CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 29, 2008

Allah yubarik fik


Allah yubarik fik, Akh..~
Ok readers.. aku dah muak dengan dunia sekarang ni. Tiada apa yang menarik melainkan kita berdoa dan bersujud padaNya sahaja setiap saat, setiap minit dan setiap waktu.. Aku teramat bersyukur kerana usiaku kini sudah menjangkau 20 tahun dan aku masih lagi bernafas seperti orang lain. Cukup sifat dan sempurna kehidupan aku. Cuma kadangkala aku terasa bosan dengan kehidupan aku. Hari ni juga aku seperti tertipu dah terkena lagi.. Apalah nasib aku agaknya.. Asyik terkena saja jawabnya.. Adakah ni salahku saja atau orang yang terlibat sekali JOIN SEKAKI dengan aku.. Aku rasakan dunia kehidupan aku sekarang ni makin merundum dan tertinggal di belakang, terkapai-kapai mengejar dia di hadapan.. Perasaan aku dipermainkan dan aku tidak puas hati dengan tindakan dia selama ini.. Begitu taksub dirinya pada dunia ni dan sanggup melukakan hati naluri wanitaku ni. Adakah patut..??? Moga Allah curahkan rahmat dan dia diberi hidayah. Aku bukan apa sangat, cuma aku terasa TERTIPU, kenapa dia nak kena buat perasaan aku macam ni..?? Sungguhpun dia tak suka aku sekalipun, cakap ja.. Aku pun tak tersinggung sangat dengan perbuatan dia di belakang aku. Sekarang ni memang aku nekad akan tinggalkan kehidupan aku yang suka berkawan dengan "Akh" begini. Aku bertekad kerana sudah cukup rasanya pengalaman yang aku ada sekarang ni, aku inginkan kehidupan yang bebas dan sempurna serta tidak memeningkan. Biar aku menjauhkan diri dan "belayar" dari kehidupan dia kerana aku pun tak nak tertipu berkali-kali lagi. JUST BE ALERT AROUND US.. Jangan sesekali kena menipu atau tertipu sbb semua ni akan patah balik kat kita di masa depan... Bahaya sangat..!!

0 comments: