CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 21, 2009

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
21 September 2009
-V1-





..Secret Recipe Gurney Plaza..

Tengah siap2 nak decorate kek ni..

Baru mula melakar mesej.. Aku blur sebenarnya, tak tau nak tulis apa..

Tengah kusyuk tekan benda ni.. Tumpu perhatian..

Ni mesej yang aku lakarkan atas Brownies Walnut ni..

Aku tertawa sendiri sebab nak tulis mesej ni dah bukan dalam line aku.. Hari2 pegang keyboard, tapi hari ni gatal nak pegang paip cream tu plak.. Hahah..!!

Last touch-up untuk kek ni.. Aku minta bunga.. Demanding betul aku ni.. Yer lah, kan aku bayar, apa pun aku leh minta.. Tapi dapat diskaun.. kikiki..!!~

Hasil kerja aku.. :D Tapi kek ni slide skit masa aku angkat.. Aku lupa dia bukan cream cake yang memang stay atas cake board..

..Raya Kedua..

Hai...!!! Hehehehe.. Hari ni dah masuk hari yang kedua kita raya dalam bulan Syawal ni.. Erm.. cepatnnya masa berlalu.. Syawal akan terus pergi seperti Ramadhan meninggalkan kita.. Begitu pantas sekali berlalu.. Erm.. Hari ni aku ceria sebabnya aku nak beri hadiah pada seseorang..
Tapi sebelum aku tunaikan niat aku tu.. aku bangun pagi2 dan siapkan pakaian untuk aku pakai hari ni.. :) Tema aku abstrak kuning biru hari ni.. :D Dengan semangatnya aku pagi ni.. Aku jadi happy, tapi ok la kan dari hari pertama asyik sedih dan rasa bosan ja.. Hehehe.. Entah apa2 ja kan..
Lepas aku siapkan pakaian aku, aku sediakan kuih raya untuk kawan2 aku yang bertugas di Secret Recipe Gurney Plaza.. Tempat keja lama aku dulu.. Taip2 tahun aku mesti hantar dekat Kat. Dia banyak bantu aku masa aku keja dulu.. Dan sama2 tolong menolong la.. Kami tak berkira, dan tak kedekut.
Pada masa yang sama aku nak jumpa kawan jugak.. Heheheh.. Tu yang menghilangkan bosan aku sikit pagi ni.. :D Kemudian, dah siapkan semua kerja aku.. Aku bersiap seperti biasa.. Tapi hari ni aku tengok aku bukan macam biasa la plak.. Luar biasa skit.. Hahaha...!!~ Aku siap bersolek dan berdandan, aku meluru keluar cepat untuk dapatkan kek kat Secret Recipe tu.. Aku rasa tak sabar.. Aku sampai ja sana, aku terus minta kek yang aku suruh sediakan tu.. Tapi ada la jugak aku tak puas hati dengan keadaan kek tu.. Aku ni cerewet.. Kalau beli barang kena elok, teliti dan ikut citarasa aku.. Huhuhuh.. Susah la macam ni kan.. Erm.. Selamat staff kat sana tak cerewet dengan aku.. Tapi takleh nak cakap la kan mana nak tau aku langkah keluar ja dari outlet tu kot2 la ada suara2.. :D Itu semua aku dah biasa.. Ok, berbalik pada cerita asal.. Brownies Walnut jadi pilihan aku kali ni.. Aku ukir sendiri.. Aku tulis mesej atas kek sendiri.. Sebab aku nak tengok adakah skill aku masih ada untuk kerja2 renyah macam ni.. Hahahaha...
Lawak pun ada jugak.. Ada gambar kawan aku candid masa aku buat kerja2 ni.. Aku tak tau nak paipkan mesej apa atas kek tu.. Tapi korang tengok la gambar nanti.. :D
Erm.. Setelah aku siapkan kerja2 renyah tu, bergegas keluar pulak cepat2.. Sebab aku nak kena hantar pergi rumah Birthday tu.. :) Dalam perjalanan tu hati aku berdebar2, tapi aku beranikan diri.. Setiba aku kat sana, aku sendiri yang naik dan berikan hadiah tak seberapa tu pada family dia.. Bagi kat "Family" sebab dia keluar.. Aku tak cakap apa2, tapi hanya pesanan saja aku tinggalkan.. Tapi aku tak kisah.. Asalkan aku dah tunaikan niat aku untuk hadiahkan dia kek kegemaran dia.. Entah masih lagi menjadi kegemaran atau tidak.. Itu aku kurang pasti.. Aku jumpa adik2 dia.. Salam raya dengan keluarga dia dan kemudian aku bergerak balik semula.. Sebab ada sedara aku tunggu aku kat rumah.. Kan raya, rumah aku ada saja orang nak bertandang.. Biasa la kan.. Sepanjang perjalanan pulang aku asyik terkenangkan kenangan aku dengan dia dulu.. Macam2 ada.. Tapi itu hanya kenangan, bukan realiti.. Aku meluru pulang tak sabar plak nak bertemu dengan sedara2 aku datang dari jauh. Diorang balik kampung. Kikikiki..
Hari ni aku nak keluar beraya dengan mak aku, InsyaAllah.. Kesiankan dia.. Semalam tak dapat jalan pergi tengok tok sebab sedara Singapura tu.. Lepas maghrib bergerak..

Selamat Hari Raya
Minal Aidil Walfa Izin
20 September 2009



Hari2 aku bermula dengan kesedihan dan berakhir dengan kegembiraan.. Alhamdulillah..


Aku on the way ke kubur, pasar, dan kedai mak aku.. :D

Bunga2 ni aku beli di tanah perkuburan Islam Jalan Perak..

Time untuk isi duit raya...!!!~

Provided by OCBC Bank Malaysia

Nak duit raya??? Mai la rumah.. Hahahah..~

Aku dan Suhana

Ini mak aku dengan sedara Singapura..

Kenangan aku bersama mereka di Feringgi Walk..


Ini dia jejaka yang bersama Suhana yang aku katakan tu..

..Raya Pertama..


Dalam keheningan pagi.. Suara tadbir bergema di seluruh dunia melaungkan namaNya..

"Allahuakhbar.. Allahuakhbar.. Allahuakhbar.."
Selepas siap selesaikan semuanya di pagi Aidilfitri, aku diam seketika mendengar alunan lembut dari masjid.. Sekelip mata air mata aku membasahi pipi yang kedinginan.. Perasaan aku tiba2 keliru seketika.. Apa yang sedang berlegar di fikiran aku, aku sendiri tak pasti.. Perasaanku bercampur baur.. Gembira, sedih, nak gelak semua ada.. Tapi yang mana yang nak ditunjukkan pada riak wajah aku pun tak pasti.. :D
Tapi diri ini lemah dan terasa sayu jugak.. Aku menangis akhirnya.. Itulah perasaan aku yang sebenarnya pada pagi Raya.. Erm.. Perasaan dan kata hati tak boleh tipu.. Apatah lagi nak sembunyi pun kadang tu susah..
Pagi2 lagi aku dah text dengan si dia, kawan2 aku.. Itu pun aku tak tahan. Ada antara mesej2 yang menyentuh perasaan aku.. Aku tak dapat nak menahannya lagi..
Aku bersiap dengan berkurung Pahang ungu... Tema aku macam2 warna tahun ni.. Sebab aku sendiri tak pasti yang mana aku nak pakai.. Sambar ja apa yang ada.. Tapi ternyata bukan aku sorang.. Ramai lagi berwarna macam aku.. :D
Pagi raya yang mulia.. Aku cuba mencari peluang untuk bersua muka dengan mak aku.. Last, bila semua orang dah keluar pergi solat raya.. Aku bersalaman dengan mak aku.. Aku kucup kedua pipi mak aku.. Aku tak aku banyak bersalah dan buat hal tahun ni.. Aku trouble dia tahun ni dari tahun2 sudah.. Aku tak pernah macam ni.. Tapi keadaan dan masa yang membuat aku terpaksa bertindak diluar kawalan aku sendiri..
Pagi2 lagi kami berdua bergerak ke kubur.. Tetiba ja tahun ni mak aku nak ke sana.. Rindu agaknya.. Lagi pun masa malam raya kami ada sembang sikit pasal Arwah Tok Harun.. Dia pandai buat ketupat bumbu.. Cantik.. Rasa sedap ja nak makan kalau tengok ketupat dia.. Bukan macam Upin & Ipin buat tu.. Untuk mulut diorang ja.. Hehehe.. Sepanjang perjalanan ke kubur pun aku masih tak dapat nak hentikan sangat tangisan aku.. Apa yang sedih sangat aku pun tak tau.. Erm.. Masa berlalu dengan pantas.. Aku dengan mak setibanya di kubur, bertemu sanak saudara.. Bersalam salaman dan memohon maaf.. Aku beli bunga untuk kubur2 tok aku.. Tapi terlupa nak beli air sebab aku nampak bunga cantik.. :D
Aku ni fanatik pada warna.. Bila kita tengok warna warni ni menarik, itu yang menarik perhatian aku di kubur.. Tapi kesian, kubur tok Harun takda nama.. Ada batu marmar ja, mungkin orang tak bertanggungjawab curi besi nama yang ada kat batu tu.. Biarlah.. lama mana nak buat, lama2 orang macam tu rumah dia 2 tiang tu jugak..
Erm.. Selepas kubur.. Destinasi kami seterusnya adalah kedai mak.. Aku bawak dia pergi market macam biasa dan setibanya mak di kedai, aku pulak balik rumah. Susun kuih raya.. Packing duit raya.. :D Kan dah keja, kena zakat la kat budak2. :)
Dalam keadaan aku yang moody sepanjang hari ni, ada kalanya aku tak terkawal perasaan.. Ada antara saat2 yang aku radang.. Aku kurang minat nak bercakap dengan orang lain.. Melainkan mak aku.. Selepas mak aku siap masak aku bawak dia pulang pulak. Then masa kat rumah la bapa aku cakap banyak.. Aku dah la pening kepala, dia sentiasa gelabah dan kalut dia.. Aku kurang minat dengan keadaan macam tu, dengan perangai pelik aku lagi masa tu.. Tapi aku kawal.. Tak baik kan raya2 nak bising plak, so aku better diam saja..
Satu hari aku dekat rumah.. Bosan jugak.. Sedara bapa aku mungkin sibuk kat rumah diorang.. So, diorang tak datang.. Tapi takpa.. Inilah masa untuk mak dan bapa aku rehat secukupnya.. aku lebih suka diorang tenang dan berehat.. Aku tak suka bising2.. :)
Erm.. Aku sempat jugak berjumpa dengan ehem2... :D Dia bawak aku jalan macam pendatang asing tanpa permit.. Hahahhaa.. Sebabnya aku ingatkan dia nak jumpa aku kejap ja.. Rupanya, lepas aku masuk kereta dia, dia bawak ronda.. Aku cakaplah aku tak bawak apa2 melainkan HP. Dia cakap takpa, bukan nak pergi mana sangat pun.. Kami singgah makan chendol.. Kami pergi Little India.. Dia nak cari apa benda pun aku tak tau.. Biarlah.. Dia nak guna agaknya..
Kemudian, Bonjo Gorila call aku.. Dia cakap mak cari aku, suruh aku balik.. :(
Aku terpaksa balik sebab memang aku tahu ada tetamu jauh yang menanti aku kat rumah.. Suhana.. Mak cik aku dari Singapore.. Dia datang dengan bakal husband dia, orang German.. Tapi menetap kat Brazil.. :D Lawak gak.. Dia berpakaian baju melayu.. Lawa dan Lawak.. :D
Suhana saudara jauh yang tak pernah aku jumpa dulu.. Ada ketika raya dahulu.. Aku kenal Suhana sebab kami dikatakan sedara rapat.. Aku sendiri tak pasti.. Tapi selepas pertemuan pertama kami hampir2 9 tahun lepas.. Ternyata kami masih rapat seperti pertama kali kami berjumpa dulu.. :) Keluarga dia merupakan sepupu pada bapa aku..
Malam kami keluar lagi bersama keluarga Singapore ni.. Jalan2 makan nasi minyak kat Kassim Mustafa.. Then bergerak ke Feringgi walk, Batu Feringgi. Kat sana kami jalan2 ja sampai kul 11 lebih jugak la.. Balik kat town, aku dengan diorang singgah Coffee Bean.. Saja aku nak amik angin malam.. Tapi mak2 kami tak benarkan kami saja.. Diorang ikut sambil nikmati angin malam.. Bapa aku bukan main seronok lagi layan saudara dia.. Dia suka saudara dia datang rumah.. :)
Erm.. Aku pulak enjoy sembang dengan Suhana and saudara baru dia tu.. Selamat malam raya aku ok skit.. Kalau tak.. :p.. Lepas dah bersurai, dah hantar diorang balik hotel.. Setibanya aku kat rumah terus on9, tak sabar.. Hehehe.. nak tau perkembangan orang2 :D Last tido kul 2.30.
Itulah kisah aku pada raya pertama.. Gambar aku post kemudian.. Banyak sangat..