Minal Aidil Walfa Izin
20 September 2009
Posted by Bantal Merah at Monday, September 21, 2009 0 comments
Posted by Bantal Merah at Monday, September 21, 2009 0 comments
Suatu perpisahan yang terjadi bukanlah atas kehendak hati. Tapi situasi dan keadaan seseorang itu yang membuatkan ianya boleh terjadi. Perpisahan jugak bukanlah sesuatu yang harus diratapi dengan pemergian itu. Bagi aku, aku merelakan pemergiannya walaupun peritnya ku rasa amat pedih dan tak tertanggung sendiri. Tapi aku harus bangkit dan melangkah ke hadapan untuk terus maju dalam peredaran zaman ini. Pada mulanya memang akan berlaku segala yang tak diingini, seperti sakit demam, hilang selera makan, panas baran dan sebagainya. Itu normal dalam kehidupan kita. Perpisahan bermula bila kata hati tak dituruti. Dan kadang kala akan timbul masalah lain yang jugak akan memburukkan lagi situasi dan keadaan seseorang itu..
Perpisahan... Kadang kala ianya bukan sesuatu yang dipinta. Tapi situasi dan masa sendiri yang akan memisahkan kita. Seperti apa yang kita lihat sekarang, suatu pemergian yang tak dapat diterima adalah kematian. Kematian adalah satu perkara yang memang tak dapat nak dielakkan. Seharusnya kita terima Qada' dan Qadar. Bila matinya seseorang itu tidak bermaksud pemergiannya juga harus diratapi. Kejadian seperti itu merupakan lumrah kehidupan. Ianya suatu perpisahan yang tak akan kembali. Selain dari hal ini, ada jugak perpisahan yang berlaku dalam konteks lain.. Kekasih putus cinta, cinta terhalang, dan lain-lain.. Erm.. Aku sekarang dalam dilema, so memang akan banyak kisah2 yang seumpama macam kisah kali ni.. (-.-)"
Biar apa orang nak kata, tapi ini luahan hati dan perasaan aku.. Ramai di antara sahabat2 aku yang mengalami situasi perpisahan tapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza.. Aku yang masih bernyawa hanya mampu memujuk dan nasihat menasihati.. Bukan senang nak hadapi semua ini.. Malah ia jugak bukanlah suatu perkara kecik.. Jika ditakdirkan dan dijangka berpisah, berpisah la jugak kita dengan seseorang atau sesuatu itu.. Selalunya, seseorang atau sesuatu yang kita sayang takkan kekal lama dengan kita. Ya.. Memang itu kerap terjadi.. Sebab kita sentiasa mengejar apa yang kita impikan sehingga terabai tanggungjawab atau perihal yang perlu didahulukan.. Allah itu maha Adil dan Pemurah.. Dia memberi dan berhak menarik balik apa jua dalam sekelip mata.. Kita yang memliki harus sentiasa menjaga dan memastikan sesuatu yang dimiliki sentiasa berada dalam keadaan elok.. Bila berlaku perkara yang tak diingini, maka perpisahan ini la akan terjadi.. Seperti di awal penceritaan tadi, situasi dan keadaan yang akan memastikan keadaan ni lalu tanpa disedari.. Jadi, perkara seperti ini kita sentiasa harus mengingatkan diri kita bahawa sesuatu yang sekarang ini milik kita, bukanlah milik kekal selamanya.. Dunia jugak hanya sementara.. Apa lagi milikNya yang kita miliki untuk sementara jugak.. Akhir kata.. Pemergian.. Kehilangan.. Perpisahan.. Bukanlah suatu perkara yang harus diratapi..
Posted by Bantal Merah at Wednesday, September 16, 2009 2 comments
Tetiba ja aku teringatkan kisah silam aku masa sekolah rendah dulu.. Masa tu aku darjah 3, setiap kali balik mesti Bapa Zain tunggu aku depan pintu pagar Methodist Girls' School.. Aku selalu terkejar2 kalau bapa dah sampai.. Pada masa yang sama, mak aku berniaga kat Komtar. Masa tu dia nanti tunggu kepulangan aku dari sekolah. Masa kecik dulu, kerja sekolah banyak cikgu bagi.. Tapi aku jenis tak suka menulis sangat. Suka mengira ja.. Bapa nanti ambik aku dengan motor.. Steady ja dia bawak aku.. Best sangat.. Bapa tak bawak laju, relax ja.. Senang hati aku masa tu. Sampai ja aku kat kedai mak, mak terus siapkan nasi untuk aku makan dulu.. Makanan harian aku merupakan nasi.. Nasi yang disuapkan dengan tangan mak aku sendiri.. Kari ikan mak aku, aku rasa itulah kari ikan paling sedap yang pernah aku jamah.. Sebabnya.. Hehehe.. Bila makan disuap ke mulut kita, rasanya lain.. Lagi sedap kot.. Sebab penuh dengan kasih sayang.. Dia menyuapkan kita dengan harapan kita membesar dengan sihat.. Erm.. Kalau mak busy layan customer, aku mak suruh makan sendiri.. Tapi rasa dia lain pulak sebab dah hari2 kena suap, then tetiba kena makan sendiri.. Nikmat tu lain macam.. Huhuhuh..~ Lepas makan aku kena settle kerja sekolah.. Ha..!!! Masa ni la aku nak bercerita sebenarnya.. Kahkahkah.. Erm.. Waktu persekolahan aku masa dulu pagi.. sampai tengahari.. Kat sekolah dulu, aku aktif kokurikulum.. Akademiknya kurang sikit.. Malas nak mengadap buku.. Tapi subject yang pembelajaran dia menarik and cikgu tu pandai berjenaka, semestinya akan menarik perhatian murid dalam kelas.. So, bila dah settle kelas mesti la cikgu bagi "home work" kan.. Erm.. Selalu aku malas nak membelek buku Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris sebabnya selalu kena buat "writting". Aku selalu kena habiskan keja tu suma kat kedai mak aku, kalau tak mak aku tau aku tak buat kat rumah.. Heheheheh.. Buruk perangai aku masa kecik.. :D
Ada satu hari tu aku keletihan balik dari sekolah.. Aku still pakai baju PJ. Masa tu bapa cakap makan cepat, bapa hantar balik rumah cepat.. Then aku dah selesai makan aku cakap, "sat, kena buat keja sekolah". Buku aku dah keluarkan, pensil pun aku dah sediakan.. Aku paling tak suka kena buat writting.. Benda berulang yang kita nak kena tulis.. Kalau korang ingat buku writting tu buku yang ada line warna merah dengan biru tu.. Actually untuk kita belajar tulisan caligraphy tu.. Aku tak suka, aku buat layan tak layan ja dengan keja tu sampai aku terlena atas meja tu.. Bila aku jaga, aku tengok keja aku dah siap.. Padahal aku tido, macam mana aku boleh buat keja tu sedangkan aku duk lena baik punya.. Heheheheheh..!~ Rupanya, kakak mak aku tolong aku tuliskan, tolong clear keja aku. Sebab diorang pun masa tu takda customer sangat. Bila keja dah siap, mak aku gerak aku suruh balik rumah dengan bapa Zain. Bapa pun dah settle keja dia.. Bila aku dah siap packing.. Aku turun bawah, sebab bapa dah tunggu.. Sampai rumah kena mandi, kena rehat, and semestinya aku nak tengok TV..!!!! Yeah..!!!~ Itu la masa yang aku tunggu2.. :D Sebab tu mak suruh buat keja sekolah dekat kedai, then baru balik rumah.. Kahkahkahkah.. Inilah rutin harian aku masa aku kecik sampai Form 5. Keja tuisyen pun aku kena habiskan dekat kedai mak.. :D Dah tu baru aku tolong buat keja kat kedai.. Bila dah masuk kolej, aku settle sendiri dekat kolej sebab dah besar and aku rasa dah boleh berdikari. Lagipun keja yang nak kena settle tu suma aku kena ngadap komputer. Itu la kehidupan aku sampai aku dah ada career..
Posted by Bantal Merah at Sunday, September 13, 2009 0 comments
Perasaan aku dah bercelaru lepas dia cakap ayat aku menyakitkan hati dia.. Kali ni aku ikut kata hati sendiri aku post video ni.. Aku dah tak kisah dia nak cakap apa pun.. Asyik aku ja kena rasa bersalah kan..?????!!!!!!! Takpa.. Aku tak kisah.. Thanks a lot.. Apa nak jadi, jadi la..
Posted by Bantal Merah at Friday, September 11, 2009 3 comments
Aku tengah tengok konsert Siti NurHaliza.. Ada antara lagu2 yang dia bawak masa konsert ni menghiris hati la pulak.. Tapi dah minat, dengar ja.. Layan.. Walaupun menghiris hati.. Erm.. Sebenarnya.. Beberapa hari ni fikiran aku masih mengelamun mengingatkan seseorang.. Memang sukar untuk meluputkan kenangan dari ingatan.. Memang susah.. Tak semudah menekan button delete kat keyboard. Tak semudah itu.. Kalau ada orang cakap senang nak melupakan sesuatu tu, aku cari dia dulu.. Sepak ja agaknya aku buat kot.. Kikiki..~
Erm.. Isabella la pulak.. Adoiyai..! (-.-)"
"Siang jadi hilang.. Ditelan kegelapan malam... Alam yang terpisah.. Melenyapkan semua kisah.."
"Akan ku bentang jalan.. andainya kau setia.."
"Lambang cinta yang lara.. Terpisah kerana, adat yang berbeza.."
"Cinta gugur bersama, daun2 kekeringan.."
"Haluan hidupku, terpisah dengan Isabella.."
Hahahah.. Jiwang karat la pulak aku ni.. Adoiyai.. Takda benda lain.. Melayan perasaan ja keja aku hari ni..
Erm.. Hari ni aku bangun tido cuci baju lagi.. Kikiki..~ Then aku keluar lagi ke Tesco.. Dah 2 hari ke Tesco.. Jadi minah Tesco pulak.. Padahal takda apa2 sangat nak membelek. Bila sampai ja aku terus terpikir aku nak apa.. And untuk apa benda aku ambik tu.. Aku belanja maid aku.. Kesian anak2 dia kat kampung.. Lagipun dia dah macam kakak aku, aku tak kisah nk spend duit untuk dia.. Orang susah kita menolong.. Erm.. Then, mana lagi aku singgah erk..??? Aku pun lupa dah.. Ha..!!!! Market..!!! Heheeh.. Teringin nak masak sotong.. Selamat kawan mak aku rajin nak bawak aku jalan hari ni.. Hehehe.. Aku ajak pergi pasar kat Batu Lancang sebab kat sana ja yang aktif waktu petang.. So, bila dah sampai pasar tu, aku keliling dulu.. Aku tengok2 apa aku nak.. Tapi..!!!! GERAM aku.. setiap kali aku nak cari benda aku mesti lupa.. Nak cari benda lain aku dapatkan benda lain.. Huhuhuhuh... (-,-)" Tapi as long aku dapat sotong jadi la.. Aku beli ikan jugak, masalahnya takda selera pulak lepas beli.. So, masak sotong ja hari ni.. Huhuhuh..
Sementara tunggu waktu berbuka.. Aku luangkan masa lapang aku tu dengan menjahit manik pulak dekat baju.. Baju kawan aku.. Alhamdulillah, sempat jugak habis jahit baju dia tu.. Aku sambung pulak dengan baju aku.. Hehehe.. Berpasang2 yang menanti aku untuk dijahit tu.. Kahkahkah..!!!~ Sabar ja la aku ni.. Mak aku pun ada jugak cakap dengan aku, tapi nada dia tu sebenarnya nak buat lawak.. Hehehe.. Tapi aku tak pernah kisah pun.. Baju aku baru 1 nak siap.. Will update later.. Hehehe..
Dah malam rupanya.. Aku pun tak tido2 lagi ni.. Entah nak buat apa.. Nak mengarang tapi takda ayat yang boleh dikarang panjang.. (^.^)* Mungkin esok ada untuk aku kot.. Esok kan Hari Merdeka.. Erm.. Entah apa aku nak buat esok.. Esok punya cerita la.. Ok, Good Night and Selamat Berpuasa Every Body..
Posted by Bantal Merah at Monday, August 31, 2009 0 comments
Erm.. Kali ni macam mana aku nak kisahkan... Dikatakan dah setahun.. Tapi aku tak sure benda ni betul ke tak.. Hehehehe.. Sebab aku sendiri tak menghitung hari.. Yang aku hitung2kan pulak tak menjadi.. So, aku biarkan masa berlalu dan berlari.. (^.^)*
Erm.. Kalau dah dikatakan setahun, apa lagi yang aku nak katakan.. Bersyukur pada Allah saja aku boleh lakukan.. Tak mudah nak biarkan benda berlarutan sehingga jauh macam ni.. Bukan kawalan kita sebenarnya.. Benda ni diluar jangkaan kita.. Aku sendiri tak percaya, apatah lagi orang yang mengatakannya masih tertanya2.. Hahahaha.. Tapi bila aku diceritakan begitu, aku rasa macam seronok pulak sebab dah lama aku menghitung hari ni.. Aku.. Sebenarnya sengaja biarkan hari2 berlalu tu pergi macam tu saja.. Aku macam dah malas nak melihat hari2 yang berlalu tu dengan kenangan.. Sengaja dibiarkan kosong.. Aku tak rasa nak mengerti pun apa yang terjadi dalam hari2 yang aku lalui.. Yang aku tau hanyalah pagi bangun siap2 ke kerja kemudian cukup time balik rumah..
Baru ni aku aku ke KL lagi.. Asyik2 KL ja kan.. Takda ke tempat lain..?? Huhuhuhu.. Sana ja pun aku leh terlepas sebab ada kakak aku.. Kalau tak aku tak berjalan keluar dari Penang la.. Macam biasa, kerja aku shopping, makan, jalan2... Tapi kali ni aku puas pergi sana... (^_^)*
Seronok.. Tapi kali tu ja aku shopping.. Kalau tiap2 bulan, erm.. Makan maggi ja la aku ni.. Hahahaha... Tapi puas tu sebab kali ni aku ke sana aku dapat cari apa yang aku nk cari.. Best..~
Tak macam aku pergi dengan abang ipar aku, keja gaduh.. Tak stop plak tu.. Tak habis kat luar, sambung dalam keta masa nak balik.. Dah sampai rumah pun sambung lagi.. Kakak aku pun pusing dengan kami last ada gelaran pulak untuk kami 2 orang.. Heheheh.. Macam biasa la kan, "Anjing Dengan Kucing".. Heheheh.. Kali ni ada orang suprised kat aku.. Aku dapat bantal "Love".. Warna pink, macam Pink Panther.. Kahkahkah.. Tapi dah namanya bantal kan, so bila sampai rumah Penang, memang bantal betul la.. Lagi pun aku tido memang benda2 macam ni jadi bantal aku.. (^,^)* Thanks to Him.. Berapa hari lepas balik dari KL pun, ada kejutan jugak kat sini.. Asyik2 suprised ja aku dapat.. Wow..!!~ <---(sounds like P. Ramlee's story)
Erm.. Masa kat sana aku jalan2 ke sana ke sini.. Tujuan dia aku nak carikan hadiah untuk kawan2 aku.. Bila dah dapat, aku memang berpuas hati. Tapi penatnya memang terasa sebab masa kat sana aku asyik balik lewat.. Kesian kat Abi, terus tunggu aku agaknya masa malam terakhir aku kat sana.. Ummi pulak dari hari pertama aku sampai rumah dia, aku asyik tak dapat jumpa ja.. Masa hari terakhir aku kat sana (Ahad), pagi tu aku sempat jumpa dia dan berbual.. Dia dah macam mak aku kat sana, and abi pulak dah macam bapa aku jugak.. Biba.. Ha..!! Dia ni cousin aku paling rapat dengan aku sejak kecik.. Dia balik Penang pun jarang, so bila aku ke sana kami lepak.. Tapi aku ke sana bila aku free ja and ada budget, jumpa la kami.. Hehehe.. Kalau tak dia yang datang Penang pulak.. Tukar2 la kami.. Aku tak kisah.. Kalau tak jumpa pun kami sms, call.. Tanya khabar.. Kalau nak barang apa2 dia belikan, aku pun sama jugak kat sini. Aku postkan untuk dia.. Heheheh.. Sistem barter.. (^.*)" Bulan Puasa ni aku tak tau nak buat apa sangat.. Kan takda keja sangat melainkan duduk rumah kemas2 macam biasa la.. Dulu lain, sekarang dah lain.. "Marka" pulak jauh.. Erm.. Memang bosan.. Boleh contact2 ja..
Berbalik pada kejadian setahun tu.. Erm.. Kalau nak list down balik apa yang terjadi, tak terkira aku.. Macam2 dugaan aku selama setahun ni.. Banyak sangat, sampai semak kepala hotak aku ni.. Hari ni Sabtu lagi.. Dah seminggu puasa, cepatnya masa berlalu.. Aku tak rasa pun, hanya letihnya saja yang terasa lebih... Huhuhuhu..
Erm.. Semalam masa aku drive keluar dari Komtar, aku nampak sorang kakak ni.. Comel sangat.. Kecik molek ja, ayu.. Heheheh.. Dah lama aku tak nampak dia.. Tapi kali ni memang rezeki aku kot.. Bukan apa, selama ni aku tertanya2 macam mana dah keadaan dia sekarang ni.. Sebab memang dah lama aku tak nampak dia.. Tapi Allah tu nak tunjuk jugak, at last aku nampak.. Memang dia comel..
Sabtu.. Sabtu.. ada apa dengan sabtu..??? Aku nak keluar la.. Cari barang2 yang berkenaan.. nak cari barang kuih lambat lagi nk raya, aku siapkan barang pakai dulu.. Kikiki. Tata.. Nak jalan2 ni.. Jom..!!!~ Cuti2 Sabtu..!~ Heheehhe.. (^.^)"
Posted by Bantal Merah at Saturday, August 29, 2009 2 comments
Posted by Bantal Merah at Saturday, August 15, 2009 0 comments



Posted by Bantal Merah at Sunday, August 09, 2009 0 comments
Posted by Bantal Merah at Friday, August 07, 2009 0 comments
Ceritera cinta... Tiada berubah.. Hanya Mimpi..~
Eh2.. Nyanyi plak aku ni.. Heheheh.. Biasa la bila dah kemaruk karaoke ni.. Nyanyi ja la keja aku.. :D Erm.. sambung dengan cerita KL kita ni.. Kan dalam post yang lepas aku cakap aku keluar dengan kakak aku kan.. Kisahnya bukan la seronok sangat.. Aku banyak gaduh dengan abang ipar aku tu.. Geram aku dibuatnya.. Tapi dalam geram2 tu aku puas hati jugak.. Tapi bukan disebabkan dia ok.. Aku yang cuba ceriakan diri aku sendiri.. Nak tau macam mana caranya...??? Hehehehe... Ok.. Destinasi pertama aku masa tu abang dengan kakak aku bawak gi Jalan TAR. Kat sana aku tau macam2 aku leh dapat.. Apa yang aku nak memang aku akan dapat.. Cumanya, bila berjalan dengan abang aku ni, susah la.. Kena ikut time dia ja.. Then, kakak aku "cool"kan aku.. Aku dah panas dalam teriknya matahari tengahari tu.. Aku dapat beli tudung yang aku nak.. Kain yang aku berkenan pun aku beli dah.. Dah hantar tailor dah pun.. Hahhahah.. Kena express babe, kalau tak raya pakai baju kerja.. :D
Erm.. Pergi sana macam biasa la kan.. Sapa tak rambang mata.. Perempuan.. Macam ni la.. Tak hairan la kalau laki yang ikut tu kena pegang barang sampai tak cukup tangan.. :D Erm.. Kain abstrak aku warna kuning oren.. Then, singgah Jakel Trading. Kakak aku bagi kain pulak dekat aku.. Warna hijau maroon... Lawa jugak.. Tu pun aku dah sent kat tailor.. Tak sabar pulak aku nak tunggu baju aku siap.. (-,*)" Aku rasa duit aku habis dengan kain dengan tudung ja kot.. Then aku tak cari pasal, abang aku pulak buat aku hot balik.. Kali ni issue tiket bus pulak.. Dah la aku kena cari before petang.. Dia buat derk dia ja.. Ishk, aku dah merajuk tak cakap sampai kat Hospital Ampang.. Masa dekat hospital tu, jangan ingat aku yang admit pulak.. Itu bukan aku.. Hahahah.. Tapi ayah pada abang ipar aku tu.. Haaa...~ Kisah dia kronik sikit.. Tuan Raja tu jatuh kat beranda and tulang pinggul dia retak.. Then joint kat pinggul tu kena buang and digantikan dengan "ball" yang baru bernilai RM4k siot...~ Lepas tu, aku dengan kakak aku kena balik rumah dengan mak mertua dia.. Masa dalam perjalanan tu kami melawak pasal Tuan Raja tu, lawka jugak.. Wife dia sendiri boleh cakap Tuan Raja tu ego.. Huahuahuahua...!!!!!! Apa la diorang ni.. Biarlah janji diorang bahagia selamanya, InsyaAllah.. Hari aku masa tu tak stop macam tu ja.. Malam tu sambung shopping pulak dekat Jusco Taman Maluri.. Aku malas nak ikut diorang kali ni.. Aku bawak diri ke Lady Dept.. So, kali ni aku puas jugak la.. Aku dapat apa yang aku nak jugak.. Aku beli Coat. Senang nak pakai dalam office yang sejuk tu.. :D Warna hitam, labuh sampai lutut. Puas hati aku.. Actually, tujuan aku nak cari kasut and handbag. Tapi dapat benda lain.. So, aku lupakan kasut dengan bag tu. Malam Sabtu aku berakhir dengan pertengkaran anjing kucing antara aku dengan abang ipar aku.. Kakak aku naik bengang dengan kami last dua2 orang kena marah dengan dia.. Hahhahaha.. Bawah ni gambar aku shopping kain dengan diorang..
Posted by Bantal Merah at Saturday, August 01, 2009 0 comments
23hb Julai 2009.. Aku kerja masa ni. Hari yang aku nanti2kan nak cabut dari Penang yang penuh duka lara.. Aku bersendirian sementara waktu.. Kawan aku sebagai teman aku dan juga separuh dari kehidupan aku.. Mereka jugak berusaha menghiburkan hati aku dikala aku kesunyian. Kali ni aku tak nak cerita mendayu2 perasaan ni. Aku rasa seronok sangat sebab hari ni 24hb Julai 2009, aku dah sampai KL.. Yahhooooo...!!!! (-,*)"
Erm.. Aku tak tahu nak ke mana dulu sebab aku rasa teruja.. Bukan aku tak pernah sampai KL. Tapi perihalnya sekarang ni aku datang sorang and rasa bebas sikit dari masalah.. Lepas ni susah dah aku rasa nak turun sini. Huuhuhuu.. So, aku ambik kesempatan cuti yang ada ni, aku luangkan masa dengan kawan2 kat sini, dengan sepupu sepapat aku kat sini.. Rasa macam tak nak balik pulak.. Kakak aku pun tinggal dekat KL ni. So, every time aku nak turun KL aku tak la risau sangat.. Senang ja.. Tak payah bazir duit sewa hotel suma.. Makan pun senang.. Cakap ja nak makan apa, ada ja orang nak bawak aku jalan.. Hehehhe.. Kalau datang dengan kawan2, terlalu banyak pulak agenda. Kalau datang sorang macam ni aku tak tau nak ke mana pulak.. Erm.. Kejap lagi aku nak ke Jalan Tunku Abdul Rahman.. Aku selalu pergi sana nak cari tudung.. Nak cari kain raya.. Nak cari barang2 untuk raya la, senang cerita.. Lagipun aku jumpa kawan baik aku kat sini.. Qaiyum Malik.. rindu jugak nak bersembang dengan dia.. Dia balik Penang pun bukan slalu.. Nak tunggu raya.. Hmmm.. Belum tentu kami dapat jumpa.. Huahuahua..
Plan3..!!!!! Nak ke Jalan TAR, nak ke semua tempat yang kaki aku nak pergi ni.. Hahahah.. Lepas Zohor kakak aku nak bawak aku jalan2.. Good2.. Buat selalu kan bagus.. Sihat mata aku nak memandang ni. Heheheh..
Sekarang ni aku dekat rumah sepupu aku.. Kawasan dia nyaman.. Tak bising sangat dengan bunyi2 kenderaan.. Pandang keluar tingkap nampak la bukit bukau yang menghijau ni.. Walaupun tak tinggi tapi boleh la nak menyedapkan mata memandang ni.
Angin segar kat sini buat aku banyak idea nak menaip ni.. Aku on9 VF, aku on9 YM.. Macam biasa la kan.. Tapi hari aku hari ni aku segar macam angin yang bertiup sepoi2 ni.. Sejuk.. Diri aku dah kembali tenang macam hari2 biasa yang dulu.. Erm.. Selalunya aku muram, suram.. Tapi, kali ni aku berwatakan baru dan segar macam bunga baru kembang.. Aku suka keadaan aku sekarang ni.. Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Aku harus kuat.. Yeah..!!
Sementara aku tunggu kakak aku ni, aku kena burn disc.. Bila dah berjanji susah pulak aku nak mungkir janji.. Tak baik.. Huhuhuh.. Ok.. Aku nk end sini dulu.. Nanti aku karyakan lagi coretan aku ni.. :) Nak have fun seketika.. Good Luck.. !!
Posted by Bantal Merah at Friday, July 24, 2009 3 comments
Makan pagi.
Menu:
-Nasi Lemak
-Ikan sambal tumis
-Telur rebus
-Teh Panas

Extreme Race dimulakan dengan latihan memanaskan badan. HCJ pasang lagu "Poco-poco". Entah apa2 ja lagu tu, tapi aku yang 1st dengar rasa kelakar pulak.. Tapi pergerakan para peserta pagi tu tak rancak sangat macam lagu tu. Maybe malu2.. Heheheh..
Ni pulak diorang tengah telengkan kepala masing2.. Hahahahah.. PrincessLia seronok menjalankan aktiviti pagi tu. Dia antara peserta yang happy dapat join gath kali ni.. Lepas selesaikan task pun dia masih kelihatan ketawa riang..
Ala Narz ni.. Heheheh.. Ni antara AJK yang hadir di gath. Kepala yang diantara aku dengan Narz tu la Director kami yang terkena "Panggilan Hangit".. Hahahahah.. Tag line dia, "Saya bukan lelaki MURAHAN". Hehehehe.. Sabar yer PenyuXP :)
Ini pulak Cutesyah74. Lebh kurang macam id aku ja, Cute_girl2388.. Heheheh.. Dia ni pengedar kereta Proton.. Sesiapa nak beli kereta, carilah dia.. Sempat pulak aku promote dia kat sini.. :D
Herbalife..??? Why not.. Ni Sarsaparilla.. Dekat kereta dia aku ada terbaca iklan Herbalife.. Saja aku nyakat dia cam tu.. :) Ayat terakhir dia pesan dengan aku, "Jangan bercinta lama sangat". Aku bercinta dengan sapa pulak la dia maksudkan ni.. Hehehehe.. :D
Ladies.. Lets Shoot..!!!! Mak Buyot ni pun tak nak terlepas dari bergambar.. Cantik pulak dia sekarang ni.. Alamak.. Anajer ni block aku pulak, tapi tak kisah la.. :D Sebenarnya gambar ni blur.. Aku sharpenkan so clear skit.. Kalau tak tak nampak gambar Most, Zayura and yang lain..
Gambar kenangan dengan Anajer.. Kesian dia, penat dengan task2 merepek yang HCJ sediakan.. Dah la dia putih, sunburn jadinya.. :)
Ni Pulak dengan Hani.. Dia tak join game ni, tapi datang Penang sebab kawan2.. Good2..
Ini antara AJK2 lagi yang menjaga dan menjayakan task2 di setiap check point yang ditumpukan.. Kakak sebelah aku ni iena_png. Balik Penang bila free ja.Posted by Bantal Merah at Monday, July 06, 2009 2 comments
Andai aku punya kuasa untuk memilih.. Aku akan pilih yang mengasih dan menyayangi.. Antara perkara yang mustahak dalam kehidupan kita adalah berkasihan.. Andai suatu ketika kita ditakdirkan berjauhan dengan kasih sayang, terpaksa jugak kita berdepan dengan masalah sebegini seharian dan selamanya yang mungkin.. Aku sekarang dalam dilema wanita.. Aku seorang anak seharusnya memahami kehendak mereka, tapi adakah mereka2 itu mempunyai pemikiran yang sama dengan tanggapan aku selama ini..??? Dan.. adakah aku tergesa2 atau tertangguh2..??? Aku sendiri jadi cuak dengan keadaan aku sekarang.. Antara kenalan, sahabat handai dan teman seperjuangan.. Mana satukah menjadi pilihan utama aku..??? Mungkin kenalan biasa aku..??? Mungkin sahabat2 aku..??? Atau mungkin jugak teman2ku..??? Aku seperti bahtera yang belayar yang tiada penghujungya.. Entah di mana perhentian yang sepatutnya aku melabuhkan sauh bahtera aku ni.. Kebingunganku bertambah rumit semenjak dua menjak ni.. Bukan aku nak salahkan sesiapa, malah aku sendiri terpikir adakah patut diri aku jugak dipersalahkan.. Di kala aku memerlukan, tiada siapa di sisi untuk aku meluahkan.. Bila ada, tak tepat pada masanya.. Biarkan saja masa yang menentukan segalanya. Aku bukan tak nak berfikir dah, biarlah masa yang aku lalui sekarang ni pergi bersama sarat yang ada dalam kepala aku ni. Tenangkan keadaan yang dah hampir klimaks.. Jangan dah sampai klimaks nanti tak terturun pulak aku lagi susah.. Tiada kesudahan yang baik nanti. Aku undurkan diri asalkan mereka bahagia, aku tak kisah aku dipandang dari pelbagai sudut.. Tak kira aku suka, duka, kusam, muram, dan suram.. Aku tak kisah dengan pandangan orang dah dikala aku keresahan. Asalkan ada pihak lain yang berpuas hati bahawa mereka telah menggenggam kemenangan peperangan itu dari aku. Ada ketika, suatu masa akan aku pikirkan jugak cara2 untuk menuju impian aku selama ini. Buat masa ni biarlah orang lain jadi pemenangnya, biarlah aku dikalahkan, asalkan aku tahu apa pendirianku yang aku kejar2kan selama ini. Insyaallah kemenangan berpihak pada aku jugak suatu hari nanti.. Ya..!! Memang usiaku masih muda untuk memikirkan perkara serumit ini, tapi itukan bergantung pada individu tersebut untuk mengambil risik
o dan berdepan dengan masalah...??? Aku sering tertanya2, "di manakah silap aku kali ni..???". "Adakah aku yang saja yang bersalah dalam urusan seikhlas ini..???". Bagi aku, kalau tak menjadi sekali pun, tak suka sekali pun, tak payah la nak terjemahkan kemarahan itu dengan kasar. Aku pantang orang berkasar.. Bila aku balas, sampai mati pun aku rasa masih berbekam dalam hati.. Ermmm... Aku bawak diri, aku mula jauhkan diri dari pelbagai masalah dan cuba "busy"kan diri aku dengan aktiviti agar aku lupakan seketika kepedihan yang tercipta. Darjat kita berbeza, tapi janganlah dibandingkan fitrahnya.. Semuanya manusia sama yang dicipta dari tanah dan diberi roh oleh-Nya. So, kenapa nak kena ada comparing..??? Takda gunanya semua tu.. Takda ukhti or akhi yang sempurna dalam dunia ni.. Masing2 pun punya rahsia, punya kesalahan.. Tak lari ke mana.. Aku sentiasa mendoakan manusia kembali pada "asal"nya agar bertemu dengan jalan yang benar.. Iaitu "Ibu" anda.. Mereka merupakan sebahagian dari diri kita. Seharusnya mereka jugak lebih memahami anak2 yang mereka lahirkan ke dunia ini. Kawan yang paling baik seperti mereka harus dihargai dan bukan dibenci.. Tapi aku telah disalah tafsirkan lagi.. Seperti mahu saja aku pergi.. Tapi memikirkan "asal"ku, aku sentiasa berdoa agar dia terbuka hati dan menerima seadanya.. Jika aku sanggup berubah, kenapa tidak engkau jugak.. Insyaallah... Amin..
Posted by Bantal Merah at Monday, June 29, 2009 3 comments
Nervous..??? Apa kes aku ni.. Aku sendiri dah tak boleh nak make up my mind.. Jadi blur.. Tetiba ja dia cakap macam tu.. Bukan aku tak terima, cuma gelabah.. Hahahah.. Sapa tak terkejut, penat2 keja, patutnya hari ahad tu hari untuk berehat.. Dia plak tetiba cakap pasal nak bertunang dengan aku.. Mana aku tak confuse semua.. Mana tak terketar2 aku.. Aku bukan tak sedia apa2 lagi.. Bukan tak nak terima.. Aku tau dah lama aku dengan dia. And aku pun kena terima kenyataan yang memang dia cakap dia akan tunaikan.. Tapi kali ni aku tak rasa dia main2 lagi.. Aku dah tanya banyak kali, "betul ka nak tunang?". Dia angguk mengiyakan soalan aku tu.. Dia cakap lagi masa dah boleh ditentukan bila.. Cuma aku saja sekarang ni kena bercakap dan berdepan dengan mak aku kat rumah tu.. Adoi.. Raplah aku.. Nak tunggu Bibah balik then aku nak kena bercakap dengan sepupu aku tu. Aku betul2 blur sampai kerja yang selama ni ada error, tapi pikirkan mak aku punya pasal, error aku dapat di"reduce"kan.. Hahahah.. Sengaja aku merojakkan bahasa ni.. :P
Hurrrmmmm... Tapi pikir2kan balik memang happy pun ada. Memang aku nak benda menjadi, tapi bila..???? Huurrmmmm.....~ Mengeluh ja kerja aku sekarang ni. Biar masa menentukan keadaan aku ni.. (-.-)" Sekarang ni tugas aku hanya kena MLELEMBUTKAN hati mak aku tu. Kena memastikan dia boleh terima orang dengan hati yang terbuka and bukan dengan paksaan sebab aku yang pilih jalan ke situ. Bukan aku saja yang kena terima, mak aku pun kena terima. Sebab laki tu akan jadi sebahagian dari anak dia jugak. Kalau dipikirkan aku saja yang harus mengalah, sampai bila aku nak mengalah.. Keadaan abang aku pun macam tu. Kesian kat dia pun ada, tapi dah jadi baru nak pikir. Masa tak jadi tak nak pikir habis2 plak.. Sekarang baru aku tau dia kenapa selepas dia ceritakan keadaan sebenar dia. Mak aku berpihak pada orang lain. Abang aku nak kawen, aku suruh kawenkan. Dia tak nak.. Cakap apa dia nak bagi anak orang makan masa depan.. Aku cakap pandai2 la dia settle. As long dia nak and dia tak rosakkan orang dah la. Itukan benda yang elok, kenapa dia nak tangguhkan. Persoalannya sekarang ni, siapakah antara orang2 yang layak untuk jadi menantu dia..??? saudari dari pihak abang aku dengan saudara dari pihak aku tu bukan manusia ka?? Bukan diorang tak bekerja.. Bukan miskin papa kedana.. Aku tau bukan hanya semata2 kerana cinta kita harus kawen, takkan kita nak pilih dari segi harta, paras rupa and keturunan dia..???? Aku pun pelik.. Aku nak tengok "WAYANG" ni sampai bila nak berlangsung.. Sabar ja ni.. (-.-)"*^!
Posted by Bantal Merah at Tuesday, June 09, 2009 4 comments

Hariku berlalu bersama kesepian.. Seminggu aku kebosanan. Terasa aku ingin menyendiri seperti selalu. Tanpa perlu ada kehadiran orang lain yang perlu menceriakan keadaan. Keadaan tu kalau kekal takpa la jugak.. Kalau hanya sementara..??? Hmm.. Bersedia sajalah untuk berbalik pada asal.. :) Tapi kehadiran orang lain dalam hidup kita ini sebenarnya rezeki. Mereka tu semua utusan Allah SWT. Tak baik kalau dilayan macam budak2 yang tidak berakal.. Kan itu semua kita yang pintakan dari Dia. Perlukan sahabat dan rakan yang ramai untuk bersuka ria, gelak ketawa, kawan menangis, teman ke sana ke sini.. Itukan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Jadi, di sini aku akan berceritakan seorang sahabat aku yang datang mencari aku.. Ehem.. Hehehe.. Jeng3..!! Jangan marah dong.. (*o*)" Nama dia aku rahsiakan ja lah.. Mana nak tau nanti2 ada orang kenal dia ka, naya ja aku ni. Hahhah.. Erm.. Ok.. Satu hari masa aku dalam office, dalam pukul 3 lebih kot.. Tak ingat dah. Ada mesej dari seorang yang aku tak kenal. Bukan tak kenal terus, mungkin pernah berbalas mesej dan chatting YM or what ever. Aku dah lupa tu semua.. Aku dulunya aktive segala website yang membolehkan aku mencari kenalan2 baru.. Dah aku suka berkawan, macam tu la aku.. :) Erm.. Lepas tu, dia mesej just to say "HI". Kemudian aku tanya la sapa dia tu. Dia beritahu nama dia tuuuttt.... Hahahah.. Jari aku yang tengah selesaikan setiap cases dalam WFI System tu terhenti la kejap. Aku tak puas hati macam mana dia ada nombor phone aku padahal aku dah lama tak bagi orang lain. Mungkin aku pernah bagi, tapi bila orang tu tak aktive dengan aku. so, aku lupakan saja. Ataupun pernah terjadi pergaduhan kecik ka antara kami so dalam keadaan macam tu pun aku ignore jugak. (^.^)"
Masa hari Khamis, dia bawak aku keluar.. Jalan2 pergi makan ja pun.. Aku pun keletihan sebab balik keja terus siap keluar dengan dia. Lawak jugak orang dia.. Senang buat orang ketawa.. Lagak kami pun dah macam kenal lama. Macam dah pernah jumpa.. Dah macam saudara.. Dari segi percakapan aku dengan dia, kami memang kami menyakat.. Heheh.. Sebab tu masing2 akan ketawa besar. Sampai kami tak heran dah orang keliling yang pandang sebab dua orang saja suara dah macam 10 orang yang menggegarkan sebuah meja makan.. Tapi still under control lagi.. Sekali sekala aku perasan jugak dengan nada ketawa aku, aku kawal. Hehehe.. Hari pertama keluar dah dapat hadiah. Aku tak pasti apa niat dia sebenarnya. Katanya dia hadiahkan sebab nanti tak jumpa dah. Susah nak jumpa.. Aku simpan ja pemberian orang. Banyak dah. Aku sayang nak pakai, nanti rosak or hilang lagi la susah.. Aku tak gemar kehilangan barang pemberian.. Aku jaga sebaik mungkin.. :) Biarpun hadiah tu tak seberapa sangat, tapi aku jaga jugak. Sebab setiap pemberian tu ada tercipta satu kenangan.. Hari pertama jumpa.. Hari kedua pun mendorong dia untuk berjumpa.. Sampailah pada hari ketiga ni, aku bawak dia beli jeruk.. Sarapan.. Then jalan2 dekat rope walk. Huhuh.. Entah betul ka tak eja macam ni. Biorlah.. Last, kami lepak dekat tepi laut Gurney.. Tempat kegemaran aku untuk melepak.. Laut.. Hurrmm...Seronok aku dapat tengok lau
t hari ni. Alhamdulillah.. Sekian lama aku bekerja saja sampai takda masa nak merehatkan minda yang penat ni. Asyik dengan kerja and class ja. Minggu depan dah start semester baru.. Opss.. kali ni Project dengan Open Source Class. Adoi.. Pening balik la lepas ni..
Hari ni rumah dia ada kenduri.. Aku dijemput.. InsyaAllah sampai la aku ke sana.. (^.^)" Esok dia dah bergerak ke KL balik.. Ganti dengan kehadiran kakak aku, Fara. Dia bertolak dari KL petang ni.. Aku tak sabar nak jumpa Darwisy.. Budak comel yang montel.. Hahahah.. Malam nanti baru sampai agaknya.. Aku akan busy, InsyaAllah jugak aku akan berada di rumah sepanjang kakak aku ada kat Penang ni..
Posted by Bantal Merah at Saturday, June 06, 2009 1 comments
Kenapa..??? Pelik ka aku membaca buku ni..?? "AKU TERIMA NIKAHNYA". Besttt... Bacalah buku ini.. Berbaloi.. Ada kisah Cinta.. Ada kisah Kasih dan Sayang.. Ada kisah anak2.. Macam2 lagi.. Antara kisah yang buat aku ketawa besar adalah kisah "Sang Kancil" yang diceritakan oleh si Abi kepada anaknya "Yop". Comel sangat panggilan tu pada anak dia ni.. Nama anak2 sedap didengar and senang nak mengingat.. Aku suka nama anak perempuan dia, "Naurah". Sampai tadi masa nak panggil Maisarah pun tersasul. Terpanggil Naurah..
Buku ni mengisahkan kisah berumah tangga yang dibina tanpa cinta. Cinta yang dimaksudkan di sini adalah seperti yang berlaku sekarang antara kekasih2, Couple2.. Jodoh dalam duniawi yang berlaku sekarang terbahagi kepada tiga. 1. Jodoh dari Syaitan.. 2. Jodoh dari Jin. Dan 3. Jodoh dari Allah sendiri. Memang dalam maksud2 setiap jodoh ni. Aku nak berceritakan pun meremang bulu roma aku.. Kalau nak tau, tengok la cerita "Syurga Cinta". Ada antara kita tak suka cerita macam tu. Macam aku jugak, mulanya aku tak suka masa diajak si dia untuk tonton cita tu. Last aku mengalah and just go on with the plan. Masa cerita ni diwayangkan, aku punya la layan sampai ditertawakan si dia. Adakah patut dia cakap aku minah jiwang. Padahal dia yang ajak aku tengok. Dia tak rasa apa2, aku yang rasa effect dia. Nasib la.. Tapi kisah2 dalam cerita tu memang bermakna. Padan muka dia, kena tempias dengan aku. Hehehehe.. Nakal jugak aku ni nak kenakan orang lain. Eh.. Dah lari dari landasan cerita asal plak aku ni.Posted by Bantal Merah at Saturday, June 06, 2009 1 comments
Hahahahah.. Adakah durian runtuh..??? Durian jatuh ada la, banyak kat Balik Pulau tu.. Kikikiki.. Ada kawan aku bawak aku lalu kawasan tu. Kami takda niat nak makan pun, tapi pasal keinginan dia tu.. Aku singgah la.. Dia nak makan, stop ja la.. Aku pun dah lama tak makan since dari kena operate dulu, satu buah tempatan pun aku tak sentuh dah.. Sebab mak aku "fire" aku tak bagi makan.. Terutama Manggis.. Seddaaaappppp... Tapi aku makan senyap2.. Nak senyap macam mana.. Aku dah bawak balik rumah dah walaupun sikit.. Hahhahaha.. Lantak la apa nak kena pulak lepas ni.. Dah aku teringin, bedal saja.. Tunggu lagi ka.. Buah kan, bukan racun.. Huhuhuhu.. Aku ni terlalu ikut kata hati sangat, mak nasihat aku tak nak dengar. Nanti sakit, orang tua tu jugak nak menjenguk aku. Setakat menjenguk saja la. Lain tu aku settle sendiri. (^,^)* Memang dari dulu kalau aku sakit or apa2, dia hanya bekalkan aku ubat ka, duit ka, aku sendiri yang settle nanti. Sedap ja kawan aku melantak durian tu.. Sebiji ja la. Banyak2 naya ja kami.. Hahahah.. Demam nasib la kan, dah gatal nak makan. Tapi aku tak tertarik sangat dengan durian tu, aku nampak manggis..
Sedap.. Masa makan durian tu aku tertanya2 bolehkah aku nak makan manggis ni??? Kalau aku sakit macam mana..??? Tanpa berfikir kesudahannya, aku suruh "boy" tu ambik manggis yang diorang dah ikat siap kat tempat diorang gantung tu. Makan la aku sebiji ja.. Yang lain, bring back home.. Jangan mak aku bising sudah la.. Nanti kita tau kesudahannya macam mana lepas mak aku nampak aku makan. Hehehehe.. Saja gatal nak cari pasal macam ni la.. (^_^)* Dah lama tak makan.. TERINGIN..!!! Dulu masa aku kecik dan sihat sepenuhnya, bapa aku rajin bawa aku pergi makan buah2 macam ni.. Rajin sangat la.. Sebab aku ni anak bongsu dia.. Aku pulak gemarkan buah tempatan macam ni.. Then dia tau aku paling suka manggis. Dia belikan 3KG bawa balik rumah, aku sorang yang habiskan.. Huhuhuhu.. Now not anymore.. Pandai2 settle sendiri kalau nak makan.. Durian2.. Apalah nasib engkau ni.. Banyak aku tengok yang masih tergantung atas pokok tu.. Takut jugak aku
, mana nak tau masa tengah makan durian tu agak2 ada durian yang nan runtuh ke bumi ka.. Tak naya ka kepala kami yang kena.. Hahahha.. Aku teringat cerita "GENG". Si Opet tu sukakan durian.. Sampai dia masuk ke alam lain pun dia hanya makan durian ja.. Sampai Tok tu cakap ada hantu durian.. Aku ingat lagi, masa mula2 aku nak tengok cerita tu sebab Upin Ipin ada sebut pasal "HANTU DURIAN".. So, aku nak tengok la kan sapa dia hantu durian yang dihebohkan sekampung tu.. Rupanya si Opet ni yang makan habis satu dusun Tok tu.. Heheheh.. Best2.. Harap lepas ni dapat pergi lagi Balik Pulau tu
dengan kawan2 yang lain.. Makan manggis dengan durian.. (6.^)*
Ada orang tak sukakan durian.. Katanya bau durian tu busuk.. Mana ada busuk.. Agaknya hidung korang tu yang bermasalah kot.. Huhuh.. Bau dia ja macam busuk, tapi makan dia tu.. Fuhh...!!!! Sedapnya hingga menjilat jari..!!! Hahaha.. Yang lain makan la pulak, asal durian ja korang tak suka.. Cakap durian tu, itu lah.. ini lah.. Macam2 sangat.. Aku tak rasa busuk pun, busuk lain ada la.. Wakakakka...!!!! Hahah.. Ehem.. Ok2, dah.. Aku nak beredar ke hall. Nak makan manggis beli tadi.. Bising mak aku nanti.. Hehehe..
Posted by Bantal Merah at Sunday, May 31, 2009 6 comments

Hai... Kali ni aku rasa tak sabar plak nak update blog aku.. Tak kisah la orang nak cakap apa pun kat aku.. Tapi biarkan aku lepas apa yang aku pendam sebab sekarang ni susah sangat aku nak berjumpa dengan kawan2 aku yang paham aku.. Ok.. Mula2 aku akan bercerita apa yang aku alami sepanjang perjalanan dalam bulan May ni.. (^_^)*
ehhe.. Sehinggakan aku takda masa sangat nak mengurus diri aku dengan betul dan sentiasa marah2 dengan apa yang tak kena. Sampai la ada satu pihak sampai pada ku, dan berjaya menenangkan aku sampai aku ketawa.. (^.^)"
a kebolehan diri kita masa bekerja, semasa kita ada kat work station. Memang best.. Paling bestnya, kalau kita present masa buat presentation, dapat chocolate.. (^,^) "Kit Kat".. Aku present 2x so dapat la dua Ki Kat. Aku simpan, sampai masa exam kat kolej baru aku share dengan kawan. Erm..
ambah2 kawan sepejabat dengan aku. Setahun setengah aku berkhidmat dengan Bank tu, dia la satu2nya kawan yang belajar untuk mengenali aku dan aku melakukan sebaliknya. Sebab aku nak kekalkan hubungan persahabatan aku dengan dia. Biarpun kami bukan dari keturunan yang sama, keturunan tu bukan penentu apa2 pada kami. Yang penting sekarang ni katanya adalah persahabatan yang tercipta tu. Itu yang penting sebab takda orang yang akan mengenali kita melainkan kita berbaik2 dan berbuat baik pada orang yang kita sayang. Hurrmmmm...
Minggu ni macam perasaan ada dengan aku kali ni. Gembira ada, sedih ada, penat & keletihan ada.. Macam2 la kan.. Semua ada macam rojak padang kota dah.. Hahahhah.. Ada satu hari tu aku masuk office, aku seronok sangat. Dapat chocolate lagi... Tapi tu aku pesan dari kawan aku. Dia ke Langkawi. Makan angin kat sana, so aku tumpang niat aku la.. Aku suruh belikan Kisses favourite aku tu.. Kawan aku bagi cenderahati dari Langkawi. Then masa lunch, aku keluar dengan kawan tu + Manager team aku. Balik dari lunch tu, dia belanja aku makan buah orange. Padahal aku yang nak beli, dia cakp "never mind, I pay for you." Aku ingatkan dia nak belikan then aku bayar balik duit dia dalam office. Bila aku bagi duit, dia tak nak. Alhamdulillah dah rezeki aku masa tu.. Syukur.. Dalam office, kawan belanja chocolate lagi.. Ishk3.. Makan chocolate ja aku ni.. Hahahhah.. Then, esok tu aku keseorang jugak macam minggu2 yang lepas. Aku tengok cita Terminator Salvation dengan kawan.. Best jugak. Layan ja, aku tak kisah. Tapi masa tengok cita tu aku letih sikit. Staff ta
k cukup dalam office, so aku dengan officer aku ja yang kena clear daily volume masa tu. Malam nak lepak penat skit. Tapi dah beli tiket, tengok saja la.. Layannn..... Dia balik kampung, aku keluar dengan Tombak. Temankan Tombak cari tie dengan seluar dia. Senang pulak kali ni keluar dengan dia. Tak cerewet sangat macam sebelum ni aku temankan dia. Hehehhehe.. Jangan marah... (^,^)* Setiap kali masa pemergian dia, aku sedih sikit. Padahal dia nak pergi tu kejap ja. Esok dah balik Penang dah. Keluar dengan Tombak pulak, kami banyak berdiam dari bercakap. Mungkin masing2 memikirkan hal sendiri. Dia pikirkan apa yang nak beli dan warna apa yang nak dipilih, dan harus buat pilihan yang bijak dan tak menyesal belakang hari. Hahahahha.. mungkin terpikir2 apa yang nak pilih dengan betul ni.. Warna tie dia tu dia pilih warna hijau yang aku pilih tadi. (^_^)* Aku happy jugak la dia pilih apa yang aku nampak elok dimata aku sendiri. Padahal dia yang nak pakai benda2 tu. Aku yang jadi fashion planner dia kali ni. Dah 2x aku ditanyakan pendapat tentang penampilan yang dia bakal tonjolkan untuk sesuatu event. Hehehehh.. Alhamdulillah.. Dia tak cerewet dengan pendapat aku.. Lepas dah selesai bab2 beli barang dia, kami makan pulak. Lepas tu aku settle bahagian aku pulak.. aku pun selamat nak beli barang ja, so keluar la dengan dia alang2 dia dah nak masuk island ni (*.*)" Then I end my day chit chatting with him in his new car.. Reach home, here I am.. Updating my Blog. Semoga post kali ni tak membosankan oran
g yang membaca ni sebab dah panjang sangat dah ni.. Inilah post paling panjang dalam blog aku ni.. Heheheh.. Selamat membaca..Posted by Bantal Merah at Saturday, May 30, 2009 3 comments
Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur
pengiraan nama aku jatuh atas unsur "AIR" bawah ni ada kisahnya :)
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran
Ha.. Ni bulan kelahiran aku pulak.. :) Aku dilahirkan pada bulan April.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan
Kalau ikut hari bulan pulak, mak aku sempat tahan aku sampai pagi subuh masa 23HB ja. Hahaah.. Agaknya aku dah tak sabar nak keluar tengok dunia ni :D
Tarikh Lahir pada 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
Contoh:12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
Posted by Bantal Merah at Thursday, May 07, 2009 2 comments