CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 12, 2008

Sahabatku..

Penting tak dia..??? Memang dia penting dalam hidup aku selama ni. Aku kenal dia dari aku kecik lagi, tapi sekarang kami dah berenggang.. Aku sedih sangat sebab selama ni dia la tempat aku nak mengadu apa-apa masalah pun. Aku sayang dia macam adik beradik aku sendiri. Tapi salah aku juga sebab suatu hari tu dia kena fire buta dengan aku. Memang aku ada janji dengan dia tapi masa tu lain, sekarang ni lain. Masa mengubah segalanya.. Bukan keadaan kita akan kekal sama ja selalu. Ada situasi yang akan mengubah kita jugak nanti. Sama ada lambat dan cepat saja. Bagi aku dia adalah punca inspirasi aku semasa aku dibangku sekolah dulu. Kami sama-sama belajar sampai la timbul keinginan aku nak belajar bersungguh-sunggguh. Memang dia la selalu encouraged aku untuk belajar. Dalam kelas aku malas nak study subjek Sejarah. Malas sangat bila subjek tu start dalam kelas. Dia la pujuk aku suruh buka buku and usaha faham dengan sejarah dunia ni. Kalau aku mengingat kisah lampau aku dengan dia memang leh buat novel dah. Tapi sekarang ni dah terlambat, pintu hati dia dah tertutup untuk aku jadi kawan dia. Bukan salah dia aku nak marah dia minggu lepas. Semua ni pasal orang lain, tapi dia kena tempias. Kesian dia, aku pujuk tapi tak makan saman. (-.-)* Aku pun salah sebab menyebelahi orang yang tak sepatutnya. Dia ni aku kenal dari aku darjah tiga, sapa tak sayang kawan. Aku ada masalah, dia tarik untuk aku cerita dengan dia sebab nak bagi aku redha sikit dengan keadaan masa tu. Aku selalu ke sekolah dengan muka masa, tapi dia dengan kawan-kawan aku yang lain la yang pandai ceriakan aku, buat aku gelak besar. Even kalau barang aku kena rampas dengan pengawas, dia la tolong settlekan. Tapi sekarang ni.. Disaat aku perlukan dia, dia dah tak terima aku lagi dah. Dia mengaku dia maafkan kesalahan aku tapi dia taknak jumpa aku dah. Salah aku ni terlalu besar bagi dia sehingga dia pun nak reject aku macam sebelum ni aku kena reject dengan orang lain. Hanya orang tertentu saja dapat paham aku, bukan semua boleh sekepala dengan aku. Bila timbul situasi macam ni, pelbagai persoalan la aku terima dari semasa ke semasa. Kawan aku yang lain banyak bertanya aku kenapa jadi macam ni. Aku nak explain pun aku tak tau macam mana. Keadaan dan situasi yang mengubah tingkah laku aku, bukan aku sendiri yang nak benda ni jadi. Kehidupan aku muram tanpa dia di sisi aku. Persahabatan aku dan dia terhenti di sini saja. Tarikh hari ni menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Akhirnya tercipta lagi sejarah hitam dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku agaknya..??? Biar Allah saja yang menentukan keadaan aku dan dia. Bila dia dah sejuk sikit, aku harap aku dapat memujuk dia. Sempena raya haji hari tu ada aku berniat nak jumpa dia kat rumah kawan aku, tapi dia yang tak nak datang. Puas aku telefon rumah dan handphone dia. Takda jawapan.. Last, aku give up, aku pasrah saja pada yang Esa. Insyaallah sejuk la hati dia untuk aku suatu hari nanti. Insyaallah.. Aku yang bersalah, aku mengaku kesalahan aku. Manusia tak semuanya sempurna dan takda manusia yang sempurna dalam dunia ni. Fikirlah dulu sebelum bertindak.. Kalau tak menyesal tak sudah macam aku ni.. Sedih babe..~

Monday, December 08, 2008

Gambar-gambar untuk renungan..

Aku post gambar-gambar kenangan aku dengan mak cik2 aku dan gambar family aku..


Jeng..!! Jeng..!! Jeng..!! Ni lah gambar keluarga aku belah mak.. Masa ni beraya dekat rumah adik mak aku. Maid kakak aku pun tumpang glamor la tu. Yang sebelah aku tu dikatakan kembar aku padahal dia kakak pada aku. Aku cakap kembar sebabnya kalau kami keluar berdua, cara pakaian, dan gelagat kami ni macam orang kembar lain la. Muka seiras, pakai kaca mata plak, tinggi lebih kurang, cara jalan pun sama. Minat pun sama.. Hahahah.. Almost everything la babe.!!! Yang berkurung merah tu kakak aku yang kedua, ibu pada si kembar tiga. Sebelah dia plak, mak kesayangan aku la, sapa lagi kan.. and so on la.. panjang nak bercerita ni.. Heheheh.. ~






Ni gambar aku dengan mak cik kesayangan aku.. Tiap-tiap tahun aku tunggu semua balik Penang. Takda diorang aku bosan, takda kawan nak lepak and takda kawan nak mengadu.









Ini pun gambar kenangan raya tahun 2008 dengan mak cik mak cik aku.. Padahal umur kami tak banyak beza sangat. Pangkat saja membezakan kami. Asal balik Penang saja, aku la peneman setia mereka berdua ni nak gi Batu Feringgi, buat apa lagi.. Cari DVD la.. Hahahah..!!~





Gambar ni pulak aku dengan budak kopi ni.. hehehhe.. Dia sorang ja gelap dari kakak and abang-abang dia yang kembar tiga tu.. Nama dia Raja Darwisy.. Anak sedara kesayangan aku, tapi dia stay jauh ar.. Rindu aku kat dia ni.. Raya Haji dia tak balik Penang sebab cuti mak dia dah abih. Cian dia.. hehehhe.. Comel sangat.. Aku suka kacau dia. Dia suka gelak dan aktif sangat dari kembar tiga tu.








Ha...!!! Ni dia gambar kembar tiga yang aku cakap tu.. Kali ni bergambar dengan adik dia Si Awisy.. Heheheh.. Pagi raya gambar ni aku suruh ayah diorang candid sementara awisy atas sofa lagi. Sedondon ja diorang ni.




Ni plak.. Mariam Maisarah dengan mama dia, kakak aku la. Kakak aku yang sulong. Dia keja sekali dengan aku, tapi aku jarang sekali dan boleh kira berapa kali aku keluar lunch dengan dia. Hehehhe..~ Biasa la, aku tak sebulu dengan dia kadang-kadang tu. Malas aku nak melayan sangat. Time ni Sarah makan muruku, makanan kesukaan dia la, apa lagi..

Bercerita tentang..

Apa agaknya aku nak bercerita dalam post kali ni...??? Hurrmmmmm...~ Aku kurang pasti jugak ni. Ok, aku seorang gadis berasal dari keturunan jawa. Kehidupan aku tak lari dari adat-adat orang jawa, itu semestinya la kan. Ini pasal perkenalan seorang gadis seperti aku dengan orang-orang biasa. Asalkan aku bercakap, ketawa, dan bermesra dengan orang ramai, perwatakanku sering dipertikaikan. Soalan yang sering dilontarkan padaku selalunya membuatkan aku sentiasa ketawa besar.. Adakah patut aku dikatakan anak mami Pulau Pinang.. Agaknya perbezaan kulit aku dengan saudaraku yang lain amat ketara. Ya, memang berbeza sekali. Tapi itu tidak memungkinkan aku untuk mengatakan yang aku anak mami. Hahahhah..!!! Aku bukan anak mami, aku berketurunan jawa yang selalunya keturunan aku disebut-sebut orang ramai sekarang.. Bukan calang-calang jawa. Setahu aku, aku masih lagi berdarah jawa yang tulen sehinggalah turun ke peringkat anak saudara aku yang lain semuanya bukan asli lagi dah. Ada yang dah bercampur jepun dan mat saleh semua la. Biarlah bercampur macam mana pun, insyaallah anak-anak aku kelak masih berketurunan jawa. Aku suka dan bangga dengan keadaan aku sekarang. Bukannya aku malu atau apa-apa pun. Aku hanya insan biasa seperti orang lain juga. Semuanya sama taraf di dunia ni. Cuma kulit yang membezakan keturunan dan darjat kita. Tiada yang berbeza sangat pun. Ada juga yang mengatakan aku ni bukan berasal dari Pulau Pinang, bukannya aku bercakap seperti orang KL ka, Kedah ka.. Pertuturan aku biasa saja, orang lain sepatutnya tahu dari percakapan aku tu. Biar la orang nak cakap apa pun, asalkan aku tahu asal usul aku dan tak dikatakan sombong. Bercakap pasal sombong pulak, ada orang nak cakap jugak pasal ni.. Ishk..!! Aku bukannya sombong, padahal punya ramah ka aku ni nak bercakap dengan orang cuma kadangkala aku memandang seseorang la sebelum berkawan. Aku ni tak semestinya boleh masuk satu kepala dengan orang lain yang boleh terima aku. Masing-masing punya pendapat dan boleh memilih rakan dan pasangan yang bersesuaian dengan mereka. Selain dari tu, mungkin pandangan orang lain yang dilontarkan padaku tu terlalu sempit pemikiran mereka. Belum kenal dah cakap sombong. Belum bercakap dah kata itu ini dibelakang aku. Allah saja la yang tahu hal-hal ni semua walaupun aku tak mendengar bisikan panas mereka. Lantak lah, aku slumber ja jalani hidup suka dan duka aku ni. Bagi aku tiada masalah, semuanya rata. Beres..~ Aku juga dikatakan manja sebab aku seringkali ditanya aku ni anak keberapa dalam keluarga. Asal aku cakap anak bongsu saja, "Mesti anak manja kan..". Padahal diorang ingat anak manja ni senang dapat apa-apa saja la.. Sempitnya la pemikiran diorang.. Aku biarkan saja, bila diorang dah ada anak nanti diorang paham la keadaannya macam mana. Segelintir kawan aku berkata pulak, dari body movement aku dan percakapan aku ni ada kalanya aku ni memang manja, tapi aku nafikan sebab aku taknak orang cakap aku mengada pulak. Malas nak dengar orang gosip dibelakang aku. Cemburu pun ada gak.. Hahahahha... Panjang sikit citer aku kali ni.. (^.^)" Cemburu.. tak pasal-pasal aku ni dicemburui orang lain pulak. Apa ada dengan aku, aku pun tak tau. Apa aku ada perempuan lain pun ada.. Allah menciptakan kaum hawa tu sama cuma paras rupanya saja yang berbeza. Tipu la kalau aku pun tak cemburu kan.. Hehehe.. Tapi setengah orang dapat mengawal dan tidak cemburu buta. Aku pun latih diri aku macam tu juga. Buat apa nak cemburu.. Banyak benda lagi boleh kita lakukan. Buang masa saja nak jealous ni semua. Buat gemukkan badan or kuruskan badan bagi sesiapa yang makan hati. Akhir sekali aku selalu dikatakan GARANG.. Hahahhha...!!!~ Memang kot sebab aku tak dapat nak menahan perasaan aku dari marah. "Panas" sangat wei..! Tapi aku kawal la bila nak marah, taknak orang lain sakit hati dan terasa sampai mati dengan kata-kata aku nanti. Aku dah pernah buat orang sakit hati, walaupun sekarang dia dah baik dengan aku, tapi ayat-ayat aku yang dilemparkan pada dia masih dalam ingatan. Hehehhehe..~ Sebab tu aku bila rasa nak marah aku jauhkan diri dari orang yang nak kena tu then aku menyendiri takut nanti orang lain pulak yang kena tempias penangan aku. Kebiasaannya aku akan tenangkan diri dekat laut atau kawasan yang tak ramai orang. Tak bising sangat. Aku suka bawa diri.. Senang sikit. Kalau aku marah or kena marah, aku tak suka kena pujuk, hujan susah pulak. Biar la aku sendiri dan bawa diri.. Dah.. Tu la sifat aku sebenarnya..

Saturday, December 06, 2008

Happy & Sleepy


Hehehehehe.. Hari ni hari yang paling mengantuk aku lalui. Sebabnya aku tak tido malam.. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena juga.. Ishk..!! Tak boleh jadi macam ni.. Aku jadi guard malam plak even dalam rumah. Semalam aku terpaksa tido rumah mak cik aku sebab tok tinggal sorang. So, dia asyik panggil cucu dia si Awie tu, aku taknak nyahut nanti dia tau mak aku ada dia taknak tido plak. Dia dah tak nampak sebenarnya.. So aku risau setiap pergerakkan dia. Aku pun jaga satu malam nak awasi dia la dari jauh la.. Last masa aku dah mengantuk sangat, aku terlelap sendiri la.. Then ada la suatu suara ni yang aku tak tahan sangat..!!! Ishk..!!!! Bising.. Bukan bunyi nyamuk ka, apa ka.. Ni bunyi berdengkur...!!! Masa tu dah pukul berapa dah.. Agaknya dah pukul 3 pagi kot. Aku bawa bantal kecik kesayangan aku tu, kononnya tak boleh tido tanpanya.. Ehem.. Ingat budak-budak ja ka ada bantal peluk..??? (^,^)" Aku usahalah taknak gerak orang yang berdengkur kuat sebelah aku tu, aku pun tutup la telinga dengan bantal aku. Tak boleh lena juga.. Ishk..!! Aku dah panas masa tu, apa lagi gerak la.. Aku gerak suruh tido jangan berdengkur then suruh tutup mulut tu.. Last dia buat sungguh.. Aku tengok muka dia masa tu memang lawak gila.. Ades.. Terbantut lagi rasa nak tido aku tu.. Aku pusing plak nak tengok tok buat apa.. Dia dah rest.. Alhamdulillah.. Aku leh sambung tido.. Tapi teringat plak kat orang sebelah ni, dia ikut cakap aku.. Aku cakap aku tak boleh tido sebab dia berdengkur.. Hahahahah..!! (^o^)" Aku memang gelak malam tu, tak boleh nak menahan rasa lawak aku tu. Padahal aku yang createkan.. Hahahah.. Last aku rasa macam baru nak tido then dah kena gerak. Disuruh bancuhkan susu kat tok aku tu. Aku pun bangun la dengan pening kepala semua cukup lengkap. Aku gagah juga gi dapur bancuhkan susu tok. Last gaduh dengan Maisarah kesayangan aku tu plak. Space untuk dia tido punyalah luas dia nak berebut jugak dengan aku.. Ishk.. Macam nak sekeh anak aku tu.. Last pujuk dia suruh ke tepi skit sebab aku nak sambung tido otherwise aku drive nanti keta drive aku plak.. Huahuahuahua... Maisarah, Maisarah.. sayang dia.. Geram-geram dengan dia pun aku malas nak layan sangat dia tu. Panas baran aku tak dapat dikawal nanti dia kena jerkah ja. Dia pun dah paham kalau aku marah dia cepat-cepat keluar dari bilik aku. Heheheh.. (^.^)" Pas aku siap-siap pagi ni, aku dapat jemputan untuk breakfast plak. Ehem.. Mak aku tengok-tengok aku ja masa aku bersiap sebab aku duk tersenyum ja time tu. Last dia call.. Hehehe.. Dah diajak, ikut ja.. Malas nak kecewakan kawan. Even teman istimewa aku ajak pun aku turut perintah saja. Kalau kena naik bus skali pun, bagi aku kacang goreng saja.. (^_^)" Dah.. Pas aku keluar dengan kawan aku tu merayap sekejap, aku pergi Prangin Mall plak, ada la aku booking something kat sana tu. Ha..!!! Suspen jugak dalam life aku ni, padahal aku yang booked, aku yang nervous.. Aku sempat lunch dekat kedai mak aku, then aku pergi beli ubat plak. Last aku tunggu bus Rapid Penang sebab aku ngada skit nak naik bus yang x sempit and selesa ada aircond. Tapi kalau ada aircond pun ramai orang, aircond tu jadi lain la. Aku sempat belek majalah aku beli kat stesen masa dalam bus. Sementara nak sampai rumah aku Tido jap, memang lelap dah wei..!!! Selamat aku sedar sebab cina mangkuk sup sebelah aku ni sembang dengan kawan dia tak reti nak carefull skit, asyik terlanggar tangan aku ja. Lesing sekali baru tau.. Aku sedar pun dah nak sampai kat stesen umah aku dah, selamat.. Heheheh.. Actually thanks to Cina mangkuk sup tu jugak la, otherwise sampai stesen Komtar balik. Hahahah.. Lintas jalan plak ada keta mewah jugak la, pakai nak jalan ja tak nampak aku nak melintas depan dia.. Aku jegih baru nak stop.. Hotak dia la.. Bapa dia bayar insurance aku kot.. Sampai rumah aku tak boleh tido jugak.. Arrghhhh...!!! Tension babe..!!! Dah la.. Let it end here..


Hatiku mula berdetik.. Sampai bila aku harus begini..??? Menjadi manusia yang sentiasa ternanti-nanti dengan keadaan duniawi. Sampaikan kekadang tu aku malas dengan dunia luar, aku lebih suka bersendirian di tempat sunyi. Boleh aku memikirkan hal lain lagi. Tapi, ini semua Allah yang menduga kita. Allah tentunya sayangkan setiap makhluk yang diciptaNya. Dia juga sentiasa menduga manusia dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya bergantung pada kita untuk mengatasinya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk melaksanakan atau menjalankan tugas seharian. Malahan manusia adalah makhluk paling sempurna diciptaNya. Tidak seperti haiwan dan lain-lain. Perasaan aku semakin berdebar menanti setiap hari yang berlalu. Aku hanyalah manusia biasa yang diberi perasaan dan fikiran untuk membuat pertimbangan. Duniaku kini semakin berwarna dan aku semakin hari semakin ceria. Kehidupan aku kini bebas seketika dan aku hanya mengikuti kata-kata hatiku dan terus melangkah mengikut bicara hatiku. Dan sehinggakan aku tidak sedar perasaan aku telah beralih arah dan mula inginkan kehidupan aku yang baru ni kekal selama yang mungkin. Aku sentiasa senyum sekarang dan tidak bosan sangat berbanding dengan kehidupan aku sebelum ni. Memang aku happy sekarang. Happy sangat, dan kadang kala aku penat kerana terlalu seronok. Aku berharap hidup aku ni tak seteruk orang lain yang lebih kritikal dari aku. Insyaallah.. Aku hanya inginkan kehidupan yang dapat menceriakan aku dan tiada sebarang halangan dari orang lain. Aku memang impikan kehidupan yang tiada halangan. Bukan untuk bersosial, tapi tidak mahu dikongkong hanya kerana masalah kecil. Aku tidak suka persahabatan aku dihalang, tidak suka kehidupan aku dikunci semata-mata hanya kerana dia orang yang aku sayang. Itu semua tidak penting, tidak perlu kawal aku, aku punya akal fikiran dan perasaan. Aku tak sukakan hubungan yang tidak ikhlas dan hanya bersandiwara semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Di belakang hari kita yang merana sendiri. Biarkan pergaulan kelihatan seperti pasangan kekasih tak kira sesama perempuan atau dengan laki.. Pedulikan kata-kata orang lain.. Biar mereka cuba sendiri dan alami sendiri perasaan tersebut dan mereka akan tarik balik kata-kata yang dilemparkan. Itu semua bukan bermaksud couple like they mean it. Tapi bagi aku itu semua hanya berkongsi kasih sayang dan care tentang pasangan atau teman rapat mereka. Bagi aku tak salah jika aku atau anda yang membaca ni cuba menyayangi orang lain. Itu satu kemestian dalam hidup, sedangkan Rasulullah pun berkongsi kasih sayangnya dengan isteri-isterinya. Aku tidak kisah ingin berkongsi kasih aku dengan orang lain. Mungkin aku ni telah dididik begitu agaknya. Apa-apa hal pun aku tidak kisah sekarang, ingin dikatakan sebagai itu ini semua, asalkan aku paham dan tidak lari dari landasan. Insyaallah.. Aku masih lagi dalam keadaan terkawal dan Insyaallah akan mengawal perasaan aku. Kali ini saja bukan sekali dua aku begini, sudah berkali-kali aku menjadi seperti bahtera belayar di lautan. Belayar sampai aku menemukan keinginan dan kepuasan untuk diriku..

Friday, December 05, 2008

(-.-)"

Why dont you tell me that..??? Yes, it is not necessary.. But just tell me.. Dont let me wait..

Thursday, December 04, 2008

Trajedi 4 Disember 2008


Aku bersama teman keluar bersiar-siar seperti biasa. Dalam keadaan lapar dan marah aku masih lagi celoteh dan kadang kala aku senyap terpaku dalam kereta. Agaknya aku malas nak buat teman aku tu bosan. Jadi aku memang perlu diam seketika. Selepas lecturer kami cakap takda kelas, kami keluar la dari kolej, bertujuan nak cari tempat makan. Dan kereta melaju sehingga la tiba di Jeti ada insiden tak diingini berlaku. Mungkin salah aku terlalu banyak cakap dan dia leka seketika dengan perbualan aku dengan dia. Setibanya kami di persimpangan Jeti tu, ada sebuah kereta mahal keluar dari Feri terus meluru keluar ke jalan simpang tadi. Nasib aku dan dia agak baik sebab aku sempat menjerit petanda ingin terlanggar kereta mahal tu. Actually salah kereta tu la, dia keluar tak stop dan tengok line clear or tak. Bengong siot kereta tu, aku juga yang terketar nervous lepas tu.. (@(#*#%&%.. ER...!!!!! Then perjalanan kami terhenti seketika sebab perasaan takut aku makin kemuncak. Dia cuba menenangkan aku dan alhamdulillah aku masih dapat mengawal perasaan tu. So, aku tak semput la macam selalu. Otherwise naya ja la.. Aku cuba tenang dan berbanyakkan istighfar.. Allah saja la aku ingat masa tu.. Ya Allah, Engkau sajalah yang mengetahui perasaan kami masa tu. Last kami menuju ke tempat yang bosan, Gurney Plaza. Bukan ronda sangat pun, tak sampai sejam la wei.. Kemudian keluar balik sebab cari McDonald takda dalam Plaza tu, siot.. Dulu ada sekarang takda plak. ishk..!!! Lain kali tak boleh gi Gurney Plaza dah. Takda McDonald. Hahahahh... Last dia ajak makan kat McD Greenland. Makan kentang ja, padahal beli set meals. Si teman tu makan burger kesukaan dia la. Aku makan kentang McShaker.. Kahkahkah... Cedap2..~ (^o^)". Masa makan pun aku tak cakap sangat la, jadi takut sikit. Biasalah bila dah alami perkara macam tu memang nervous sehari semalam la jawabnya. Lastly, sembang dengan dia dalam kereta on the way home tu, nyanyi la, apa la.. Last lena.. (^.^)" If you read this stuff, I'm sorry ya my friend. (^,^)"
Insyaallah no more any cases happen again. Insyaallah..

Tuesday, December 02, 2008

kehidupan aku lebih lama..???

Pengalaman aku hari ni aku teringat kembali keadaan aku sebelum kena surgery kat Lam Wah Ee Hospital. Masa tu aku terasa sakit dekat pejabat selama seminggu berturut-turut dengan keadaan tak selesa. Aku masih menyambung dan menghabisakan keja aku seperti biasa setiap hari sehingga pada satu tahap aku tak tertahan dan aku berjumpa dengan doktor panel aku. Aku menceritakan keadaan aku padanya. Kemudian disuruh baring pula dan dia mula menekan bahagian perut aku yang terasa sakit. Aku masih boleh mengawal keadaan aku, dan kemudian dia berkatakan yang aku hanya sakit biasa dan aku diberikan ubat untuk buang angin dalam perut. Tetapi dia berpesan jika aku masih terasa sakit selepas memakan ubat tersebut, aku kena refer balik dengan dia. Aku pulang semula ke pejabat dengan harapan ubat yang aku dapat tu boleh heal la kata orang putih ni.. Aku makan la ubat tu, di"pack" dalam bungkusan biru yang bersaiz kecil. Sebungkus ja aku dapat, dia cakap ubat tu power rangers... Heheheh... Selang beberapa hari aku makan ubat tu, aku rasa lega sikit. Masa tu hari ahad, aku ingat lagi.. Aku online petang dekat rumah, macam biasa la aku nanti duduk atas kerusi komputer aku dan aku bersilah atas kerusi. Tiba-tiba aku menjerit kesakitan seorang diri kat rumah. Esok tu aku pun refer la balik dengan 3/4 tu. Hahahahha... Nama dia Dr. Sukumaran. Kemudian aku beritakan khabar aku selama dua hari selepas Jumaat tu plak. Asyik suruh aku baring lagi. Kemudian aku ditekan-tekan lagi la. Kali ni bukan main pedih aku rasa sebab dia tekan dalam sikit. Dia cakap dekat aku perut aku ni dah tak stabil, so dia nak hantar aku masuk hospital. Kemudian aku cakap aku selesa dengan hospital Lam Wah Ee.. Dia pun issue la surat untuk bos aku dengan doktor yang akan merawat aku dekat sana nanti. Aku pun menangis sebab nak kena bedah, takut woi..!!! Last masa Monday 1 July 2008 aku admitted hospital tu la.. Panjang sangat aku nak taip pun nama hospital tu.. Yang teman aku malam tu, si "dia" la.. Setianya dia pada aku cuma Allah saja yang tau. Dia jaga aku malam tu sebab aku dah kena masuk drip tak boleh nak lena.. Sakit nurse tu cucuk kat tulang lengan aku. Mangkuk ayun punya nurse.. Sakit dah kena cucuk, lenguh kat appendix plak satu hal.. aku tak boleh lena la.. Dah seminggu tidur aku terganggu. Ha..!! Lupa nak cerita sini, aku kena appendix masa tu.. Hahahah... Padan dengan muka aku. Dia teman aku dia pun tak lena satu malam tu. Aku tak lena dia risau, sebab tu dia pun tak lena. Kesian plak kat dia, pagi subuh dia dah bergerak balik rumah nak siap-siap pergi kerja. Petang 2 July 2008 tu aku kena bedah dah.. Aku ingatkan bilik pembedahan tu besar mana la sangat, kecik ja wei...!! Pas kerja dia datang lagi.. Memang kesian, dia plak macam tak sihat nak kena jaga aku semalaman, tapi selamat nurse cakap tak boleh teman. Keadaan aku masa tu ada bius lagi, so aku tak sedar sangat sapa yang melawat aku semua la.. Aku keja nak lena saja kena bius.. Sakit juga, aku pn tak ingat dah macam mana aku boleh masuk OT tu kemudian aku keluar.. Masa sampai wad dari OT tu, aku dengar suara Maisarah, anak sedara aku yang paling aku sayang. Aku boleh terjaga sebab berapa lama aku tak dengar suara dia. Terasa rindu, aku celikkan mata, tengok-tengok mak aku ada skali dengan kakak aku. Tiba-tiba aku rasa terharu dengan kehadiran mak aku. Tapi kejap ja dia datang. Mungkin dia penat agaknya.. Aku tak halang perjalanan dia.. Biar dia pulang sebab aku dah selamat keluar dari OT. Aku teringin sekali nak sembang dengan dia tapi dengan keadaan aku macam ni aku baik brdiam diri saja. Selepas malam kedua aku di hospital, malam ketiga aku pulang ke rumah. Kawan-kawan aku melawat aku. Kawan baik aku dekat pejabat la yang datang.. Aku masih lagi sakit nak berjalan tapi aku gagah juga jalan ja nak jumpa kawan-kawan aku dekat hall rumah aku tu. Terasa rindu kat kawan aku. Dua minggu aku dapat cuti. Minggu pertama aku sihat sikit aku bergerak slow juga la.. Aku dah mula masuk kelas sebab dah banyak aku tertinggal belakang.. Sir pun suruh aku balik jangan datang lagi, tapi aku masuk kelas juga sebab nak habiskan subjek aku tu, malas nak repeat lain lagi. Dan dah beberapa minggu aku sihat dari sakit ni, aku mula masuk pejabat macam biasa la. Tapi keadaan aku masih slow sebab aku takut benang dekat surgery part ku tu terbuka plak, naya ja aku jawabnya. Aku buat kerja slow, bos aku pun senyap ja.. Dia pun banyak tolong aku juga menguruskan hal-hal berkaitan hospital tu. Memang aku hargai pertolongan dan pengorbanan diorang semua la.. Allah maha kaya, DIA saja boleh membalas jasa orang-orang yang tolong aku selama aku sakit tu. Insyaallah.. Alhamdulillah aku cepat sembuh.. Aku berpantang selama sebulan, aku kawal nak makan pedas-pedas, dan macam-macam lagi la..

Monday, December 01, 2008

Pesta..


Pesta..Pesta..Pesta.. (^.^)"


Seronok sangat sebab aku rasa bebas seketika untuk berseronok dan melupakan sebentar masalah-masalah yang membebankan dalam hotak aku ni. Aku bersama dengan seorang teman, heheheh... Dia dengan aku selalu bersama buat masa ni sebab seringkali dia ke sini atas urusan kerjanya yang berkaitan dengan Pesta Pulau Pinang tahun ni. Ketika hari pertama aku di sana, aku dapat membeli belah tudung dan gelang tangan. Pada hari kedua aku ke sana, dia masih menemani aku dan aku beli gelang tangan buatan dari Sabah plak. Memang cantik-cantik yang ada di gerai tu.. Aku terpukau dan terpinga-pinga nak memilih yang mana satu pilihan aku. Hehehehhe... Sekali aku beli dah 2 utas gelang tangan. Dah suka takkan nk halang niat diri sendiri plak kan. Beli ja la.. Saja nak hilangkan rasa bosan aku yang sentiasa merasakan sepi ni. Walaupun kawan ramai, ada teman yang setia lagi.. Tapi aku mesih merasakan sepi tu sentiasa dengan aku. Mungkin aku ni jenis suka bawa diri, even merajuk pun aku tak nak and takkan jumpa sesiapa pun. Ini untuk mengelakkan dari orang tak bersalah kena marah, membebel buta ja dengan aku.. Sapa yang terkena tu nasib la kan.. Hahahah.. Aku tengah berapi, sapa suruh sua jari.. Pedih la.. Hmmm.. Berbalik pada cerita Pesta Penang aku tadi.. Ha.. lepas saja aku beli gelang-gelang tu, aku merayap lagi ke pelusuk Pesta tu untuk menjamu mataku yang penat memandang manusia yang membanjiri tapak ekspo tersebut. Berhenti la kami dekat sebuah anak lorong, aku tak ingat nama jalan dia yang terpacak kat tepi tu.. Kat situ plak ada motor2 Polis Diraja Malaysia dengan sebuah kenderaan orang besar "TYT" together dengan beca-beca yang menceriakan suasana malam Pesta tersebut. Apa lagi, bergambar la aku kat motor besar tu kejap.. Ala.. buat-buat la macam motor bapa aku jap. Hahahaha.. Then, grab chances nak bergambar dengan beca plak even though aku dah selalu naik masa aku kecik-kecik dulu dengan tok aku. Hehehe.. Saja ja buat kenangan masa danh besar ni.. Dulu mana da camera suma ni, sekarang la masanya aku bergambar, sok dah tua anak cucu cicit aku boleh tengok. (^o^)"

Kemudian, lepas kami dah settlekan bab-bab makan kami, kaki ni bergerak la plak berjalan menuju ke kawasan pameran kerajaan. Sementara tu ternampak plak kawasan yang bercahaya, ada bayangan kami berdua. Aku pun suruh teman aku ni ambil gambar bayang tu, aku cakap cukup terang ni mesti cantik.. Antara gaya aku yang selalu aku lakukan, aku suka buat simbol hati dengan jari jemariku.. Aku suka dengan gambar tu, menarik sikit dari biasa. (^_^)".

Dah sampai kat kawasan kerajaan tu, aku time offf sebab mak dah bengang dekat rumah menanti kepulangan anak dia yang sorang ni.. Hehehe.. Si teman ni pun teman la aku sampai ke kenderaan aku dan kemudia kami dismissed. Macam tu punya simple life pun aku bersyukur sangat sebab walaupun seketika kita berada dengan kawan, semua masalah yang berat dapat dilupakan sekejap. Memang seronok la.. Takkan aku lupakan kenangan aku selama hidupku ni.. Wassalam..

Saturday, November 29, 2008

Garra Rufa


Dalam hidupku selama 18 tahun membesar sehinggalah aku menjangakau 20 tahun, aku dikejutkan dengan terapi ikan spa. Ikan-ikan ni kalau sedara sedari sekalian tahu memang berada di merata tempat. Tetapi ikan ini bukan saja ikan.. Malahan ia merupakan ikan yang dicipta Allah untuk menyihatkan kaki manusia yang penat dah lenguh selepas berjalan jauh. Cuba sedara dan sedari mencubanya sendiri di mana-mana kawasan atau kompleks membeli belah yang berdekatan. Ia sejenis ikan yang terbaru di seluruh dunia terutama di Asia. ia terkenal dengan "terapeutik" rehat dengan ikan yang unik, pada umumnya dikenali sebagai Ikan Spa atau nama saintifiknya "GARRA RUFA FISH".. Ikan tersebut tidak terdapat di negara kita sendiri, malahan sekawan ikan ni berhijrah dari Timur Tengah ke Malaysia dan merata tempat di dunia ini lagi. Ia merupakan ikan yang berasal dari kolam air panas dan mempunyai sepuluh spesis berlainan dan boleh dikategorikan kepada dua keluarga utama - "licker" dah "sticker". Semuanya berbeza dari segi luaran tetapi amat terkenal dengan keupayaan untuk mengesan dan memakan sel-sel mati dari permukaan kulit kita, lantas menjadikan kulit kita lebih lembut dan segar. Fuh... Terlalu panjang untuk aku ceritakan sehingga habis. Hehehehhe.. Agaknya harus anda sendirilah yang mencubanya. Aku telah mencubanya kerana dipaksa.. Pada mulanya ada seorang pelanggan wanita telah memasukkan kaki.. dai menjerit kerana terasa geli digigit ikan-ikan kecil tersebut. Aku pun mula tak nak masukkan kaki ke dalam kolam kecil tu. Tapi dipaksa, ikut saja la. Malas aku nak bising-bising sebab "mood" aku dalam keadaan kurang stabil. Lantas aku mula merendamkan kaki, ikan-ikan kecil tu serbu dan memulakan tugas-tugas mereka.. Aku menjerit geli, memang geli la..!!!! Hahahahha...!!!! Tapi untuk seketika sahaja. Selepas beberapa minit direndam aku rasa geli pada kaki ku mula reda dan aku kembali tenang dengan situasi asal semula.. Selepas 15 minit merendamkan kaki, aku mula mengeringkan pula kaki ku dengan tuala kaki yang disediakan. Memang berkesan, selepas penat berjalan, ikan-ikan tersebut telah memulihkan kaki aku dan rasa lenguh serta penat pada kaki telah lesap dimamah ikan tadi.. Akhir kata dariku, "Manjakan kaki anda dengan Spa Ikan". Heheheh.. Memang best..

Allah yubarik fik


Allah yubarik fik, Akh..~
Ok readers.. aku dah muak dengan dunia sekarang ni. Tiada apa yang menarik melainkan kita berdoa dan bersujud padaNya sahaja setiap saat, setiap minit dan setiap waktu.. Aku teramat bersyukur kerana usiaku kini sudah menjangkau 20 tahun dan aku masih lagi bernafas seperti orang lain. Cukup sifat dan sempurna kehidupan aku. Cuma kadangkala aku terasa bosan dengan kehidupan aku. Hari ni juga aku seperti tertipu dah terkena lagi.. Apalah nasib aku agaknya.. Asyik terkena saja jawabnya.. Adakah ni salahku saja atau orang yang terlibat sekali JOIN SEKAKI dengan aku.. Aku rasakan dunia kehidupan aku sekarang ni makin merundum dan tertinggal di belakang, terkapai-kapai mengejar dia di hadapan.. Perasaan aku dipermainkan dan aku tidak puas hati dengan tindakan dia selama ini.. Begitu taksub dirinya pada dunia ni dan sanggup melukakan hati naluri wanitaku ni. Adakah patut..??? Moga Allah curahkan rahmat dan dia diberi hidayah. Aku bukan apa sangat, cuma aku terasa TERTIPU, kenapa dia nak kena buat perasaan aku macam ni..?? Sungguhpun dia tak suka aku sekalipun, cakap ja.. Aku pun tak tersinggung sangat dengan perbuatan dia di belakang aku. Sekarang ni memang aku nekad akan tinggalkan kehidupan aku yang suka berkawan dengan "Akh" begini. Aku bertekad kerana sudah cukup rasanya pengalaman yang aku ada sekarang ni, aku inginkan kehidupan yang bebas dan sempurna serta tidak memeningkan. Biar aku menjauhkan diri dan "belayar" dari kehidupan dia kerana aku pun tak nak tertipu berkali-kali lagi. JUST BE ALERT AROUND US.. Jangan sesekali kena menipu atau tertipu sbb semua ni akan patah balik kat kita di masa depan... Bahaya sangat..!!

Kawan


Dalam post kali ini aku terasa ngan kawan2 aku.. Aku macam terkena plak kali ni..
Diorang ingat aku ni kaya sangat ka nk kuar and jadi driver.. Diorang xpa la..
every month ada duit masuk walaupun duit dari PTPTN. Walaupun aku dah keja, duit aku tu hanya untuk belanja harian aku. Malas betul aku bila ada kawan bukan untuk dihargai diri ini, tapi guna untuk kesenangan diorang ja. Tak boleh ka mereka semua ni pikir apa yang aku sedang pikirkan buat masa ni..??? Yang mereka tahu hanyalah untuk kepentingan mereka sendiri.. Apa salahnya jika mereka yang berusaha sekali sekala untuk menggembirakan hati kawan2 yang lain.. Tak salahkan..???? Pelik sungguh mereka semua ini sehinggakan tak pernah memikirkan perasaan orang lain.. Come on la friends, find and love your friends.. Don't look forward for own happiness. Nothing could change you except your friends.. Appreciate those around you right now coz they hard to find as best friend.

Thursday, November 27, 2008

Love..



Assalamualaikum..

What do we know about love.. I know every body have been love with some one they really loved at this time.. hehehhe.. To me LOVE is just a simple word that people could think they can grab it whenever they want and whenever they like.. It is impossible if we could throw the love away.. yeah2.. It is hard to remove it.. Once u got it, please make sure u take good care of it bcoz its worth it..

No one could lay the love to anybody in way we like.. understand..?? It means.. we can't control the love, the feels is out of humans control.. Even animals understand it. Not only us..

In this very first blog, I wanna story about LOVE..

Just a simple days but it is complicated life I had since I was small. Why "they" like to "punish" their own feelings and mine..!!!???? I dont understand this.. To me its cruel..!!! No body likes to be yelling around, screamed and fighting.. It is not the way to live in this world.. There's a better thinking to make a life perfect but people always take negative way to survive.. "they" punished us, they dont really appreciate the love towards me.. I just like.. errrggghhhh..!!!! I hate this.. This situation mades me thinking ways of surviving by stand alone on my own feed. Hey readers, do you notice that LOVE could ever change us?? LOVE can make people crazy. It has it's own "powers" to change some one that who never been love.. Even kids knows about it.. But to some buddies, they dont really love some one in the way they want too.. This is bcoz they couldn't fine what is exactly love is. To me, love is to make some one feel comfortable, care about them, give a kiss, hugging, and many more.. Why don't they do this all the time..? They can make it, it is simple as ABC.. In other way, you can just say 3 words.. "I LOVE YOU..!" Simple right..?? Readers, if you love somebody, don't keep it in your heart.. Lay it, it could calm you down such as ice make u cold when you thirsty.. Seens like I always cant say it out until the person "left" us.. I always missed that time.. the time i should express my love to the loved once.. Come on, don't be shy to mentioned about love to anybody, it is preciuos.. Love them all..