Hahahahah.. Adakah durian runtuh..??? Durian jatuh ada la, banyak kat Balik Pulau tu.. Kikikiki.. Ada kawan aku bawak aku lalu kawasan tu. Kami takda niat nak makan pun, tapi pasal keinginan dia tu.. Aku singgah la.. Dia nak makan, stop ja la.. Aku pun dah lama tak makan since dari kena operate dulu, satu buah tempatan pun aku tak sentuh dah.. Sebab mak aku "fire" aku tak bagi makan.. Terutama Manggis.. Seddaaaappppp... Tapi aku makan senyap2.. Nak senyap macam mana.. Aku dah bawak balik rumah dah walaupun sikit.. Hahhahaha.. Lantak la apa nak kena pulak lepas ni.. Dah aku teringin, bedal saja.. Tunggu lagi ka.. Buah kan, bukan racun.. Huhuhuhu.. Aku ni terlalu ikut kata hati sangat, mak nasihat aku tak nak dengar. Nanti sakit, orang tua tu jugak nak menjenguk aku. Setakat menjenguk saja la. Lain tu aku settle sendiri. (^,^)* Memang dari dulu kalau aku sakit or apa2, dia hanya bekalkan aku ubat ka, duit ka, aku sendiri yang settle nanti. Sedap ja kawan aku melantak durian tu.. Sebiji ja la. Banyak2 naya ja kami.. Hahahah.. Demam nasib la kan, dah gatal nak makan. Tapi aku tak tertarik sangat dengan durian tu, aku nampak manggis..
Sedap.. Masa makan durian tu aku tertanya2 bolehkah aku nak makan manggis ni??? Kalau aku sakit macam mana..??? Tanpa berfikir kesudahannya, aku suruh "boy" tu ambik manggis yang diorang dah ikat siap kat tempat diorang gantung tu. Makan la aku sebiji ja.. Yang lain, bring back home.. Jangan mak aku bising sudah la.. Nanti kita tau kesudahannya macam mana lepas mak aku nampak aku makan. Hehehehe.. Saja gatal nak cari pasal macam ni la.. (^_^)* Dah lama tak makan.. TERINGIN..!!! Dulu masa aku kecik dan sihat sepenuhnya, bapa aku rajin bawa aku pergi makan buah2 macam ni.. Rajin sangat la.. Sebab aku ni anak bongsu dia.. Aku pulak gemarkan buah tempatan macam ni.. Then dia tau aku paling suka manggis. Dia belikan 3KG bawa balik rumah, aku sorang yang habiskan.. Huhuhuhu.. Now not anymore.. Pandai2 settle sendiri kalau nak makan.. Durian2.. Apalah nasib engkau ni.. Banyak aku tengok yang masih tergantung atas pokok tu.. Takut jugak aku
, mana nak tau masa tengah makan durian tu agak2 ada durian yang nan runtuh ke bumi ka.. Tak naya ka kepala kami yang kena.. Hahahha.. Aku teringat cerita "GENG". Si Opet tu sukakan durian.. Sampai dia masuk ke alam lain pun dia hanya makan durian ja.. Sampai Tok tu cakap ada hantu durian.. Aku ingat lagi, masa mula2 aku nak tengok cerita tu sebab Upin Ipin ada sebut pasal "HANTU DURIAN".. So, aku nak tengok la kan sapa dia hantu durian yang dihebohkan sekampung tu.. Rupanya si Opet ni yang makan habis satu dusun Tok tu.. Heheheh.. Best2.. Harap lepas ni dapat pergi lagi Balik Pulau tu
dengan kawan2 yang lain.. Makan manggis dengan durian.. (6.^)*
Ada orang tak sukakan durian.. Katanya bau durian tu busuk.. Mana ada busuk.. Agaknya hidung korang tu yang bermasalah kot.. Huhuh.. Bau dia ja macam busuk, tapi makan dia tu.. Fuhh...!!!! Sedapnya hingga menjilat jari..!!! Hahaha.. Yang lain makan la pulak, asal durian ja korang tak suka.. Cakap durian tu, itu lah.. ini lah.. Macam2 sangat.. Aku tak rasa busuk pun, busuk lain ada la.. Wakakakka...!!!! Hahah.. Ehem.. Ok2, dah.. Aku nak beredar ke hall. Nak makan manggis beli tadi.. Bising mak aku nanti.. Hehehe..
Sunday, May 31, 2009
Durian runtuh..????
Posted by Bantal Merah at Sunday, May 31, 2009 6 comments
Saturday, May 30, 2009
Bulan May 2009 (^_^)"

Hai... Kali ni aku rasa tak sabar plak nak update blog aku.. Tak kisah la orang nak cakap apa pun kat aku.. Tapi biarkan aku lepas apa yang aku pendam sebab sekarang ni susah sangat aku nak berjumpa dengan kawan2 aku yang paham aku.. Ok.. Mula2 aku akan bercerita apa yang aku alami sepanjang perjalanan dalam bulan May ni.. (^_^)*
ehhe.. Sehinggakan aku takda masa sangat nak mengurus diri aku dengan betul dan sentiasa marah2 dengan apa yang tak kena. Sampai la ada satu pihak sampai pada ku, dan berjaya menenangkan aku sampai aku ketawa.. (^.^)"Aku masa ni siap sedia untuk hadiri kursus Bank. Asal kena kursus ja aku jadi rimas. Tapi selamat masa ni aku ok. Tapi dalam masa yang sama aku akan menghadapi peperiksaan akhir sem. Penat wei...!!! Kemudian, masa hujung minggu yang ada kursus tu, aku rasa seronok sebab orang yang aku nak dia senyum pada setiap pagi pada ku, dia memang senyum.. Kan senyuman tu satu semangat pada kita yang lemah. (^_^)*
a kebolehan diri kita masa bekerja, semasa kita ada kat work station. Memang best.. Paling bestnya, kalau kita present masa buat presentation, dapat chocolate.. (^,^) "Kit Kat".. Aku present 2x so dapat la dua Ki Kat. Aku simpan, sampai masa exam kat kolej baru aku share dengan kawan. Erm.. Pas tu sambung keja plak.. Adoi... (-.-)" Then hujung minggu exam yang sama pun ada paper jugak.. Dua paper.. Business System Analysis dengan Information System Within Organization. Kalau subject teori ni aku lemah sikit. Bukan apa, Panjang berjela nak kena hafal ayat2 dia tu.. Aku lebih gemar baca buku tu macam baca majalah PC ja.. Erm.. Entah apa la result nak dapat kali ni.. Huhuhuuh.. Biarkan..
ambah2 kawan sepejabat dengan aku. Setahun setengah aku berkhidmat dengan Bank tu, dia la satu2nya kawan yang belajar untuk mengenali aku dan aku melakukan sebaliknya. Sebab aku nak kekalkan hubungan persahabatan aku dengan dia. Biarpun kami bukan dari keturunan yang sama, keturunan tu bukan penentu apa2 pada kami. Yang penting sekarang ni katanya adalah persahabatan yang tercipta tu. Itu yang penting sebab takda orang yang akan mengenali kita melainkan kita berbaik2 dan berbuat baik pada orang yang kita sayang. Hurrmmmm...
Minggu ni macam perasaan ada dengan aku kali ni. Gembira ada, sedih ada, penat & keletihan ada.. Macam2 la kan.. Semua ada macam rojak padang kota dah.. Hahahhah.. Ada satu hari tu aku masuk office, aku seronok sangat. Dapat chocolate lagi... Tapi tu aku pesan dari kawan aku. Dia ke Langkawi. Makan angin kat sana, so aku tumpang niat aku la.. Aku suruh belikan Kisses favourite aku tu.. Kawan aku bagi cenderahati dari Langkawi. Then masa lunch, aku keluar dengan kawan tu + Manager team aku. Balik dari lunch tu, dia belanja aku makan buah orange. Padahal aku yang nak beli, dia cakp "never mind, I pay for you." Aku ingatkan dia nak belikan then aku bayar balik duit dia dalam office. Bila aku bagi duit, dia tak nak. Alhamdulillah dah rezeki aku masa tu.. Syukur.. Dalam office, kawan belanja chocolate lagi.. Ishk3.. Makan chocolate ja aku ni.. Hahahhah.. Then, esok tu aku keseorang jugak macam minggu2 yang lepas. Aku tengok cita Terminator Salvation dengan kawan.. Best jugak. Layan ja, aku tak kisah. Tapi masa tengok cita tu aku letih sikit. Staff ta
k cukup dalam office, so aku dengan officer aku ja yang kena clear daily volume masa tu. Malam nak lepak penat skit. Tapi dah beli tiket, tengok saja la.. Layannn..... Dia balik kampung, aku keluar dengan Tombak. Temankan Tombak cari tie dengan seluar dia. Senang pulak kali ni keluar dengan dia. Tak cerewet sangat macam sebelum ni aku temankan dia. Hehehhehe.. Jangan marah... (^,^)* Setiap kali masa pemergian dia, aku sedih sikit. Padahal dia nak pergi tu kejap ja. Esok dah balik Penang dah. Keluar dengan Tombak pulak, kami banyak berdiam dari bercakap. Mungkin masing2 memikirkan hal sendiri. Dia pikirkan apa yang nak beli dan warna apa yang nak dipilih, dan harus buat pilihan yang bijak dan tak menyesal belakang hari. Hahahahha.. mungkin terpikir2 apa yang nak pilih dengan betul ni.. Warna tie dia tu dia pilih warna hijau yang aku pilih tadi. (^_^)* Aku happy jugak la dia pilih apa yang aku nampak elok dimata aku sendiri. Padahal dia yang nak pakai benda2 tu. Aku yang jadi fashion planner dia kali ni. Dah 2x aku ditanyakan pendapat tentang penampilan yang dia bakal tonjolkan untuk sesuatu event. Hehehehh.. Alhamdulillah.. Dia tak cerewet dengan pendapat aku.. Lepas dah selesai bab2 beli barang dia, kami makan pulak. Lepas tu aku settle bahagian aku pulak.. aku pun selamat nak beli barang ja, so keluar la dengan dia alang2 dia dah nak masuk island ni (*.*)" Then I end my day chit chatting with him in his new car.. Reach home, here I am.. Updating my Blog. Semoga post kali ni tak membosankan oran
g yang membaca ni sebab dah panjang sangat dah ni.. Inilah post paling panjang dalam blog aku ni.. Heheheh.. Selamat membaca..Posted by Bantal Merah at Saturday, May 30, 2009 3 comments
Thursday, May 07, 2009
Tentang wanita air, April dan dan 23hb. :)
Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur
pengiraan nama aku jatuh atas unsur "AIR" bawah ni ada kisahnya :)
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran
Ha.. Ni bulan kelahiran aku pulak.. :) Aku dilahirkan pada bulan April.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yang sangat kuat
suka dapat perhatian sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik jika tidak terkawal
berkecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu
Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan
Kalau ikut hari bulan pulak, mak aku sempat tahan aku sampai pagi subuh masa 23HB ja. Hahaah.. Agaknya aku dah tak sabar nak keluar tengok dunia ni :D
Tarikh Lahir pada 23
Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
Contoh:12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
23 +4+.... :D (psst..~ kawan aku cakap susupen sikit.. kikikiki... )
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Entah betul ka tidak semua ni aku pun tak pasti.. Hanya kenalan yang rapat denga kita saja akan kenal kita and jadi juri dalam kehidupan kita ni.. :) Hmm.... Korang baca ja la eh, rasanya ada la yang kena dengan perangai aku tu. heheheh... Tata..!!!
Posted by Bantal Merah at Thursday, May 07, 2009 2 comments
Sunday, May 03, 2009
Takutnya.. :(
Selsema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari endemik (penyakit berjangkit) dalam populasi babi. Pada babi, wabak ini adalah sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selsema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza kinzir - (swine influenza virus - SIV), dan kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai Virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang). Sementara Virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada kinzir. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, adalah endemik pada manusia (boleh menjangkiti manusia).
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan kinzir, terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya tersebar dari manusia pada manusia. Jenis yang bertanggung jawab bagi wabak selsema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.
Pada manusia, simptom selsema babi adalah serupa dengan influenza dan penyakit seperti influenza secara umum.
Influenza A
Selsema Babi diketahui disebabkan oleh influenza A sub-jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, dan H2N3. Pada babi, tiga virus influenza A subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar disekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, sub-jenis H1N1 khusus tersebar luas dikalangan populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen
dari susur galur selsema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah endemik bagi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan strain variasi baru. Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift. In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selsema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif
Bagaimana ia menjangkiti manusia
Wabak selsema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.
Tanda dan simptom
Simptom utama bagi selsema babi pada manusia.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selsema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selsema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selsema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk "menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selsema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selsema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka."Diagnosis bagi pengesahan selsema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .
Posted by Bantal Merah at Sunday, May 03, 2009 0 comments
Thursday, April 23, 2009
Selamat Ulang Tahun
Selamat ulang tahun untuk aku sendiri.. kikikiki.. Dah meningkat setahun lagi umur aku ni.
Posted by Bantal Merah at Thursday, April 23, 2009 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
business system analysis..
Subject ni aku tengah dengar dalam kelas ni.. sekarang ni jam laptop aku tunjuk waktu pukul 7:31pm. aku dah mula terkebil2.. Tak paham sangat dengan apa yang dia ajar kar depan ni. Aku blur.. Lapar sebenarnya.. :)
Posted by Bantal Merah at Tuesday, April 21, 2009 0 comments
Tuesday, April 07, 2009
Siapa agaknya si dia ni..? Dari apa yang aku nampak dia ni cantik, ada paras rupa, memang tampan. Tapi sayang sekali dia seorang yang sukar untuk difahami.
Apa yang aku dapat lihat dari gambaran yang diceritakan pada aku, dia ni pandai. Itu aku tak pasti sebab dia ni aku baru kenal saja. Tapi diharapkan perkenalan aku dengan dia ni semuanya baik2 la. Aku tak nak persahabatan aku berhenti di tengah jalan.
Bagi aku, suatu persahabatan tu amat bernilai. Susah nak dapat kawan. Bukan semua orang suka berkawan. Eh.. Rasanya aku dah lari topic. Hehehhe.. Ok, aku ceritakan pulak perwatakan orang ni. Aku tak suka sangat nak kata hensem. Aku suka cakap cantik. Mata dia.. :) cantik.. warna chocolate.. Bulu mata dia.. Panjang, lentik.. Tubuh badan dia.. Erm.. Part ni aku tak tau nak explain. Tak gemuk, tak kurus. Hehehheeh.. Kulit dia putih.. Orang dia tinggi jugak. Boleh tahan tinggi dia. Aku suka tengok dia. Pernah dia cakap dekat aku, “kenapa kalau tengok lama2? Takut jatuh cinta?” Hahaha.. Aku gelakkan saja. Apa lagi aku boleh katakan. Bukan aku saja yang akan tergamam bila tengok anak mata dia, orang lain pun mesti rasa macam tu jugak. Susah nak jumpa lelaki yang berbulu mata panjang and mata chocolate macam tu. Jarang sekali la nak jumpa. Cantik.. Heheheh.. Dia pernah cerita dekat aku dia ni ada kacukan cina dan arab.
Tapi sekarang ni aku dah tak berpeluang lagi nak tengok dia. Aku tak tau la nak cakap macam mana, sama ada aku ni pernah buat salah kat dia atau tak. Itu semua dia saja yang tau. Tapi bila saat aku perlukan penjelasan, aku selalu tak dapat merasakan peluang itu. Susah sangat aku nak dapatkan penjelasan dari orang lain. Memang susah.. Aku selalu tunggu peluang tu, peluang untuk bertemu dan bersua muka dengan dia lagi. Aku nak sangat dia jelaskan keadaan diri dia yang sebenarnya.
Dari apa yang aku dengar, dia ni seperti punya kisah lampau yang.. tak tau la macam mana. Sedih ka, gembira ka, atau apa saja. Dia tak mampu atau tak mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan sesiapa pun. Aku sendiri pun baru paham keadaan dia, kenapa dia berdiam diri, kenapa dia tak layan.. Dia ni jenis yang suka cari ketenangan. Dia berubah dari yang lama jadi yang baru. Tak tau la kan benda aku cerita ni betul or tak. Kalau dia baca blog aku tentang post kali ni, mungkin dia akan paham atau berikan penjelasan.
Minggu lepas, orang yang dia sayang telah meninggalkan dia buat selamanya. Mun
gkin perkara ni ada yang mengganggu dia sikit. Aku teka saja la.. Sebab kalau aku pun, mesti jiwa kacau jugak.. Sapa tak sayang orang yang kita betul2 sayangkan J Harap korang paham la.,. Heheheh.. Aku tak tau nak explain macam mana. Ada jugak perkara yang tak sedap didengar aku terima, tapi biarkanlah aku saja yang tau.Aku punya harapan, aku berharap dia baca post aku kali ni. Dan aku berharap sangat dia datang cari aku balik sebab aku ada banyak perkara nak dibicarakan. Aku rela menungggu..
Posted by Bantal Merah at Tuesday, April 07, 2009 2 comments
Friday, April 03, 2009
Kecewa tak sudah.. Huhuhhu..
Posted by Bantal Merah at Friday, April 03, 2009 0 comments
Wednesday, April 01, 2009
Rabu yang gementar..
Last minute aku kena buat Audit Confirmation.. Huhuhuhu.. Tapi fikiran aku masa ni bercelaru.. Macam2 aku pikir.. Dah dua minggu aku macam ni. Buat keja pun tak kena ja.. Ada saja kesalahan aku.. Ada satu ari tu officer aku terpekik2 kat aku, last termalu sendiri.. "Aishah2.. Sorry, bukan salah you. I tak baca habis remarks dia.." amik habuan.. Tapi aku tak kisah sangat.. Selamat aku tak kisah, kalau tak habis la dia. Aku perang nanti. Aku biarkan dimarahi, tapi mesti ada yang orang tu buat salah jugak. Aku bukan buta huruf tak tau baca remarks.. Puas hati aku dia mengaku salah dia. Erm... Ada lagi kisah lain.. Aku tak sangka plak perkenalan dan peninggalan dia dari sini meninggalkan kesan. Aku usaha tersenyum untuk cover resah aku ni, tapi ada jugak hal lain yang mengganggu kehidupan aku ni. Tak habis2 lagi ka dia nak maki hamun aku.. Geram aku..!!! Biar la, nanti patah balik kat dia. Nasib dia la, aku bukan orang takda otak nak pikir benda betul ka salah. :( Kan aku dah merepek kat sini. Aku ada kawan, tapi malas nak bercerita hal2 aku dengan dia. Kena tempias lagi pedih dari marah tau. So, aku pendam saja luka ni. Biarkan aku saja yang merasa, jangan orang lain kena tempias. Kesian plak, silap hari bulan aku takda kawan terus sebab semua takut aku marah2 ja. Hehehehhe.. :) Hari ni, Rabu yang gementar.. Sebabnya, macam2 jadi.. Aku nangis, aku marah, aku kena marah, aku bebal, macam2 lagi la.. :( Semuanya membosankan.. Aku tension ja aku masuk mall.. Habis duit aku macam ni.. Er..!!! Sakit hati dengan kakak aku ni.. Sesedap hati and mulut dia ja melepas teruk2 kat aku. Padahal aku tak buat salah pun. Dia tu dengar dari sapa ka, tak siasat. Pakai serbu tembok ja..
Posted by Bantal Merah at Wednesday, April 01, 2009 0 comments
Monday, March 23, 2009
Datin Seri Jeanne Abdullah
Ada satu malam tu, aku tunggu kawan datang ambik aku kat umah. Aku lalu kedai mamak kat bawah tu. Terbaca aku pada senaskah majalah, Al-Islam. Aku tak pernah2 terlintas nak beli majalah ni dulu, tapi malam tu buat aku nak memiliki senaskah untuk keluaran bulan April 2009. Kisah yang dipaparkan dalam keluaran bulan April ni memang kisah yang mencabar minda. Antara yang aku terlintas nak baca, kisah ni la.. Datin Seri Jeanne Abdullah. Kisah dia peluk Islam. Indahnya Islam bila dah ada pelbagai kaum yang dah memeluk Islam. Islam ni bagus dari segi kerohanian dan jasmani. Aku tak rasa ada agama lain yang sehebat Islam. Sedangkan aku sendiri dilahirkan sebagai seorang muslimah bergelar Islam, aku berbangga bergelar sebegitu. Ada dikalangan kita yang tidak memahami Islam dari kecil sebabnya ada antara mereka ini kurang pendedahan terhadap Islam sendiri. Berbalik pada kisah sebenar yang aku nak bercerita ni. Pasal Datin Seri Jeanne Abdullah.. Aku ada baca artikel pasal dia dalam majalah ni. Katanya, pada masa dia nak memeluk Islam dulu, memang dia mendapat restu dari keluarga. Mudah sekali keluarga dia melepas dia keluar dari pegangan agama asal dia iaitu Katolik. Pada ketika dia nak peluk Islam tu, tujuan asal dia adalah sebab dia nak kahwin dengan adik arwah Da
tin Seri Endon Mahmood, Othman Mahmood. Akhirnya dia berjaya memeluk Islam pada tahun 1977. Dia seorang yang telus dan berterus terang. Ada dalam ceramah dia masa melawat Bumi Kenyalang, dia datang sebagai Jeanne Abdullah dan bukan sebagai isteri Perdana Menteri. :) Aku bangga dengan sifat dia ni, merendah diri. Itu satu amalan mulia yang ada pada umat Islam. Tapi zaman sekarang ni jarang aku nak nampak orang macam tu.. :( Tapi biarlah, itu hal masing2. Sambung cerita tadi.. Hasrat nak memeluk Islam dah tercapai, tentang pembelajaran dia terhadap Islam jugak banyak halangan yang dia kena tempuhi. Perjuangan untuk menempuh segala dugaan yang dialami tak pernah luput dari hati. Malahan dari hari ke hari dia terus berjuang untuk memahami Islam sedalamnya. Dia dikurniakan dua orang puteri, hasil dari perkahwinannya dengan Othman Mahmood. Masa puteri2 dia dah bersekolah, diorang belajar agama dekat sekolah. Selepas sekolah diorang sentiasa menemui Jeanne dan bercerita apa yang diorang belajar dekat sekolah. Tanpa rasa segan silu, dia minta puteri2 dia ajarkan cara solat. Tapi dia menyuruh mereka menyampaikan cara2 tersebut tanpa memakai telekung. Dia cakap dalam buku2 agama yang dia dapatkan semuanya cara2 yang ditunjukkan bertelekung. Dia tak tahu bagaimana keadaan tangan bagi perempuan ketika bertelekung. Dalam pada masa yang masa dia tidak jugak lupa pada panduan buku yang ada. Setelah lama dia memeluk Islam, sehingga berkahwin dengan Pak Lah, dia masih lagi taat dan setia pada agama suci ini. Alhamdulillah dia merupakan mualaf yang berjaya berdikari untuk menempuh segala kesukaran yang harus ditempuhi dalam Islam. Alhamdulillah jugak sebab masih ada orang beragama lain bertukar kepada Islam. Aku berbangga sangat sebab Islam ni ada ruang untuk menerima agama lain lagi.. Bagus kan.. Aku suka sangat bila ada mualaf ni.. Bertambah umat Islam kat dunia ni. Tapi pastikanlah dia dapat didikan yang sempurna.. :) Aku ramai kawan yang masuk Islam. :) Best kawan dengan diorang, boleh kongsi pengalaman..Posted by Bantal Merah at Monday, March 23, 2009 0 comments
Friday, March 20, 2009
.::Majlis Pertunangan LiLa::.
Hurrmmmm...~ Dah lama aku tak update blog ni. Nah..!!!! Kali ni aku update pasal kakak sepupu aku tunang.. :) Aku agaknya dah takda idea nak bercerita kot.. Hehehheh.. Sorry.. Penuh dengan gambar2 ni korang cuci mata la yer.. Enjoy..~



Posted by Bantal Merah at Friday, March 20, 2009 0 comments
Saturday, February 21, 2009
Brave water.. Kahkahkah... :))
Hahahhaha.. Lawak2..!!~ Erm.. dalam banyak2 air, air apakah yang paling beraaaaaniiiii dalam dunia ni....????? Ha, ada sesiapa dapat meneka jawapan yang tepat..??? Kalau sapa yang duk merepek dengan aku masa tu dia tau la kan.. Hahahahha...!!! Hurrmmmmm... Pelik kan.. Kikikik... Macam ni la my fellow friends.. Air tu senang ja orang nak cari dia. And dia tak lari dari pandangan mata orang ramai.. Orang susah hati, panas badan, panas baran.. Kakakaka.. Sumanya panas2 orang akan cari dia la kan.. Erm.. Ada jawapan tak? Alah.. Senang aku cerita la dekat post kali ni.. Macam ni, suatu hari aku keluar dengan kawan aku ni. Seronok sangat duk pikir macam2. Last aku bergambar dekat air terjun.. Masa aku berjalan ke sana, aku tersasul sikit. Aku cakap "air fall". Hehehehheh..~ :) Sepatutnya "Water Fall". Kikiki.. Last bercerita la kami pasal air ni. :)) Dia tanya aku air apa paling beraaaaniiiii dalam dunia ni.. Eleh.. Aku jawablah air terjun.. Dia tanya lagi sebab apa dia beraaanniiiiii sangat dalam dunia ni..??? Bercerita lagi aku dekat dia ni.. Sebbbaaabbbb...~ Dia ni berani terjun dari atas bukit ke lubuk bawah. Kakakkak.. Bukan setakat terjun ja, before tu dia siap lalu kat batu lagi. Kan sakit.. Ishk2.. Apalah aku merepek kali ni.. Aku rasa kelakar sebab hari ni aku bercerita pasal air tu ja sampai nak ke toilet dibuatnya.. Tapi wat derk ja sampai dah ambik gambar. :) Begitulah kisahnya.. Hehehehhe..~
Posted by Bantal Merah at Saturday, February 21, 2009 0 comments
Thursday, February 12, 2009
Foreign Workers..~
Does anybody notice about this topic now a days..? Please do comment about this topic because i'm doing research for my project. :) Thank you.
Posted by Bantal Merah at Thursday, February 12, 2009 2 comments
Tuesday, February 10, 2009
...(-,-)"...
Posted by Bantal Merah at Tuesday, February 10, 2009 1 comments
Sunday, February 08, 2009
Gambar lagi.. Hehehhe..~

And the Winner's.. Jeng3..!! Hahahah..
Posted by Bantal Merah at Sunday, February 08, 2009 0 comments
Saturday, February 07, 2009
Dapat hadiah..???
"HADIAH"
Hehehhe... Sempena apa aku dapat hadiah ni..??? Lain macam ja dia bulan ni. Tapi aku biarkan ja dia buat apa2 pun. Janji dia puas hati and aku tak kecik hati dah la.. Hari ni aku seronok. Walaupun sakit gigi aku ni mengganggu, aku buat bodoh ja dengan sakit tu. Kalau makin layan, makin sakit la aku.. Siap leh makan aiskrim dengan minum pepsi ais lagi.. Huhuhuhu.. Sejuk tu, aku tahan ja. Dah teringin, lantak la sakit suma tu. Heheheh.. Sakit teruk baru aku terhegeh2 nak cari doktor. Memang aku macam tu pun.. :) Erm.. Hadiah ni comel, cantik.. Dia pun seronok ja masa dia belikan untuk aku tu. Bukan dia tak pernah bagi, cuma dah lama dia tak buat macam ni. Banyak barang2 dia bagi kat aku, aku simpan tinggi2 sebab Sarah suka main. Nanti aku angin dengan dia kesian pulak, so aku letak tinggi2 la senang. Dia pun tak kena marah dengan ak
u. Jalan2 dekat Queensbay Mall hari ni aku tak rasa bosan pun macam selalu. Kalau tak aku bosan sampai nak keluar rumah pun malas. Tapi hari ni, dari sebelum dapat hadiah sampai dah dapat pun aku seronok ja dengan dia. Entah kenapa.. Tak pernah2 aku rasa seronok dekat Queensbay Mall tu. Hari ni memang lain macam perangai aku. Huhuhuh.. Apa nak jadi agaknya.. Hadiah ni pulak aku dapat tido dengan dia. Kikikiki...!!~ Harap kepala dia ja besar, senang aku nak peluk. Erm.. Actually aku banyak keja nak kena settle ni. Tak boleh nak panjangkan sangat celoteh aku kali ni. Lagipun memang aku takda idea sangat dah maybe sebabnya aku seronok sangat kot hari ni. Asyik gelak ja aku hari ni.. Teman dia beli barang pun aku tak merungut. Bagus jugak.. Aku tak banyak membebel, dia pun senyum memanjang.. Kira cool la hari aku ni..
Posted by Bantal Merah at Saturday, February 07, 2009 0 comments
Friday, February 06, 2009
Siapa agaknya..
Jodoh..???? Masalah besar sangat ka nak fikir2kan benda ni..???? Mesti la kan.. Siapa tak nak impikan suatu kehidupan yang bahagia. Semua orang impikan kebahagiaan.. Even aku pun.. Of course la dear.. Satu topik hangat jugak ni.. Kikikiki... <--- entah apa2 ja aku gelak ni.. Main2 pulak.. Sebenarnya aku dah lama nak update blog aku ni dengan tulisan pasal jodoh ni.. Aku dah mula alami dunia yang nak membawa aku kepada alam fantasi yang baru.. Hahahhah.. Macam cerita kartun pulak.. Macam ni.. Aku dah agak dah benda ni akan terjadi jugak dekat aku, bukan aku saja, semua mesti lalui. Fikiran aku memikirkan masa lampau sejarah keluarga aku. Sejarah keluarga akan berulang kembali.. Nak tahu jodoh aku dengan siapa..???? Aku pun tak tau sebenarnya.. Hehehehe.. :) Ada kawan aku cakap, hal macam ni tak perlu difikirkan sebab jodoh2 ni bukan benda rekaan semata2, ianya adalah ketentuan Allah. Ada tempat dan masa Dia akan temukan jugak kita dengan jodoh kita suatu hari. Tak perlu susah payah nak difikirkan.. Hurrmmm..~ Memang la tak perlu pikirkan buat seketika, tapi kalau tak difikirkan bila sampainya masa untuk dijodohkan, adakah anda yang membaca ni akan terfikir dan bertindak terburu2 tanpa sebarang persediaan..?? Tu la.. Bagi aku, aku tetap akan memikirkan hal2 macam ni cuma jangan fikir terlalu berat sangat. Beban and sarat hotak korang nanti.. Kikiikikik.. Kehidupan kita ni semuanya ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Dia sajalah yang boleh tentukan kita dengan siapa, di mana and bila kita akan mengalami situasi macam tu. Betulkan..??? :p Jodoh tu rahsia Allah, kita tak boleh gopoh2 memikirkannya.. Ada masa kita terfikir, fikirkanlah.. Tak salah pun nak fikir. Ada hikmahnya.. Dah macam ustazah pulak aku ni.. Ishk... Kahwin ni bukan hal main2 dalam kehidupan kita. Now a days pun kita leh nampak ramai yang kahwin muda setahun or 6 bulan kemudian dah bercerai.. Ishk3.. Kesian.. Aku pun tak nak jadi macam tu. Insyaallah, kalau boleh aku nak berkekalan. Bukan nak tinggal dengan pasangan tu sehari dua saja, ianya untuk selama2nya.. Hancurzz kalau tersilap langkah.. Merana badan.. Huhuhuhuh.. :( Tak guna nak disesalkan lagi dah kalau dah terjadi suatu perkara yang kita tak nak nanti. Aku pun kadang2 pening fikir pasal benda ni jugak. Guna akal fikiran waras kita ni. Guna idea logikal yang ada.. Main dengan minda sampai dah tak larat nak berfikir dan dari saat itulah kita buat decision yang mana ki
ta nak pilih and tetap dengan decision tu. Haha.. Takkan la parent korang nak kahwinkan korang dengan orang yang kamu tak suka kan..??? Sebab tu kena bersedia hadapi apa jua tindakkan yang akan terjadi pada masa akan datang. Bukan apa, aku celoteh ni pun sebab untuk kebaikkan korang.. Ada kawan aku, dia bertunang.. Barang hantaran dia suma aku yang setkan.. Aku yang create and decorate suma la.. Masa tu aku baru baik sakit and aku nak ambik angin kat tempat orang.. Aku pergi Langkawi masa tu. 12 hari lepas tu dia dah putus tunang.. Sebulan lepas putus tunang baru dia cerita dekat aku. Masa aku siapkan hantaran dia, aku seronok sangat. Macam aku yang nak bertunang.. Theme dia Merah putih, favourite colour aku tu.. Lawa.. Kikiki.. Dia pun bertahan hanya 12 hari, macam mana dia nak kahwin kelak dengan pasangan dia tu..?? Hurrmmmm... Lagi satu kes.. Ada pasangan yang dah bercintan cintun bertahun2 lamanya.. Kisah si Gadis ni.. Dia dah bercinta 7 tahun dengan pasangan dia. Last putus ditengah jalan.. Kenapa..??? Nak tahu kenapa..???? Hurrrmmmm...~ Mungkin mak gadis ni tak suka dia, mungkin pasangan dia pulak ada niat lain.. Ehemmmm..~ Maksud aku dia nak kumpul harta benda dulu sebelum kahwin.. Kalau ya pun dia nak ada semua tu, tak boleh ka dia kahwin dulu and kumpul sama2 dengan wife dia kelak..??? Kan harta sepencarian tu lebih afdal.. Lebih mengeratkan silaturrahim..??? Contohnya aku berkongsi makanan, makanan tu aku yang beli, aku yang bayar. Aku kongsi dengan pasangan aku pulak. Dia merungut ka apa ka, lantak la. Janji pujukan and kasih sayang tu ada antara kami. Dah berputik satu titik perasaan. Kalau diulangi lagi, kemungkinan banyak tak kasih sayang yang tercipta dari perkongsian kamu tu..??? Maybe kot.. Ini semua lahir dari fikiran aku ja, aku tak pasti pulak dengan orang yang baca blog ni sebab dah panjang sangat. Hehehhehe... Berbalik dengan kisah gadis tadi. Last dia kahwin dengan orang lain.. Bahagia pun akhirnya.. Masa kahwin husband dia bukan ada apa2 sangat. Rumah pun tak ada lagi. Sama2 usahalah sampai tercapai keinginan. Nak anak dah ada, nak rumah pun dah ada.. Semuanya kena usaha.. Itulah jodoh.. Ada masa dan tempat yang sesuai, datanglah ketentuan dalam hidup kita. Kalaulah aku diberi pilihan oleh bf aku, aku nak pilih siapa bakal pasangan hidup aku. Aku berserah pada mak. Sebab dia besarkan aku, sepatutnya dia paham anak dia ni macam mana kan. So, kalau mak aku suruh pilih sendiri, Insyaallah aku pilih orang yang boleh bimbing aku dengan baik dan dapat membahagiakan aku selamanya.. Insyaallah.. Amin..
Posted by Bantal Merah at Friday, February 06, 2009 2 comments
Thursday, February 05, 2009
Gambar-gambar Dinner 2008

Posted by Bantal Merah at Thursday, February 05, 2009 1 comments




