CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 07, 2011

Kawanku Ali Imran.. :)

Assalamualaikum..

Hampa ada kawan2 tak???? Mesti la ada kan.. And ada antara kawan2 hampa tu mesti segelintir dari mereka yang dianggap kawan baik, rapat dan amat memahami.. Kadang kala mereka tu antara yang hampa fahami.. :)

Malam ni aku ada cerita yang nak dikongsikan dengan hampa semua.. :) Agak pahit bagi aku buat masa ni, tapi jadi kenangan manis buat selamanya selepas ini.. :):):) InsyaAllah..

Aku ada sorang kawan ni.. Walaupun kehidupan aku disekat untuk bergaul bebas dengan lelaki, aku hanya dibenarkan berkawan dengan perempuan sepanjang masa aku. Tapi aku langgar "peraturan" yang dibuat oleh seseorang.. Aku berkawan jugak.. Kerana tak merugikan aku ada kawan ramai.. Ini kisah tentang seorang kawan.. Boleh dikatakan kawan kerja, sebab dia kerap jugaklah berunding dengan kami di pejabat.. Dia menabur khidmat kat pejabat aku tu sebagai orang IT. Dia selalu kena check desktop kami dan peralatan tambahan yang digunakan untuk scan, debiting dan lain2 lagi.. Dalam pada masa yang sama, sempat jugak dia nak melawak dengan kami.. :) Pandai jaga hati kami.. :):)

Macam mana aku kenal dia??? Hehehe... Selama aku kerja kat Account Services tu, tempat aku tak pernah ada orang nak rekodkan peralatan @ perkakasan yang kami gunakan seharian.. Mungkin HQ nak pastikan tempat kami dikemaskini dengan maklumat yang diorang nak. So, suatu hari timbul la diorang ni.. IT persons for A/c Services. :) Masa tu aku hanya tau diorang ni trainer untuk company IT tu. Masa ni la aku kenal dia. :) Nama dia Ali Imran.. Tinggi lampai, besar agam orang dia.. Kalau korang nak tau. dia macam Mr. Bean yang korang duk tengok selalu kat TV tu. Muka dia lebih kurang macam tu. Cuma tinggi, botak (bukan botak sangat, cuma dia lebih suka kemas). Berkulit cerah, lemah lembut, baik hati.. :) Itu antara sifat yang aku gemar tentang diri dia.. :) Baik.. Suka senyum.. Suka lambai tangan kat aku.. :) Masuk ja pintu pejabat, kalau aku bangun and tengok kat pintu yang jauh tu, dia lambai kat aku.. :)

Kenapa aku ceritakan semua ni..??? Korang tau tak, inilah yang dikatakan kenangan. Korang pun ada kenangan.. Aku tak berapa ingat macam mana dia kami mula2 sembang dulu.. Tapi dia memang peramah, cakap lembut, baik.. :) Aku terkenang ni semua.. Sebab aku sedih sangat..!!! Aku tau aku tak dapat jumpa dia dah lepas ni.. Mahupun selamanya.. :((:((:(( Sedih.. Tapi aku perlu bersemangat, terima dugaan.. Redha dengan apa yang dah jadi.. :| Dia dah tak ada depan mata aku.. Orang yang selalu aku suka tegur, suka jadikan kawan, telah kembali ke rahmahtullah..

Aku dapat tau semua ni masa aku masuk toilet, cleaner pejabat aku ceritakan pasal dia kat aku. Padahal, dia dah takda 10 hari yang lepas. Selasa - 28.12.10, tu la tarikh yang dia dikatakan meninggal. Aku tak percaya, aku keluar toilet cepat2, aku tanya Sabrina. Sebab dia selalu kena cakap dengan Imran kalau kerja berkaitan dengan cheking komputer ni. Aku ingatkan dia nak refused atau cakap "tak tau". Tapi dia terus direct dengan aku, "Ya..!! Dia meninggal last week."

Aku terus tergamam and balik kat tempat aku.. Terus mind aku ni terpikir2kan masa aku dengan dia.

Antara kenangan yang aku ingat :

1) Sarapan - masa tu aku tak sorang2. sapa pun tak datang lagi.. so ada dia kat kastam tu. Dia antara orang yang aku kenal and selesa nak bergaul. Duduk la semeja, makan la kami. Tapi masa tu dia dah abih makan, aku baru nak makan. Tup2, dia belanja aku makan. :) rezeki aku masa tu..

2) Nak ke offfice - Masa tu aku baru sampai, naik bus.. Masa tu aku tak ingat kenapa aku kena naik bus. Peduli..!!! Masa aku sampai, dia pun baru pas parking kereta. Nak jalan ke office kami.. Dia parking area kastam masa tu. Kami jalan berdua ja.. Sembang, gelak2, then bila sampai, naik lif skali.. Tapi dia berpisah dengan aku dia pergi tingkat 2. Masa tu checking diutamakan kat tingkat 2 dulu. :)

3) Barang - Kenangan ni aku tak ingat sama ada masa tu bulan puasa or bukan. Tapi yang aku pasti, aku driving.. Aku park van aku selang sebiji kereta dari kereta dia.. Aku minta tolong or dia yang minta tolong untuk pegangkan barang. Sebabnya nak isi duit syiling kat "tabung MPPP" kot. Tak ingat.. Tapi memang ada kenangan ni.. :)

4) Stepler - "Mak cik, kami nak pinjam stepler hampa sat. Kami tak bawak alat tulis la hari ni. Boleh tak???", aku jawab, "Boleh jaa.. Kami tak kisah. Hampa ambik la, dah tak guna nanti bagi balik." Dia bawak balik rasanya stepler tu. Esok tu baru aku dapat balik.. Memang berguna untuk dia kot masa tu.. hehehe.. :) Tapi cara dia minta tu memang comel sangat.. comell.. :) "Mak cik" gelaran untuk aku, "pak cik" gelaran untuk dia.. :))

5) Lunch - Selalu kalau aku lunch, aku mesti turun dengan kak aku. Kadang kak nana ikut. Kadang tak.. :) Sampai ja kat bawah, dia selalu duduk dengan pak cik Guard. Suka sembang dengan pak cik tu.. Pak cik tu pun memang peramah.. Suka bersembang dengan kami.. :) Aku kalau nampak dia, "Pak cik, jom kita pi makan..??" Dia senyum ja kat aku, lambai2 kat aku.. :) kak awi ketawa ja.. Tapi sambil mengajak jugak.. "Haaa...Jom laa.. " :) Tiap2 kali kalau dia kena bertugas kat bank aku, memang dengan pak cik Guard tu la jadi stesen dia untuk berhenti dan sembang.. Tadi masa aku nak balik, aku jumpa pak cik jap. Dia pun kata, dia terasa dengan pemergian Imran ni.. Sebab, masa saat2 akhir dia luangkan masa dengan pak cik, dia kata nak makan lopis.. Tapi dia cari merata, tak jumpa2.. :(:( Pak cik cakap, "Takpa, esok hang mai sini. Pak cik beli.." Betul pak cik beli kat dia.. Dia dapat jugak makan.. Tercapai jugak hasrat dia.. :) Lepas tu pak cik kata, masa minggu akhir dia tu, dia mai tapi senyap jaaa.. Tak nak cakap dengan pak cik dah. :(

6) Last berbicara - Last aku sembang dengan dia masa dia naik balik kat pejabat aku, dia nak kena buat checking jugak untuk last quarter report. So, dia mai tempat aku dulu.. Selalu jadi tumpuan dia, work station aku laa.. Tak tau plak kalau2 dia ada menyinggah meja orang lain dulu. :) Masa tu, aku tnya dia, "Hampa nak check pc kami dulu ka??? Kami duk free ni.. Kalau nak, buat la sekarang.." Dia kata, "Boleh jugak, tapi kami kena isi form hampa semua dulu, satgi la kami mai tempat hampa.." :) Dia senyum.. :) Lepas selang berapa komputer dia dah checking, dia betoi mai kat meja aku.. "Mak cik, kami nak check pc hampa, boleh tak???" Aku jawab slumber, "Nah..!!" Aku senyum kat dia.. Memang dia suka panggil aku macam tu, and buat aku ketawa.. Memang suara dia lembut.. Selembut2 dia, orang suka kawan dengan dia.. Susah nak jumpa orang macam ni.. :)

Last aku nampak dia seminggu sebelum aku sakit teruk. Aku demam panas Ahad 26hb December 2010. Dalam masa minggu tu lah aku nampak dia.. Kat tempat biasa dengan posisi yang sama and sembang dengan pak cik Guard yang sama.. :) Lepas tu aku jatuh sakit, aku tak masuk office selama seminggu. Aku terus tak nampak dia dah.. :((:((

"Imran, kami rindu.. :(( Sorry for my bad.. Thank you for your lovely smile.. Thank you for your morning greet and thank you for your "Salam" towards me.. I will never forget you.. :):)"

Itulah pengalaman aku ada kawan macam dia.. Tu baru setahun lebih.. Aku tak tau plak kenangan aku dengan kawan2 yang dah berkurun kawan dengan aku.. Tapi secara jujurnya.. Aku rindu nak dengar dia panggil aku "mak cik" lagi.. Tapi aku tau, dah tak dapat. :(( Takkan dapat dah orang sama macam dia panggil aku "mak cik".. Kawan2 aku semua berbeza.. Memang semua contradict.. Masing2 tak sama.. Walaupun ada persamaan, tapi tetap tak sama.. Sebab tu aku sayang kawan2 aku. Diorang boleh buat aku matang.. Banyak pengalaman boleh dapat dari diorang. :)

"Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa2 hambamu, Ali Imran, selama dia hidup dan berjasa ketika hayatnya di dunia.. Aku mohon pada-Mu Ya Allah, Engkau tempatkanlah Ali Imran dikalangan orang2 yang beriman.. Amin.. :)"

Mungkin orang akan kata aku feeling lebih plak.. Tapi itulah kenyataannya.. Bukan rekaan, tapi reality. Ingat, diorang tu amanah kita.. :) Bukan anak2 dan ibu bapa saja. Tapi kawan2 jugak sama..