CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

business system analysis..

Subject ni aku tengah dengar dalam kelas ni.. sekarang ni jam laptop aku tunjuk waktu pukul 7:31pm. aku dah mula terkebil2.. Tak paham sangat dengan apa yang dia ajar kar depan ni. Aku blur.. Lapar sebenarnya.. :)

Tuesday, April 07, 2009

Tentang dia..


Siapa agaknya si dia ni..? Dari apa yang aku nampak dia ni cantik, ada paras rupa, memang tampan. Tapi sayang sekali dia seorang yang sukar untuk difahami.
Apa yang aku dapat lihat dari gambaran yang diceritakan pada aku, dia ni pandai. Itu aku tak pasti sebab dia ni aku baru kenal saja. Tapi diharapkan perkenalan aku dengan dia ni semuanya baik2 la. Aku tak nak persahabatan aku berhenti di tengah jalan.
Bagi aku, suatu persahabatan tu amat bernilai. Susah nak dapat kawan. Bukan semua orang suka berkawan. Eh.. Rasanya aku dah lari topic. Hehehhe.. Ok, aku ceritakan pulak perwatakan orang ni. Aku tak suka sangat nak kata hensem. Aku suka cakap cantik. Mata dia.. :) cantik.. warna chocolate.. Bulu mata dia.. Panjang, lentik.. Tubuh badan dia.. Erm.. Part ni aku tak tau nak explain. Tak gemuk, tak kurus. Hehehheeh.. Kulit dia putih.. Orang dia tinggi jugak. Boleh tahan tinggi dia. Aku suka tengok dia. Pernah dia cakap dekat aku, “kenapa kalau tengok lama2? Takut jatuh cinta?” Hahaha.. Aku gelakkan saja. Apa lagi aku boleh katakan. Bukan aku saja yang akan tergamam bila tengok anak mata dia, orang lain pun mesti rasa macam tu jugak. Susah nak jumpa lelaki yang berbulu mata panjang and mata chocolate macam tu. Jarang sekali la nak jumpa. Cantik.. Heheheh.. Dia pernah cerita dekat aku dia ni ada kacukan cina dan arab.
Tapi sekarang ni aku dah tak berpeluang lagi nak tengok dia. Aku tak tau la nak cakap macam mana, sama ada aku ni pernah buat salah kat dia atau tak. Itu semua dia saja yang tau. Tapi bila saat aku perlukan penjelasan, aku selalu tak dapat merasakan peluang itu. Susah sangat aku nak dapatkan penjelasan dari orang lain. Memang susah.. Aku selalu tunggu peluang tu, peluang untuk bertemu dan bersua muka dengan dia lagi. Aku nak sangat dia jelaskan keadaan diri dia yang sebenarnya.
Dari apa yang aku dengar, dia ni seperti punya kisah lampau yang.. tak tau la macam mana. Sedih ka, gembira ka, atau apa saja. Dia tak mampu atau tak mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan sesiapa pun. Aku sendiri pun baru paham keadaan dia, kenapa dia berdiam diri, kenapa dia tak layan.. Dia ni jenis yang suka cari ketenangan. Dia berubah dari yang lama jadi yang baru. Tak tau la kan benda aku cerita ni betul or tak. Kalau dia baca blog aku tentang post kali ni, mungkin dia akan paham atau berikan penjelasan.
Minggu lepas, orang yang dia sayang telah meninggalkan dia buat selamanya. Mungkin perkara ni ada yang mengganggu dia sikit. Aku teka saja la.. Sebab kalau aku pun, mesti jiwa kacau jugak.. Sapa tak sayang orang yang kita betul2 sayangkan J Harap korang paham la.,. Heheheh.. Aku tak tau nak explain macam mana. Ada jugak perkara yang tak sedap didengar aku terima, tapi biarkanlah aku saja yang tau.
Aku punya harapan, aku berharap dia baca post aku kali ni. Dan aku berharap sangat dia datang cari aku balik sebab aku ada banyak perkara nak dibicarakan. Aku rela menungggu..

Friday, April 03, 2009

Kecewa tak sudah.. Huhuhhu..


Aku kecewaaaaa... Ada cerita tapi aku tak tau nak ceritakan macam mana. Ada kawan pun tak terkeluar ayat dari mulut aku ni.. Hati aku ja yang tau, macam mana pedih hati ni. Macam mana pening hotak aku ni.. And aku dah mula meluat.. Tu paling bahaya yang ada kat diri aku. Bila dah meluat mula la macam2 yang aku tak suka. So, aku kena pandai kawal diri ni untuk jadi neutral.. Susah bila perangai meluat ni dah timbul. Aku sendiri pun tak suka.. Tapi aku kecewa la kali ni. Macam2 yang aku hadapi dalam bulan lepas sampai masuk bulan April ni. Aku cool down ja sebab tak nak pikir sangat.. Buat semak kepala saja. Tapi tak pikir, macam mana nak settle. (-.-)" Biar la masa and keadaan yang tentukan sendiri.. Tata titi tutu..

Wednesday, April 01, 2009

Rabu yang gementar..

Last minute aku kena buat Audit Confirmation.. Huhuhuhu.. Tapi fikiran aku masa ni bercelaru.. Macam2 aku pikir.. Dah dua minggu aku macam ni. Buat keja pun tak kena ja.. Ada saja kesalahan aku.. Ada satu ari tu officer aku terpekik2 kat aku, last termalu sendiri.. "Aishah2.. Sorry, bukan salah you. I tak baca habis remarks dia.." amik habuan.. Tapi aku tak kisah sangat.. Selamat aku tak kisah, kalau tak habis la dia. Aku perang nanti. Aku biarkan dimarahi, tapi mesti ada yang orang tu buat salah jugak. Aku bukan buta huruf tak tau baca remarks.. Puas hati aku dia mengaku salah dia. Erm... Ada lagi kisah lain.. Aku tak sangka plak perkenalan dan peninggalan dia dari sini meninggalkan kesan. Aku usaha tersenyum untuk cover resah aku ni, tapi ada jugak hal lain yang mengganggu kehidupan aku ni. Tak habis2 lagi ka dia nak maki hamun aku.. Geram aku..!!! Biar la, nanti patah balik kat dia. Nasib dia la, aku bukan orang takda otak nak pikir benda betul ka salah. :( Kan aku dah merepek kat sini. Aku ada kawan, tapi malas nak bercerita hal2 aku dengan dia. Kena tempias lagi pedih dari marah tau. So, aku pendam saja luka ni. Biarkan aku saja yang merasa, jangan orang lain kena tempias. Kesian plak, silap hari bulan aku takda kawan terus sebab semua takut aku marah2 ja. Hehehehhe.. :) Hari ni, Rabu yang gementar.. Sebabnya, macam2 jadi.. Aku nangis, aku marah, aku kena marah, aku bebal, macam2 lagi la.. :( Semuanya membosankan.. Aku tension ja aku masuk mall.. Habis duit aku macam ni.. Er..!!! Sakit hati dengan kakak aku ni.. Sesedap hati and mulut dia ja melepas teruk2 kat aku. Padahal aku tak buat salah pun. Dia tu dengar dari sapa ka, tak siasat. Pakai serbu tembok ja..

Monday, March 23, 2009

Datin Seri Jeanne Abdullah

:) Ada korang terpikir kenapa topik aku kali ni berlainan dari yang lain..????
Ada satu malam tu, aku tunggu kawan datang ambik aku kat umah. Aku lalu kedai mamak kat bawah tu. Terbaca aku pada senaskah majalah, Al-Islam. Aku tak pernah2 terlintas nak beli majalah ni dulu, tapi malam tu buat aku nak memiliki senaskah untuk keluaran bulan April 2009. Kisah yang dipaparkan dalam keluaran bulan April ni memang kisah yang mencabar minda. Antara yang aku terlintas nak baca, kisah ni la.. Datin Seri Jeanne Abdullah. Kisah dia peluk Islam. Indahnya Islam bila dah ada pelbagai kaum yang dah memeluk Islam. Islam ni bagus dari segi kerohanian dan jasmani. Aku tak rasa ada agama lain yang sehebat Islam. Sedangkan aku sendiri dilahirkan sebagai seorang muslimah bergelar Islam, aku berbangga bergelar sebegitu. Ada dikalangan kita yang tidak memahami Islam dari kecil sebabnya ada antara mereka ini kurang pendedahan terhadap Islam sendiri. Berbalik pada kisah sebenar yang aku nak bercerita ni. Pasal Datin Seri Jeanne Abdullah.. Aku ada baca artikel pasal dia dalam majalah ni. Katanya, pada masa dia nak memeluk Islam dulu, memang dia mendapat restu dari keluarga. Mudah sekali keluarga dia melepas dia keluar dari pegangan agama asal dia iaitu Katolik. Pada ketika dia nak peluk Islam tu, tujuan asal dia adalah sebab dia nak kahwin dengan adik arwah Datin Seri Endon Mahmood, Othman Mahmood. Akhirnya dia berjaya memeluk Islam pada tahun 1977. Dia seorang yang telus dan berterus terang. Ada dalam ceramah dia masa melawat Bumi Kenyalang, dia datang sebagai Jeanne Abdullah dan bukan sebagai isteri Perdana Menteri. :) Aku bangga dengan sifat dia ni, merendah diri. Itu satu amalan mulia yang ada pada umat Islam. Tapi zaman sekarang ni jarang aku nak nampak orang macam tu.. :( Tapi biarlah, itu hal masing2. Sambung cerita tadi.. Hasrat nak memeluk Islam dah tercapai, tentang pembelajaran dia terhadap Islam jugak banyak halangan yang dia kena tempuhi. Perjuangan untuk menempuh segala dugaan yang dialami tak pernah luput dari hati. Malahan dari hari ke hari dia terus berjuang untuk memahami Islam sedalamnya. Dia dikurniakan dua orang puteri, hasil dari perkahwinannya dengan Othman Mahmood. Masa puteri2 dia dah bersekolah, diorang belajar agama dekat sekolah. Selepas sekolah diorang sentiasa menemui Jeanne dan bercerita apa yang diorang belajar dekat sekolah. Tanpa rasa segan silu, dia minta puteri2 dia ajarkan cara solat. Tapi dia menyuruh mereka menyampaikan cara2 tersebut tanpa memakai telekung. Dia cakap dalam buku2 agama yang dia dapatkan semuanya cara2 yang ditunjukkan bertelekung. Dia tak tahu bagaimana keadaan tangan bagi perempuan ketika bertelekung. Dalam pada masa yang masa dia tidak jugak lupa pada panduan buku yang ada. Setelah lama dia memeluk Islam, sehingga berkahwin dengan Pak Lah, dia masih lagi taat dan setia pada agama suci ini. Alhamdulillah dia merupakan mualaf yang berjaya berdikari untuk menempuh segala kesukaran yang harus ditempuhi dalam Islam. Alhamdulillah jugak sebab masih ada orang beragama lain bertukar kepada Islam. Aku berbangga sangat sebab Islam ni ada ruang untuk menerima agama lain lagi.. Bagus kan.. Aku suka sangat bila ada mualaf ni.. Bertambah umat Islam kat dunia ni. Tapi pastikanlah dia dapat didikan yang sempurna.. :) Aku ramai kawan yang masuk Islam. :) Best kawan dengan diorang, boleh kongsi pengalaman..

Friday, March 20, 2009

.::Majlis Pertunangan LiLa::.

Hurrmmmm...~ Dah lama aku tak update blog ni. Nah..!!!! Kali ni aku update pasal kakak sepupu aku tunang.. :) Aku agaknya dah takda idea nak bercerita kot.. Hehehheh.. Sorry.. Penuh dengan gambar2 ni korang cuci mata la yer.. Enjoy..~

Saturday, February 21, 2009

Brave water.. Kahkahkah... :))

Hahahhaha.. Lawak2..!!~ Erm.. dalam banyak2 air, air apakah yang paling beraaaaaniiiii dalam dunia ni....????? Ha, ada sesiapa dapat meneka jawapan yang tepat..??? Kalau sapa yang duk merepek dengan aku masa tu dia tau la kan.. Hahahahha...!!! Hurrmmmmm... Pelik kan.. Kikikik... Macam ni la my fellow friends.. Air tu senang ja orang nak cari dia. And dia tak lari dari pandangan mata orang ramai.. Orang susah hati, panas badan, panas baran.. Kakakaka.. Sumanya panas2 orang akan cari dia la kan.. Erm.. Ada jawapan tak? Alah.. Senang aku cerita la dekat post kali ni.. Macam ni, suatu hari aku keluar dengan kawan aku ni. Seronok sangat duk pikir macam2. Last aku bergambar dekat air terjun.. Masa aku berjalan ke sana, aku tersasul sikit. Aku cakap "air fall". Hehehehheh..~ :) Sepatutnya "Water Fall". Kikiki.. Last bercerita la kami pasal air ni. :)) Dia tanya aku air apa paling beraaaaniiiii dalam dunia ni.. Eleh.. Aku jawablah air terjun.. Dia tanya lagi sebab apa dia beraaanniiiiii sangat dalam dunia ni..??? Bercerita lagi aku dekat dia ni.. Sebbbaaabbbb...~ Dia ni berani terjun dari atas bukit ke lubuk bawah. Kakakkak.. Bukan setakat terjun ja, before tu dia siap lalu kat batu lagi. Kan sakit.. Ishk2.. Apalah aku merepek kali ni.. Aku rasa kelakar sebab hari ni aku bercerita pasal air tu ja sampai nak ke toilet dibuatnya.. Tapi wat derk ja sampai dah ambik gambar. :) Begitulah kisahnya.. Hehehehhe..~

Thursday, February 12, 2009

Foreign Workers..~

Does anybody notice about this topic now a days..? Please do comment about this topic because i'm doing research for my project. :) Thank you.

Tuesday, February 10, 2009

...(-,-)"...

Rinduku..~ Adakah aku merindui seseorang dengan penuh perasaan yang tulus dan ikhlas..??? Tapi rindu pada seseorang itu beum tentu padam dan luput walaupun dah bersua muka or dah beramah mesra. Rindu akan bertandang lagi bila korang rasa tak puas bila jumpa orang yang kita nak jumpa dalam masa yang terlalu singkat. Hurrmmmm.. Aku ni jiwang karat plak dalam post kali ni. Apa kes..??? Aku merindui seseorang ka..??? Huhuhuhuhu.. Tak mungkin.. Aku hari2 jumpa orang yang aku nak jumpa. Cuma sesekali aku memang akan rindu bila orang tu berdiam diri or ada task lain. Dia busy ka or ada apa2 saja yang menghalang dia dari berjumpa or bercakap dengan aku. Saat itu aku akan berdiam dan biarkan dia cari aku pulak. Hehehhe.. Macam cerita hindustan. Mak aku dengan aku pun macam tu jugak. Bila terasa ada kerinduan, dia la mencari aku. Aku pun sama. Bila ada rindu, aku mula cari topik dan mendekati dia and ajak bersembang.. Tak sembang pun takpa la, janji aku nampak muka dia. :) Rindu pada seseorang tu kalau boleh jangan la merindu sangat. Merana diri saja la kawanku.. Hahahha.. Aku la senang, tak nak rindu aku busykan diri aku ni. Then aku lepak dengan kawan2 yang mana patut. Ataupun aku sibukkan diri dengan kelas. Memang dah takda masa nak merindu dah kan.. :p. Aku boleh manage macam ni sebab aku dah pernah alami perkara lebih teruk dari ni. Aku busykan diri walaupunn takda benda nak buat or nak rush. Aku biarkan diri aku macam ni senang. Sesiapa pun tak terasa. :) Kalau fed up..??? Aku benci saja la orang tu, walaupun sayang tapi kerana terpaksa aku kena buat macam tu. Terpaksa buat, buat ja. Kalau tak memang pedih and parah la nampaknya.. (-.-)"

Sunday, February 08, 2009

Gambar lagi.. Hehehhe..~

..Gambar koleksi2 dari kamera kawan2 yang lain..


Midnight, Cute_girl2388, Annesofea & Sha007



Cute_girl2388 & Floristgirl
With HCJ <---- hilangcarijumpa
Eina _png busy looking for seats, while HCJ get ready with his camera
Get ready for my song
Still waiting.. Hehehheh..
I get roses on the stage, featuring with Tombaks
On the stage with Tombaks <--- "Dua Insan"

And the Winner's.. Jeng3..!! Hahahah..

Saturday, February 07, 2009

Dapat hadiah..???

"HADIAH"
Hehehhe... Sempena apa aku dapat hadiah ni..??? Lain macam ja dia bulan ni. Tapi aku biarkan ja dia buat apa2 pun. Janji dia puas hati and aku tak kecik hati dah la.. Hari ni aku seronok. Walaupun sakit gigi aku ni mengganggu, aku buat bodoh ja dengan sakit tu. Kalau makin layan, makin sakit la aku.. Siap leh makan aiskrim dengan minum pepsi ais lagi.. Huhuhuhu.. Sejuk tu, aku tahan ja. Dah teringin, lantak la sakit suma tu. Heheheh.. Sakit teruk baru aku terhegeh2 nak cari doktor. Memang aku macam tu pun.. :) Erm.. Hadiah ni comel, cantik.. Dia pun seronok ja masa dia belikan untuk aku tu. Bukan dia tak pernah bagi, cuma dah lama dia tak buat macam ni. Banyak barang2 dia bagi kat aku, aku simpan tinggi2 sebab Sarah suka main. Nanti aku angin dengan dia kesian pulak, so aku letak tinggi2 la senang. Dia pun tak kena marah dengan aku. Jalan2 dekat Queensbay Mall hari ni aku tak rasa bosan pun macam selalu. Kalau tak aku bosan sampai nak keluar rumah pun malas. Tapi hari ni, dari sebelum dapat hadiah sampai dah dapat pun aku seronok ja dengan dia. Entah kenapa.. Tak pernah2 aku rasa seronok dekat Queensbay Mall tu. Hari ni memang lain macam perangai aku. Huhuhuh.. Apa nak jadi agaknya.. Hadiah ni pulak aku dapat tido dengan dia. Kikikiki...!!~ Harap kepala dia ja besar, senang aku nak peluk. Erm.. Actually aku banyak keja nak kena settle ni. Tak boleh nak panjangkan sangat celoteh aku kali ni. Lagipun memang aku takda idea sangat dah maybe sebabnya aku seronok sangat kot hari ni. Asyik gelak ja aku hari ni.. Teman dia beli barang pun aku tak merungut. Bagus jugak.. Aku tak banyak membebel, dia pun senyum memanjang.. Kira cool la hari aku ni..

Friday, February 06, 2009

Siapa agaknya..

Jodoh..???? Masalah besar sangat ka nak fikir2kan benda ni..???? Mesti la kan.. Siapa tak nak impikan suatu kehidupan yang bahagia. Semua orang impikan kebahagiaan.. Even aku pun.. Of course la dear.. Satu topik hangat jugak ni.. Kikikiki... <--- entah apa2 ja aku gelak ni.. Main2 pulak.. Sebenarnya aku dah lama nak update blog aku ni dengan tulisan pasal jodoh ni.. Aku dah mula alami dunia yang nak membawa aku kepada alam fantasi yang baru.. Hahahhah.. Macam cerita kartun pulak.. Macam ni.. Aku dah agak dah benda ni akan terjadi jugak dekat aku, bukan aku saja, semua mesti lalui. Fikiran aku memikirkan masa lampau sejarah keluarga aku. Sejarah keluarga akan berulang kembali.. Nak tahu jodoh aku dengan siapa..???? Aku pun tak tau sebenarnya.. Hehehehe.. :) Ada kawan aku cakap, hal macam ni tak perlu difikirkan sebab jodoh2 ni bukan benda rekaan semata2, ianya adalah ketentuan Allah. Ada tempat dan masa Dia akan temukan jugak kita dengan jodoh kita suatu hari. Tak perlu susah payah nak difikirkan.. Hurrmmm..~ Memang la tak perlu pikirkan buat seketika, tapi kalau tak difikirkan bila sampainya masa untuk dijodohkan, adakah anda yang membaca ni akan terfikir dan bertindak terburu2 tanpa sebarang persediaan..?? Tu la.. Bagi aku, aku tetap akan memikirkan hal2 macam ni cuma jangan fikir terlalu berat sangat. Beban and sarat hotak korang nanti.. Kikiikikik.. Kehidupan kita ni semuanya ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Dia sajalah yang boleh tentukan kita dengan siapa, di mana and bila kita akan mengalami situasi macam tu. Betulkan..??? :p Jodoh tu rahsia Allah, kita tak boleh gopoh2 memikirkannya.. Ada masa kita terfikir, fikirkanlah.. Tak salah pun nak fikir. Ada hikmahnya.. Dah macam ustazah pulak aku ni.. Ishk... Kahwin ni bukan hal main2 dalam kehidupan kita. Now a days pun kita leh nampak ramai yang kahwin muda setahun or 6 bulan kemudian dah bercerai.. Ishk3.. Kesian.. Aku pun tak nak jadi macam tu. Insyaallah, kalau boleh aku nak berkekalan. Bukan nak tinggal dengan pasangan tu sehari dua saja, ianya untuk selama2nya.. Hancurzz kalau tersilap langkah.. Merana badan.. Huhuhuhuh.. :( Tak guna nak disesalkan lagi dah kalau dah terjadi suatu perkara yang kita tak nak nanti. Aku pun kadang2 pening fikir pasal benda ni jugak. Guna akal fikiran waras kita ni. Guna idea logikal yang ada.. Main dengan minda sampai dah tak larat nak berfikir dan dari saat itulah kita buat decision yang mana kita nak pilih and tetap dengan decision tu. Haha.. Takkan la parent korang nak kahwinkan korang dengan orang yang kamu tak suka kan..??? Sebab tu kena bersedia hadapi apa jua tindakkan yang akan terjadi pada masa akan datang. Bukan apa, aku celoteh ni pun sebab untuk kebaikkan korang.. Ada kawan aku, dia bertunang.. Barang hantaran dia suma aku yang setkan.. Aku yang create and decorate suma la.. Masa tu aku baru baik sakit and aku nak ambik angin kat tempat orang.. Aku pergi Langkawi masa tu. 12 hari lepas tu dia dah putus tunang.. Sebulan lepas putus tunang baru dia cerita dekat aku. Masa aku siapkan hantaran dia, aku seronok sangat. Macam aku yang nak bertunang.. Theme dia Merah putih, favourite colour aku tu.. Lawa.. Kikiki.. Dia pun bertahan hanya 12 hari, macam mana dia nak kahwin kelak dengan pasangan dia tu..?? Hurrmmmm... Lagi satu kes.. Ada pasangan yang dah bercintan cintun bertahun2 lamanya.. Kisah si Gadis ni.. Dia dah bercinta 7 tahun dengan pasangan dia. Last putus ditengah jalan.. Kenapa..??? Nak tahu kenapa..???? Hurrrmmmm...~ Mungkin mak gadis ni tak suka dia, mungkin pasangan dia pulak ada niat lain.. Ehemmmm..~ Maksud aku dia nak kumpul harta benda dulu sebelum kahwin.. Kalau ya pun dia nak ada semua tu, tak boleh ka dia kahwin dulu and kumpul sama2 dengan wife dia kelak..??? Kan harta sepencarian tu lebih afdal.. Lebih mengeratkan silaturrahim..??? Contohnya aku berkongsi makanan, makanan tu aku yang beli, aku yang bayar. Aku kongsi dengan pasangan aku pulak. Dia merungut ka apa ka, lantak la. Janji pujukan and kasih sayang tu ada antara kami. Dah berputik satu titik perasaan. Kalau diulangi lagi, kemungkinan banyak tak kasih sayang yang tercipta dari perkongsian kamu tu..??? Maybe kot.. Ini semua lahir dari fikiran aku ja, aku tak pasti pulak dengan orang yang baca blog ni sebab dah panjang sangat. Hehehhehe... Berbalik dengan kisah gadis tadi. Last dia kahwin dengan orang lain.. Bahagia pun akhirnya.. Masa kahwin husband dia bukan ada apa2 sangat. Rumah pun tak ada lagi. Sama2 usahalah sampai tercapai keinginan. Nak anak dah ada, nak rumah pun dah ada.. Semuanya kena usaha.. Itulah jodoh.. Ada masa dan tempat yang sesuai, datanglah ketentuan dalam hidup kita. Kalaulah aku diberi pilihan oleh bf aku, aku nak pilih siapa bakal pasangan hidup aku. Aku berserah pada mak. Sebab dia besarkan aku, sepatutnya dia paham anak dia ni macam mana kan. So, kalau mak aku suruh pilih sendiri, Insyaallah aku pilih orang yang boleh bimbing aku dengan baik dan dapat membahagiakan aku selamanya.. Insyaallah.. Amin..

Thursday, February 05, 2009

Gambar-gambar Dinner 2008


Ini antara gambar2 kenangan aku dengan kawan2 masa dinner 2008 minggu lepas.. Selamat mencuci mata.. Hehhehehhe... Lama aku tak update blog aku ni. Pada pembaca setia blog yang entah apa2 ni, jangan marah ya.. :)
Huhuhuhuh.. Mata dia.. Hahahha..!!!! Mata aku la ni. Hasil lepas sentuhan warna dari Habiba. Ok tak..??? Tak ok comment ja, bukan aku boleh telan sapa2 yang comment pun.. :p Aku disuruh pakai kanta lekap. 1st time aku pakai, gatal siot.. aku dah bermake up ni mana leh garu2.. dah tu aku tahan ja la.. Masa mula2 beli dah try sebab nak bagi biasa, ok la jugak. Tapi masa dah apply make up ni, memang gatal mata aku ni. Tapi aku puas hati dengan sentuhan Habiba ni. Lain muka aku dibuatnya.. Heheheh.. :) Thanks dear.

Ni gambar aku berdiri, baju tu aku pilih theme hitam sebab senang nak match dengan warna apa2 pun. Aku malas nak combine macam2 warna. Warna hitam dengan ungu ni pun aku dah pening nak cari barang2 yang aku pakai ni. Sebabnya aku ni memilih sangat and banyak idea yang tercetus masa aku nak sediakan barang2 ni. Hehehehe.. Aku puas hati jugak dengan combination yang aku buat ni. Puas aku usaha cari barang2 ni semua. Antara aku puas hati adalah.. Jeng3.. Baju ni aku ubahsuai sikit sebab besar dengan badan aku. Kikikiki..~ Dah slim sangat masa aku kecikkan, then masa nak pakai badan aku naik skit plak. Lantak la, selamat ada getah belakang badan ni. Tak kisah sangat pasal badan naik or tak sebab warna hitam bukan nampak sangat pun. Time ni aku start posing la sebab dah siap complete aku pakai ni. Then sambung plak dengan gambar bawah dia ni.. Hehehhe.. (^_^)"

Ha.. Ni gambar aku duduk plak. Lain kan muka aku masa ni.. Aku pun rasa pelik sebab 1st time muka aku berubah jadi macam ni. Bila lagi kan penampilan aku nak berubah.. Macam nak bertunang plak aku tengok ni. Kikikiki.. Padahal nak ke dinner. Sopan sungguh la aku rasa. Susah nak tengok aku pakai kain, selalu seluar dengan selipar ja. Ni lain plak penampilan aku kali ni.. Tatap la puas2 korang pun sebab lepas ni belum tentu aku akan pakai and ada gambar ni lagi.. Kwang3...!!~





















Gambar yang sama ni aku saja ja letak skali sebab candid kan. Biasa la memang aku suka bergambar.. Tambah2 aku dah macam ni, sakan la aku pun.. Dah banyak gambar aku, rasanya dah beribu.. Macam MODEL plak.. Kahkahkah.. Happy siot aku kat sana..



Ini plak aku dengan si Tombaks..!!!! Duet lagu Dua Insan. Boleh la kalau sekadar nak menghiburkan hati tetamu yang hadir. Niat aku bukan nak menang pun.. Saja gatal offer diri dari before dinner lagi.. Aku nak biasakan diri depan orang ramai.. Kan ok.. Kikiki.. (^_^)"


Lepas dinner jangan lupa bergambar dengan kawan2 korang nanti.. Aku ada banyak kenangan dengan kawan ni.. Tapi pendam ja sebab buat apa nak share dengan dia kan.. Sebab dia pun ada kenangan yang sama dengan aku.. Kahkahkah... Masa ni aku ambik kesempatan bergambar dengan dia atas stage.. Tengok belakang tu, VF Award Dinner "Stars & Glitters" 2008.


Aku rasa yang paling vogue malam tu pun tak meletup.. Huahuahauhua.. Sebab vogue sangat.. Hahahhahaha...


DI BAWAH NI ADA GAMBAR2 KENANGAN AKU DENGAN KAWAN2 YANG AKU NAK JUMPA.. TERCAPAI JUGA NIAT AKU NI.. HUHUHUHU..

Antara kawan2 yang aku nak jumpa :




Friday, January 30, 2009

Kuala Lumpur... I'm here..!!!!


Hahahahaha... Sekarang aku dekat KL babe..!!! hehehehhe.. Ada function la kat sini, otherwise takda masa la aku nak sampai sini wei.. Aku ada dinner VirtualFriends.net kat Kelab Darul Ehsan Kuala Lumpur.. Aku bertolak malam jumaat sampai pagi jumaat pukul 4 pagi.. Memang aku mengantuk sangat.. Tak tertahan, ada orang cakap aku tido berdengkur.. Tapi..!!! Aku tak percaya.. Mana ada.. Habih kuat aku mengigau ja.. Heheheheh.. Apa2 pun aku nak enjoy and happy kat sini... :)) Happy Day..! Daaa...

Saturday, January 17, 2009

Apa lagi da..~

Hehehe.. Hari ni aku nak keluar jalan2 pagi2 lagi, mungkin sampai ke petang. Nak tengok apa yang aku buat hari ni. Best ka tak.. Hahaha.. Merepek ja aku ni..

Erm.. Actually aku nak cerita benda lain.. Korang cuba bayangkan diri korang tu aku. Sakit tak hati korang kalau korang terpaksa sakitkan hati orang lain..?? Sebenarnya situasi ni aku tak nak sakitkan hati sesiapa. Tapi bila keadaan memaksa, aku terpaksa sakitkan hati orang tu. Tapi tu bukan jenis yang aku suka buat. Bila aku diam, jangan ditanya2 dekat aku apa, kenapa, kat mana semua.. Time aku out of mood, memang aku nak ada away dari zone aku.. Bolehkan? Aku tak suka nak penat2kan otak aku nak berfikir panjang and belum tentu jadi. Aku penat berfikir dekat office, takkan lepas keja nak berfikir lagi?? ..lagi.. Aku rasa aku tak dapat tangani masalah ni sorang2.. Aku kena cari dia, duduk berbincang.. Tanya apa2 yang patut.. Apa tak kena.. Tapi, aku pun pening jugak.. Aku atau dia yang ada masalah or ada apa2 yang tak kena..?? Takkan aku saja yang kena mengalah? Takkan aku saja yang salah? Takkan aku saja tak boleh itu dan ini..?? <----UNFAIR!!! Tapi, selamat aku jenis tak ambik kisah sangat. Kalau tak memang dah perang besar la.. Aku biarkan saja takdir tentukan segalanya.. Aku takkan bersuara sangat, ok..

Friday, January 16, 2009

Ayat-ayat Cinta..

desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
terkisahku di antara
cinta yang rumit..

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan..

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat ayat cinta bercerita
cinta ku padamu..

bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud..

ketika ku bersujud..

Wednesday, January 14, 2009

Perut..!!!!

Perut...!!! Cepat la baik.. Aku nak keja esok ni..!!! Arrghhhh..!!! Sakit macam ada jarum dalam perut aku ni. Aku salah makan ka or aku sakit lain..??? Huhuhuhu... Aku rasa penat sebab perut ni, pedih.. Cucuk perut aku ni.. Adoi.. Abih la aku kali ni.. Nasib badan.. (-.-)"

Monday, January 12, 2009

Kata2 menusuk hatiku lagi.. Kali ni bukan main2. Aku terasa and aku kecewa dengan sikap manusia sekarang ni. Pernah tak mereka terfikir nak cakap kena berlapik..??? Memang la aku pun cakap pakai main lepas saja. Tapi bila aku fikir2 balik aku akan minta maaf. Tapi bila orang yang buat, takda sorang pun yang rasa bersalah.. Bila aku nak cakapkan pada orang tu, aku terfikir sejenak.. Aku rasa malas nak biarkan dia tahu angkara dia selama ni. Aku biarkan saja asalkan aku tak guris hati sesiapa pun. Mungkin aku jenis yang malas nak bersuara. Aku biarkan masa yang menentukan keadaan aku ni dan hal yang lain. Hari ni aku baru masuk office dari seminggu aku cuti Final Exam hari tu. Mana2 saja mesti ada kutukan untuk orang yang mereka tak suka. Aku kecewa sungguh dengan sikap manusia macam ni, bukannya semua makhluk tu sempurna. Kalau korang dengar lagu "SEMPURNA" tu.. Tipu la wei..!!! Semuanya tak sempurna macam yang diidamkan.. Luaran saja aku nampak elok, ok, takda masalah. Tapi belakang aku.. Argghhh... Biarkan la.. Apa orang tu nak buat, buat la. Aku dengan life aku. Jangan halang..! Aku tak nak blame orang lain, sebab aku pun bukannya perfect. Ada buat salah, boleh dikatakan setiap hari pun ada salah laku yang aku buat. So, memang aku tak boleh salahkan sesiapa la dalam masalah ni walaupun aku kecewa dengan orang tu. Just let it be.. So upset..

Saturday, January 10, 2009

Orang kenal aku, tapi aku tak kenal orang tu..

Ermmm... Ada masalah dengan aku sekarang ni. Ada kawan aku cakap orang tu kenal aku, tapi masalahnya aku tak kenal orang tu. Maybe aku penah lihat tapi aku tak boleh nak mengingat balik sebab dah lama dah benda ni jadi. Hehehehhe.. Aku pun tertanya2 siapa agaknya orang tu. Pelik.. Memang pelik.. Aku tak pasti sapa dia, tapi dia dikatakan kenal aku.. Arrgghhhh...!!!! Bahaya ni, aku pun kena selidik pasal dia.. Hahahaha.. Dia budak kolej aku, tapi sayangnya dia dah pindah kolej KL. Takpa, aku masih leh cari dari orang yang kenal dia. Pandai2 la selidik kan. Kalau hal ni jadi kat korang, mesti tertanya2 jugak kan.. Siapakah gerangan si dia yang mengenali diriku ini.. Chewahhhh..!!! Hahahahah.. Tapi aku pun memang la.. Suka lupa.. Wakkakak.. Susah macam ni. Ingat bila nak exam saja. Tengok paper, keluarkan jawapan. Jawapan ja la aku kena ingat masa aku perlu mengingat. Takkan aku nak mengingat benda lain dalam masa 24 jam..??? Naya hotak aku ja macam ni. Ada masanya kita kena ingat dan ada masanya kita kena lupakan sekejap, letak tepi jap. And ada masanya kita kena beringat2.. Hehehehhe.. Pandai2 ja la aku ni. Merepek pandai la.. Gelak kat mana2 saja. Huhuuh.. Buruk sungguh perangai ni.. Heee.. (^_^)" Erm.. Kawan aku kata lagi kat aku, dia cakap masa tu orang yang kenal aku tu, dia sendiri yang search aku. Dia nak tau sapa budak yang dapat highest marks untuk sem tu. Maybe aku ja yang highest dikalangan pelajar2 part time masa tu. Aku tengok student information, aku punya la.. Hurrmmm.. Masa sem 4 tu memang aku dapat highest marks, tapi takkan aku saja kot. Mesti ada orang lain yang tinggi lagi dari aku ni. Mesti ada punya sebab ada diantara kawan2 aku, sorang ni budak pandai. Power jugak hotak dia. Nama dia Halimah. Pandai.. Coding pun ok, Math pun ok. Memang aku tengah lawan dengan dia masa tu. Hehhheheh.. So, masa nak mid-term or Final aku pulun apa2 yang patut. Tapi ternyata dia power dari aku. Memang "A" person la babe.. Adik pun ok jugak, tapi coding dia ja low sikit. Dulu ada lagi pelajar yang coding dia ok, antaranya Gigy. Tapi sekarang aku marah sangat, tapi biarkan la dia. Dia ada hak untuk tentukan hidup dia. Lagi pun aku tau dia macam mana and keadaan dia macam mana. Kesian tu kesian la, tapi biarlah dia berfikir sendiri. Hurrrmmm... Aku tengok CGPA aku dari sem 1 sampai sem 4.. Fuh..!!!! Best ja aku rasa.. Seronok sangat, tapi bila tengok dari sem 5 sampai sem 7.. Hurrmmm... Down sikit sebab aku dah mula keja permanent kat bank tu. Takda masa aku nak telaah buku malam2. Macam sem 4 dulu, masa tu aku baru start keja. So, keja aku time tu macam main2 sikit. Hahahah.. Mana ada keja main2 kan. Heheheh.. Keja kat Secret Recipe. Sedap..!!! Huhuhuhu.. Masa keja situ, leh skip2 keja. Macam ni, masa hari ada kelas, aku cuti. Masa takda kelas aku keja. Tapi sometime Supervisor aku tu suka tanya aku sebab minta tolong jaga cashier. Aku tak kisah, tapi kalau aku ada hal lepas kelas aku cuba bagi alasan munasabah la aku nak skip. Ishk3.. Teruk sungguh perangai aku. Huhuhuhu.. Tapi masa tu, walaupun aku keja, tapi result aku semuanya mengejutkan aku. Sem tu aku ambik 3 subject ja sebab takda masa sangat nak masuk kelas. Memang sem tu aku rasa bangga dengan diri aku. Heheheh.. Susah aku nak dapat macam tu, mana taknya aku ambik subject semuanya favourite aku. Hahahahah.. Boleh la nak score. Dah minat kan.. Pulun ja la.. Last, lepas result keluar dekat board, ada orang search aku.. Aku tak tau pasal tu. Hari ni baru aku tau sapa yang search aku. Pelik sungguh.. Biarlah orang nak kenal aku, aku tak penah kisah apa2 pun. Dah tau sapa aku, then cakap aku sombong pulak tu. Biarkan saja la, aku rasa aku tak sombong. Cuma berhati2.. Hahahhahah... Sombong2 aku pun aku tolong orang jawab soalan jugak.. Hurrmmm.. (^.^)"

Thursday, January 08, 2009

Bed Time Stories.. Hehehhe..~


Hari ni tamat sudah Final Exam aku untuk semester 8. Sepatutnya aku dah tamatkan pengajian aku aku dalam tahun ni juga. Akhirnya aku kena ambik subject lagi sebab aku budak part time. Aku takut lama2 aku tak tau nak buat apa dengan Diploma aku ni. Aku dah keja tetap, keja bank pulak tu. Bank yang terkenal, tapi orang tak perasan. Terkenal pun dekat Singapore ja la. Ermmm.. Bukan masalah ni aku nak bercerita sekarang.. Hari ni khamis yang bermakna untuk aku. Macam2 aktiviti aku buat hari ni.. Kelmarin pun ada, lagi best wei..!!!! Hehehehhe..!!~ Aku enjoy dua hari aku ni. Ada ka masa ada exam lagi aku gi melalak.. Hahahahha..!!! Lepas tu aku singgah main bowling pulak. Dah orang offer, main ja la. Aku tak kisah. Tapi the whole day kelmarin memang best sangat, aku happy ja memanjang. Susah nak tengok aku macam tu.. Sapa ada masa tu dengan aku, dia tau la aku cam mana. Aku dengan Daya kemarin, dia pun heran kenapa aku seronok.. Hehehhe.. Aku memang seronok sangat la..!! Tak terkata la seronoknya.. Heheheheh.. Aku tunaikan permintaan orang ja masa nyanyi tu. Diorang nak aku nyanyi, aku turut saja. Biarkan, aku nak hilangkan rasa nervous aku ni.. Huhuhuh.. Kenapa yer..??? Mesti la ada sebab kan..??? Biarlah rahsia.. Errrmmmm... Tu cerita kelmarin.. Kisah hari ni pulak, hari aku berlalu dengan nada turun naik pulak. Maksud aku ada time aku ok, ada time frequency aku out sikit.. Sebab utamanya aku tak boleh stop nak berfikir. Hurrrmmm... Semua manusia akan sentiasa berfikir. Otak akan berhenti berfikir pun masa tido ja. Hari ni hari aku agak stress pada mulanya sebab nak kena ingat notes yang aku ringkaskan dari minggu lepas. Tu pun dua hari lepas baru aku baca. Tapi tak masuk hotak aku ni.. Huhuuhuh.. Masa mengadap paper exam yang last tadi, aku teran hotak ni nak keluarkan jawapan yang aku hafal. Last aku rest sekejap, baru senang nak berfikir. Huhuhhu.. Lepas aku dah settle mana2 soalan yang aku tau, aku keluar ambik angin jap. Aku masuk balik bilik exam tu, check apa2 yang patut then aku dah tak larat nak berfikir. Malam pun tido lambat.. Nervous babe..!!! Sakit orat tengkuk aku ni. Huurrrmmm.. Kalau ending cerita exam aku ni dengan cara elok kan bagus.. Macam cerita "Bed time Stories" tu.. Hehehehhe.. Best cerita tu.. Apa si Steekey tu cerita, bila anak2 sedara dia sambung dia tak puas hati and dia tokok tambah lagi. Lepas tu bila benda jadi real kat dia baru dia tau, imaginasi budak2 tu kuat dan pengaruh kehidupan dia. Heheheh.. Tapi macam terhegeh2 ja adam dalam cerita tu. Masa last baru dia ok. Lawak.. Lawak sangat. Aku rasa aku la gelak kuat dalam panggung tu hari ni.. Hahahhah.. Happy ja aku masa tonton movie tu. Budak perempuan tu aku suka dia. Comel sangat, macam anak sedara aku kat KL tu. Tapi anak mat salleh ni lawa lagi, rambut panjang, cantik, mata dia cute.. Kalau la aku bercerita dengan anak2 sedara aku macam dalam cerita tu, kalau jadi benda betul kat aku, aku mesti rasa kelakar.. Impossible la benda nak jadi macam tu.. Tapi, betul2 jadi la.. Aku call Biba, kesian dia.. Aku call la, cakap apa2 dengan dia. Aku bagi tau aku tengok wayang. Then aku tanya dia pasal keja dia tu, ada orang call tak.. Dia cakap takda so dia cerita la kat aku macam mana situasi dia call orang kat tempat keja dia tanya tu, kebetulan aku seronok and terpengaruh skit cerita Bed time Stories tu, aku tokok tambah la cakap dia tadi. Lepas 20 minit macam tu dia mesej aku dia cakap orang tempat keja dia apply tu dah call dia, bagitau date dia boleh keja bila. Tapi dia kena campak so dia kena tundakan dulu. Aku suruh dia rehat and jaga diri, teruk badan dia kena campak. Lepas makan aku gelak sorang2, terasa macam cerita Bed time Stories tu jadi dekat aku pulak. Hahahahha.. Aku jadi budak2 yang suka tokok tambah cerita pak cik diorang tu and Biba pulak jadi Adam. Hehehehhe.. Kan seronok jadi macam ni.. Hahahaha..