CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 23, 2009

Selamat Ulang Tahun

Selamat ulang tahun untuk aku sendiri.. kikikiki.. Dah meningkat setahun lagi umur aku ni.

Tuesday, April 21, 2009

business system analysis..

Subject ni aku tengah dengar dalam kelas ni.. sekarang ni jam laptop aku tunjuk waktu pukul 7:31pm. aku dah mula terkebil2.. Tak paham sangat dengan apa yang dia ajar kar depan ni. Aku blur.. Lapar sebenarnya.. :)

Tuesday, April 07, 2009

Tentang dia..


Siapa agaknya si dia ni..? Dari apa yang aku nampak dia ni cantik, ada paras rupa, memang tampan. Tapi sayang sekali dia seorang yang sukar untuk difahami.
Apa yang aku dapat lihat dari gambaran yang diceritakan pada aku, dia ni pandai. Itu aku tak pasti sebab dia ni aku baru kenal saja. Tapi diharapkan perkenalan aku dengan dia ni semuanya baik2 la. Aku tak nak persahabatan aku berhenti di tengah jalan.
Bagi aku, suatu persahabatan tu amat bernilai. Susah nak dapat kawan. Bukan semua orang suka berkawan. Eh.. Rasanya aku dah lari topic. Hehehhe.. Ok, aku ceritakan pulak perwatakan orang ni. Aku tak suka sangat nak kata hensem. Aku suka cakap cantik. Mata dia.. :) cantik.. warna chocolate.. Bulu mata dia.. Panjang, lentik.. Tubuh badan dia.. Erm.. Part ni aku tak tau nak explain. Tak gemuk, tak kurus. Hehehheeh.. Kulit dia putih.. Orang dia tinggi jugak. Boleh tahan tinggi dia. Aku suka tengok dia. Pernah dia cakap dekat aku, “kenapa kalau tengok lama2? Takut jatuh cinta?” Hahaha.. Aku gelakkan saja. Apa lagi aku boleh katakan. Bukan aku saja yang akan tergamam bila tengok anak mata dia, orang lain pun mesti rasa macam tu jugak. Susah nak jumpa lelaki yang berbulu mata panjang and mata chocolate macam tu. Jarang sekali la nak jumpa. Cantik.. Heheheh.. Dia pernah cerita dekat aku dia ni ada kacukan cina dan arab.
Tapi sekarang ni aku dah tak berpeluang lagi nak tengok dia. Aku tak tau la nak cakap macam mana, sama ada aku ni pernah buat salah kat dia atau tak. Itu semua dia saja yang tau. Tapi bila saat aku perlukan penjelasan, aku selalu tak dapat merasakan peluang itu. Susah sangat aku nak dapatkan penjelasan dari orang lain. Memang susah.. Aku selalu tunggu peluang tu, peluang untuk bertemu dan bersua muka dengan dia lagi. Aku nak sangat dia jelaskan keadaan diri dia yang sebenarnya.
Dari apa yang aku dengar, dia ni seperti punya kisah lampau yang.. tak tau la macam mana. Sedih ka, gembira ka, atau apa saja. Dia tak mampu atau tak mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan sesiapa pun. Aku sendiri pun baru paham keadaan dia, kenapa dia berdiam diri, kenapa dia tak layan.. Dia ni jenis yang suka cari ketenangan. Dia berubah dari yang lama jadi yang baru. Tak tau la kan benda aku cerita ni betul or tak. Kalau dia baca blog aku tentang post kali ni, mungkin dia akan paham atau berikan penjelasan.
Minggu lepas, orang yang dia sayang telah meninggalkan dia buat selamanya. Mungkin perkara ni ada yang mengganggu dia sikit. Aku teka saja la.. Sebab kalau aku pun, mesti jiwa kacau jugak.. Sapa tak sayang orang yang kita betul2 sayangkan J Harap korang paham la.,. Heheheh.. Aku tak tau nak explain macam mana. Ada jugak perkara yang tak sedap didengar aku terima, tapi biarkanlah aku saja yang tau.
Aku punya harapan, aku berharap dia baca post aku kali ni. Dan aku berharap sangat dia datang cari aku balik sebab aku ada banyak perkara nak dibicarakan. Aku rela menungggu..

Friday, April 03, 2009

Kecewa tak sudah.. Huhuhhu..


Aku kecewaaaaa... Ada cerita tapi aku tak tau nak ceritakan macam mana. Ada kawan pun tak terkeluar ayat dari mulut aku ni.. Hati aku ja yang tau, macam mana pedih hati ni. Macam mana pening hotak aku ni.. And aku dah mula meluat.. Tu paling bahaya yang ada kat diri aku. Bila dah meluat mula la macam2 yang aku tak suka. So, aku kena pandai kawal diri ni untuk jadi neutral.. Susah bila perangai meluat ni dah timbul. Aku sendiri pun tak suka.. Tapi aku kecewa la kali ni. Macam2 yang aku hadapi dalam bulan lepas sampai masuk bulan April ni. Aku cool down ja sebab tak nak pikir sangat.. Buat semak kepala saja. Tapi tak pikir, macam mana nak settle. (-.-)" Biar la masa and keadaan yang tentukan sendiri.. Tata titi tutu..

Wednesday, April 01, 2009

Rabu yang gementar..

Last minute aku kena buat Audit Confirmation.. Huhuhuhu.. Tapi fikiran aku masa ni bercelaru.. Macam2 aku pikir.. Dah dua minggu aku macam ni. Buat keja pun tak kena ja.. Ada saja kesalahan aku.. Ada satu ari tu officer aku terpekik2 kat aku, last termalu sendiri.. "Aishah2.. Sorry, bukan salah you. I tak baca habis remarks dia.." amik habuan.. Tapi aku tak kisah sangat.. Selamat aku tak kisah, kalau tak habis la dia. Aku perang nanti. Aku biarkan dimarahi, tapi mesti ada yang orang tu buat salah jugak. Aku bukan buta huruf tak tau baca remarks.. Puas hati aku dia mengaku salah dia. Erm... Ada lagi kisah lain.. Aku tak sangka plak perkenalan dan peninggalan dia dari sini meninggalkan kesan. Aku usaha tersenyum untuk cover resah aku ni, tapi ada jugak hal lain yang mengganggu kehidupan aku ni. Tak habis2 lagi ka dia nak maki hamun aku.. Geram aku..!!! Biar la, nanti patah balik kat dia. Nasib dia la, aku bukan orang takda otak nak pikir benda betul ka salah. :( Kan aku dah merepek kat sini. Aku ada kawan, tapi malas nak bercerita hal2 aku dengan dia. Kena tempias lagi pedih dari marah tau. So, aku pendam saja luka ni. Biarkan aku saja yang merasa, jangan orang lain kena tempias. Kesian plak, silap hari bulan aku takda kawan terus sebab semua takut aku marah2 ja. Hehehehhe.. :) Hari ni, Rabu yang gementar.. Sebabnya, macam2 jadi.. Aku nangis, aku marah, aku kena marah, aku bebal, macam2 lagi la.. :( Semuanya membosankan.. Aku tension ja aku masuk mall.. Habis duit aku macam ni.. Er..!!! Sakit hati dengan kakak aku ni.. Sesedap hati and mulut dia ja melepas teruk2 kat aku. Padahal aku tak buat salah pun. Dia tu dengar dari sapa ka, tak siasat. Pakai serbu tembok ja..