CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Duhai Malam..~

Aku tengah tengok konsert Siti NurHaliza.. Ada antara lagu2 yang dia bawak masa konsert ni menghiris hati la pulak.. Tapi dah minat, dengar ja.. Layan.. Walaupun menghiris hati.. Erm.. Sebenarnya.. Beberapa hari ni fikiran aku masih mengelamun mengingatkan seseorang.. Memang sukar untuk meluputkan kenangan dari ingatan.. Memang susah.. Tak semudah menekan button delete kat keyboard. Tak semudah itu.. Kalau ada orang cakap senang nak melupakan sesuatu tu, aku cari dia dulu.. Sepak ja agaknya aku buat kot.. Kikiki..~

Erm.. Isabella la pulak.. Adoiyai..! (-.-)"

"Siang jadi hilang.. Ditelan kegelapan malam... Alam yang terpisah.. Melenyapkan semua kisah.."
"Akan ku bentang jalan.. andainya kau setia.."
"Lambang cinta yang lara.. Terpisah kerana, adat yang berbeza.."
"Cinta gugur bersama, daun2 kekeringan.."
"Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella.."

Hahahah.. Jiwang karat la pulak aku ni.. Adoiyai.. Takda benda lain.. Melayan perasaan ja keja aku hari ni..

Erm.. Hari ni aku bangun tido cuci baju lagi.. Kikiki..~ Then aku keluar lagi ke Tesco.. Dah 2 hari ke Tesco.. Jadi minah Tesco pulak.. Padahal takda apa2 sangat nak membelek. Bila sampai ja aku terus terpikir aku nak apa.. And untuk apa benda aku ambik tu.. Aku belanja maid aku.. Kesian anak2 dia kat kampung.. Lagipun dia dah macam kakak aku, aku tak kisah nk spend duit untuk dia.. Orang susah kita menolong.. Erm.. Then, mana lagi aku singgah erk..??? Aku pun lupa dah.. Ha..!!!! Market..!!! Heheeh.. Teringin nak masak sotong.. Selamat kawan mak aku rajin nak bawak aku jalan hari ni.. Hehehe.. Aku ajak pergi pasar kat Batu Lancang sebab kat sana ja yang aktif waktu petang.. So, bila dah sampai pasar tu, aku keliling dulu.. Aku tengok2 apa aku nak.. Tapi..!!!! GERAM aku.. setiap kali aku nak cari benda aku mesti lupa.. Nak cari benda lain aku dapatkan benda lain.. Huhuhuhuh... (-,-)" Tapi as long aku dapat sotong jadi la.. Aku beli ikan jugak, masalahnya takda selera pulak lepas beli.. So, masak sotong ja hari ni.. Huhuhuh..

Sementara tunggu waktu berbuka.. Aku luangkan masa lapang aku tu dengan menjahit manik pulak dekat baju.. Baju kawan aku.. Alhamdulillah, sempat jugak habis jahit baju dia tu.. Aku sambung pulak dengan baju aku.. Hehehe.. Berpasang2 yang menanti aku untuk dijahit tu.. Kahkahkah..!!!~ Sabar ja la aku ni.. Mak aku pun ada jugak cakap dengan aku, tapi nada dia tu sebenarnya nak buat lawak.. Hehehe.. Tapi aku tak pernah kisah pun.. Baju aku baru 1 nak siap.. Will update later.. Hehehe..

Dah malam rupanya.. Aku pun tak tido2 lagi ni.. Entah nak buat apa.. Nak mengarang tapi takda ayat yang boleh dikarang panjang.. (^.^)* Mungkin esok ada untuk aku kot.. Esok kan Hari Merdeka.. Erm.. Entah apa aku nak buat esok.. Esok punya cerita la.. Ok, Good Night and Selamat Berpuasa Every Body..