CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 29, 2008

Garra Rufa


Dalam hidupku selama 18 tahun membesar sehinggalah aku menjangakau 20 tahun, aku dikejutkan dengan terapi ikan spa. Ikan-ikan ni kalau sedara sedari sekalian tahu memang berada di merata tempat. Tetapi ikan ini bukan saja ikan.. Malahan ia merupakan ikan yang dicipta Allah untuk menyihatkan kaki manusia yang penat dah lenguh selepas berjalan jauh. Cuba sedara dan sedari mencubanya sendiri di mana-mana kawasan atau kompleks membeli belah yang berdekatan. Ia sejenis ikan yang terbaru di seluruh dunia terutama di Asia. ia terkenal dengan "terapeutik" rehat dengan ikan yang unik, pada umumnya dikenali sebagai Ikan Spa atau nama saintifiknya "GARRA RUFA FISH".. Ikan tersebut tidak terdapat di negara kita sendiri, malahan sekawan ikan ni berhijrah dari Timur Tengah ke Malaysia dan merata tempat di dunia ini lagi. Ia merupakan ikan yang berasal dari kolam air panas dan mempunyai sepuluh spesis berlainan dan boleh dikategorikan kepada dua keluarga utama - "licker" dah "sticker". Semuanya berbeza dari segi luaran tetapi amat terkenal dengan keupayaan untuk mengesan dan memakan sel-sel mati dari permukaan kulit kita, lantas menjadikan kulit kita lebih lembut dan segar. Fuh... Terlalu panjang untuk aku ceritakan sehingga habis. Hehehehhe.. Agaknya harus anda sendirilah yang mencubanya. Aku telah mencubanya kerana dipaksa.. Pada mulanya ada seorang pelanggan wanita telah memasukkan kaki.. dai menjerit kerana terasa geli digigit ikan-ikan kecil tersebut. Aku pun mula tak nak masukkan kaki ke dalam kolam kecil tu. Tapi dipaksa, ikut saja la. Malas aku nak bising-bising sebab "mood" aku dalam keadaan kurang stabil. Lantas aku mula merendamkan kaki, ikan-ikan kecil tu serbu dan memulakan tugas-tugas mereka.. Aku menjerit geli, memang geli la..!!!! Hahahahha...!!!! Tapi untuk seketika sahaja. Selepas beberapa minit direndam aku rasa geli pada kaki ku mula reda dan aku kembali tenang dengan situasi asal semula.. Selepas 15 minit merendamkan kaki, aku mula mengeringkan pula kaki ku dengan tuala kaki yang disediakan. Memang berkesan, selepas penat berjalan, ikan-ikan tersebut telah memulihkan kaki aku dan rasa lenguh serta penat pada kaki telah lesap dimamah ikan tadi.. Akhir kata dariku, "Manjakan kaki anda dengan Spa Ikan". Heheheh.. Memang best..

0 comments: