CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Berakhir sudah.. Menarik malam New Year.. (^_^)"

Huhuhuh.. tak disangka2 Pesta Pulau Pinang sudah pun berakhir pada malam ni selepas pukul 12 am nanti. Rindu la aku dekat pesta tu nanti. Banyak kenangan aku dengan pesta tahun ni. Heheheh.. Macam2 ada.. Tahun ni saja aku masuk pesta dah berapa kali. Kalau tak, pesta setahun sebulan sekali, paling banyak aku singgah pun selalu 3 kali paling maximum. Tapi tahun ni dalam sebulan ja aku dah masuk berapa kali pun aku tak terkira. Hahhah..Aku pun tak tau apa yang menarik minat aku nak ke sana saja. Padahal keadaan dia macam pasar malam tepi jalan ja. Tapi menarik sikit la dari pasar malam sebab ada mainan. Sebut pasal mainan dia ni, dalam banyak2 kali aku enter pesta, sekali ja aku naik mainan yang ada. Aku naik benda ni "EURO WHEEL". Satu2nya permainan yang aku berani dan boleh naik. Tu pun aku gayat jugak la nak naik pun. Mula2 ok, bila dia dah bergerak ke atas sikt, aku kecut perut. Otak aku dah terfikirkan benda2 negatif dah.. Aku naik dengan si dia la.. Huhuhuh.. Dia pujuk nak naik jugak, naik ja la. Malas nak dengar bising2 pujuk rayu ni. Aku pun teringin jugak sebenarnya. Heheheh.. Dah naik tu, macam2 gambar aku dapat tangkap, tapi semuanya kurang jelas sebab tak cukup lighting. Ni pun nasib aku baik masa aku candid gambar wheel ni dia nak menyala semua lampu dekat perkataan dia tu.. Huhuuh.. Ok sikit. Mainan ni cita lama, cuma aku saja takda masa nak post. Hmm.. Hari ni dekat pesta macam2 aku nampak.. Antaranya.. Auto Exibition or Auto Show. Memang lawa siot keta2 dia.. Aku sempat ambik gambar kereta yang aku suka tengok.. Ada Myvi yang aku penah dengar pasal keta tu.. Pintu memang smart dah aku nampak. Belakang biasa ja la kan, dalam dia simple and perfect. Leather seat babe..!!! Lawa, kena dengan warna body dia, warna kesukaan aku. Ehem.. Hehehe.. Ni ada berapa gambar2 Myvi yang aku tengok tadi.. Memang selama ni aku terbayang jugak la kereta ni macam mana agaknya kan, sebab sebelum ni aku hanya mengdengar khabar2 angin pasal Myvi ni. Tapi malam ni memang rezeki aku, aku dapat tengok jugak kereta ni. Aku tak sangka warna dia warna merah, lawa.. Dia tak make-up teruk sangat, tapi memang fabulous la babe..!! Lawa.. Dalam dia pulak macam dalam gambar sebelah ni. Tapi gambar kurang jelas sikit sebab takda tiang lampu dekat kereta ni. Aku tak sempat nak ambik gambar dalam kereta ni, "abi" duk tarik2 aku duk jom2 saja. Aku pun naik rimas. Benda ni dah menarik minat aku dari dia. Hahahha.. Kalaulah ni kereta aku, Fuhhh..~ Aku jaga kuat wei..!! Aku suka kereta macam ni, belanja besar nak buat kereta biasa yang tak lawa macam ni sampai jadi lawa and orang berkenan. Amp dia kat berlakang dengan skrin. Aku tak sempat nak ambik gambar jugak. Geram..!!!! Tengok dalam tu, leather yang aku cakap tadi. Memang kena ngan keta ni. Tuan dia tak make-up teruk2 pun tapi dah menarik minat orang lain nak belek kereta dia. Ada lagi satu kereta ni,Wira pulak.. Lemah semangat aku tengok Wira.. Aku dah black list. Tapi Wira ni tarik perhatian aku dari benda lain jugak.. Warna biru kot.. Lawa jugak la, boleh tahan agaknya kot..Huahuahuahua.. Ni gambar dia.. Aku suka jugak kekadang tengok benda2 macam ni. Cuci mata aku yang penat ni.. Heheh.. Lawa tak..?? Dalam dia pulak lain, Sporty decoration. Macam fresh la bila orang tengok. Cool sebab warna dia tak menyakitkan mata memandang.. dalam dia pulak macam dalam gambar ni di bawah ni.. Bukan ni saja yang aku dapat tengok masa malam terakhir pesta ni.. Ada scooter
jugak.. "abi" ni budak scoot, tapi sekarang tak active dah sebab kami dah keja and aku tak nak dia involve dengan benda2 macam ni dah. Aku tak suka, buang masa and energy saja untuk benda macam ni. Dia la bawa aku kat tempat scoot tu, tak jauh mana ja pun dengan kereta ni. Ada la scoot Karisma tu dia make-up gambar Emily. Warna favourite aku jugak, tapi stricking sikit. Orange..~ Huhuuhuh..

Masa aku dekat kawasan Scoot ni, aku jadi makanan di mata orang di sekeliling aku.. Agaknya aku saja yang berminat dengan benda2 macam ni sampai aku ambik gambar motor ni saja berapa banyak. Hahahahah..!! Selamat aku jalan dengan si dia, otherwise aku asyik kena saja. Ops..!!! Bukan nak perasan tapi kenyataan. Memang macam tu. Aku singgah toilet pun kena, ni kan tempat ramai dengan remaja sebaya usia aku, lagi la. Scoot ni buat aku teringat scooter lama si dia. Warna Orange jugak, tapi dia dah jual. Aku suka tengok dia naik scooter tu dari Nouvo sekarang ni. Rezeki dia memang murah, ada saja yang dia dapat dari pemberian orang. Aku tak marah cuma nasihat saja dia kalau2 dia nak tukar or make-up Nouvo dia sekarang. Aku malas nak ambik berat sangat pasal harta dia. Biarkan, janji aku bahagia. Huahuahuahua... Bawah ni ada gambar2 yang aku tangkap tadi. Berkenan aku dengan scoot ni.. Dia dapat Johan untuk pertandingan ni. Memang lawa la scoot ni kat situ. Yang lain kureng skit.. And ada yang aku tak suka tengok. Hahahha..
Bukan aku ke situ saja, aku singgah kedai tudung lagi.. Asalnya aku nak beli dua helai tudung ja, tapi terlajak pulak. Hehehhe.. Aku beli beg jugak..!!! Beg aku dah mula terkupas2 macam orang sakit kulit pulak. Huhuhuuh.. :( Dah la masa beli punya mahal, tak sempat setahun dah jadi macam tu. Semua ni gara2 aku malas nak simpan dia dalam pouch dia. Padan dengan muka aku.. Huaarrrgghhhh...!! :(( Janji aku dapat beg putih aku balik.. Heheheh.. Alhamdulillah ada tadi kat pesta, beli ja. Yang murah lagi tahan dari mahal2 ni. Jaga pun senang ja. Heeheheh.. Tak cukup yang ni yang lain ada lagi.. Ishk3..~


To all my friends out there, I would like to take this opportunity to wish every body Happy New Year. 2008 have left us and keep it as our sweeetest memories. And let the 2009 cheers you up and May Allah bless us in this new year. Wassalam..