CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2008

Berakhir sudah.. Menarik malam New Year.. (^_^)"

Huhuhuh.. tak disangka2 Pesta Pulau Pinang sudah pun berakhir pada malam ni selepas pukul 12 am nanti. Rindu la aku dekat pesta tu nanti. Banyak kenangan aku dengan pesta tahun ni. Heheheh.. Macam2 ada.. Tahun ni saja aku masuk pesta dah berapa kali. Kalau tak, pesta setahun sebulan sekali, paling banyak aku singgah pun selalu 3 kali paling maximum. Tapi tahun ni dalam sebulan ja aku dah masuk berapa kali pun aku tak terkira. Hahhah..Aku pun tak tau apa yang menarik minat aku nak ke sana saja. Padahal keadaan dia macam pasar malam tepi jalan ja. Tapi menarik sikit la dari pasar malam sebab ada mainan. Sebut pasal mainan dia ni, dalam banyak2 kali aku enter pesta, sekali ja aku naik mainan yang ada. Aku naik benda ni "EURO WHEEL". Satu2nya permainan yang aku berani dan boleh naik. Tu pun aku gayat jugak la nak naik pun. Mula2 ok, bila dia dah bergerak ke atas sikt, aku kecut perut. Otak aku dah terfikirkan benda2 negatif dah.. Aku naik dengan si dia la.. Huhuhuh.. Dia pujuk nak naik jugak, naik ja la. Malas nak dengar bising2 pujuk rayu ni. Aku pun teringin jugak sebenarnya. Heheheh.. Dah naik tu, macam2 gambar aku dapat tangkap, tapi semuanya kurang jelas sebab tak cukup lighting. Ni pun nasib aku baik masa aku candid gambar wheel ni dia nak menyala semua lampu dekat perkataan dia tu.. Huhuuh.. Ok sikit. Mainan ni cita lama, cuma aku saja takda masa nak post. Hmm.. Hari ni dekat pesta macam2 aku nampak.. Antaranya.. Auto Exibition or Auto Show. Memang lawa siot keta2 dia.. Aku sempat ambik gambar kereta yang aku suka tengok.. Ada Myvi yang aku penah dengar pasal keta tu.. Pintu memang smart dah aku nampak. Belakang biasa ja la kan, dalam dia simple and perfect. Leather seat babe..!!! Lawa, kena dengan warna body dia, warna kesukaan aku. Ehem.. Hehehe.. Ni ada berapa gambar2 Myvi yang aku tengok tadi.. Memang selama ni aku terbayang jugak la kereta ni macam mana agaknya kan, sebab sebelum ni aku hanya mengdengar khabar2 angin pasal Myvi ni. Tapi malam ni memang rezeki aku, aku dapat tengok jugak kereta ni. Aku tak sangka warna dia warna merah, lawa.. Dia tak make-up teruk sangat, tapi memang fabulous la babe..!! Lawa.. Dalam dia pulak macam dalam gambar sebelah ni. Tapi gambar kurang jelas sikit sebab takda tiang lampu dekat kereta ni. Aku tak sempat nak ambik gambar dalam kereta ni, "abi" duk tarik2 aku duk jom2 saja. Aku pun naik rimas. Benda ni dah menarik minat aku dari dia. Hahahha.. Kalaulah ni kereta aku, Fuhhh..~ Aku jaga kuat wei..!! Aku suka kereta macam ni, belanja besar nak buat kereta biasa yang tak lawa macam ni sampai jadi lawa and orang berkenan. Amp dia kat berlakang dengan skrin. Aku tak sempat nak ambik gambar jugak. Geram..!!!! Tengok dalam tu, leather yang aku cakap tadi. Memang kena ngan keta ni. Tuan dia tak make-up teruk2 pun tapi dah menarik minat orang lain nak belek kereta dia. Ada lagi satu kereta ni,Wira pulak.. Lemah semangat aku tengok Wira.. Aku dah black list. Tapi Wira ni tarik perhatian aku dari benda lain jugak.. Warna biru kot.. Lawa jugak la, boleh tahan agaknya kot..Huahuahuahua.. Ni gambar dia.. Aku suka jugak kekadang tengok benda2 macam ni. Cuci mata aku yang penat ni.. Heheh.. Lawa tak..?? Dalam dia pulak lain, Sporty decoration. Macam fresh la bila orang tengok. Cool sebab warna dia tak menyakitkan mata memandang.. dalam dia pulak macam dalam gambar ni di bawah ni.. Bukan ni saja yang aku dapat tengok masa malam terakhir pesta ni.. Ada scooter
jugak.. "abi" ni budak scoot, tapi sekarang tak active dah sebab kami dah keja and aku tak nak dia involve dengan benda2 macam ni dah. Aku tak suka, buang masa and energy saja untuk benda macam ni. Dia la bawa aku kat tempat scoot tu, tak jauh mana ja pun dengan kereta ni. Ada la scoot Karisma tu dia make-up gambar Emily. Warna favourite aku jugak, tapi stricking sikit. Orange..~ Huhuuhuh..

Masa aku dekat kawasan Scoot ni, aku jadi makanan di mata orang di sekeliling aku.. Agaknya aku saja yang berminat dengan benda2 macam ni sampai aku ambik gambar motor ni saja berapa banyak. Hahahahah..!! Selamat aku jalan dengan si dia, otherwise aku asyik kena saja. Ops..!!! Bukan nak perasan tapi kenyataan. Memang macam tu. Aku singgah toilet pun kena, ni kan tempat ramai dengan remaja sebaya usia aku, lagi la. Scoot ni buat aku teringat scooter lama si dia. Warna Orange jugak, tapi dia dah jual. Aku suka tengok dia naik scooter tu dari Nouvo sekarang ni. Rezeki dia memang murah, ada saja yang dia dapat dari pemberian orang. Aku tak marah cuma nasihat saja dia kalau2 dia nak tukar or make-up Nouvo dia sekarang. Aku malas nak ambik berat sangat pasal harta dia. Biarkan, janji aku bahagia. Huahuahuahua... Bawah ni ada gambar2 yang aku tangkap tadi. Berkenan aku dengan scoot ni.. Dia dapat Johan untuk pertandingan ni. Memang lawa la scoot ni kat situ. Yang lain kureng skit.. And ada yang aku tak suka tengok. Hahahha..
Bukan aku ke situ saja, aku singgah kedai tudung lagi.. Asalnya aku nak beli dua helai tudung ja, tapi terlajak pulak. Hehehhe.. Aku beli beg jugak..!!! Beg aku dah mula terkupas2 macam orang sakit kulit pulak. Huhuhuuh.. :( Dah la masa beli punya mahal, tak sempat setahun dah jadi macam tu. Semua ni gara2 aku malas nak simpan dia dalam pouch dia. Padan dengan muka aku.. Huaarrrgghhhh...!! :(( Janji aku dapat beg putih aku balik.. Heheheh.. Alhamdulillah ada tadi kat pesta, beli ja. Yang murah lagi tahan dari mahal2 ni. Jaga pun senang ja. Heeheheh.. Tak cukup yang ni yang lain ada lagi.. Ishk3..~


To all my friends out there, I would like to take this opportunity to wish every body Happy New Year. 2008 have left us and keep it as our sweeetest memories. And let the 2009 cheers you up and May Allah bless us in this new year. Wassalam..

Saturday, December 27, 2008

Gigi..???

Minggu ni saja mimpi aku dalam seminggu semuanya pelik2.. Aku memang dah biasa dengan keadaan mimpi macam ni.. Tapi ada dua malam tu dalam satu minggu yang sama, aku mimpi pasal gigi aku. Malam yang pertama mimpi aku asalnya benda lain tetiba ada cerita pasal gigi aku plak yang aku mimpikan. Masa 1st time aku mimpi tu aku nampak dentist tu tunjuk semua gigi aku yang bahagian atas. Aku pun terjaga la lebih kurang pukul 2-3 pagi macam tu. Aku pun tak ingat dah sangat, sapa nak ingat time terjaga kalau dah tido lena macam tu. Yang sebenarnya aku ada gigi yang baru tumbuh ni. Memang ada, ni bukan mimpi. Memang gigi siung yang tumbuh, tapi siung dia tak siung sangat. Then malam lain pulak aku mimpi lagi.. Asalnya macam biasa gak mimpi aku tu, mimpi perkara lain dulu then tetiba cerita pasal gigi aku ni timbul lagi.. Kali ni cerita dia panjang sikit. Dentist tu nak perbetulkan kedudukan gigi aku. Aku cakap aku tak nak, tak... Dia tarik jugak aku. Padahal aku bukan paham apa dia cakap masa tu. Puas aku menolak dia tarik aku lagi.. Dentist tu check gigi aku then dia try cari gigi yang sesuai and bentuk yang ok dengan ruangan gigi yang baru tumbuh. Aku macam nak penampar ja, kan aku cakap tak nak tak payah la paksa2 aku. Last dia degil, dia plug in jugak..!! ER...!!!!! Sakit tau tak bodoh.. Walaupun hanya mimpi, tapi sakitnya kena plug in gigi tu aku rasa macam real tau tak..!! Err..!!! Memang aku marah sangat, aku dah cakap ada gigi dekat situ, taring baru tumbuh.. Bangang sangat nak tambah jugak gigi dekat aku.. Sakit gigi + sakit hati..!! Aku tersedar jugak lepas aku rasa kesakitan tu. Memang aku terkejut bangun terus. Tengok time pun macam time aku mimpi yang malam 1st tu. Aku pun tak tau kenapa tetiba aku mimpi pasal gigi aku ni. Takut aku dibuatnya.. Macam2 ada dalam hidup aku ni.. Subbahanallah..~

Perasaanku..~


Baru aku tahu rasa sunyi dan bosan tu macam mana.. Aku tak sangka perjalanan dia meninggalkan 1001 kesan padaku. Aku rasa keseorangan setelah bas yang dinaiki dia bertolak dari terminal bas tadi. Aku pulang sendiri tanpa ditemani sesiapa. Fikiran aku melayang sebentar memikirkan keadaan dia walaupun bas tu bertolak depan mata aku tadi. Aku tetiba jadi risau tak menentu, entah kenapa perasaan tu datang tiba2. Aku buat bodoh ja dengan perasaan tu, malas nak dilayan. Takut menjadi-jadi naya ja aku atas jalan nanti. Van yang aku pandu makin laju memasuki Expressway Jelutong. Apa lagi, jadi track aku la. Heheheh.. Tu pun aku bawa kereta tak macam biasa. Aku tak sedap hati dari awal lagi. Aku tak tau kenapa and apa nak jadi lepas ni. Aku pandu menuju ke Komtar di mana aku boleh makan dan minum yang sedap2 ni.. Huuhuhuh... Mak aku masak sedap la.. Hahahhah.. Sampai ja aku dekat kawasan Komtar tu, aku cari parking, mata aku nampak kotak parking.. Aku cepat2 la masuk lorong depan and masuk lorong yang aku nampak parking tu. Last ada orang masuk parking tu dah. Aku geram sangat bila nampak cina *&$^%^ yang dapat parking tu. Geram..!!! Aku round lagi, last jawapannya aku park dekat kolej aku la. Asalkan dekat aku nak jalan ke kedai mak aku tu. Lintas jalan ja macam ayam, dah lama aku tak melintas jalan sorang2 ni. Selalu ada teman2 aku, tapi hari ni hari sabtu, masing2 busy dengan tugas diorang. Jadi aku lonely la jap hari ni. Bawa diri ke sana ke mari.. Heheheh.. Sampai kat kedai mak aku, apa lagi.. Makan la.. Tunggu lagi.. Ada chance makan ja, bukan bulan puasa pun nak menahan lapar dan dahaga ni. Ada hari2 tasyrik saja kita berpuasa. Aku duduk kat kedai mak ja aku makan banyak. Kat office, hmmmm... Harapan la nak nampak aku makan. Kalau aku keluar sorang2 pun memang senang aku nak makan. Kalau keluar dengan kawan2 or teman.. Heheheh.. Malas la jawabnya.. Aku pun tak tau apa sebabnya, padahal tiada perbedaan yang ketara yang kena aku skip dari makan ni. Tapi ada kalanya aku tak nak makan ada la sebab2 tertentu.. :) Aku makan Bakso tadi, favourite aku.. Sedap..!!~ Yummy..!!~~ Aku suka makan makanan yang bersup ni, kalau dah tak lalu nak makan macam tu la makanan aku pilih.. Tomyam ka, Sup ayam ka, Sup daging ka, Soto ka.. Huhuhuhu.. Semuanya sedap2 belaka..!!! Kalau aku nak makan makanan macam ni kat mana2 tempat yang tak jual.. Susah la aku, menangis nak kena cari jugak wei..!!! Kalau tak aku makan makanan lain nanti, ada saja aku nak complain. Hahhahah... Berbalik pada kisah tak sedap hati aku tu. Aku rasa tak sekarang, mana nak tau esok ka, lusa ka, tulat ka, tak kira la bila kan.. Mesti ada something yang tak kena nak jadi kat aku. Tapi tak dapat nak dinafikan aku memang sentiasa diduga dengan perkara2 yang berat. Insyaallah, aku tabah.. Aku tak nak diri aku rebah ditengah jalan. Ha..~ dah malam, time untuk aku makan lagi... Kikikiki...!!! Aku nak makan nasi pulak, sedapnya..!! Selagi aku ada selera nak makan ni, makan saja. Jangan ada sapa pun yang tegur.. Berani dia nak cakap macam2 dekat aku, kalau nak rasa kena penangan aku ni, tegur la.. Memang susah nak tengok aku makan macam ni. :P

Sabtu.. Macam2 ada.. (^.^)"

Hari ni macam biasa aku dekat rumah lepas aku hantar mak gi kedai. Aku hanya buang masa aku dekat rumah pagi ni sampai pukul 1 jap lagi then aku nak keluar cari barang kat bazar.. Heheheh.. Tak sabar nak keluar dari Penang jap, and aku tak gentar dengan exam Final aku sangat. Sebab insyaallah aku boleh buat. Insyaallah.. Entah la kenapa aku lebih gemar memikirkan pasal aku nak keluar dari Penang tu. Seronok pulak.. Tapi tak boleh seronok lebih. Aku duk terbayang2 macam mana malam tu nanti.. Huhuuhuh...~ Harap2 tak menduka citakan la macam malam2 lain yang pernah aku hadir. Last aku attend malam yang menggembirakan aku ni masa Bank aku buat Dinner dekat hotel Paradise. Tu pun tak berapa best. Hahahahha..!!!! Memang bosan, dah tu lucky draw no table ja naik.. Aku pun punya la tunggu nama aku naik, hmmm....~ Menduka citakan.. Huhuhuhuh...~ Last yang kaya bertambah kaya.. "Panas" bangat malam tu.. Last aku melawak dengan kawan2 aku, aku lupakan segala perasaan tak puas hati.. Hahahahah..!!!! Malam tu ada yang pakai macam2 style.. Tak pakai baju pun ada jugak. You all should know la kan.. Hahaha..!! Lawak..!! Yang memalukan, melayu pun pakai cam tu jugak.. Errmmm...~ Biarlah, asalkan korang bahagia tak kacau aku.. Kikiki.. Hari ni aku nak keluar lluangkan masa dengan "abi" lagi.. Sebab dia nak balik kampung Bandar Putri dia la.. Aku relakan saja dia balik kampung sebab aku nak menyendiri sekejap. Senang aku nak bergerak. Biar jauh dimata tapi dekat dihati.. :)
Aku nak siap2 nak keluar dah ni.. Nanti dia marah pulak aku lambatzz.. Hahaha..~

Thursday, December 25, 2008

Malang sekali..

Hari ni aku keluar rumah lepas Zohor.. Kemudian aku tuju ke PISA, ada sale Metrojaya tu la.. And then aku aku ke Komtar, tujuan dia aku nak makan.. Ke semua tempat yang dituju ni, aku bersama dengan si dia, "abi" la.. Sapa lagi kan time cuti2 ni.. Tapi nasib aku hari ni tak baik. Aku drive dari Ujung Pasir sampai bawah Komtar semata-mata nak cari parking. Dia tak berapa arif dengan parking kawasan tu. So, aku drive la macam biasa. Aku kurang selesa dengan Wira, sebab seat dia tenggelam and stering dia tinggi sikit, terlindung pandangan mata aku ni. Aku usaha tak nak masuk parking Komtar tu, dia cakap masuk ja la. Asalkan ada parking and kami leh gi makan. Memang aku macam orang puasa hari ni. Sampai gastrik aku hari ni. Mula2 masuk takda apa2.. Macam biasa la. Then sampai satu level tu aku tak perasan kelisa depan ni stop. Then orang sebelah aku ni pun suruh aku break. Mana nak tau kereta depan stop, aku pn cium bumper dia. Terkeluar sikit. Aku punya baik minta maaf, si pengkit cina pendek ni cari pasal cakap kasar2. Aku tau la dia marah, kalau aku kena cium sedas pun aku bengang gak. Tapi tak payah la nak jerit2. "WTF" punya pengkit ni. Melayang lagi duit aku. Tak cukup pening aku dengan kereta and duit, "abi" menambah sakit hotak aku ni. Gaduh pulak kami kat public, tarik2 aku. Ingat aku takda maruah, last aku terpaksa berkasar dengan dia baru dia ok sikit. Aku call Pinky Girl, aku keluar dengan dia. Aku sampai rumah pukul 9 lebih. Puas hati aku.. Tapi aku simpati pun ada jugak. Pikir2 balik, sapa suruh berkasar dengan aku.. Nasib la.. Kesian dia..

c "Z" & c "A"

Wah3..!!!!! Hari yang aku nanti2kan sudah dekat.. Habis tahun 08, datang pulak 09.. Buku lama dah berganti baru.. Huhuhuuh.. And then sekejap ja tunggu hujung bulan January aku pun nak keluar dari Penang gak.. Yeeeehhhaaaa...!!!!! (^.^)" Tak sabar rasanya aku nak bebas sekejap. Insyaallah mak aku lepas aku sekejap dengan alasan aku tak berapa kuat tu. Heheheh.. Sekali sekala aku nakal jugak. Tahun 2008, tahun yang paling mencabar bagi aku.. Banyak yang bermain diminda aku.. Antaranya "abi" aku tu la. Lain pada tu, ada jugak.. Paling big topik tu pasal keja aku la.. Aku tahun ni dah genap setahun keja dengan inustri perbankan ni. Bukannya aku bosan dengan keja aku, cuma aku rasa bosan dengn kawan2 yang keja dengan aku sekali. Ada yang berlagak, ada yang ok, ada yang rasa dia ja yang betul. Macam aku nak penampar ja.. Aku bukan boleh marah, orang lain pun sangkut nanti. Huhuhuhu.. Bahaya..!!!! Ada la minah dalam team work aku ni, "Z".. Bukan nama sebenar. Minah tonggek la senang.. Hahahahha...!!! Tak baik sungguh aku ni, ishk..!! Dia ni punyalah berlagak, kalau dah tinggi tu tak mau rasa rendah dah. Cakap dekat orang lain dia anak orang kaya, padahal anak orang jual roti canai ja. Kwang3..!!! Kantoi.. Aku memang tak puas hati dengan dia, aku tunggu time ja. Aku selalu andaikan kalau dia tak join keja dengan team aku sejak aku mula keja lagi. Menyampah siot.. Berlagak lawa gila, padahal dia bukan lawa mana pun.. Macam mana la c"A" tu, bukan nama sebenar gak, leh suka kat dia. Ada la satu hari tu c "A" ni mengadu dekat kawan aku yang rapat dengan aku dalam office.. Dia cakap dia nak makan pun takda.. Aku terpikir jugak, kalau dua2 orang duk mengaku kaya kenapa leh takda duit. sampai nak makan pun takda. Pelik.. Tu la berlagak sangat sampai tak termampu untuk diri sendiri.. "Z" masuk ofice duk bercerita c "A" beil beg Guess kat dia harga rm400++.. Heran apa aku, entah2 beg batu feringgi.. Huahuahuahua..!!!! Then ada one day rumah tok "Z" tu banjir, on the day dia dah masuk office dia cerita lagi dongeng dia tu.. "My beg turns red coz of the floot". Kalau original pun tak tukar warna la. High Quality mana leh turn colour.. Lain la kalau kena tanah merah dia merah la.. Mengarut ja diorang ni.. Rumah tok "Z" yang banjir, c"A" pun call office cakap rumah tok dia banjir gak.. Dah la kekja satu office, habis satu office kena soal siasat sal diorang ni.. Bodoh.. Memang bodoh.. C "Z" pulak, takda harta, pinjam kereta "A" and cakap tu kereta dia. HAHHAHAHAHHAHAHAHAH...!!!! Macam aku tak tau apa2.. Dulu pun macma tu jugak, kereta bekas tunang dia, dia cakap kereta dia. Perasan sungguh la.. Bila masa dia nak sedar aku pun tak tau.. Memang hidung tinggi tu tinggi la.. Sampai nak gaduh dengan aku guna pasal Agama2 ni.. Aku lagi la nak tergelak terguling.. Nak cakap benda lain tapi cakap benda lain.. Kalau aku cerita satu office mau dia malu tertunduk menangis. Jangan sampai aku malukan dia depan orang ramai.. Bercakap agama pandai, tapi gi keja pakai terdedah2, kenyang c "A" tu, takyah makan nasi lunch time dah. Ada gak gambar dia candid dengan c "A" tu, dia bagi aku tengok.. Allah saja yang tau. Aku malas nak cakap kenapa. Aku berharap sangat dia berubah demi kebaikan dia and c "A". Aku bukan la bagus sangat, tapi aku rasa diri aku ni ada jugak la yang terkawal dan tolak ansur. Ada otak guna sepenuhnya, tapi kadangkala aku ni tak boleh dikawal sampaikan orang meluat. Meluat la, aku tak kisah.. Dah tu diri aku yang sebenarnya.. Nak meluat, nak tinggal.. Lagi aku tak kisah. Aku sekarang dah bawa diri aku, aku memang menyendiri ja. Even duduk rumah pun aku nak sorang2, tak mau ada maisarah pun. Senang sikit, fikiran aku tak penat berfikir sangat. "Z" ni jangan aku sumpah2 dia dah la sebab aku bukan jenis menyumpah orang, tapi bila marah mulut aku ni macam2 ayat pedih leh keluar, bukan ayat-ayat cinta lagi dah yang sedap didengar. Tapi bahasa kasar plak. Aku hope tahun depan dia dapat pindah ke team lain, aku taknak aku yang pindah.. Aku nak dia yang pindah. Dah la buat keja dengan aku dia ni tamak. Dah ada hard copy, soft copy pun nak sapu dulu2 jugak.. Aku bengang pasal hal ni la semalam yang aku keluar office awal semalam. Aku bengang, kalau dah rasa dia better, ampu la dia.. Junjung tinggi.. Menyampahnya..!!! Dah ar.. Sakit hati aku ni.

Saturday, December 20, 2008

Aku kecil hati lagi..


18hb Desember.. Tarikh yang bermakna bagi aku untuk menyambut sesuatu.. Sesuatu yang aku sentiasa nantikan.. Tapi, tahun ni tetap sama jugak macam tahun2 lain. Aku sentiasa bersedih macam tahun-tahun lepas.. Aku seperti dipinggirkan lagi.. Akhirnya aku bertindak secara tetiba untuk menyendiri dan membawa diri ke mana saja aku mahu pergi. Yang sebenarnya aku merajuk jugak dengan orang ni, bukan dia saja yang merajuk dengan ak.. Aku tak suka menyendiri, aku perlukan kawan untuk berbual bila balik rumah. Tapi keinginan aku tak seperti yang aku inginkan. Aku balik kelas tiap2 malam, ada saja tak kena dengan aku. Apa ni..???!!!!! Aku dari nak duduk rumah sampai aku malas nak mengadap orang dalam rumah ni. Berbalik pada 18hb ni, aku belikan dia hadiah. Tapi hadiah tu makanana. Aku nak bagi benda lain tapi aku tahu orang lain dah bagi kat dia. Aku beli la aiskrim yang dia suka. Aku ikat dengan ribbon kuning gold skit tu then aku selitkan kad ucapan sekali. Kemudian aku tempatkan aiskrim tu dalam peti ais. Takkan aku nak letak luar, cair la benda alah tu. Aku ingatkan pagi tu lepas wish kat dia, dia happy.. Sama ja riak wajah dia tu. Then aku buat bodoh saja dengan muka dia macam tu. Aku pesan lagi kat dia dalam peti ais ada hadiah untuk dia. Last, aku kecewa.. Lepas aku balik dari jalan-jalan, aku buka la peti ais tu. Tengok2 benda tu sama ja terpaku kat tempat k asal aku letak masa malam tu. Aku betul2 kecewa dengan tindakan dia. Kalau dia betul tak suka aku sekali pun, cakap la depan2 aku. Tak payah aku nak tengok muka masam dia, muka marah dia, muka benci dia.. Aku pun ada perasaan jugak. Dia harap pandang orang lain dari aku. Kalau ya pun orang lain tu lagi bagus dari aku, kenapa nak pedulikan aku lagi. Biar la aku bawa diri aku dengan tujuan hidup aku sendiri. Aku bukan nak melawan, tapi aku sedih sangat.. Aku diperlakukan seperti aku ni ajnabi. Padahal aku ni bukan orang lain dengan dia. Mungkin nasib aku memang macam ni. Takpa, InsyaAllah suatu hari Allah buka jalan untuk aku dan dia, dan hati kami bersatu semula macam dulu. Aku harap sangat.. Aku taknak macam ni selamanya.. Aku bosan dengan dunia aku yang kurang kasih sayang ni. Walaupun aku ada orang lain dalam hidup aku, tapi tak seceria macam aku dengan dia. Dari kecik aku dengan dia, ceria sentiasa.. Mungkin ada silapnya aku telah lakukan sampai dia berkelakuan macam ni. Aku memang tak salahkan dia. Aku pun tak tau nak buat macam mana dah. Bila ditanya, aku kena tempias.. Bila aku bertanya, dia membatu seribu bahasa.. Aku lagi geram, jenis aku pulak.. Sapa taknak cakap aku memang tak layan dah. Sampai dia cakap dengan aku baru aku cakap. Aku malas nak paksa2 orang semua ni. Bukan elok pun. Diorang ada hak nak cakap or tak. Biarkan saja.. Aku dengan diri aku, dia dengan diri dia.. Lagi senang.. Tapi bila aku takdak depan mata dia, baru nak cari. Bila ada biar macam aku takdak. Sama ja aku ada or tak. Malas aku nak melekat dekat rumah selalu. Tapi sejak akhir2 ni aku mula kena marah pulak dengan saudara aku. Malas aku nak buat orang bising, aku kembali ke tabiat lama, duk rumah ja. Tapi bila aku duduk rumah, disuruh aku ke sana ke sini.. Aku lebih selesa menyendiri untuk suatu masa tertentu. Sebab lebih senang untuk aku brfikir panjang. Masalahnya... Kenapa aku yang jadi mangsa keadaan ni..?? Adakah aku yang minta masalah ni datang padaku or diorang yang create, aku yang kena tanggung..???? Selalunya aku yang kena tanggung dari create.. Hahhahah.. Biar la, asalkan hidup aku ni tak kaco orang.. Sedih selalu datang dan pergi.. Aku sentiasa menantikan kesedihan ni berlalu pergi macam angin.. Sejuk ja rasa lepas kena angin tu.. Huhuhuuh.. Tapi bila agaknya aku dengan dia nak settle..?? Bukan sekali ni saja aku ada masalah dengan dia macam ni, dulu pun ada. Tapi masa tu aku muda lagi and aku tak pikir banyak. Aku biarkan saja dan rapat kembali dengan dia. Tapi sekarang ni aku dah dewasa membuatkan aku tak berhenti berfikir dan aku tak mudah nak mengalah. Aku pun tak tahu kenapa. errrghhhh..!!!! Aku nak aku dengan dia macam dulu balik.. Malas aku nak fikir panjang ni, buang masa betul.. Dah2.. Lantak la apa nak jadi lepas ni. Janji yang aku tau, aku sayang dia selalu..

Sunday, December 14, 2008

Ahad yang aku nantikan.. Dan esok..

Semalam aku rasa penat sangat sehingga aku nak lelapkan mata aku lebih awal dari biasa. Kemudian, tak jadi jugak rancangan aku nak tido awal ni. Last, aku SMS dengan kawan-kawan aku termasuk BF aku. And then, aku cuba lelapkan mata seperti biasa. Cuba punya cuba, macam ni jugak la ngantuk aku tu. Actually aku tido rumah mak cik aku. So, malam semalam ada la kawan lama dia datang, bercerita macam-macam tentang perniagaan yang dia jalankan. Kemudian topik mereka tu macam beralih ke topik lain pulak. Malas aku nak dengar, then aku mandi dan siap nak tido. Masa kawan dia dah balik, aku dengan mak cik aku baring depan tv, memang port kami dua beranak la. Dia dah pengsan, yang aku duk kira jam kat dinding tu bila nak pagi and kenapa aku tak boleh nak tido. Aku macam tido-tido ayam ja sepanjang malam tadi. Pukul 3.30 pagi aku terjaga lagi. Terasa aku baru saja tido, tapi seperti ada yang menggerak aku suruh bangun.. Memang ada, tok aku yang bersuara. Dia nak minum agaknya. Kemudian, aku tengok sebelah aku takda orang. Mak cik aku dah cabut masuk bilik dia, aku masuk la bilik dengan tok aku tu. Aku harap aku dapat tido la dalam bilik tu. Kononnya lebih selesa la katakan. Tapi..!!! Sama juga keadaannya..!!! Arrghhhh..!!! Geram aku dibuatnya. Aku tak tau kenapa aku tak boleh nak lelapkan mata aku ni macam biasa. Aku cuba tenangkan fikiran, aku dapat lena sebentar. Tok aku tu seperti biasa la, cakap sampai pagi sebab dia dah tak nampak. So, tak tau time tu pagi or malam lagi. Aku pun layan la tido aku.. Ada suatu ketika tu, aku terasa panas tetiba.. Memang aku basah dengan peluh aku. Aku biarkan ja la. Malas nak dilayan, aku dah la jenis lemah. Tapi lemah-lemah aku, sapa yang kena aku yang tolong.. Huahuahuahua... Ok2.. Macam ni, masa aku rasa tetiba aku berpeluh tu, aku memang dah dapat tido nyenyak. Dari aku mula masuk dalam bilik, tangan tok aku ni asyik raba saja katil aku tu sebab dia ingat sepupu aku yang tido kat katil tu. Tapi aku tak bagi dia sentuh aku la, sebab baru pukul berapa, nanti dia minta makanan pulak kat aku. Aku sambung lelapkan mata, lebih kurang 30 minit lepas tu aku terjaga lagi.. Keja aku malam semalam asyik terjaga saja la wei.. Memang penat.. Bangun tido ja semalam. Tapi kali ni aku terjaga sebab terkejut gila..!!! Mula-mula aku rasa bantal aku terjatuh dekat tok aku, dia cakap adoi. And then, aku rasa tok aku sentuh kaki aku. Aku terkejut la macam mana dia leh sampai tangan nak sentuh aku...!!!!! Lama wei dia sentuh kaki aku.. Aku rasa sejuk dengan sentuhan tu.. SERAM.. Terpacak bulu roma aku ni. Aku buka mata, tengok keadaan tok aku sama macam aku masuk bilik tadi pagi. Bantal aku letak sebelah kanan pulak, tak jatuh.. Adus...!!!! Aku apa lagi, tapi buat bodoh ja. Kalau aku layan nampak gayanya aku tak lena terus la duk nangis nanti. Malas aku nak layan perasaan aku tu. Selang sejam mak cik aku bangun dah, time tu kul 5 or 5.30 pagi. Aku kurang pasti, bangun tido mata aku pun tak nampak sangat. Aku lari tido luar balik macam asal semalam. Aku tak boleh tido..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GERAM BANGAT SIH..!!! aku duduk la, mak cik aku cakap awal lagi, tido la. Aku terus terang ja aku tak boleh tido dari semalam. Dia pulak komen kat aku maybe aku banyak pikir, mana ada wei.. Biasa ja la aku masa nak tido, tapi hakikatnya aku tak boleh nak lelapkan mata aku ni. Ishk..!!! Last aku on tv tgk astro channel 106. Puas hati aku. Lepas mandi pun aku tak mengantuk dah. Malas nak tido lagi dah. Mengarut..!!

Friday, December 12, 2008

Sahabatku..

Penting tak dia..??? Memang dia penting dalam hidup aku selama ni. Aku kenal dia dari aku kecik lagi, tapi sekarang kami dah berenggang.. Aku sedih sangat sebab selama ni dia la tempat aku nak mengadu apa-apa masalah pun. Aku sayang dia macam adik beradik aku sendiri. Tapi salah aku juga sebab suatu hari tu dia kena fire buta dengan aku. Memang aku ada janji dengan dia tapi masa tu lain, sekarang ni lain. Masa mengubah segalanya.. Bukan keadaan kita akan kekal sama ja selalu. Ada situasi yang akan mengubah kita jugak nanti. Sama ada lambat dan cepat saja. Bagi aku dia adalah punca inspirasi aku semasa aku dibangku sekolah dulu. Kami sama-sama belajar sampai la timbul keinginan aku nak belajar bersungguh-sunggguh. Memang dia la selalu encouraged aku untuk belajar. Dalam kelas aku malas nak study subjek Sejarah. Malas sangat bila subjek tu start dalam kelas. Dia la pujuk aku suruh buka buku and usaha faham dengan sejarah dunia ni. Kalau aku mengingat kisah lampau aku dengan dia memang leh buat novel dah. Tapi sekarang ni dah terlambat, pintu hati dia dah tertutup untuk aku jadi kawan dia. Bukan salah dia aku nak marah dia minggu lepas. Semua ni pasal orang lain, tapi dia kena tempias. Kesian dia, aku pujuk tapi tak makan saman. (-.-)* Aku pun salah sebab menyebelahi orang yang tak sepatutnya. Dia ni aku kenal dari aku darjah tiga, sapa tak sayang kawan. Aku ada masalah, dia tarik untuk aku cerita dengan dia sebab nak bagi aku redha sikit dengan keadaan masa tu. Aku selalu ke sekolah dengan muka masa, tapi dia dengan kawan-kawan aku yang lain la yang pandai ceriakan aku, buat aku gelak besar. Even kalau barang aku kena rampas dengan pengawas, dia la tolong settlekan. Tapi sekarang ni.. Disaat aku perlukan dia, dia dah tak terima aku lagi dah. Dia mengaku dia maafkan kesalahan aku tapi dia taknak jumpa aku dah. Salah aku ni terlalu besar bagi dia sehingga dia pun nak reject aku macam sebelum ni aku kena reject dengan orang lain. Hanya orang tertentu saja dapat paham aku, bukan semua boleh sekepala dengan aku. Bila timbul situasi macam ni, pelbagai persoalan la aku terima dari semasa ke semasa. Kawan aku yang lain banyak bertanya aku kenapa jadi macam ni. Aku nak explain pun aku tak tau macam mana. Keadaan dan situasi yang mengubah tingkah laku aku, bukan aku sendiri yang nak benda ni jadi. Kehidupan aku muram tanpa dia di sisi aku. Persahabatan aku dan dia terhenti di sini saja. Tarikh hari ni menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Akhirnya tercipta lagi sejarah hitam dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku agaknya..??? Biar Allah saja yang menentukan keadaan aku dan dia. Bila dia dah sejuk sikit, aku harap aku dapat memujuk dia. Sempena raya haji hari tu ada aku berniat nak jumpa dia kat rumah kawan aku, tapi dia yang tak nak datang. Puas aku telefon rumah dan handphone dia. Takda jawapan.. Last, aku give up, aku pasrah saja pada yang Esa. Insyaallah sejuk la hati dia untuk aku suatu hari nanti. Insyaallah.. Aku yang bersalah, aku mengaku kesalahan aku. Manusia tak semuanya sempurna dan takda manusia yang sempurna dalam dunia ni. Fikirlah dulu sebelum bertindak.. Kalau tak menyesal tak sudah macam aku ni.. Sedih babe..~

Monday, December 08, 2008

Gambar-gambar untuk renungan..

Aku post gambar-gambar kenangan aku dengan mak cik2 aku dan gambar family aku..


Jeng..!! Jeng..!! Jeng..!! Ni lah gambar keluarga aku belah mak.. Masa ni beraya dekat rumah adik mak aku. Maid kakak aku pun tumpang glamor la tu. Yang sebelah aku tu dikatakan kembar aku padahal dia kakak pada aku. Aku cakap kembar sebabnya kalau kami keluar berdua, cara pakaian, dan gelagat kami ni macam orang kembar lain la. Muka seiras, pakai kaca mata plak, tinggi lebih kurang, cara jalan pun sama. Minat pun sama.. Hahahah.. Almost everything la babe.!!! Yang berkurung merah tu kakak aku yang kedua, ibu pada si kembar tiga. Sebelah dia plak, mak kesayangan aku la, sapa lagi kan.. and so on la.. panjang nak bercerita ni.. Heheheh.. ~






Ni gambar aku dengan mak cik kesayangan aku.. Tiap-tiap tahun aku tunggu semua balik Penang. Takda diorang aku bosan, takda kawan nak lepak and takda kawan nak mengadu.









Ini pun gambar kenangan raya tahun 2008 dengan mak cik mak cik aku.. Padahal umur kami tak banyak beza sangat. Pangkat saja membezakan kami. Asal balik Penang saja, aku la peneman setia mereka berdua ni nak gi Batu Feringgi, buat apa lagi.. Cari DVD la.. Hahahah..!!~





Gambar ni pulak aku dengan budak kopi ni.. hehehhe.. Dia sorang ja gelap dari kakak and abang-abang dia yang kembar tiga tu.. Nama dia Raja Darwisy.. Anak sedara kesayangan aku, tapi dia stay jauh ar.. Rindu aku kat dia ni.. Raya Haji dia tak balik Penang sebab cuti mak dia dah abih. Cian dia.. hehehhe.. Comel sangat.. Aku suka kacau dia. Dia suka gelak dan aktif sangat dari kembar tiga tu.








Ha...!!! Ni dia gambar kembar tiga yang aku cakap tu.. Kali ni bergambar dengan adik dia Si Awisy.. Heheheh.. Pagi raya gambar ni aku suruh ayah diorang candid sementara awisy atas sofa lagi. Sedondon ja diorang ni.




Ni plak.. Mariam Maisarah dengan mama dia, kakak aku la. Kakak aku yang sulong. Dia keja sekali dengan aku, tapi aku jarang sekali dan boleh kira berapa kali aku keluar lunch dengan dia. Hehehhe..~ Biasa la, aku tak sebulu dengan dia kadang-kadang tu. Malas aku nak melayan sangat. Time ni Sarah makan muruku, makanan kesukaan dia la, apa lagi..

Bercerita tentang..

Apa agaknya aku nak bercerita dalam post kali ni...??? Hurrmmmmm...~ Aku kurang pasti jugak ni. Ok, aku seorang gadis berasal dari keturunan jawa. Kehidupan aku tak lari dari adat-adat orang jawa, itu semestinya la kan. Ini pasal perkenalan seorang gadis seperti aku dengan orang-orang biasa. Asalkan aku bercakap, ketawa, dan bermesra dengan orang ramai, perwatakanku sering dipertikaikan. Soalan yang sering dilontarkan padaku selalunya membuatkan aku sentiasa ketawa besar.. Adakah patut aku dikatakan anak mami Pulau Pinang.. Agaknya perbezaan kulit aku dengan saudaraku yang lain amat ketara. Ya, memang berbeza sekali. Tapi itu tidak memungkinkan aku untuk mengatakan yang aku anak mami. Hahahhah..!!! Aku bukan anak mami, aku berketurunan jawa yang selalunya keturunan aku disebut-sebut orang ramai sekarang.. Bukan calang-calang jawa. Setahu aku, aku masih lagi berdarah jawa yang tulen sehinggalah turun ke peringkat anak saudara aku yang lain semuanya bukan asli lagi dah. Ada yang dah bercampur jepun dan mat saleh semua la. Biarlah bercampur macam mana pun, insyaallah anak-anak aku kelak masih berketurunan jawa. Aku suka dan bangga dengan keadaan aku sekarang. Bukannya aku malu atau apa-apa pun. Aku hanya insan biasa seperti orang lain juga. Semuanya sama taraf di dunia ni. Cuma kulit yang membezakan keturunan dan darjat kita. Tiada yang berbeza sangat pun. Ada juga yang mengatakan aku ni bukan berasal dari Pulau Pinang, bukannya aku bercakap seperti orang KL ka, Kedah ka.. Pertuturan aku biasa saja, orang lain sepatutnya tahu dari percakapan aku tu. Biar la orang nak cakap apa pun, asalkan aku tahu asal usul aku dan tak dikatakan sombong. Bercakap pasal sombong pulak, ada orang nak cakap jugak pasal ni.. Ishk..!! Aku bukannya sombong, padahal punya ramah ka aku ni nak bercakap dengan orang cuma kadangkala aku memandang seseorang la sebelum berkawan. Aku ni tak semestinya boleh masuk satu kepala dengan orang lain yang boleh terima aku. Masing-masing punya pendapat dan boleh memilih rakan dan pasangan yang bersesuaian dengan mereka. Selain dari tu, mungkin pandangan orang lain yang dilontarkan padaku tu terlalu sempit pemikiran mereka. Belum kenal dah cakap sombong. Belum bercakap dah kata itu ini dibelakang aku. Allah saja la yang tahu hal-hal ni semua walaupun aku tak mendengar bisikan panas mereka. Lantak lah, aku slumber ja jalani hidup suka dan duka aku ni. Bagi aku tiada masalah, semuanya rata. Beres..~ Aku juga dikatakan manja sebab aku seringkali ditanya aku ni anak keberapa dalam keluarga. Asal aku cakap anak bongsu saja, "Mesti anak manja kan..". Padahal diorang ingat anak manja ni senang dapat apa-apa saja la.. Sempitnya la pemikiran diorang.. Aku biarkan saja, bila diorang dah ada anak nanti diorang paham la keadaannya macam mana. Segelintir kawan aku berkata pulak, dari body movement aku dan percakapan aku ni ada kalanya aku ni memang manja, tapi aku nafikan sebab aku taknak orang cakap aku mengada pulak. Malas nak dengar orang gosip dibelakang aku. Cemburu pun ada gak.. Hahahahha... Panjang sikit citer aku kali ni.. (^.^)" Cemburu.. tak pasal-pasal aku ni dicemburui orang lain pulak. Apa ada dengan aku, aku pun tak tau. Apa aku ada perempuan lain pun ada.. Allah menciptakan kaum hawa tu sama cuma paras rupanya saja yang berbeza. Tipu la kalau aku pun tak cemburu kan.. Hehehe.. Tapi setengah orang dapat mengawal dan tidak cemburu buta. Aku pun latih diri aku macam tu juga. Buat apa nak cemburu.. Banyak benda lagi boleh kita lakukan. Buang masa saja nak jealous ni semua. Buat gemukkan badan or kuruskan badan bagi sesiapa yang makan hati. Akhir sekali aku selalu dikatakan GARANG.. Hahahhha...!!!~ Memang kot sebab aku tak dapat nak menahan perasaan aku dari marah. "Panas" sangat wei..! Tapi aku kawal la bila nak marah, taknak orang lain sakit hati dan terasa sampai mati dengan kata-kata aku nanti. Aku dah pernah buat orang sakit hati, walaupun sekarang dia dah baik dengan aku, tapi ayat-ayat aku yang dilemparkan pada dia masih dalam ingatan. Hehehhehe..~ Sebab tu aku bila rasa nak marah aku jauhkan diri dari orang yang nak kena tu then aku menyendiri takut nanti orang lain pulak yang kena tempias penangan aku. Kebiasaannya aku akan tenangkan diri dekat laut atau kawasan yang tak ramai orang. Tak bising sangat. Aku suka bawa diri.. Senang sikit. Kalau aku marah or kena marah, aku tak suka kena pujuk, hujan susah pulak. Biar la aku sendiri dan bawa diri.. Dah.. Tu la sifat aku sebenarnya..

Saturday, December 06, 2008

Happy & Sleepy


Hehehehehe.. Hari ni hari yang paling mengantuk aku lalui. Sebabnya aku tak tido malam.. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena juga.. Ishk..!! Tak boleh jadi macam ni.. Aku jadi guard malam plak even dalam rumah. Semalam aku terpaksa tido rumah mak cik aku sebab tok tinggal sorang. So, dia asyik panggil cucu dia si Awie tu, aku taknak nyahut nanti dia tau mak aku ada dia taknak tido plak. Dia dah tak nampak sebenarnya.. So aku risau setiap pergerakkan dia. Aku pun jaga satu malam nak awasi dia la dari jauh la.. Last masa aku dah mengantuk sangat, aku terlelap sendiri la.. Then ada la suatu suara ni yang aku tak tahan sangat..!!! Ishk..!!!! Bising.. Bukan bunyi nyamuk ka, apa ka.. Ni bunyi berdengkur...!!! Masa tu dah pukul berapa dah.. Agaknya dah pukul 3 pagi kot. Aku bawa bantal kecik kesayangan aku tu, kononnya tak boleh tido tanpanya.. Ehem.. Ingat budak-budak ja ka ada bantal peluk..??? (^,^)" Aku usahalah taknak gerak orang yang berdengkur kuat sebelah aku tu, aku pun tutup la telinga dengan bantal aku. Tak boleh lena juga.. Ishk..!! Aku dah panas masa tu, apa lagi gerak la.. Aku gerak suruh tido jangan berdengkur then suruh tutup mulut tu.. Last dia buat sungguh.. Aku tengok muka dia masa tu memang lawak gila.. Ades.. Terbantut lagi rasa nak tido aku tu.. Aku pusing plak nak tengok tok buat apa.. Dia dah rest.. Alhamdulillah.. Aku leh sambung tido.. Tapi teringat plak kat orang sebelah ni, dia ikut cakap aku.. Aku cakap aku tak boleh tido sebab dia berdengkur.. Hahahahah..!! (^o^)" Aku memang gelak malam tu, tak boleh nak menahan rasa lawak aku tu. Padahal aku yang createkan.. Hahahah.. Last aku rasa macam baru nak tido then dah kena gerak. Disuruh bancuhkan susu kat tok aku tu. Aku pun bangun la dengan pening kepala semua cukup lengkap. Aku gagah juga gi dapur bancuhkan susu tok. Last gaduh dengan Maisarah kesayangan aku tu plak. Space untuk dia tido punyalah luas dia nak berebut jugak dengan aku.. Ishk.. Macam nak sekeh anak aku tu.. Last pujuk dia suruh ke tepi skit sebab aku nak sambung tido otherwise aku drive nanti keta drive aku plak.. Huahuahuahua... Maisarah, Maisarah.. sayang dia.. Geram-geram dengan dia pun aku malas nak layan sangat dia tu. Panas baran aku tak dapat dikawal nanti dia kena jerkah ja. Dia pun dah paham kalau aku marah dia cepat-cepat keluar dari bilik aku. Heheheh.. (^.^)" Pas aku siap-siap pagi ni, aku dapat jemputan untuk breakfast plak. Ehem.. Mak aku tengok-tengok aku ja masa aku bersiap sebab aku duk tersenyum ja time tu. Last dia call.. Hehehe.. Dah diajak, ikut ja.. Malas nak kecewakan kawan. Even teman istimewa aku ajak pun aku turut perintah saja. Kalau kena naik bus skali pun, bagi aku kacang goreng saja.. (^_^)" Dah.. Pas aku keluar dengan kawan aku tu merayap sekejap, aku pergi Prangin Mall plak, ada la aku booking something kat sana tu. Ha..!!! Suspen jugak dalam life aku ni, padahal aku yang booked, aku yang nervous.. Aku sempat lunch dekat kedai mak aku, then aku pergi beli ubat plak. Last aku tunggu bus Rapid Penang sebab aku ngada skit nak naik bus yang x sempit and selesa ada aircond. Tapi kalau ada aircond pun ramai orang, aircond tu jadi lain la. Aku sempat belek majalah aku beli kat stesen masa dalam bus. Sementara nak sampai rumah aku Tido jap, memang lelap dah wei..!!! Selamat aku sedar sebab cina mangkuk sup sebelah aku ni sembang dengan kawan dia tak reti nak carefull skit, asyik terlanggar tangan aku ja. Lesing sekali baru tau.. Aku sedar pun dah nak sampai kat stesen umah aku dah, selamat.. Heheheh.. Actually thanks to Cina mangkuk sup tu jugak la, otherwise sampai stesen Komtar balik. Hahahah.. Lintas jalan plak ada keta mewah jugak la, pakai nak jalan ja tak nampak aku nak melintas depan dia.. Aku jegih baru nak stop.. Hotak dia la.. Bapa dia bayar insurance aku kot.. Sampai rumah aku tak boleh tido jugak.. Arrghhhh...!!! Tension babe..!!! Dah la.. Let it end here..


Hatiku mula berdetik.. Sampai bila aku harus begini..??? Menjadi manusia yang sentiasa ternanti-nanti dengan keadaan duniawi. Sampaikan kekadang tu aku malas dengan dunia luar, aku lebih suka bersendirian di tempat sunyi. Boleh aku memikirkan hal lain lagi. Tapi, ini semua Allah yang menduga kita. Allah tentunya sayangkan setiap makhluk yang diciptaNya. Dia juga sentiasa menduga manusia dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya bergantung pada kita untuk mengatasinya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk melaksanakan atau menjalankan tugas seharian. Malahan manusia adalah makhluk paling sempurna diciptaNya. Tidak seperti haiwan dan lain-lain. Perasaan aku semakin berdebar menanti setiap hari yang berlalu. Aku hanyalah manusia biasa yang diberi perasaan dan fikiran untuk membuat pertimbangan. Duniaku kini semakin berwarna dan aku semakin hari semakin ceria. Kehidupan aku kini bebas seketika dan aku hanya mengikuti kata-kata hatiku dan terus melangkah mengikut bicara hatiku. Dan sehinggakan aku tidak sedar perasaan aku telah beralih arah dan mula inginkan kehidupan aku yang baru ni kekal selama yang mungkin. Aku sentiasa senyum sekarang dan tidak bosan sangat berbanding dengan kehidupan aku sebelum ni. Memang aku happy sekarang. Happy sangat, dan kadang kala aku penat kerana terlalu seronok. Aku berharap hidup aku ni tak seteruk orang lain yang lebih kritikal dari aku. Insyaallah.. Aku hanya inginkan kehidupan yang dapat menceriakan aku dan tiada sebarang halangan dari orang lain. Aku memang impikan kehidupan yang tiada halangan. Bukan untuk bersosial, tapi tidak mahu dikongkong hanya kerana masalah kecil. Aku tidak suka persahabatan aku dihalang, tidak suka kehidupan aku dikunci semata-mata hanya kerana dia orang yang aku sayang. Itu semua tidak penting, tidak perlu kawal aku, aku punya akal fikiran dan perasaan. Aku tak sukakan hubungan yang tidak ikhlas dan hanya bersandiwara semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Di belakang hari kita yang merana sendiri. Biarkan pergaulan kelihatan seperti pasangan kekasih tak kira sesama perempuan atau dengan laki.. Pedulikan kata-kata orang lain.. Biar mereka cuba sendiri dan alami sendiri perasaan tersebut dan mereka akan tarik balik kata-kata yang dilemparkan. Itu semua bukan bermaksud couple like they mean it. Tapi bagi aku itu semua hanya berkongsi kasih sayang dan care tentang pasangan atau teman rapat mereka. Bagi aku tak salah jika aku atau anda yang membaca ni cuba menyayangi orang lain. Itu satu kemestian dalam hidup, sedangkan Rasulullah pun berkongsi kasih sayangnya dengan isteri-isterinya. Aku tidak kisah ingin berkongsi kasih aku dengan orang lain. Mungkin aku ni telah dididik begitu agaknya. Apa-apa hal pun aku tidak kisah sekarang, ingin dikatakan sebagai itu ini semua, asalkan aku paham dan tidak lari dari landasan. Insyaallah.. Aku masih lagi dalam keadaan terkawal dan Insyaallah akan mengawal perasaan aku. Kali ini saja bukan sekali dua aku begini, sudah berkali-kali aku menjadi seperti bahtera belayar di lautan. Belayar sampai aku menemukan keinginan dan kepuasan untuk diriku..

Friday, December 05, 2008

(-.-)"

Why dont you tell me that..??? Yes, it is not necessary.. But just tell me.. Dont let me wait..

Thursday, December 04, 2008

Trajedi 4 Disember 2008


Aku bersama teman keluar bersiar-siar seperti biasa. Dalam keadaan lapar dan marah aku masih lagi celoteh dan kadang kala aku senyap terpaku dalam kereta. Agaknya aku malas nak buat teman aku tu bosan. Jadi aku memang perlu diam seketika. Selepas lecturer kami cakap takda kelas, kami keluar la dari kolej, bertujuan nak cari tempat makan. Dan kereta melaju sehingga la tiba di Jeti ada insiden tak diingini berlaku. Mungkin salah aku terlalu banyak cakap dan dia leka seketika dengan perbualan aku dengan dia. Setibanya kami di persimpangan Jeti tu, ada sebuah kereta mahal keluar dari Feri terus meluru keluar ke jalan simpang tadi. Nasib aku dan dia agak baik sebab aku sempat menjerit petanda ingin terlanggar kereta mahal tu. Actually salah kereta tu la, dia keluar tak stop dan tengok line clear or tak. Bengong siot kereta tu, aku juga yang terketar nervous lepas tu.. (@(#*#%&%.. ER...!!!!! Then perjalanan kami terhenti seketika sebab perasaan takut aku makin kemuncak. Dia cuba menenangkan aku dan alhamdulillah aku masih dapat mengawal perasaan tu. So, aku tak semput la macam selalu. Otherwise naya ja la.. Aku cuba tenang dan berbanyakkan istighfar.. Allah saja la aku ingat masa tu.. Ya Allah, Engkau sajalah yang mengetahui perasaan kami masa tu. Last kami menuju ke tempat yang bosan, Gurney Plaza. Bukan ronda sangat pun, tak sampai sejam la wei.. Kemudian keluar balik sebab cari McDonald takda dalam Plaza tu, siot.. Dulu ada sekarang takda plak. ishk..!!! Lain kali tak boleh gi Gurney Plaza dah. Takda McDonald. Hahahahh... Last dia ajak makan kat McD Greenland. Makan kentang ja, padahal beli set meals. Si teman tu makan burger kesukaan dia la. Aku makan kentang McShaker.. Kahkahkah... Cedap2..~ (^o^)". Masa makan pun aku tak cakap sangat la, jadi takut sikit. Biasalah bila dah alami perkara macam tu memang nervous sehari semalam la jawabnya. Lastly, sembang dengan dia dalam kereta on the way home tu, nyanyi la, apa la.. Last lena.. (^.^)" If you read this stuff, I'm sorry ya my friend. (^,^)"
Insyaallah no more any cases happen again. Insyaallah..

Tuesday, December 02, 2008

kehidupan aku lebih lama..???

Pengalaman aku hari ni aku teringat kembali keadaan aku sebelum kena surgery kat Lam Wah Ee Hospital. Masa tu aku terasa sakit dekat pejabat selama seminggu berturut-turut dengan keadaan tak selesa. Aku masih menyambung dan menghabisakan keja aku seperti biasa setiap hari sehingga pada satu tahap aku tak tertahan dan aku berjumpa dengan doktor panel aku. Aku menceritakan keadaan aku padanya. Kemudian disuruh baring pula dan dia mula menekan bahagian perut aku yang terasa sakit. Aku masih boleh mengawal keadaan aku, dan kemudian dia berkatakan yang aku hanya sakit biasa dan aku diberikan ubat untuk buang angin dalam perut. Tetapi dia berpesan jika aku masih terasa sakit selepas memakan ubat tersebut, aku kena refer balik dengan dia. Aku pulang semula ke pejabat dengan harapan ubat yang aku dapat tu boleh heal la kata orang putih ni.. Aku makan la ubat tu, di"pack" dalam bungkusan biru yang bersaiz kecil. Sebungkus ja aku dapat, dia cakap ubat tu power rangers... Heheheh... Selang beberapa hari aku makan ubat tu, aku rasa lega sikit. Masa tu hari ahad, aku ingat lagi.. Aku online petang dekat rumah, macam biasa la aku nanti duduk atas kerusi komputer aku dan aku bersilah atas kerusi. Tiba-tiba aku menjerit kesakitan seorang diri kat rumah. Esok tu aku pun refer la balik dengan 3/4 tu. Hahahahha... Nama dia Dr. Sukumaran. Kemudian aku beritakan khabar aku selama dua hari selepas Jumaat tu plak. Asyik suruh aku baring lagi. Kemudian aku ditekan-tekan lagi la. Kali ni bukan main pedih aku rasa sebab dia tekan dalam sikit. Dia cakap dekat aku perut aku ni dah tak stabil, so dia nak hantar aku masuk hospital. Kemudian aku cakap aku selesa dengan hospital Lam Wah Ee.. Dia pun issue la surat untuk bos aku dengan doktor yang akan merawat aku dekat sana nanti. Aku pun menangis sebab nak kena bedah, takut woi..!!! Last masa Monday 1 July 2008 aku admitted hospital tu la.. Panjang sangat aku nak taip pun nama hospital tu.. Yang teman aku malam tu, si "dia" la.. Setianya dia pada aku cuma Allah saja yang tau. Dia jaga aku malam tu sebab aku dah kena masuk drip tak boleh nak lena.. Sakit nurse tu cucuk kat tulang lengan aku. Mangkuk ayun punya nurse.. Sakit dah kena cucuk, lenguh kat appendix plak satu hal.. aku tak boleh lena la.. Dah seminggu tidur aku terganggu. Ha..!! Lupa nak cerita sini, aku kena appendix masa tu.. Hahahah... Padan dengan muka aku. Dia teman aku dia pun tak lena satu malam tu. Aku tak lena dia risau, sebab tu dia pun tak lena. Kesian plak kat dia, pagi subuh dia dah bergerak balik rumah nak siap-siap pergi kerja. Petang 2 July 2008 tu aku kena bedah dah.. Aku ingatkan bilik pembedahan tu besar mana la sangat, kecik ja wei...!! Pas kerja dia datang lagi.. Memang kesian, dia plak macam tak sihat nak kena jaga aku semalaman, tapi selamat nurse cakap tak boleh teman. Keadaan aku masa tu ada bius lagi, so aku tak sedar sangat sapa yang melawat aku semua la.. Aku keja nak lena saja kena bius.. Sakit juga, aku pn tak ingat dah macam mana aku boleh masuk OT tu kemudian aku keluar.. Masa sampai wad dari OT tu, aku dengar suara Maisarah, anak sedara aku yang paling aku sayang. Aku boleh terjaga sebab berapa lama aku tak dengar suara dia. Terasa rindu, aku celikkan mata, tengok-tengok mak aku ada skali dengan kakak aku. Tiba-tiba aku rasa terharu dengan kehadiran mak aku. Tapi kejap ja dia datang. Mungkin dia penat agaknya.. Aku tak halang perjalanan dia.. Biar dia pulang sebab aku dah selamat keluar dari OT. Aku teringin sekali nak sembang dengan dia tapi dengan keadaan aku macam ni aku baik brdiam diri saja. Selepas malam kedua aku di hospital, malam ketiga aku pulang ke rumah. Kawan-kawan aku melawat aku. Kawan baik aku dekat pejabat la yang datang.. Aku masih lagi sakit nak berjalan tapi aku gagah juga jalan ja nak jumpa kawan-kawan aku dekat hall rumah aku tu. Terasa rindu kat kawan aku. Dua minggu aku dapat cuti. Minggu pertama aku sihat sikit aku bergerak slow juga la.. Aku dah mula masuk kelas sebab dah banyak aku tertinggal belakang.. Sir pun suruh aku balik jangan datang lagi, tapi aku masuk kelas juga sebab nak habiskan subjek aku tu, malas nak repeat lain lagi. Dan dah beberapa minggu aku sihat dari sakit ni, aku mula masuk pejabat macam biasa la. Tapi keadaan aku masih slow sebab aku takut benang dekat surgery part ku tu terbuka plak, naya ja aku jawabnya. Aku buat kerja slow, bos aku pun senyap ja.. Dia pun banyak tolong aku juga menguruskan hal-hal berkaitan hospital tu. Memang aku hargai pertolongan dan pengorbanan diorang semua la.. Allah maha kaya, DIA saja boleh membalas jasa orang-orang yang tolong aku selama aku sakit tu. Insyaallah.. Alhamdulillah aku cepat sembuh.. Aku berpantang selama sebulan, aku kawal nak makan pedas-pedas, dan macam-macam lagi la..

Monday, December 01, 2008

Pesta..


Pesta..Pesta..Pesta.. (^.^)"


Seronok sangat sebab aku rasa bebas seketika untuk berseronok dan melupakan sebentar masalah-masalah yang membebankan dalam hotak aku ni. Aku bersama dengan seorang teman, heheheh... Dia dengan aku selalu bersama buat masa ni sebab seringkali dia ke sini atas urusan kerjanya yang berkaitan dengan Pesta Pulau Pinang tahun ni. Ketika hari pertama aku di sana, aku dapat membeli belah tudung dan gelang tangan. Pada hari kedua aku ke sana, dia masih menemani aku dan aku beli gelang tangan buatan dari Sabah plak. Memang cantik-cantik yang ada di gerai tu.. Aku terpukau dan terpinga-pinga nak memilih yang mana satu pilihan aku. Hehehehhe... Sekali aku beli dah 2 utas gelang tangan. Dah suka takkan nk halang niat diri sendiri plak kan. Beli ja la.. Saja nak hilangkan rasa bosan aku yang sentiasa merasakan sepi ni. Walaupun kawan ramai, ada teman yang setia lagi.. Tapi aku mesih merasakan sepi tu sentiasa dengan aku. Mungkin aku ni jenis suka bawa diri, even merajuk pun aku tak nak and takkan jumpa sesiapa pun. Ini untuk mengelakkan dari orang tak bersalah kena marah, membebel buta ja dengan aku.. Sapa yang terkena tu nasib la kan.. Hahahah.. Aku tengah berapi, sapa suruh sua jari.. Pedih la.. Hmmm.. Berbalik pada cerita Pesta Penang aku tadi.. Ha.. lepas saja aku beli gelang-gelang tu, aku merayap lagi ke pelusuk Pesta tu untuk menjamu mataku yang penat memandang manusia yang membanjiri tapak ekspo tersebut. Berhenti la kami dekat sebuah anak lorong, aku tak ingat nama jalan dia yang terpacak kat tepi tu.. Kat situ plak ada motor2 Polis Diraja Malaysia dengan sebuah kenderaan orang besar "TYT" together dengan beca-beca yang menceriakan suasana malam Pesta tersebut. Apa lagi, bergambar la aku kat motor besar tu kejap.. Ala.. buat-buat la macam motor bapa aku jap. Hahahaha.. Then, grab chances nak bergambar dengan beca plak even though aku dah selalu naik masa aku kecik-kecik dulu dengan tok aku. Hehehe.. Saja ja buat kenangan masa danh besar ni.. Dulu mana da camera suma ni, sekarang la masanya aku bergambar, sok dah tua anak cucu cicit aku boleh tengok. (^o^)"

Kemudian, lepas kami dah settlekan bab-bab makan kami, kaki ni bergerak la plak berjalan menuju ke kawasan pameran kerajaan. Sementara tu ternampak plak kawasan yang bercahaya, ada bayangan kami berdua. Aku pun suruh teman aku ni ambil gambar bayang tu, aku cakap cukup terang ni mesti cantik.. Antara gaya aku yang selalu aku lakukan, aku suka buat simbol hati dengan jari jemariku.. Aku suka dengan gambar tu, menarik sikit dari biasa. (^_^)".

Dah sampai kat kawasan kerajaan tu, aku time offf sebab mak dah bengang dekat rumah menanti kepulangan anak dia yang sorang ni.. Hehehe.. Si teman ni pun teman la aku sampai ke kenderaan aku dan kemudia kami dismissed. Macam tu punya simple life pun aku bersyukur sangat sebab walaupun seketika kita berada dengan kawan, semua masalah yang berat dapat dilupakan sekejap. Memang seronok la.. Takkan aku lupakan kenangan aku selama hidupku ni.. Wassalam..