tak sebab tu submit last minute.. Last, aku isi borang aku hantar sendiri.. Malas nak tunggu kawan2 lain.. Biar diorang submit form sendiri. Aku join pun suka2 saja.. Masa ujibakat tu, terketar2 nak menyanyi depan judges.. Aku tak pernah attend ujibakat ni suma.. Dulu masa dinner VF pun pakai join ja.. Takda benda2 ni semua.. Aku dengan Tombaks.. Hehehe..~

Erm, sambung cerita 16hb tu.. Aku turun bawah ke lobby Bank aku tu, pukul 3 petang dah turun. Kira hari yang sibuk jugak la aku ada audition tu.. Apa boleh buat.. Dah KL yang arrange semua tu, ikut saja time table diorang.. Ujibakat dijalankan di mortgage level.. Bersebelahan dengan BBCA dept. Aku peserta kelima yang diuji, 3.20 minit aku dipanggil masuk ke bilik uji bakat tu.. Nama aku disebut kuat dan ditanya berapa tahun dah aku berkhidmat dengan Bank ni.. Erm.. Menjawab ni bab2 paling aku suka.. Hahah..!!~ Erm.. Aku test dengan lagu Yuna, Dan Sebenarnya.. Aku sendiri tak percaya aku nyanyi lagu tu.. Sebab kawan kerja aku yang suggest suruh aku bawak lagu tu.. Aku berkenan dengan lagu baru Jac, Bertamu Di Kalbu..~
Tapi kawan aku cakap risiko nyanyi lagu tu.. Padahal aku join ujibakat ni tak mengharap apa2 pun.. Biasa2 ja.. Ikutkan hati nak nyanyi yang senang2 ja.. Disebabkan itu permintaan kawan aku, aku nyanyi jugaklah lagu Yuna tu.. Memang hari tu pun aku pakai shawl merah hati.. Ala2 Yuna la kononnya.. Hahhaha..~

Lepas nyanyi ja macam biasa la kan, juri2 akan komen dan bagi pendapat.. Ni tak, minta suruh aku nyanyi lagu lain plak lagi.... Second song aku kena bawa masa tu dia minta lagu yang senang aku nyanyi, yang dah biasa aku nyanyi kat karaoke. Aku cakap la lagu Mila - Aku takkan bersuara.. Dia pelik.. Dia cakap "Lagu Nike Adilla tu..???!!!~"
Dia pun kata ok, aku pun nyanyi la.. Erm.. Dah macam karaoke dah aku buat dalam bilik tu.. Hilang segan aku.. Selama ni aku nyanyi dengan sepupu aku, kawan2 aku.. Tapi kali ni dengan orang yang aku tak kenal, tak biasa.. Kekok rasanya.. Tapi dah nama pun audition, buat ja sedaya mampu.. InsyaAllah.. Ada rezeki dapat la.. Kalau tak, just anggap itu hanya sekadar menghiburkan hati.. :)
Tapi best jugak.. Hahahaha..!!~

Thursday, October 29, 2009

Karipap Dan Nasi Lemak

Hai.. Aku kembali dengan kisah karipap dan nasi lemak.. Kahkahkah.. Erm.. Apa kisah agaknya kan..??? Minggu ni aku tak tau la kenapa kan.. Asyik nak makan ja keja aku ni.. Ada satu masa tu aku beli karipap dengan nasi lemak dari bawah rumah aku.. Sekarang ni memang musim makan aku, aku nak makan apa saja yang aku teringin.. Dan aku akan sentiasa dapatkan apa yang aku nak tu. Satu hari tu, aku bawak karipap dengan nasi lemak ke office.. Kadang tu aku sarapan dekat pantry, kadang tu dekat work station aku la.. Mana lagi kan.. Erm.. Kadang tu kalau lambat nak sarapan aku sarapan kat meja aku ja la.. Biarlah boss nak kata apa pun.. Dia pun kena paham la kalau aku masuk awal semata2 nak makan, tapi tetiba kena relief kawan aku plak.. Erm.. Dia tak paham bengong sangat la.. Bukan macam dia, leh buat sesuka hati saja..
Yang sebenarnya.. Ada kisah dengan karipap and nasi lemak ni.. Aku teringat zaman tadika aku.. Masa aku makan nasi lemak pagi Jumaat baru aku terasa macam pernah makan masa kecik2 dulu.. Rupanya, mak aku selalu belikan aku karipap and nasi lemak ni untuk bekalan aku masa kat tadika dulu.. :) Erm.. Masa dulu aku bawak gi kelas tadika tu, ada la kawan aku sorang ni.. Nama dia aku lupa dah.. Kebanyakan kami dalam kelas tu perempuan.. Lelaki kurang.. So.. Senang nak bergaul skit.. Erm.. Masa tu budak perempuan tu suka makan makanan orang lain. Makanan mak dia bekalkan dia tak nak.. Aku dengan kawan baik aku si Nadiah, selalu jadi mangsa dia.. Tapi aku tak kisah.. Kami berkongsi makanan.. Aku sentiasa dibekalkan dengan makanan yang banyak. Aku kadang kala berkongsi nasi lemak or karipap sardin dengan Nadiah.. Tapi makanan aku sentiasa jadi tarikan kawan2 yang lain.. Budak perempuan yang aku maksudkan tu, dia "childby", then ganas.. Hehehe.. Sorry la aku kutuk2 sini sebab tu kisah lama, kisah budak2.. :) Erm.. Dia kuat makan plak tu.. Makanan aku dengan Nadiah jadi mangsa dia la.. Heheheh.. Lepas makan, kami kena gosok gigi then main kejap.. Lepas tu, kena tido plak.. Masa tido tu la yang best.. Budak perempuan tu tido kadang tu lena.. Kadang tu tidak.. Kalau masa hari dia dapat tido lena tu, janganlah cuba2 beranikan diri pergi gerak or ganggu dia.. Silap2 kita kena tendang.. Cikgu kami dah kena, Puan Hartini.. :D Aku ingat lagi nama cikgu aku, sebab dia idola kami.. Erm.. Itulah kisah karipap dengan nasi lemak aku.. Wangi nasi lemak tu ja dah boleh buat orang jatuh cinta dengan dia.. Hahahah..

Lama jugak aku tak sentuh keyboard laptop aku ni.. Runsing agaknya.. Tapi aku pendamkan saja.. Entah apa lagi yang tak memuaskan hati orang di sekeliling aku.. Ada saja yang tak kena.. Nak menjaga hati orang lain, terpaksa jugak aku lukakan hati sendiri.. Biarpun aku jadi jujur, tapi tetap disalah ertikan.. Jadi, aku dah malas nak berdepan dengan orang ramai. Biarkan hati aku dengan diriku saja.. Malas jugak nak ada orang yang singgah menambat hati dan simpati ni. Dah tak bermakna bagi aku.. Biarkan orang lain yang merasa pulak, janji aku tak merana sudah.. Tapi apa yang manusia lakukan dalam kehidupan, tak semuanya orang paham dan tahu kenapa ianya diperlakukan.. Biar apa pun tanggapan orang, aku tak kisah. Biar kita kenal siapa diri kita sebenarnya baru kita berkenalan dengan orang yang mungkin ada kesukaran untuk mengenali dia..

Friday, October 09, 2009

Kali ni memang tak terkawal

Dan bila tiada lagi teman bermain, kau pulang mendapatkan aku..
Masa aku mula2 kenal kawan.. Aku akan kekal sebagai kawan.. Tapi.. Kali ni berlainan.. Bermula dengan hubungan sebagai kawan, aku rasa perasaan tu senang nak bina dan kukuh.. Bila perasaan bertukar jadi Cinta.. Harus pulak jaga dalam konteks yang lain.. Perlu ambik berat setiap titik pergerakan dalam perhubungan..
Bila aku cuba untuk berbicara.. Dan bila kau bersuara, setiaku mendengar.. Agar tenang perasaan orang keliling aku.. Aku open, tapi dalam keadaan yang senang aku boleh terima.. Bila aku cuba melupakan, janganlah berdarahkan kembali luka yang hampir sembuh.. Aku lebih selesa bila orang tegur, aku jelaskan dan orang close topic.. Aku kurang gemar nak berbicara panjang lebar, sebab aku kurang sabar dan senang melenting.. Jadi benda lain dan akan memburukkan keadaan.. Aku tau kesilapan tu tanda untuk maju kehadapan.. Tapi once aku SEDANG belajar dari kesilapan, boleh tak kalau orang di sekeliling aku bersabar kejap dan terima apa yang aku sedang lakukan..??? Memang senang untuk aku berkata2, tapi peritnya pun aku pernah harungi.. Aku tau sakitnya macam mana.. Aku cuba buang.. Tapi pelan2 la.. Aku tak berniat pun nak tipu or apa2. Tak tau la aku nak berbicara macam mana lagi.. Sebab aku sendiri tak pernah bagi peluang untuk diri aku bersuara.. Pedih kot nanti orang yang nak terima kata2.. Berdiam diri itu pendirian aku sejak aku sekolah lagi.. Biar orang blame aku, kena maki ka, apa ka.. Biarlah.. Aku rela terima apa jua kritikan. Tapi bila aku berpeluang menjelaskan, macam mana dengan tanggapan orang lain pulak..??? Ada mereka terima..??? Cakap aku sawan lagi ada la..

Cintaku.. Yang ku rasa, walau tak terucap.. Semakin dalam.. Ku ingin selalu dalam cintamu.. Yang tiada akan memisahkan.. Terbias matamu selama ini adakah dihatimu, terselit satu harapan untukku..???? Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu.. Tapi adakah dia memahami isi hati dan perasaan aku selama dia kenal aku..??? Walau aku sejujur mana sekalipun.. Adakah setiap manusia akan bersifat jujur untuk semua jenis perkara..??? Tipulah kalau ada orang yang bendul sangat nak bercerita tentang semua perkara yang dah diorang rahsiakan.. Aku bukan nak nafikan, ada perkara2 yang perlu kita rahsiakan. Ada yang perlu kita atau mereka tau.. Bukan semua.. Ada pulak yang terasa dan sakit hati nanti.. Aku kalau tak pernah nak beralih or lepaskan.. Walaupun aku terluah dan terkata nak lepas.. Tapi bukan niat aku.. Aku geram dan macam2 yang tak patut akan terkeluar dari aku.. Sedangkan keluarga aku sendiri diam dengan aku kalau aku terasa or marah.. Sebab masing2 dah pernah kena.. Bukan aku nak bersifat kurang sopan or jahat, tapi masalahnya kadang tu ada hak nak berkata2 dan bersifat kejam.. Bukan jugak aku nak tegakkan benang yang basah.

Maafkan aku bila aku tak sempurna.. Bukan semua manusia itu dilahirkan dengan kesempurnaan yang kita cari.. Aku jugak tidak pernah untuk berfikir apakah kesempurnaan yang aku mampu aku lakukan atau beri.. Mencari kesempurnaan itu jugak bukanlah satu kesilapan.. Tapi bukan pada manusia.. Setiap manusia berbeda2..Bila bahagia mulai menyentuh.. Aku rasa kehidupan aku subur, macam akan kekal lama.. Tapi, bila bermulanya satu konflik yang akan merunsingkan hati, aku tak rasa kesuburan itu masih ada lagi.. Aku pernah menyendiri, di sini ruang aku terasa sunyi.. Walaupun luaran aku ketawa, gembira.. Tapi hati aku kosong.. Bila ada kehadiran orang yang aku rasa aku boleh sayang dan go on dengan dia.. Senyuman aku mula bermakna.. Aku rasa senang untuk sukakan dan sayang dia.. Tapi perasaan tu.. Selalu disalah anggap.. Aku harus bersabar.. Bila aku kurang berbicara, aku mengharapkan orang paham kenapa aku banyak berdiam dari berkata2.. Aku takut sebenarnya.. Takut.. Aku bingung, dada aku bergetar melainkan berdepan..

Aku cuba redhakan relung dihati ini.. Setiap kali aku berfikir untuk mengelak tapi harus jugak aku berdepan dengan benda2 macam ni.. Semua ni buat aku terpuruk rasa macam nak mati.. Tapi apakan daya.. Itu semua kuasa Dia.. Bukan permainan kita.. Derita yang menjerat aku atau orang sekeliling aku, kadang tu aku terpikir jugak.. Bila agaknya akan berakhir..?? Dan memadam semua keresahan dihati kita.. Aku tak sabar menanti saat itu.. Harusnya.. Aku biarkan saja keadaan memutuskan sesuatu untuk kita.. Tapi jika tanpa tindakkan, masakan perkara yang diingini akan terjadi..??? Erm...

Hilangkan dirimu.. Derita dikalbu ku.. Aku tak sanggup menanggung keseorangan.. Puas aku menjaga suatu keadaan agar ada yang berpuas hati.. Tapi bila ada yang tak berpuas hati, aku relakan saja untuk diapa2kan.. Aku tak kisah.. Sebab aku malas nak bengang, nak tension, nak marah2.. Aku biarkan saja orang melukai aku.. Aku biarkan jugak orang berpuas hati dengan perbuatan mereka sendiri.. Aku takda niat pun nak buat apa2.. Aku hanya mampu mengharap semangat yang baru datang untuk aku hidup.. Itu ja yang memulangkan keceriaan aku..

Pernah aku terasa nak membawa perasaan yang kini suram. muram dan tenggelam itu ke titik permulaan.. Untuk kembali mencuba kali kedua.. Menggilapkan kegelapan jiwa aku.. Putihkan kembali kegelapan yang terlarut dalam diri kita.. Tenang2kan lah amarah yang ada.. Aku ni bukanlah baik mana.. Tapi takkan aku saja nak mengalah..??? Bisakah yang terpadam dinyala..??? Bisakah yang terhina dicinta..??? Walaupun aku menghimpun kekesalan diri aku.. Mampukah terbuka pintu hati untuk aku..?? Susahkan..?? Bila dah jadi konflik macam ni.. Boleh tak kalau tak membenci.. Tapi aku nak orang sayang.. Tak kira la nak sayang sapa pun.. Aku sayang mak aku ka.. Korang sayang orang yang nak disayang ka.. Tak kira la.. Sesiapa pun.. Terbuka tak kalbu yang kelam tu untuk mencurahkan kasih sayang..??? Yang dusta pulak..??? Macam mana??? Pernahkah korang fikir bila harus berdusta..??? Apakah tujuan dan kenapa harus melakukan sebegitu..??? Aku ada reason tapi kadang tu tak boleh guna pakai.. Sebabnya orang akan sentiasa pusing dan kita akan kalah.. Walaupun korang ada reason, reason tu kukuh.. Tapi mesti ada salah faham jugak dan akan disalahkan.. Manusia tak lari dari kesalahan..~

Bukankah semestinya cinta itu sendiri yang bisa buat kita bahagia..??? Tapi siapakah yang tak pernah mengerti semua itu..??? Aku tak pernah habis or settle berfikir sampai bila harus begini.. Aku sentiasa tertunggu2 saat untuk menikmati bahagia.. Tapi disebalik kehadiran kebahagiaan itu sendiri akan kita tempuhi pelbagai dugaan.. Menduga kesabaran kita mencari kesempurnaan.. Aku sendiri tak paham kenapa pertengkaran tu selalu wujud dalam kehidupan kita.. Tak kira la kita nak bergaduh dengan keluarga.. Dengan kawan.. Kawan kerja, kawan kelas or kawan tepi jalan ja.. Ucapan perpisahan sentiasa difikiran, tapi takkan semudah itu bila memang kita ikhlas dan tulus mencintai seseorang.. Aku cuba tahan lagi untuk aku jalani kehidupan yang pantas untuk aku.. Biarkan duniawi ni jadi saksi kehidupan kita.. Biar kita simpan dihati kalau rasa tak perlu untuk bersuara..

Haruskah hatiku memberi kesempatan untuk semua perkara..??? Ataupun adakah aku harus memohon untuk kesempatan itu..??? Namun mengertilah, tak semudah itu.. Melupakan apa yang telah berlaku jugak bukannya semudah tekan button DELETE.. Masa jugak bukan semudah button HOME.. Kembali pada asal bila tersesat atau tersasar dari haluan.. Aku mampu memaafkan orang.. Tapi adakah orang mampu melakukan perkara yang sama..??? Tak semua orang macam tu.. Tak semua orang boleh melupakan apa yang telah berlaku.. Tapi aku tak kisah, itu hak seseorang.. Bukan milik aku..

Yang aku tau aku dan nafasku merindui dan mencintai.. Aku lakukan sepenuh hatiku.. Siang dan malam yang berganti, sedih aku tak pernah ada ertinya.. Pada siapa lagi aku ingin bersuara..??? Aku hanya mampu berdiam diri.. Aku akan hilang arah, tersasar bila tiada kehadiran yang aku inginkan.. Aku sentiasa ada.. Tapi adakah untuk aku..?? Aku sentiasa tunggu dengan sabar, tapi ada saatnya aku memang tak sabar.. Susah nak fahami aku.. Aku mampu memberi, tapi aku tak mengharapkan balasan.. Kerana dalam kehidupan kita, mengharap tu rasanya buang masa ja kot.. Ada, ada la.. Takda, jangan berangan la.. Sabar saja yang pastinya..

Sunday, October 04, 2009

Oktober aku lagi.. (^,^)"


Oktober aku menarik.. Dan makin menarik.. Aku baru balik dari lokasi rahsia aku lagi.. Huhuhuhu.. Erm.. Kali ni aku jumpa dengan si dia tapi ada slack skit la.. Salah aku jugak, tapi ada reason.. Bukan saja2 aku nak buat macam tu.. Ingat aku gila apa nak lukakan hati orang.. Pandai aku buat, pandai la ku pujuk.. Aku mengalah takpa, tapi kadang2 aku harus tegakkan pendirian aku jugak.. aku bukan takda akal, hati dan perasaan.. Korang paham2 la yer.. Tapi, kalau aku yang timbulkan perasaaan tu, aku akan redhakan perlahan2.. Bukan drastik.. Bukan seketul ja aku diam terus.. Membatu.. Tapi selamat ada "sedara2" aku kat sana yang dapat entertain aku, and aku serasi, sekepala dengan diorang.. Erm.. Best jugak.. Aku dapat jugak jumpa kawan2 myspace yang aku kenal.. Antaranya Inspirasi Hati Kacau, ada jugak kawan2 lain, tapi aku tak tau Id or nama diorang.. Dah lupa, 1st time jumpa macam ni la.. Erm.. Jumpa kawan2 dia yang suka pecahkan perut.. Memang kalau perut ikan kami semua ni, nampaknya dah pecah la pasal ketawa besar sampai kul 3 pagi.. Shamer, Adi, Wawan and sorang lagi aku tak tau.. Sepet macam abang aku.. Kahkahkah.. Aku tengok muka dia aku teringat abang aku yang garang tu.. Adoiyai.. Huhuhuh..
Bulan ni bulan sakit aku.. Tapi aku rasa nak enjoy jugak.. Allah menduga aku dengan pelbagai dugaan.. Kisah cinta, kisah kesihatan aku yang kronik.. And macam2 lagi.. :) Tapi aku bersyukur sebab masih mendapat dugaan sebab itukan satu2nya cara Dia menyayang kita sebagai umatnya.. Aku selesema teruk dari dalam office since dari hari Isnin. Asalnya aku hanya sakit tekak.. Then makan strepsil honey lemon, dengan harapan sakit tekak nanti kurang.. Tapi hampeh.. Gua makin sakit tekak laaaa... Lepas sakit tekak, datang pulak si batuk ni jumpa dengan aku. Dia cakap nak menumpang.. Hahahaha.. Bila dah gabung selesema + sakit tekak = batuk tibi.. Kahkahkah.. Sakit kot.. Bukan sakit ni ja datang mengunjungi aku.. Alah pada makanan pun menjadi2 kat aku ni.. Ha.. Benda ni jadi masa aku tak selesema lagi, lepas dah recover dari alergic baru aku batuk suma... Adoi.. Penat kot aku.. Keja makan ubat ja bulan ni.. :(
Esok Isnin, 5hb Oktober 2009.. Aku harap aku dapat jalani hari2 yang bakal mendatang ni dengan sempurna.. Walaupun sakit2, tapi tetap aktif dan ceria.. :) Walaupun ke sana tak ceria, kena jadi ceria dan menceriakan keadaan jugak.. Takkan nak merintih kesedihan pulak.. Aku dah strugggle walaupun sakit, harap korang happy dengan kehadiran aku di sana Sabtu lepas.. Belajarlah dari kesilapan, dan ulangilah perbuatan dengan kebaikan dan bukannya pembalasan..
Now waiting for next two weeks to come.. Tak sabar aku pasal ni dari kakak aku call tadi petang.. Dia invite aku.. Insyaallah berjumpa lagi kita semua di sana.. sana.. sana.. Hahahah.. Insyaallah.. (~,*)"

Saturday, September 26, 2009

Agenda aku
..Oktober 2009..


Bulan September pun dah nak habis dah.. Erm.. Oktober pulak bertandang untuk dihitung.. Bulan September banyak kenangan aku.. :D Seronok jugak sebenarnya.. Tapi dah nak habis dah.. Tapi Oktober yang bakal tiba ni, ada banyak agenda aku.. Walaupun ada yang dah plan, and ada jugak yang masih belum tercatit atas calendar aku ni.. Yang pastinya aku memang akan sibuk dengan project office aku dan Majlis Beraya dengan warga office.. Erm.. Project akan bermula dari 15hb hingga 14hb November 2009. Tugasan yang aku dapat kali ni menarik skit.. Memang kena dengan minat aku.. :D Thanks to Officer aku yang pilih aku jadi assistant dia.. Senang keja aku kali ni.. Tapi masa ja la yang susah nak tetapkan. Aku kena amik video and gambar2 untuk project Values and Behaviours. So, minggu lepas dah berlangsung untuk rakaman video lawak.. "hot Seat.." Then gambar2 plak aku dah settlekan jugak.. Minggu lepas sebelum raya aku dah snap shot, then masa raya malam2 aku duk edit sampai la malam raya esok tu nak keja.. Penat tau.. Aku bukan ada masa sangat nak edit.. Asal aku nak buat keja ja, ada saja yang menghalang aku dari settle benda ni cepat2.. Malam lepas beraya sana sini, aku balik celik la sampai 2 pagi.. Kena and terpaksa siapkan jugak benda2 ni. Sebabnya Team aku nak kena submit project ni ke IT Division before date line.. Sekarang ni tinggal touch-up ja dari Officer aku yang lain.. Nak kena remove poster yang ada dalam slide2 tu then ganti dengan apa yang aku dah edit.. Selamat Director aku ok ja dengan keja aku, puas hati dengan hasil aku. Kalau tak.. Adoi.. Naya la aku.. Huhuhu.. Sekarang ni rasa lega skit lepas project ni dah 80% siap. Huhuhu.. Game pun dah siap, mana diorang gi korek game aku pun tak tau.. Sebab tu bukan bahagian aku dah.. Erm.. Dah dua tahun aku keja dengan bank ni, tahun ni baru aku rasa ada improvement skit.. Sebabnya, sebelum2 ni diorang asyik keja ja.. Takda aktiviti sosial.. Bosan.. Masa aku join dulu ada sekali ja Team Building, then takda dah tahun ni. Tapi replace dengan project ngok ngek ni.. Boleh tahan jugak la kan benda ni.. Mencabar jugak.. Dengan keja dalam office tu yang tak pernah habis. Then timbul plak benda ni.. Adoiyai.. Buat ja la.. Aku terpilih untuk project kali ni. Langsaikan saja.. Aku tak kisah..
Minggu depan 8hb pulak aku ada Majlis Beraya dengan warga office aku kat E&O Hotel.. Tiap2 tahun buat kat sana kot.. Aku ok ja.. Suka.. Sedap makanan dia kat sana
.. Aku bab2 makan ni ok. Cuma seafood ja kena pantang.. Adoi.. Huhuhuuh.. 8hb tu jugak borthday kawan aku.. Tapi aku tak pasti sama ada dia ingat aku lagi or tak.. Erm.. Biarkanlah.. Malas aku nak pikirkan orang lain.. :D Baik pikirkan diri sendiri yang sarat ni lagi bagus.. Apa aku nak buat, apa aku nak jadi.. And apa nak jadi kat aku.. Hahahahha.. 3hb pun ada invitation, tapi kat KL. KL lagi.. Huhuhu.. Apa plak alasan aku kali ni.. Erm.. Mati akal aku sebenarnya.. Itu sebabnya aku tak boleh nak berjanji lagi dengan si dia.. Aku tak pasti sama ada aku boleh ke sana atau tak. Aku cuma tak nak kecikkan hati sesiapa.. Ramai yang aku kena jaga hati diorang.. Mak aku terutamanya.. Hati aku ni, lantak la kan.. Biar orang bahagia, aku tak kisah.. Tengok la macam mana, insyaallah ada jodoh and masa yang sesuai sampai la aku kat sana masa 3hb tu nanti. Bukan tak nak pergi masalahnya aku bukan jenis yang senang2 boleh terlepas ke sana ke mari. Tu ja.. Mungkin orang akan pikirkan aku cuba mengelak dengan pelbagai alasan yang aku berikan.. Tapi yang sebenarnya orang tak paham situasi dan keadaan aku dan family aku. Harap korang paham, tak semua orang sporting macam aku or macam korang.. Aku jenis tak kisah, tapi biarlah Allah yang tentukan sesuatu pada diri kita.. Kita hanya merancang, yang tentukan adalah Dia.
Deepavali pulak bulan depan jugak.. Erm.. Bosan lagi la bulan depan. Pay Day awal, karat..!!! Aku tak sabar tunggu Disember.. Hahaha.. Ishk, bulan Oktober pun belum
terjah lagi, aku dah mengelamun ke Disember.. Kikikiki.. Ada la sebab dia.. Hahaha.. Uishh... Ni ada aku attached sekali kisah project aku..


Committee member of Values and Behaviours Project


Ni barisan pelakon yang menjayakan video untuk project kali ni


bawah ni antara gambar yang siap untuk poster project kali ni..


Last sekali video.. Ni hasil keja aku dengan Officer aku..


Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
21 September 2009
-V2-

Ha..!!! Kembar 2?? Kembar 3..??? Hahahaha.. Ini kisah aku masa raya kedua, waktu malam.. Last night aku singgah raya dekat rumah tok sedara aku.. Saja aku luangkan masa aku sampai kul 12.00AM untuk mak aku jumpa sanak saudara dia.. Dah lama agaknya aku tak bawak dia jalan2.. Harap hari2 macam ni ja la dia leh jumpa kawan2 lama.. :D
Erm.. Setiba aku di Persiaran Mahsuri ni, aku terus dapatkan tempat duduk untuk aku makan.. Lapar sebenarnya.. Hehehe.. Raya2 ni susah nak jumpa nasi. Mak aku tak masak nasi, kami kena makan lontong ja.. Hahahah.. Sambung balik dengan kisah kembar2 ni.. Heheh.. Tengok gambar2 kat bawah ni.. Sama tak muka2 kami.. :D Aku actually ada sepupu yang sama tapi tak serupa.. :) Kami memang sama bila sekali pandang.. Dua kali pandang lain la.. Haahahaha.. Erm.. masa ni aku sampai2 ja aku nampak kakak sepupu aku si Lila ni.. Kami memang rapat walaupun sering bergaduh.. Dah adik kakak kan, tak gaduh tak sah la.. Dia ni actually anak adik mak aku..
Malam tu, aku tak tau plak warna baju kami ni sama then style baju pun sama.. Aku punya la menyakat mak cik dengan tok aku malam tu.. Sampai penat, sampai hilang selera aku nak makan satay.. Hahaha.. Tapi pas relax jap, pas puas gelak ketawa hiburkan hati sedara2 aku yang ada baru aku makan pelan2 satay yang abang sepupu aku hidangkan.. Boleh tahan jugak satay dia.. Aku lapar, bedal ja apa yang ada depan mata.. Kahkahkah.. Memang itulah aku.. :D aku punya la perli diorang malam tu.. Diorang cakap kami bertiga pantang nampak camera.. Mana tak nya, asal aku ada aku suka bergambar dengan si Lila ni.. Sekali mak cik aku cakap kalah artis.. Aku nyampuk la aku cakap la, "Kan Siti Nurhaliza.." Kikiki.. Then ada sampai satu tahap tu sepupu aku si Jimah ni dia tunjuk gambar tok dia amik masa petang tu, dia cakap ni gambar Siti NurHaliza masa tua.. Aku cakap la.. Tak sesuai guna nama Siti NurHaliza.. Aku translate plak jadi "Siti NurHalije".. Ada kisahnya sebenarnya.. Tok aku ni kami panggil dia "Tok Ije", tu aku kasi nama tu.. Tergelak suma dalam rumah dengan kisah aku tu.. Tok aku tu pun gelak2, dia cakap ada2 ja aku ni nak mereka nama orang. Hehehehe.. Bila lagi kan.. Bukan selalu aku nak menyakat.. :D Ada chance aku sambar.. Hahaha.. Lepas pada aku melawak aku sembang lagi, sampai la aku sendiri penat sebab kurang tido raya2 ni.. Aku tertido kat sofa.. Sampai lah mak aku nak balik baru aku jaga and bergerak balik.. Masa tu aku driving.. aku beraya ke rumah sedara dengan mak aku ja.. Yang lain tak balik.. Aku bawak mak aku jalan2 ja la.. Itulah kisah aku malam raya kedua..


Aishah and Lila known as twin in our family



We again..


Lagi2 kami kan.. Hahahha..

..Jimah.. ..Aishah.. ..Lila..

Banyak kamera depan kami ni.. Gambar ni taken by Kak Ina guna hp nokia Jimah


Ni guna hp nokia aku, N95..

Actually ada lagi gambar kami bertiga.. Tapi guna digital camera.. Takleh nak bluetooth.. :D
Cukuplah setakat yang ada ni.. Banyak2 gambar yang sama untuk apa kan.. Hahaha.. Sama ja wajah2 kami ni.. :D

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
21 September 2009
-V1-





..Secret Recipe Gurney Plaza..

Tengah siap2 nak decorate kek ni..

Baru mula melakar mesej.. Aku blur sebenarnya, tak tau nak tulis apa..

Tengah kusyuk tekan benda ni.. Tumpu perhatian..

Ni mesej yang aku lakarkan atas Brownies Walnut ni..

Aku tertawa sendiri sebab nak tulis mesej ni dah bukan dalam line aku.. Hari2 pegang keyboard, tapi hari ni gatal nak pegang paip cream tu plak.. Hahah..!!

Last touch-up untuk kek ni.. Aku minta bunga.. Demanding betul aku ni.. Yer lah, kan aku bayar, apa pun aku leh minta.. Tapi dapat diskaun.. kikiki..!!~

Hasil kerja aku.. :D Tapi kek ni slide skit masa aku angkat.. Aku lupa dia bukan cream cake yang memang stay atas cake board..

..Raya Kedua..

Hai...!!! Hehehehe.. Hari ni dah masuk hari yang kedua kita raya dalam bulan Syawal ni.. Erm.. cepatnnya masa berlalu.. Syawal akan terus pergi seperti Ramadhan meninggalkan kita.. Begitu pantas sekali berlalu.. Erm.. Hari ni aku ceria sebabnya aku nak beri hadiah pada seseorang..
Tapi sebelum aku tunaikan niat aku tu.. aku bangun pagi2 dan siapkan pakaian untuk aku pakai hari ni.. :) Tema aku abstrak kuning biru hari ni.. :D Dengan semangatnya aku pagi ni.. Aku jadi happy, tapi ok la kan dari hari pertama asyik sedih dan rasa bosan ja.. Hehehe.. Entah apa2 ja kan..
Lepas aku siapkan pakaian aku, aku sediakan kuih raya untuk kawan2 aku yang bertugas di Secret Recipe Gurney Plaza.. Tempat keja lama aku dulu.. Taip2 tahun aku mesti hantar dekat Kat. Dia banyak bantu aku masa aku keja dulu.. Dan sama2 tolong menolong la.. Kami tak berkira, dan tak kedekut.
Pada masa yang sama aku nak jumpa kawan jugak.. Heheheh.. Tu yang menghilangkan bosan aku sikit pagi ni.. :D Kemudian, dah siapkan semua kerja aku.. Aku bersiap seperti biasa.. Tapi hari ni aku tengok aku bukan macam biasa la plak.. Luar biasa skit.. Hahaha...!!~ Aku siap bersolek dan berdandan, aku meluru keluar cepat untuk dapatkan kek kat Secret Recipe tu.. Aku rasa tak sabar.. Aku sampai ja sana, aku terus minta kek yang aku suruh sediakan tu.. Tapi ada la jugak aku tak puas hati dengan keadaan kek tu.. Aku ni cerewet.. Kalau beli barang kena elok, teliti dan ikut citarasa aku.. Huhuhuh.. Susah la macam ni kan.. Erm.. Selamat staff kat sana tak cerewet dengan aku.. Tapi takleh nak cakap la kan mana nak tau aku langkah keluar ja dari outlet tu kot2 la ada suara2.. :D Itu semua aku dah biasa.. Ok, berbalik pada cerita asal.. Brownies Walnut jadi pilihan aku kali ni.. Aku ukir sendiri.. Aku tulis mesej atas kek sendiri.. Sebab aku nak tengok adakah skill aku masih ada untuk kerja2 renyah macam ni.. Hahahaha...
Lawak pun ada jugak.. Ada gambar kawan aku candid masa aku buat kerja2 ni.. Aku tak tau nak paipkan mesej apa atas kek tu.. Tapi korang tengok la gambar nanti.. :D
Erm.. Setelah aku siapkan kerja2 renyah tu, bergegas keluar pulak cepat2.. Sebab aku nak kena hantar pergi rumah Birthday tu.. :) Dalam perjalanan tu hati aku berdebar2, tapi aku beranikan diri.. Setiba aku kat sana, aku sendiri yang naik dan berikan hadiah tak seberapa tu pada family dia.. Bagi kat "Family" sebab dia keluar.. Aku tak cakap apa2, tapi hanya pesanan saja aku tinggalkan.. Tapi aku tak kisah.. Asalkan aku dah tunaikan niat aku untuk hadiahkan dia kek kegemaran dia.. Entah masih lagi menjadi kegemaran atau tidak.. Itu aku kurang pasti.. Aku jumpa adik2 dia.. Salam raya dengan keluarga dia dan kemudian aku bergerak balik semula.. Sebab ada sedara aku tunggu aku kat rumah.. Kan raya, rumah aku ada saja orang nak bertandang.. Biasa la kan.. Sepanjang perjalanan pulang aku asyik terkenangkan kenangan aku dengan dia dulu.. Macam2 ada.. Tapi itu hanya kenangan, bukan realiti.. Aku meluru pulang tak sabar plak nak bertemu dengan sedara2 aku datang dari jauh. Diorang balik kampung. Kikikiki..
Hari ni aku nak keluar beraya dengan mak aku, InsyaAllah.. Kesiankan dia.. Semalam tak dapat jalan pergi tengok tok sebab sedara Singapura tu.. Lepas maghrib bergerak..

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
20 September 2009



Hari2 aku bermula dengan kesedihan dan berakhir dengan kegembiraan.. Alhamdulillah..


Aku on the way ke kubur, pasar, dan kedai mak aku.. :D

Bunga2 ni aku beli di tanah perkuburan Islam Jalan Perak..

Time untuk isi duit raya...!!!~

Provided by OCBC Bank Malaysia

Nak duit raya??? Mai la rumah.. Hahahah..~

Aku dan Suhana

Ini mak aku dengan sedara Singapura..

Kenangan aku bersama mereka di Feringgi Walk..


Ini dia jejaka yang bersama Suhana yang aku katakan tu..

..Raya Pertama..


Dalam keheningan pagi.. Suara tadbir bergema di seluruh dunia melaungkan namaNya..

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.."
Selepas siap selesaikan semuanya di pagi Aidilfitri, aku diam seketika mendengar alunan lembut dari masjid.. Sekelip mata air mata aku membasahi pipi yang kedinginan.. Perasaan aku tiba2 keliru seketika.. Apa yang sedang berlegar di fikiran aku, aku sendiri tak pasti.. Perasaanku bercampur baur.. Gembira, sedih, nak gelak semua ada.. Tapi yang mana yang nak ditunjukkan pada riak wajah aku pun tak pasti.. :D
Tapi diri ini lemah dan terasa sayu jugak.. Aku menangis akhirnya.. Itulah perasaan aku yang sebenarnya pada pagi Raya.. Erm.. Perasaan dan kata hati tak boleh tipu.. Apatah lagi nak sembunyi pun kadang tu susah..
Pagi2 lagi aku dah text dengan si dia, kawan2 aku.. Itu pun aku tak tahan. Ada antara mesej2 yang menyentuh perasaan aku.. Aku tak dapat nak menahannya lagi..
Aku bersiap dengan berkurung Pahang ungu... Tema aku macam2 warna tahun ni.. Sebab aku sendiri tak pasti yang mana aku nak pakai.. Sambar ja apa yang ada.. Tapi ternyata bukan aku sorang.. Ramai lagi berwarna macam aku.. :D
Pagi raya yang mulia.. Aku cuba mencari peluang untuk bersua muka dengan mak aku.. Last, bila semua orang dah keluar pergi solat raya.. Aku bersalaman dengan mak aku.. Aku kucup kedua pipi mak aku.. Aku tak aku banyak bersalah dan buat hal tahun ni.. Aku trouble dia tahun ni dari tahun2 sudah.. Aku tak pernah macam ni.. Tapi keadaan dan masa yang membuat aku terpaksa bertindak diluar kawalan aku sendiri..
Pagi2 lagi kami berdua bergerak ke kubur.. Tetiba ja tahun ni mak aku nak ke sana.. Rindu agaknya.. Lagi pun masa malam raya kami ada sembang sikit pasal Arwah Tok Harun.. Dia pandai buat ketupat bumbu.. Cantik.. Rasa sedap ja nak makan kalau tengok ketupat dia.. Bukan macam Upin & Ipin buat tu.. Untuk mulut diorang ja.. Hehehe.. Sepanjang perjalanan ke kubur pun aku masih tak dapat nak hentikan sangat tangisan aku.. Apa yang sedih sangat aku pun tak tau.. Erm.. Masa berlalu dengan pantas.. Aku dengan mak setibanya di kubur, bertemu sanak saudara.. Bersalam salaman dan memohon maaf.. Aku beli bunga untuk kubur2 tok aku.. Tapi terlupa nak beli air sebab aku nampak bunga cantik.. :D
Aku ni fanatik pada warna.. Bila kita tengok warna warni ni menarik, itu yang menarik perhatian aku di kubur.. Tapi kesian, kubur tok Harun takda nama.. Ada batu marmar ja, mungkin orang tak bertanggungjawab curi besi nama yang ada kat batu tu.. Biarlah.. lama mana nak buat, lama2 orang macam tu rumah dia 2 tiang tu jugak..
Erm.. Selepas kubur.. Destinasi kami seterusnya adalah kedai mak.. Aku bawak dia pergi market macam biasa dan setibanya mak di kedai, aku pulak balik rumah. Susun kuih raya.. Packing duit raya.. :D Kan dah keja, kena zakat la kat budak2. :)
Dalam keadaan aku yang moody sepanjang hari ni, ada kalanya aku tak terkawal perasaan.. Ada antara saat2 yang aku radang.. Aku kurang minat nak bercakap dengan orang lain.. Melainkan mak aku.. Selepas mak aku siap masak aku bawak dia pulang pulak. Then masa kat rumah la bapa aku cakap banyak.. Aku dah la pening kepala, dia sentiasa gelabah dan kalut dia.. Aku kurang minat dengan keadaan macam tu, dengan perangai pelik aku lagi masa tu.. Tapi aku kawal.. Tak baik kan raya2 nak bising plak, so aku better diam saja..
Satu hari aku dekat rumah.. Bosan jugak.. Sedara bapa aku mungkin sibuk kat rumah diorang.. So, diorang tak datang.. Tapi takpa.. Inilah masa untuk mak dan bapa aku rehat secukupnya.. aku lebih suka diorang tenang dan berehat.. Aku tak suka bising2.. :)
Erm.. Aku sempat jugak berjumpa dengan ehem2... :D Dia bawak aku jalan macam pendatang asing tanpa permit.. Hahahhaa.. Sebabnya aku ingatkan dia nak jumpa aku kejap ja.. Rupanya, lepas aku masuk kereta dia, dia bawak ronda.. Aku cakaplah aku tak bawak apa2 melainkan HP. Dia cakap takpa, bukan nak pergi mana sangat pun.. Kami singgah makan chendol.. Kami pergi Little India.. Dia nak cari apa benda pun aku tak tau.. Biarlah.. Dia nak guna agaknya..
Kemudian, Bonjo Gorila call aku.. Dia cakap mak cari aku, suruh aku balik.. :(
Aku terpaksa balik sebab memang aku tahu ada tetamu jauh yang menanti aku kat rumah.. Suhana.. Mak cik aku dari Singapore.. Dia datang dengan bakal husband dia, orang German.. Tapi menetap kat Brazil.. :D Lawak gak.. Dia berpakaian baju melayu.. Lawa dan Lawak.. :D
Suhana saudara jauh yang tak pernah aku jumpa dulu.. Ada ketika raya dahulu.. Aku kenal Suhana sebab kami dikatakan sedara rapat.. Aku sendiri tak pasti.. Tapi selepas pertemuan pertama kami hampir2 9 tahun lepas.. Ternyata kami masih rapat seperti pertama kali kami berjumpa dulu.. :) Keluarga dia merupakan sepupu pada bapa aku..
Malam kami keluar lagi bersama keluarga Singapore ni.. Jalan2 makan nasi minyak kat Kassim Mustafa.. Then bergerak ke Feringgi walk, Batu Feringgi. Kat sana kami jalan2 ja sampai kul 11 lebih jugak la.. Balik kat town, aku dengan diorang singgah Coffee Bean.. Saja aku nak amik angin malam.. Tapi mak2 kami tak benarkan kami saja.. Diorang ikut sambil nikmati angin malam.. Bapa aku bukan main seronok lagi layan saudara dia.. Dia suka saudara dia datang rumah.. :)
Erm.. Aku pulak enjoy sembang dengan Suhana and saudara baru dia tu.. Selamat malam raya aku ok skit.. Kalau tak.. :p.. Lepas dah bersurai, dah hantar diorang balik hotel.. Setibanya aku kat rumah terus on9, tak sabar.. Hehehe.. nak tau perkembangan orang2 :D Last tido kul 2.30.
Itulah kisah aku pada raya pertama.. Gambar aku post kemudian.. Banyak sangat..

Wednesday, September 16, 2009

Perpisahan..

Suatu perpisahan yang terjadi bukanlah atas kehendak hati. Tapi situasi dan keadaan seseorang itu yang membuatkan ianya boleh terjadi. Perpisahan jugak bukanlah sesuatu yang harus diratapi dengan pemergian itu. Bagi aku, aku merelakan pemergiannya walaupun peritnya ku rasa amat pedih dan tak tertanggung sendiri. Tapi aku harus bangkit dan melangkah ke hadapan untuk terus maju dalam peredaran zaman ini. Pada mulanya memang akan berlaku segala yang tak diingini, seperti sakit demam, hilang selera makan, panas baran dan sebagainya. Itu normal dalam kehidupan kita. Perpisahan bermula bila kata hati tak dituruti. Dan kadang kala akan timbul masalah lain yang jugak akan memburukkan lagi situasi dan keadaan seseorang itu..
Perpisahan... Kadang kala ianya bukan sesuatu yang dipinta. Tapi situasi dan masa sendiri yang akan memisahkan kita. Seperti apa yang kita lihat sekarang, suatu pemergian yang tak dapat diterima adalah kematian. Kematian adalah satu perkara yang memang tak dapat nak dielakkan. Seharusnya kita terima Qada' dan Qadar. Bila matinya seseorang itu tidak bermaksud pemergiannya juga harus diratapi. Kejadian seperti itu merupakan lumrah kehidupan. Ianya suatu perpisahan yang tak akan kembali. Selain dari hal ini, ada jugak perpisahan yang berlaku dalam konteks lain.. Kekasih putus cinta, cinta terhalang, dan lain-lain.. Erm.. Aku sekarang dalam dilema, so memang akan banyak kisah2 yang seumpama macam kisah kali ni.. (-.-)"
Biar apa orang nak kata, tapi ini luahan hati dan perasaan aku.. Ramai di antara sahabat2 aku yang mengalami situasi perpisahan tapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza.. Aku yang masih bernyawa hanya mampu memujuk dan nasihat menasihati.. Bukan senang nak hadapi semua ini.. Malah ia jugak bukanlah suatu perkara kecik.. Jika ditakdirkan dan dijangka berpisah, berpisah la jugak kita dengan seseorang atau sesuatu itu.. Selalunya, seseorang atau sesuatu yang kita sayang takkan kekal lama dengan kita. Ya.. Memang itu kerap terjadi.. Sebab kita sentiasa mengejar apa yang kita impikan sehingga terabai tanggungjawab atau perihal yang perlu didahulukan.. Allah itu maha Adil dan Pemurah.. Dia memberi dan berhak menarik balik apa jua dalam sekelip mata.. Kita yang memliki harus sentiasa menjaga dan memastikan sesuatu yang dimiliki sentiasa berada dalam keadaan elok.. Bila berlaku perkara yang tak diingini, maka perpisahan ini la akan terjadi.. Seperti di awal penceritaan tadi, situasi dan keadaan yang akan memastikan keadaan ni lalu tanpa disedari.. Jadi, perkara seperti ini kita sentiasa harus mengingatkan diri kita bahawa sesuatu yang sekarang ini milik kita, bukanlah milik kekal selamanya.. Dunia jugak hanya sementara.. Apa lagi milikNya yang kita miliki untuk sementara jugak.. Akhir kata.. Pemergian.. Kehilangan.. Perpisahan.. Bukanlah suatu perkara yang harus diratapi..

Sunday, September 13, 2009

Sekolah Rendah

Tetiba ja aku teringatkan kisah silam aku masa sekolah rendah dulu.. Masa tu aku darjah 3, setiap kali balik mesti Bapa Zain tunggu aku depan pintu pagar Methodist Girls' School.. Aku selalu terkejar2 kalau bapa dah sampai.. Pada masa yang sama, mak aku berniaga kat Komtar. Masa tu dia nanti tunggu kepulangan aku dari sekolah. Masa kecik dulu, kerja sekolah banyak cikgu bagi.. Tapi aku jenis tak suka menulis sangat. Suka mengira ja.. Bapa nanti ambik aku dengan motor.. Steady ja dia bawak aku.. Best sangat.. Bapa tak bawak laju, relax ja.. Senang hati aku masa tu. Sampai ja aku kat kedai mak, mak terus siapkan nasi untuk aku makan dulu.. Makanan harian aku merupakan nasi.. Nasi yang disuapkan dengan tangan mak aku sendiri.. Kari ikan mak aku, aku rasa itulah kari ikan paling sedap yang pernah aku jamah.. Sebabnya.. Hehehe.. Bila makan disuap ke mulut kita, rasanya lain.. Lagi sedap kot.. Sebab penuh dengan kasih sayang.. Dia menyuapkan kita dengan harapan kita membesar dengan sihat.. Erm.. Kalau mak busy layan customer, aku mak suruh makan sendiri.. Tapi rasa dia lain pulak sebab dah hari2 kena suap, then tetiba kena makan sendiri.. Nikmat tu lain macam.. Huhuhuh..~ Lepas makan aku kena settle kerja sekolah.. Ha..!!! Masa ni la aku nak bercerita sebenarnya.. Kahkahkah.. Erm.. Waktu persekolahan aku masa dulu pagi.. sampai tengahari.. Kat sekolah dulu, aku aktif kokurikulum.. Akademiknya kurang sikit.. Malas nak mengadap buku.. Tapi subject yang pembelajaran dia menarik and cikgu tu pandai berjenaka, semestinya akan menarik perhatian murid dalam kelas.. So, bila dah settle kelas mesti la cikgu bagi "home work" kan.. Erm.. Selalu aku malas nak membelek buku Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris sebabnya selalu kena buat "writting". Aku selalu kena habiskan keja tu suma kat kedai mak aku, kalau tak mak aku tau aku tak buat kat rumah.. Heheheheh.. Buruk perangai aku masa kecik.. :D
Ada satu hari tu aku keletihan balik dari sekolah.. Aku still pakai baju PJ. Masa tu bapa cakap makan cepat, bapa hantar balik rumah cepat.. Then aku dah selesai makan aku cakap, "sat, kena buat keja sekolah". Buku aku dah keluarkan, pensil pun aku dah sediakan.. Aku paling tak suka kena buat writting.. Benda berulang yang kita nak kena tulis.. Kalau korang ingat buku writting tu buku yang ada line warna merah dengan biru tu.. Actually untuk kita belajar tulisan caligraphy tu.. Aku tak suka, aku buat layan tak layan ja dengan keja tu sampai aku terlena atas meja tu.. Bila aku jaga, aku tengok keja aku dah siap.. Padahal aku tido, macam mana aku boleh buat keja tu sedangkan aku duk lena baik punya.. Heheheheheh..!~ Rupanya, kakak mak aku tolong aku tuliskan, tolong clear keja aku. Sebab diorang pun masa tu takda customer sangat. Bila keja dah siap, mak aku gerak aku suruh balik rumah dengan bapa Zain. Bapa pun dah settle keja dia.. Bila aku dah siap packing.. Aku turun bawah, sebab bapa dah tunggu.. Sampai rumah kena mandi, kena rehat, and semestinya aku nak tengok TV..!!!! Yeah..!!!~ Itu la masa yang aku tunggu2.. :D Sebab tu mak suruh buat keja sekolah dekat kedai, then baru balik rumah.. Kahkahkahkah.. Inilah rutin harian aku masa aku kecik sampai Form 5. Keja tuisyen pun aku kena habiskan dekat kedai mak.. :D Dah tu baru aku tolong buat keja kat kedai.. Bila dah masuk kolej, aku settle sendiri dekat kolej sebab dah besar and aku rasa dah boleh berdikari. Lagipun keja yang nak kena settle tu suma aku kena ngadap komputer. Itu la kehidupan aku sampai aku dah ada career..

Friday, September 11, 2009

Berakhir sudah..

Perasaan aku dah bercelaru lepas dia cakap ayat aku menyakitkan hati dia.. Kali ni aku ikut kata hati sendiri aku post video ni.. Aku dah tak kisah dia nak cakap apa pun.. Asyik aku ja kena rasa bersalah kan..?????!!!!!!! Takpa.. Aku tak kisah.. Thanks a lot.. Apa nak jadi, jadi la..

Monday, August 31, 2009

Duhai Malam..~

Aku tengah tengok konsert Siti NurHaliza.. Ada antara lagu2 yang dia bawak masa konsert ni menghiris hati la pulak.. Tapi dah minat, dengar ja.. Layan.. Walaupun menghiris hati.. Erm.. Sebenarnya.. Beberapa hari ni fikiran aku masih mengelamun mengingatkan seseorang.. Memang sukar untuk meluputkan kenangan dari ingatan.. Memang susah.. Tak semudah menekan button delete kat keyboard. Tak semudah itu.. Kalau ada orang cakap senang nak melupakan sesuatu tu, aku cari dia dulu.. Sepak ja agaknya aku buat kot.. Kikiki..~

Erm.. Isabella la pulak.. Adoiyai..! (-.-)"

"Siang jadi hilang.. Ditelan kegelapan malam... Alam yang terpisah.. Melenyapkan semua kisah.."
"Akan ku bentang jalan.. andainya kau setia.."
"Lambang cinta yang lara.. Terpisah kerana, adat yang berbeza.."
"Cinta gugur bersama, daun2 kekeringan.."
"Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella.."

Hahahah.. Jiwang karat la pulak aku ni.. Adoiyai.. Takda benda lain.. Melayan perasaan ja keja aku hari ni..

Erm.. Hari ni aku bangun tido cuci baju lagi.. Kikiki..~ Then aku keluar lagi ke Tesco.. Dah 2 hari ke Tesco.. Jadi minah Tesco pulak.. Padahal takda apa2 sangat nak membelek. Bila sampai ja aku terus terpikir aku nak apa.. And untuk apa benda aku ambik tu.. Aku belanja maid aku.. Kesian anak2 dia kat kampung.. Lagipun dia dah macam kakak aku, aku tak kisah nk spend duit untuk dia.. Orang susah kita menolong.. Erm.. Then, mana lagi aku singgah erk..??? Aku pun lupa dah.. Ha..!!!! Market..!!! Heheeh.. Teringin nak masak sotong.. Selamat kawan mak aku rajin nak bawak aku jalan hari ni.. Hehehe.. Aku ajak pergi pasar kat Batu Lancang sebab kat sana ja yang aktif waktu petang.. So, bila dah sampai pasar tu, aku keliling dulu.. Aku tengok2 apa aku nak.. Tapi..!!!! GERAM aku.. setiap kali aku nak cari benda aku mesti lupa.. Nak cari benda lain aku dapatkan benda lain.. Huhuhuhuh... (-,-)" Tapi as long aku dapat sotong jadi la.. Aku beli ikan jugak, masalahnya takda selera pulak lepas beli.. So, masak sotong ja hari ni.. Huhuhuh..

Sementara tunggu waktu berbuka.. Aku luangkan masa lapang aku tu dengan menjahit manik pulak dekat baju.. Baju kawan aku.. Alhamdulillah, sempat jugak habis jahit baju dia tu.. Aku sambung pulak dengan baju aku.. Hehehe.. Berpasang2 yang menanti aku untuk dijahit tu.. Kahkahkah..!!!~ Sabar ja la aku ni.. Mak aku pun ada jugak cakap dengan aku, tapi nada dia tu sebenarnya nak buat lawak.. Hehehe.. Tapi aku tak pernah kisah pun.. Baju aku baru 1 nak siap.. Will update later.. Hehehe..

Dah malam rupanya.. Aku pun tak tido2 lagi ni.. Entah nak buat apa.. Nak mengarang tapi takda ayat yang boleh dikarang panjang.. (^.^)* Mungkin esok ada untuk aku kot.. Esok kan Hari Merdeka.. Erm.. Entah apa aku nak buat esok.. Esok punya cerita la.. Ok, Good Night and Selamat Berpuasa Every Body..

Saturday, August 29, 2009

~*A Moment To Remember..

Erm.. Kali ni macam mana aku nak kisahkan... Dikatakan dah setahun.. Tapi aku tak sure benda ni betul ke tak.. Hehehehe.. Sebab aku sendiri tak menghitung hari.. Yang aku hitung2kan pulak tak menjadi.. So, aku biarkan masa berlalu dan berlari.. (^.^)*
Erm.. Kalau dah dikatakan setahun, apa lagi yang aku nak katakan.. Bersyukur pada Allah saja aku boleh lakukan.. Tak mudah nak biarkan benda berlarutan sehingga jauh macam ni.. Bukan kawalan kita sebenarnya.. Benda ni diluar jangkaan kita.. Aku sendiri tak percaya, apatah lagi orang yang mengatakannya masih tertanya2.. Hahahaha.. Tapi bila aku diceritakan begitu, aku rasa macam seronok pulak sebab dah lama aku menghitung hari ni.. Aku.. Sebenarnya sengaja biarkan hari2 berlalu tu pergi macam tu saja.. Aku macam dah malas nak melihat hari2 yang berlalu tu dengan kenangan.. Sengaja dibiarkan kosong.. Aku tak rasa nak mengerti pun apa yang terjadi dalam hari2 yang aku lalui.. Yang aku tau hanyalah pagi bangun siap2 ke kerja kemudian cukup time balik rumah..
Baru ni aku aku ke KL lagi.. Asyik2 KL ja kan.. Takda ke tempat lain..?? Huhuhuhu.. Sana ja pun aku leh terlepas sebab ada kakak aku.. Kalau tak aku tak berjalan keluar dari Penang la.. Macam biasa, kerja aku shopping, makan, jalan2... Tapi kali ni aku puas pergi sana... (^_^)*
Seronok.. Tapi kali tu ja aku shopping.. Kalau tiap2 bulan, erm.. Makan maggi ja la aku ni.. Hahahaha... Tapi puas tu sebab kali ni aku ke sana aku dapat cari apa yang aku nk cari.. Best..~
Tak macam aku pergi dengan abang ipar aku, keja gaduh.. Tak stop plak tu.. Tak habis kat luar, sambung dalam keta masa nak balik.. Dah sampai rumah pun sambung lagi.. Kakak aku pun pusing dengan kami last ada gelaran pulak untuk kami 2 orang.. Heheheh.. Macam biasa la kan, "Anjing Dengan Kucing".. Heheheh.. Kali ni ada orang suprised kat aku.. Aku dapat bantal "Love".. Warna pink, macam Pink Panther.. Kahkahkah.. Tapi dah namanya bantal kan, so bila sampai rumah Penang, memang bantal betul la.. Lagi pun aku tido memang benda2 macam ni jadi bantal aku.. (^,^)* Thanks to Him.. Berapa hari lepas balik dari KL pun, ada kejutan jugak kat sini.. Asyik2 suprised ja aku dapat.. Wow..!!~ <---(sounds like P. Ramlee's story)
Erm.. Masa kat sana aku jalan2 ke sana ke sini.. Tujuan dia aku nak carikan hadiah untuk kawan2 aku.. Bila dah dapat, aku memang berpuas hati. Tapi penatnya memang terasa sebab masa kat sana aku asyik balik lewat.. Kesian kat Abi, terus tunggu aku agaknya masa malam terakhir aku kat sana.. Ummi pulak dari hari pertama aku sampai rumah dia, aku asyik tak dapat jumpa ja.. Masa hari terakhir aku kat sana (Ahad), pagi tu aku sempat jumpa dia dan berbual.. Dia dah macam mak aku kat sana, and abi pulak dah macam bapa aku jugak.. Biba.. Ha..!! Dia ni cousin aku paling rapat dengan aku sejak kecik.. Dia balik Penang pun jarang, so bila aku ke sana kami lepak.. Tapi aku ke sana bila aku free ja and ada budget, jumpa la kami.. Hehehe.. Kalau tak dia yang datang Penang pulak.. Tukar2 la kami.. Aku tak kisah.. Kalau tak jumpa pun kami sms, call.. Tanya khabar.. Kalau nak barang apa2 dia belikan, aku pun sama jugak kat sini. Aku postkan untuk dia.. Heheheh.. Sistem barter.. (^.*)" Bulan Puasa ni aku tak tau nak buat apa sangat.. Kan takda keja sangat melainkan duduk rumah kemas2 macam biasa la.. Dulu lain, sekarang dah lain.. "Marka" pulak jauh.. Erm.. Memang bosan.. Boleh contact2 ja..
Berbalik pada kejadian setahun tu.. Erm.. Kalau nak list down balik apa yang terjadi, tak terkira aku.. Macam2 dugaan aku selama setahun ni.. Banyak sangat, sampai semak kepala hotak aku ni.. Hari ni Sabtu lagi.. Dah seminggu puasa, cepatnya masa berlalu.. Aku tak rasa pun, hanya letihnya saja yang terasa lebih... Huhuhuhu..
Erm.. Semalam masa aku drive keluar dari Komtar, aku nampak sorang kakak ni.. Comel sangat.. Kecik molek ja, ayu.. Heheheh.. Dah lama aku tak nampak dia.. Tapi kali ni memang rezeki aku kot.. Bukan apa, selama ni aku tertanya2 macam mana dah keadaan dia sekarang ni.. Sebab memang dah lama aku tak nampak dia.. Tapi Allah tu nak tunjuk jugak, at last aku nampak.. Memang dia comel..
Sabtu.. Sabtu.. ada apa dengan sabtu..??? Aku nak keluar la.. Cari barang2 yang berkenaan.. nak cari barang kuih lambat lagi nk raya, aku siapkan barang pakai dulu.. Kikiki. Tata.. Nak jalan2 ni.. Jom..!!!~ Cuti2 Sabtu..!~ Heheehhe.. (^.^)"

Saturday, August 15, 2009

.::Terlanjur Cinta::.

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema

mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Sunday, August 09, 2009

Bola Jaring - USM Open 2009

USM Open 2009
Penang NC Team
8-9 Ogos 2009

Hari ni aku rasakan seperti kembali pada peristiwa 2 tahun yang lalu.. Aku yang dah tak aktif bola jaring ni tetiba ja aku terjoin.. Maknanya "Player Terjun" la kan.. Macam bidan jugak, ada bidan terjun.. Hahahhaha.. (^0^)"
Erm.. Perlawanan berlangsung selama 2 hari di Stadium Olahraga USM Penang.. Ramai penyertaannya terdiri daripada pelajar IPTA Wanita, IPTA lelaki, Terbuka Wanita dan Terbuka Lelaki..
Keseronokan yang aku rasa tu ada la jugak, tapi tak seseronok macam tahun2 lepas yang aku join team kawan aku ni.. Dulu masa belajar full time kami ada team sendiri dan kerap berlatih.. Sekarang ni harapan la nak berlatih sangat.. Masing2 dah ada tanggungjawab sendiri.. Ada antara kami dah berumah tangga, ada yang dah tak aktif sukan.. (itu aku..hehehh..) dan yang tak nak aktif terus pun ada jugak.. Alasan dia tak tau la kenapa kan.. Mungkin masing2 ada komitmen lain yang lebih penting. Tapi bagi aku, aku tak kisah sangat kalau kawan2 nak training ajak aku.. Aku pun kadang tu bukan ada masa sangat nak bersukan ni.. Banyak lagi keja lain aku nak kena settlekan.. Dah lama aku tak dapat invitation dari Puteri Syazreen. Tapi tahun ni boleh tahan la.. Aku dah rehat selama 2 tahun, apa salahnya kalau aku nak aktif kembali.. Lagipun komitmen aku dah kurang sikit, so.. Join ja la.. (-,*)"
Erm.. Masa first day aku kena jadi "GK", so aku tak aktif sangat la.. Kena guard "GS" team lain ja.. Bosan betul.. Second day pulak, aku amik post "C" dengan "WD".. Gagah la jugak.. Tapi banyak aku tersilap langkah masa aku jadi "C". Kesian group aku tu.. Center Pass ja aku duk kena wistle blow.. Tapping ja aku kena wistle blow.. Bosan..!!!!! Kan hari hujan, mana kaki nak stay sangat.. Licin siot..!!!! Yang jaga gelanggang tu duk blow ja kat aku.. Geram aku last aku sound buta ja.. Tak tahan.. Bukannya salah sangat pun.. Lantak dia la kan.. Asalkan aku enjoy main.. Aku tak berniat nak menang pun.. Sekadar memenuhi aktiviti di hujung minggu aku ni.. Kalau tak bosan ja tak berteman.. Asyik duk rumah, mengadap laptop aku ni.. Tak pun tengok tv.. Tak pun sembang di talian telefon.. Dari sini nampak sangat aku dah kebosanan..
Haaaaa....~ Berakhir sudah minggu yang aku nanti2kan ni.. Walaupun tak pulang dengan kemenangan kali ni, disebabkan kesilapan teknikal kami sendiri, tapi kami 1 team tetap enjoy...!!!
(^-^)"
Dan InsyaAllah ada masa aku join diorang lagi.. Kikikiki.. ~
With Fazleen ku sayang..


Penat main.. Aku tengok team laki plak meloncat.. Hahahh..
Gossip..!!!! Heheheh.. Tengok team "Gorgeous" main.. (Pondan2 main)
Game nak start.. Salam2 la suma..
Settle, nak masuk padang dah..
Ready Team..!!!!~
Ku tepis bola korang..~
Aku tau bola mesti masuk jaring.. Saja standby kot2 la tak masuk.. Kahkah..~
The Game Ended here.. Salamku yang terakhir.....~~