CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

Kuala Lumpur.. Aku sampai lagi..

23hb Julai 2009.. Aku kerja masa ni. Hari yang aku nanti2kan nak cabut dari Penang yang penuh duka lara.. Aku bersendirian sementara waktu.. Kawan aku sebagai teman aku dan juga separuh dari kehidupan aku.. Mereka jugak berusaha menghiburkan hati aku dikala aku kesunyian. Kali ni aku tak nak cerita mendayu2 perasaan ni. Aku rasa seronok sangat sebab hari ni 24hb Julai 2009, aku dah sampai KL.. Yahhooooo...!!!! (-,*)"
Erm.. Aku tak tahu nak ke mana dulu sebab aku rasa teruja.. Bukan aku tak pernah sampai KL. Tapi perihalnya sekarang ni aku datang sorang and rasa bebas sikit dari masalah.. Lepas ni susah dah aku rasa nak turun sini. Huuhuhuu.. So, aku ambik kesempatan cuti yang ada ni, aku luangkan masa dengan kawan2 kat sini, dengan sepupu sepapat aku kat sini.. Rasa macam tak nak balik pulak.. Kakak aku pun tinggal dekat KL ni. So, every time aku nak turun KL aku tak la risau sangat.. Senang ja.. Tak payah bazir duit sewa hotel suma.. Makan pun senang.. Cakap ja nak makan apa, ada ja orang nak bawak aku jalan.. Hehehhe.. Kalau datang dengan kawan2, terlalu banyak pulak agenda. Kalau datang sorang macam ni aku tak tau nak ke mana pulak.. Erm.. Kejap lagi aku nak ke Jalan Tunku Abdul Rahman.. Aku selalu pergi sana nak cari tudung.. Nak cari kain raya.. Nak cari barang2 untuk raya la, senang cerita.. Lagipun aku jumpa kawan baik aku kat sini.. Qaiyum Malik.. rindu jugak nak bersembang dengan dia.. Dia balik Penang pun bukan slalu.. Nak tunggu raya.. Hmmm.. Belum tentu kami dapat jumpa.. Huahuahua..
Plan3..!!!!! Nak ke Jalan TAR, nak ke semua tempat yang kaki aku nak pergi ni.. Hahahah.. Lepas Zohor kakak aku nak bawak aku jalan2.. Good2.. Buat selalu kan bagus.. Sihat mata aku nak memandang ni. Heheheh..
Sekarang ni aku dekat rumah sepupu aku.. Kawasan dia nyaman.. Tak bising sangat dengan bunyi2 kenderaan.. Pandang keluar tingkap nampak la bukit bukau yang menghijau ni.. Walaupun tak tinggi tapi boleh la nak menyedapkan mata memandang ni.
Angin segar kat sini buat aku banyak idea nak menaip ni.. Aku on9 VF, aku on9 YM.. Macam biasa la kan.. Tapi hari aku hari ni aku segar macam angin yang bertiup sepoi2 ni.. Sejuk.. Diri aku dah kembali tenang macam hari2 biasa yang dulu.. Erm.. Selalunya aku muram, suram.. Tapi, kali ni aku berwatakan baru dan segar macam bunga baru kembang.. Aku suka keadaan aku sekarang ni.. Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Aku harus kuat.. Yeah..!!
Sementara aku tunggu kakak aku ni, aku kena burn disc.. Bila dah berjanji susah pulak aku nak mungkir janji.. Tak baik.. Huhuhuh.. Ok.. Aku nk end sini dulu.. Nanti aku karyakan lagi coretan aku ni.. :) Nak have fun seketika.. Good Luck.. !!

Monday, July 06, 2009

Mini Gath Penang 2009

Virtual Friends Extreme Race
Mini Gath Penang 2009
3-5 Julai 2009
Batu Feringgi Pulau Pinang


Makan pagi.

Menu:

-Nasi Lemak

-Ikan sambal tumis

-Telur rebus

-Teh Panas



Extreme Race dimulakan dengan latihan memanaskan badan. HCJ pasang lagu "Poco-poco". Entah apa2 ja lagu tu, tapi aku yang 1st dengar rasa kelakar pulak.. Tapi pergerakan para peserta pagi tu tak rancak sangat macam lagu tu. Maybe malu2.. Heheheh..

Ni pulak diorang tengah telengkan kepala masing2.. Hahahahah.. PrincessLia seronok menjalankan aktiviti pagi tu. Dia antara peserta yang happy dapat join gath kali ni.. Lepas selesaikan task pun dia masih kelihatan ketawa riang..

Ala Narz ni.. Heheheh.. Ni antara AJK yang hadir di gath. Kepala yang diantara aku dengan Narz tu la Director kami yang terkena "Panggilan Hangit".. Hahahahah.. Tag line dia, "Saya bukan lelaki MURAHAN". Hehehehe.. Sabar yer PenyuXP :)
Ini pulak Cutesyah74. Lebh kurang macam id aku ja, Cute_girl2388.. Heheheh.. Dia ni pengedar kereta Proton.. Sesiapa nak beli kereta, carilah dia.. Sempat pulak aku promote dia kat sini.. :D

Herbalife..??? Why not.. Ni Sarsaparilla.. Dekat kereta dia aku ada terbaca iklan Herbalife.. Saja aku nyakat dia cam tu.. :) Ayat terakhir dia pesan dengan aku, "Jangan bercinta lama sangat". Aku bercinta dengan sapa pulak la dia maksudkan ni.. Hehehehe.. :D

Ladies.. Lets Shoot..!!!! Mak Buyot ni pun tak nak terlepas dari bergambar.. Cantik pulak dia sekarang ni.. Alamak.. Anajer ni block aku pulak, tapi tak kisah la.. :D Sebenarnya gambar ni blur.. Aku sharpenkan so clear skit.. Kalau tak tak nampak gambar Most, Zayura and yang lain..

Gambar kenangan dengan Anajer.. Kesian dia, penat dengan task2 merepek yang HCJ sediakan.. Dah la dia putih, sunburn jadinya.. :)

Ni Pulak dengan Hani.. Dia tak join game ni, tapi datang Penang sebab kawan2.. Good2..

Semangatnya peserta2 ni.. Ini team Faceless, bintang biru VirtualFriend yang hadir menjayakan gath kali ni.. Thanks to him.. :)

Ini antara AJK2 lagi yang menjaga dan menjayakan task2 di setiap check point yang ditumpukan.. Kakak sebelah aku ni iena_png. Balik Penang bila free ja.

Chakkkk..!!!!! Ni pulak Putra_gen2, panggilan pendek "KM". Hahaha.. Dia ni takut kucing..
Kalau bagi kucing kat dia, aku rasa kucing lagi takut dengan dia.. Heheheh..
Geng tarjen tengah naik bus nak ke check point seterusnya.. Masa dalam perjalanan ni, diorang tak boleh buang sebarang bukti2 yang diperlukan di check point seterusnya.. Contoh macam tiket bus..

Task Pertama.. Cari perkataan dalam silang kata yang disediakan HCJ.. Hahahaha.. Pening kepala diorang ni dibuatnya hari tu.. Ini pulak geng DewaCemburu.. Team dia yang paling awal sampai ke chalet.. Kemudian ada masa nak berehat sekejap sementara menanti kumpulan lain sampai ke check point terakhir ni, Chalet.

Gambar terakhir ni.. Dari kiri aku Sharkma yang cakap aku suka termenung.. KM yang takutkan kucing.. And Faceless Bintang Biru kita.. Yeah..!!!!
Berakhir sudah Mini Gath Penang 2009.. Peserta2 yang hadir membawa pulang kenangan yang tak dapat dilupakan.. Happy Ending..