Penting tak dia..??? Memang dia penting dalam hidup aku selama ni. Aku kenal dia dari aku kecik lagi, tapi sekarang kami dah berenggang.. Aku sedih sangat sebab selama ni dia la tempat aku nak mengadu apa-apa masalah pun. Aku sayang dia macam adik beradik aku sendiri. Tapi salah aku juga sebab suatu hari tu dia kena fire buta dengan aku. Memang aku ada janji dengan dia tapi masa tu lain, sekarang ni lain. Masa mengubah segalanya.. Bukan keadaan kita akan kekal sama ja selalu. Ada situasi yang akan mengubah kita jugak nanti. Sama ada lambat dan cepat saja. Bagi aku dia adalah punca inspirasi aku semasa aku dibangku sekolah dulu. Kami sama-sama belajar sampai la timbul keinginan aku nak belajar bersungguh-sunggguh. Memang dia la selalu encouraged aku untuk belajar. Dalam kelas aku malas nak study subjek Sejarah. Malas sangat bila subjek tu start dalam kelas. Dia la pujuk aku suruh buka buku and usaha faham dengan sejarah dunia ni. Kalau aku mengingat kisah lampau aku dengan dia memang leh buat novel dah. Tapi sekarang ni dah terlambat, pintu hati dia dah tertutup untuk aku jadi kawan dia. Bukan salah dia aku nak marah dia minggu lepas. Semua ni pasal orang lain, tapi dia kena tempias. Kesian dia, aku pujuk tapi tak makan saman. (-.-)* Aku pun salah sebab menyebelahi orang yang tak sepatutnya. Dia ni aku kenal dari aku darjah tiga, sapa tak
sayang kawan. Aku ada masalah, dia tarik untuk aku cerita dengan dia sebab nak bagi aku redha sikit dengan keadaan masa tu. Aku selalu ke sekolah dengan muka masa, tapi dia dengan kawan-kawan aku yang lain la yang pandai ceriakan aku, buat aku gelak besar. Even kalau barang aku kena rampas dengan pengawas, dia la tolong settlekan. Tapi sekarang ni.. Disaat aku perlukan dia, dia dah tak terima aku lagi dah. Dia mengaku dia maafkan kesalahan aku tapi dia taknak jumpa aku dah. Salah aku ni terlalu besar bagi dia sehingga dia pun nak reject aku macam sebelum ni aku kena reject dengan orang lain. Hanya orang tertentu saja dapat paham aku, bukan semua boleh sekepala dengan aku. Bila timbul situasi macam ni, pelbagai persoalan la aku terima dari semasa ke semasa. Kawan aku yang lain banyak bertanya aku kenapa jadi macam ni. Aku nak explain pun aku tak tau macam mana. Keadaan dan situasi yang mengubah tingkah laku aku, bukan aku sendiri yang nak benda ni jadi. Kehidupan aku muram tanpa dia di sisi aku. Persahabatan aku dan dia terhenti di sini saja. Tarikh hari ni menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Akhirnya tercipta lagi sejarah hitam dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku agaknya..??? Biar Allah saja yang menentukan keadaan aku dan dia. Bila dia dah sejuk sikit, aku harap aku dapat memujuk dia. Sempena raya haji hari tu ada aku berniat nak jumpa dia kat rumah kawan aku, tapi dia yang tak nak datang. Puas aku telefon rumah dan handphone dia. Takda jawapan.. Last, aku give up, aku pasrah saja pada yang Esa. Insyaallah sejuk la hati dia untuk aku suatu hari nanti. Insyaallah.. Aku yang bersalah, aku mengaku kesalahan aku. Manusia tak semuanya sempurna dan takda manusia yang sempurna dalam dunia ni. Fikirlah dulu sebelum bertindak.. Kalau tak menyesal tak sudah macam aku ni.. Sedih babe..~
Friday, December 12, 2008
Sahabatku..
Posted by Bantal Merah at Friday, December 12, 2008 1 comments
Monday, December 08, 2008
Gambar-gambar untuk renungan..
Aku post gambar-gambar kenangan aku dengan mak cik2 aku dan gambar family aku..
Ni gambar aku dengan mak cik kesayangan aku.. Tiap-tiap tahun aku tunggu semua balik Penang. Takda diorang aku bosan, takda kawan nak lepak and takda kawan nak mengadu.
Ini pun gambar kenangan raya tahun 2008 dengan mak cik mak cik aku.. Padahal umur kami tak banyak beza sangat. Pangkat saja membezakan kami. Asal balik Penang saja, aku la peneman setia mereka berdua ni nak gi Batu Feringgi, buat apa lagi.. Cari DVD la.. Hahahah..!!~
Gambar ni pulak aku dengan budak kopi ni.. hehehhe.. Dia sorang ja gelap dari kakak and abang-abang dia yang kembar tiga tu.. Nama dia Raja Darwisy.. Anak sedara kesayangan aku, tapi dia stay jauh ar.. Rindu aku kat dia ni.. Raya Haji dia tak balik Penang sebab cuti mak dia dah abih. Cian dia.. hehehhe.. Comel sangat.. Aku suka kacau dia. Dia suka gelak dan aktif sangat dari kembar tiga tu.
Ha...!!! Ni dia gambar kembar tiga yang aku cakap tu.. Kali ni bergambar dengan adik dia Si Awisy.. Heheheh.. Pagi raya gambar ni aku suruh ayah diorang candid sementara awisy atas sofa lagi. Sedondon ja diorang ni.
Ni plak.. Mariam Maisarah dengan mama dia, kakak aku la. Kakak aku yang sulong. Dia keja sekali dengan aku, tapi aku jarang sekali dan boleh kira berapa kali aku keluar lunch dengan dia. Hehehhe..~ Biasa la, aku tak sebulu dengan dia kadang-kadang tu. Malas aku nak melayan sangat. Time ni Sarah makan muruku, makanan kesukaan dia la, apa lagi..
Posted by Bantal Merah at Monday, December 08, 2008 0 comments
Bercerita tentang..
Apa agaknya aku nak bercerita dalam post kali ni...??? Hurrmmmmm...~ Aku kurang pasti jugak ni. Ok, aku seorang gadis berasal dari keturunan jawa. Kehidupan aku tak lari dari adat-adat orang jawa, itu semestinya la kan. Ini pasal perkenalan seorang gadis seperti aku dengan orang-orang biasa. Asalkan aku bercakap, ketawa, dan bermesra dengan orang ramai, perwatakanku sering dipertikaikan. Soalan yang sering dilontarkan padaku selalunya membuatkan aku sentiasa ketawa besar.. Adakah patut aku dikatakan anak mami Pulau Pinang.. Agaknya perbezaan kulit aku dengan saudaraku yang lain amat ketara. Ya, memang berbeza sekali. Tapi itu tidak memungkinkan aku untuk mengatakan yang aku anak mami. Hahahhah..!!! Aku bukan anak mami, aku berketurunan jawa yang selalunya keturunan aku disebut-sebut orang ramai sekarang.. Bukan calang-calang jawa. Setahu aku, aku masih lagi berdarah jawa yang tulen sehinggalah turun ke peringkat anak saudara aku yang lain semuanya bukan asli lagi dah. Ada yang dah bercampur jepun dan mat saleh semua la. Biarlah bercampur macam mana pun, insyaallah anak-anak aku kelak masih berketurunan jawa. Aku suka dan bangga dengan keadaan aku sekarang. Bukannya aku malu atau apa-apa pun. Aku hanya insan biasa seperti orang lain juga. Semuanya sama taraf di dunia ni. Cuma kulit yang membezakan keturunan dan darjat kita. Tiada yang berbeza sangat pun. Ada juga yang mengatakan aku ni bukan berasal dari Pulau Pinang, bukannya aku bercakap seperti orang KL ka, Kedah ka.. Pertuturan aku biasa saja, orang lain sepatutnya tahu dari percakapan aku tu. Biar la orang nak cakap apa pun, asalkan aku tahu asal usul aku dan tak dikatakan sombong. Bercakap pasal sombong pulak, ada orang nak cakap jugak pasal ni.. Ishk..!! Aku bukannya sombong, padahal punya ramah ka aku ni nak bercakap dengan orang cuma kadangkala aku memandang seseorang la sebelum berkawan. Aku ni tak semestinya boleh masuk satu kepala dengan orang lain yang boleh terima aku. Masing-masing punya pendapat dan boleh memilih rakan dan pasangan yang bersesuaian dengan mereka. Selain dari tu, mungkin pandangan orang lain yang dilontarkan padaku tu terlalu sempit pemikiran mereka. Belum kenal dah cakap sombong. Belum bercakap dah kata itu ini dibelakang aku. Allah saja la yang tahu hal-hal ni semua walaupun aku tak mendengar bisikan panas mereka. Lantak lah, aku slumber ja jalani hidup suka dan duka aku ni. Bagi aku tiada masalah, semuanya rata. Beres..~ Aku juga dikatakan manja sebab aku seringkali ditanya aku ni anak keberapa dalam keluarga. Asal aku cakap anak bongsu saja, "Mesti anak manja kan..". Padahal diorang ingat anak manja ni senang dapat apa-apa saja la.. Sempitnya la pemikiran diorang.. Aku biarkan saja, bila diorang dah ada anak nanti diorang paham la keadaannya macam mana. Segelintir kawan aku berkata pulak, dari body movement aku dan percakapan aku ni ada kalanya aku ni memang manja, tapi aku nafikan sebab aku taknak orang cakap aku mengada pulak. Malas nak dengar orang gosip dibelakang aku. Cemburu pun ada gak.. Hahahahha... Panjang sikit citer aku kali ni.. (^.^)" Cemburu.. tak pasal-pasal aku ni dicemburui orang lain pulak. Apa ada dengan aku, aku pun tak tau. Apa aku ada perempuan lain pun ada.. Allah menciptakan kaum hawa tu sama cuma paras rupanya saja yang berbeza. Tipu la kalau aku pun tak cemburu kan.. Hehehe.. Tapi setengah orang dapat mengawal dan tidak cemburu buta. Aku pun latih diri aku macam tu juga. Buat apa nak cemburu.. Banyak benda lagi boleh kita lakukan. Buang masa saja nak jealous ni semua. Buat gemukkan badan or kuruskan badan bagi sesiapa yang makan hati. Akhir sekali aku selalu dikatakan GARANG.. Hahahhha...!!!~ Memang kot sebab aku tak dapat nak menahan perasaan aku dari marah. "Panas" sangat wei..! Tapi aku kawal la bila nak marah, taknak orang lain sakit hati dan terasa sampai mati dengan kata-kata aku nanti. Aku dah pernah buat orang sakit hati, walaupun sekarang dia dah baik dengan aku, tapi ayat-ayat aku yang dilemparkan pada dia masih dalam ingatan. Hehehhehe..~ Sebab tu aku bila rasa nak marah aku jauhkan diri dari orang yang nak kena tu then aku menyendiri takut nanti orang lain pulak yang kena tempias penangan aku. Kebiasaannya aku akan tenangkan diri dekat laut atau kawasan yang tak ramai orang. Tak bising sangat. Aku suka bawa diri.. Senang sikit. Kalau aku marah or kena marah, aku tak suka kena pujuk, hujan susah pulak. Biar la aku sendiri dan bawa diri.. Dah.. Tu la sifat aku sebenarnya..
Posted by Bantal Merah at Monday, December 08, 2008 0 comments
Saturday, December 06, 2008
Happy & Sleepy
Posted by Bantal Merah at Saturday, December 06, 2008 0 comments
Posted by Bantal Merah at Saturday, December 06, 2008 0 comments
Friday, December 05, 2008
(-.-)"
Why dont you tell me that..??? Yes, it is not necessary.. But just tell me.. Dont let me wait..
Posted by Bantal Merah at Friday, December 05, 2008 1 comments
Thursday, December 04, 2008
Trajedi 4 Disember 2008
Insyaallah no more any cases happen again. Insyaallah..
Posted by Bantal Merah at Thursday, December 04, 2008 0 comments
Tuesday, December 02, 2008
kehidupan aku lebih lama..???
Pengalaman aku hari ni aku teringat kembali keadaan aku sebelum kena surgery kat Lam Wah Ee Hospital. Masa tu aku terasa sakit dekat pejabat selama seminggu berturut-turut dengan keadaan tak selesa. Aku masih menyambung dan menghabisakan keja aku seperti biasa setiap hari sehingga pada satu tahap aku tak tertahan dan aku berjumpa dengan doktor panel aku. Aku menceritakan keadaan aku padanya. Kemudian disuruh baring pula dan dia mula menekan bahagian perut aku yang terasa sakit. Aku masih boleh mengawal keadaan aku, dan kemudian dia berkatakan yang aku hanya sakit biasa dan aku diberikan ubat untuk buang angin dalam perut. Tetapi dia berpesan jika aku masih terasa sakit selepas memakan ubat tersebut, aku kena refer balik dengan dia. Aku pulang semula ke pejabat dengan harapan ubat yang aku dapat tu boleh heal la kata orang putih ni.. Aku makan la ubat tu, di"pack" dalam bungkusan biru yang bersaiz kecil. Sebungkus ja aku dapat, dia cakap ubat tu power rangers... Heheheh... Selang beberapa hari aku makan ubat tu, aku rasa lega sikit. Masa tu hari ahad, aku ingat lagi.. Aku online petang dekat rumah, macam biasa la aku nanti duduk atas kerusi komputer aku dan aku bersilah atas kerusi. Tiba-tiba aku menjerit kesakitan seorang diri kat rumah. Esok tu aku pun refer la balik dengan 3/4 tu. Hahahahha... Nama dia Dr. Sukumaran. Kemudian aku beritakan khabar aku selama dua hari selepas Jumaat tu plak. Asyik suruh aku baring lagi. Kemudian aku ditekan-tekan lagi la. Kali ni bukan main pedih aku rasa sebab dia tekan dalam sikit. Dia cakap dekat aku perut aku ni dah tak stabil, so dia nak hantar aku masuk hospital. Kemudian aku cakap aku selesa dengan hospital Lam Wah Ee.. Dia pun issue la surat untuk bos aku dengan doktor yang akan merawat aku dekat sana nanti. Aku pun menangis sebab nak kena bedah, takut woi..!!! Last masa Monday 1 July 2008 aku admitted hospital tu la.. Panjang sangat aku nak taip pun nama hospital tu.. Yang teman aku malam tu, si "dia" la.. Setianya dia pada aku cuma Allah saja yang tau. Dia jaga aku malam tu sebab aku dah kena masuk drip tak boleh nak lena.. Sakit nurse tu cucuk kat tulang lengan aku. Mangkuk ayun punya nurse.. Sakit dah kena cucuk, lenguh kat appendix plak satu hal.. aku tak boleh lena la.. Dah seminggu tidur aku terganggu. Ha..!! Lupa nak cerita sini, aku kena appendix masa tu.. Hahahah... Padan dengan muka aku. Dia teman aku dia pun tak lena satu malam tu. Aku tak lena dia risau, sebab tu dia pun tak lena. Kesian plak kat dia, pagi subuh dia dah bergerak balik rumah nak siap-siap pergi kerja. Petang 2 July 2008 tu aku kena bedah dah.. Aku ingatkan bilik pembedahan tu besar mana la sangat, kecik ja wei...!! Pas kerja dia datang lagi.. Memang kesian, dia plak macam tak sihat nak kena jaga aku semalaman, tapi selamat nurse cakap tak boleh teman. Keadaan aku masa tu ada bius lagi, so aku tak sedar sangat sapa yang melawat aku semua la.. Aku keja nak lena saja kena bius.. Sakit juga, aku pn tak ingat dah macam mana aku boleh masuk OT tu kemudian aku keluar.. Masa sampai wad dari OT tu, aku dengar suara Maisarah, anak sedara aku yang paling aku sayang. Aku boleh terjaga sebab berapa lama aku tak dengar suara dia. Terasa rindu, aku celikkan mata, tengok-tengok mak aku ada skali dengan kakak aku. Tiba-tiba aku rasa terharu dengan kehadiran mak aku. Tapi kejap ja dia datang. Mungkin dia penat agaknya.. Aku tak halang perjalanan dia.. Biar dia pulang sebab aku dah selamat keluar dari OT. Aku teringin sekali nak sembang dengan dia tapi dengan keadaan aku macam ni aku baik brdiam diri saja. Selepas malam kedua aku di hospital, malam ketiga aku pulang ke rumah. Kawan-kawan aku melawat aku. Kawan baik aku dekat pejabat la yang datang.. Aku masih lagi sakit nak berjalan tapi aku gagah juga jalan ja nak jumpa kawan-kawan aku dekat hall rumah aku tu. Terasa rindu kat kawan aku. Dua minggu aku dapat cuti. Minggu pertama aku sihat sikit aku bergerak slow juga la.. Aku dah mula masuk kelas sebab dah banyak aku tertinggal belakang.. Sir pun suruh aku balik jangan datang lagi, tapi aku masuk kelas juga sebab nak habiskan subjek aku tu, malas nak repeat lain lagi. Dan dah beberapa minggu aku sihat dari sakit ni, aku mula masuk pejabat macam biasa la. Tapi keadaan aku masih slow sebab aku takut benang dekat surgery part ku tu terbuka plak, naya ja aku jawabnya. Aku buat kerja slow, bos aku pun senyap ja.. Dia pun banyak tolong aku juga menguruskan hal-hal berkaitan hospital tu. Memang aku hargai pertolongan dan pengorbanan diorang semua la.. Allah maha kaya, DIA saja boleh membalas jasa orang-orang yang tolong aku selama aku sakit tu. Insyaallah.. Alhamdulillah aku cepat sembuh.. Aku berpantang selama sebulan, aku kawal nak makan pedas-pedas, dan macam-macam lagi la..
Posted by Bantal Merah at Tuesday, December 02, 2008 0 comments
Monday, December 01, 2008
Pesta..
Posted by Bantal Merah at Monday, December 01, 2008 0 comments
Saturday, November 29, 2008
Garra Rufa

Dalam hidupku selama 18 tahun membesar sehinggalah aku menjangakau 20 tahun, aku dikejutkan dengan terapi ikan spa. Ikan-ikan ni kalau sedara sedari sekalian tahu memang berada di merata tempat. Tetapi ikan ini bukan saja ikan.. Malahan ia merupakan ikan yang dicipta Allah untuk menyihatkan kaki manusia yang penat dah lenguh selepas berjalan jauh. Cuba sedara dan sedari mencubanya sendiri di mana-mana kawasan atau kompleks membeli belah yang berdekatan. Ia sejenis ikan yang terbaru di seluruh dunia terutama di Asia. ia terkenal dengan "terapeutik" rehat dengan ikan yang unik, pada umumnya dikenali sebagai Ikan Spa atau nama saintifiknya "GARRA RUFA FISH".. Ikan tersebut tidak terdapat di negara kita sendiri, malahan sekawan ikan ni berhijrah dari Timur Tengah ke Malaysia dan merata tempat di dunia ini lagi. Ia merupakan ikan yang berasal dari kolam air panas dan mempunyai sepuluh spesis berlainan dan boleh dikategorikan kepada dua keluarga utama - "licker" dah "sticker". Semuanya berbeza dari segi luaran tetapi amat terkenal dengan keupayaan untuk mengesan dan memakan sel-sel mati dari permukaan kulit kita, lantas menjadikan kulit kita lebih lembut dan segar. Fuh... Terlalu panjang untuk aku ceritakan sehingga habis. Hehehehhe.. Agaknya harus anda sendirilah yang mencubanya. Aku telah mencubanya kerana dipaksa.. Pada mulanya ada seorang pelanggan wanita telah memasukkan kaki.. dai menjerit kerana terasa geli digigit ikan-ikan kecil tersebut. Aku pun mula tak nak masukkan kaki ke dalam kolam kecil tu. Tapi dipaksa, ikut saja la. Malas aku nak bising-bising sebab "mood" aku dalam keadaan kurang stabil. Lantas aku mula merendamkan kaki, ikan-ikan kecil tu serbu dan memulakan tugas-tugas mereka.. Aku menjerit geli, memang geli la..!!!! Hahahahha...!!!! Tapi untuk seketika sahaja. Selepas beberapa minit direndam aku rasa geli pada kaki ku mula reda dan aku kembali tenang dengan situasi asal semula.. Selepas 15 minit merendamkan kaki, aku mula mengeringkan pula kaki ku dengan tuala kaki yang disediakan. Memang berkesan, selepas penat berjalan, ikan-ikan tersebut telah memulihkan kaki aku dan rasa lenguh serta penat pada kaki telah lesap dimamah ikan tadi.. Akhir kata dariku, "Manjakan kaki anda dengan Spa Ikan". Heheheh.. Memang best..
Posted by Bantal Merah at Saturday, November 29, 2008 0 comments
Allah yubarik fik

Allah yubarik fik, Akh..~
Ok readers.. aku dah muak dengan dunia sekarang ni. Tiada apa yang menarik melainkan kita berdoa dan bersujud padaNya sahaja setiap saat, setiap minit dan setiap waktu.. Aku teramat bersyukur kerana usiaku kini sudah menjangkau 20 tahun dan aku masih lagi bernafas seperti orang lain. Cukup sifat dan sempurna kehidupan aku. Cuma kadangkala aku terasa bosan dengan kehidupan aku. Hari ni juga aku seperti tertipu dah terkena lagi.. Apalah nasib aku agaknya.. Asyik terkena saja jawabnya.. Adakah ni salahku saja atau orang yang terlibat sekali JOIN SEKAKI dengan aku.. Aku rasakan dunia kehidupan aku sekarang ni makin merundum dan tertinggal di belakang, terkapai-kapai mengejar dia di hadapan.. Perasaan aku dipermainkan dan aku tidak puas hati dengan tindakan dia selama ini.. Begitu taksub dirinya pada dunia ni dan sanggup melukakan hati naluri wanitaku ni. Adakah patut..??? Moga Allah curahkan rahmat dan dia diberi hidayah. Aku bukan apa sangat, cuma aku terasa TERTIPU, kenapa dia nak kena buat perasaan aku macam ni..?? Sungguhpun dia tak suka aku sekalipun, cakap ja.. Aku pun tak tersinggung sangat dengan perbuatan dia di belakang aku. Sekarang ni memang aku nekad akan tinggalkan kehidupan aku yang suka berkawan dengan "Akh" begini. Aku bertekad kerana sudah cukup rasanya pengalaman yang aku ada sekarang ni, aku inginkan kehidupan yang bebas dan sempurna serta tidak memeningkan. Biar aku menjauhkan diri dan "belayar" dari kehidupan dia kerana aku pun tak nak tertipu berkali-kali lagi. JUST BE ALERT AROUND US.. Jangan sesekali kena menipu atau tertipu sbb semua ni akan patah balik kat kita di masa depan... Bahaya sangat..!!
Posted by Bantal Merah at Saturday, November 29, 2008 0 comments
Kawan
Posted by Bantal Merah at Saturday, November 29, 2008 0 comments
Thursday, November 27, 2008
Love..
What do we know about love.. I know every body have been love with some one they really loved at this time.. hehehhe.. To me LOVE is just a simple word that people could think they can grab it whenever they want and whenever they like.. It is impossible if we could throw the love away.. yeah2.. It is hard to remove it.. Once u got it, please make sure u take good care of it bcoz its worth it..
No one could lay the love to anybody in way we like.. understand..?? It means.. we can't control the love, the feels is out of humans control.. Even animals understand it. Not only us..
In this very first blog, I wanna story about LOVE..
Just a simple days but it is complicated life I had since I was small. Why "they" like to "punish" their own feelings and mine..!!!???? I dont understand this.. To me its cruel..!!! No body likes to be yelling around, screamed and fighting.. It is not the way to live in this world.. There's a better thinking to make a life perfect but people always take negative way to survive.. "they" punished us, they dont really appreciate the love towards me.. I just like.. errrggghhhh..!!!! I hate this.. This situation mades me thinking ways of surviving by stand alone on my own feed. Hey readers, do you notice that LOVE could ever change us?? LOVE can make people crazy. It has it's own "powers" to change some one that who never been love.. Even kids knows about it.. But to some buddies, they dont really love some one in the way they want too.. This is bcoz they couldn't fine what is exactly love is. To me, love is to make some one feel comfortable, care about them, give a kiss, hugging, and many more.. Why don't they do this all the time..? They can make it, it is simple as ABC.. In other way, you can just say 3 words.. "I LOVE YOU..!" Simple right..?? Readers, if you love somebody, don't keep it in your heart.. Lay it, it could calm you down such as ice make u cold when you thirsty.. Seens like I always cant say it out until the person "left" us.. I always missed that time.. the time i should express my love to the loved once.. Come on, don't be shy to mentioned about love to anybody, it is preciuos.. Love them all..
Posted by Bantal Merah at Thursday, November 27, 2008 0 comments






