
Hahahahaha... Sekarang aku dekat KL babe..!!! hehehehhe.. Ada function la kat sini, otherwise takda masa la aku nak sampai sini wei.. Aku ada dinner VirtualFriends.net kat Kelab Darul Ehsan Kuala Lumpur.. Aku bertolak malam jumaat sampai pagi jumaat pukul 4 pagi.. Memang aku mengantuk sangat.. Tak tertahan, ada orang cakap aku tido berdengkur.. Tapi..!!! Aku tak percaya.. Mana ada.. Habih kuat aku mengigau ja.. Heheheheh.. Apa2 pun aku nak enjoy and happy kat sini... :)) Happy Day..! Daaa...
Friday, January 30, 2009
Kuala Lumpur... I'm here..!!!!
Posted by Bantal Merah at Friday, January 30, 2009 1 comments
Saturday, January 17, 2009
Apa lagi da..~
Hehehe.. Hari ni aku nak keluar jalan2 pagi2 lagi, mungkin sampai ke petang. Nak tengok apa yang aku buat hari ni. Best ka tak.. Hahaha.. Merepek ja aku ni..
Erm.. Actually aku nak cerita benda lain.. Korang cuba bayangkan diri korang tu aku. Sakit tak hati korang kalau korang terpaksa sakitkan hati orang lain..?? Sebenarnya situasi ni aku tak nak sakitkan hati sesiapa. Tapi bila keadaan memaksa, aku terpaksa sakitkan hati orang tu. Tapi tu bukan jenis yang aku suka buat. Bila aku diam, jangan ditanya2 dekat aku apa, kenapa, kat mana semua.. Time aku out of mood, memang aku nak ada away dari zone aku.. Bolehkan? Aku tak suka nak penat2kan otak aku nak berfikir panjang and belum tentu jadi. Aku penat berfikir dekat office, takkan lepas keja nak berfikir lagi?? ..lagi.. Aku rasa aku tak dapat tangani masalah ni sorang2.. Aku kena cari dia, duduk berbincang.. Tanya apa2 ya
ng patut.. Apa tak kena.. Tapi, aku pun pening jugak.. Aku atau dia yang ada masalah or ada apa2 yang tak kena..?? Takkan aku saja yang kena mengalah? Takkan aku saja yang salah? Takkan aku saja tak boleh itu dan ini..?? <----UNFAIR!!! Tapi, selamat aku jenis tak ambik kisah sangat. Kalau tak memang dah perang besar la.. Aku biarkan saja takdir tentukan segalanya.. Aku takkan bersuara sangat, ok..
Posted by Bantal Merah at Saturday, January 17, 2009 1 comments
Friday, January 16, 2009
Ayat-ayat Cinta..
desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
terkisahku di antara
cinta yang rumit..
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan..
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat ayat cinta bercerita
cinta ku padamu..
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud..
ketika ku bersujud..
Posted by Bantal Merah at Friday, January 16, 2009 1 comments
Wednesday, January 14, 2009
Perut..!!!!
Perut...!!! Cepat la baik.. Aku nak keja esok ni..!!! Arrghhhh..!!! Sakit macam ada jarum dalam perut aku ni. Aku salah makan ka or aku sakit lain..??? Huhuhuhu... Aku rasa penat sebab perut ni, pedih.. Cucuk perut aku ni.. Adoi.. Abih la aku kali ni.. Nasib badan.. (-.-)"
Posted by Bantal Merah at Wednesday, January 14, 2009 0 comments
Monday, January 12, 2009
Kata2 menusuk hatiku lagi.. Kali ni bukan main2. Aku terasa and aku kecewa dengan sikap manusia sekarang ni. Pernah tak mereka terfikir nak cakap kena berlapik..??? Memang la aku pun cakap pakai main lepas saja. Tapi bila aku fikir2 balik aku akan minta maaf. Tapi bila orang yang buat, takda sorang pun yang rasa bersalah.. Bila aku nak cakapkan pada orang tu, aku terfikir sejenak.. Aku rasa malas nak biarkan dia tahu angkara dia selama ni. Aku biarkan saja asalkan aku tak guris hati sesiapa pun. Mungkin aku jenis yang malas nak bersuara. Aku biarkan masa yang menentukan keadaan aku ni dan hal yang lain. Hari ni aku baru masuk office dari seminggu aku cuti Final Exam hari tu. Mana2 saja mesti ada kutukan untuk orang yang mereka tak suka. Aku kecewa sungguh dengan sikap manusia macam ni, bukannya semua makhluk tu sempurna. Kalau korang dengar lagu "SEMPURNA" tu.. Tipu la wei..!!! Semuanya tak sempurna macam yang diidamkan.. Luaran saja aku nampak elok, ok, takda masalah. Tapi belakang aku.. Argghhh... Biarkan la.. Apa orang tu nak buat, buat la. Aku dengan life aku. Jangan halang..! Aku tak nak blame orang lain, sebab aku pun bukannya perfect. Ada buat salah, boleh dikatakan setiap hari pun ada salah laku yang aku buat. So, memang aku tak boleh salahkan sesiapa la dalam masalah ni walaupun aku kecewa dengan orang tu. Just let it be.. So upset..
Posted by Bantal Merah at Monday, January 12, 2009 1 comments
Saturday, January 10, 2009
Orang kenal aku, tapi aku tak kenal orang tu..
ang search aku. Dia nak tau sapa budak yang dapat highest marks untuk sem tu. Maybe aku ja yang highest dikalangan pelajar2 part time masa tu. Aku tengok student information, aku punya la.. Hurrmmm.. Masa sem 4 tu memang aku dapat highest marks, tapi takkan aku saja kot. Mesti ada orang lain yang tinggi lagi dari aku ni. Mesti ada punya sebab ada diantara kawan2 aku, sorang ni budak pandai. Power jugak hotak dia. Nama dia Halimah. Pandai.. Coding pun ok, Math pun ok. Memang aku tengah lawan dengan dia masa tu. Hehhheheh.. So, masa nak mid-term or Final aku pulun apa2 yang patut. Tapi ternyata dia power dari aku. Memang "A" person la babe.. Adik pun ok jugak, tapi coding dia ja low sikit. Dulu ada lagi pelajar yang coding dia ok, antaranya Gigy. Tapi sekarang aku marah sangat, tapi biarkan la dia. Dia ada hak untuk tentukan hidup dia. Lagi pun aku tau dia macam mana and keadaan dia macam mana. Kesian tu kesian la, tapi biarlah dia berfikir sendiri. Hurrrmmm... Aku tengok CGPA aku dari sem 1 sampai sem 4.. Fuh..!!!! Best ja aku rasa.. Seronok sangat, tapi bila tengok dari sem 5 sampai sem 7.. Hurrmmm... Down sikit sebab aku dah mula keja permanent kat bank tu. Takda masa aku nak telaah buku malam2. Macam sem 4 dulu, masa tu aku baru start keja. So, keja aku time tu macam main2 sikit. Hahahah.. Mana ada keja main2 kan. Heheheh.. Keja kat Secret Recipe. Sedap..!!! Huhuhuhu.. Masa keja situ, leh skip2 keja. Macam ni, masa hari ada kelas, aku cuti. Masa takda kelas aku keja. Tapi sometime Supervisor aku tu suka tanya aku sebab minta tolong jaga cashier. Aku tak kisah, tapi kalau aku ada hal lepas kelas aku cuba bagi alasan munasabah la aku nak skip. Ishk3.. Teruk sungguh perangai aku. Huhuhuhu.. Tapi masa tu, walaupun aku keja, tapi result aku semuanya mengejutkan aku. Sem tu aku ambik 3 subject ja sebab takda masa sangat nak masuk kelas. Memang sem tu aku rasa bangga dengan diri aku. Heheheh.. Susah aku nak dapat macam tu, mana taknya aku ambik subject semuanya favourite aku. Hahahahah.. Boleh la nak score. Dah minat kan.. Pulun ja la.. Last, lepas result keluar dekat board, ada orang search aku.. Aku tak tau pasal tu. Hari ni baru aku tau sapa yang search aku. Pelik sungguh.. Biarlah orang nak kenal aku, aku tak penah kisah apa2 pun. Dah tau sapa aku, then cakap aku sombong pulak tu. Biarkan saja la, aku rasa aku tak sombong. Cuma berhati2.. Hahahhahah... Sombong2 aku pun aku tolong orang jawab soalan jugak.. Hurrmmm.. (^.^)"Posted by Bantal Merah at Saturday, January 10, 2009 2 comments
Thursday, January 08, 2009
Bed Time Stories.. Hehehhe..~

Posted by Bantal Merah at Thursday, January 08, 2009 0 comments
Tuesday, January 06, 2009
Ermmm.. Adakah patut aku bersuara?
Aku masih lagi aku.. Hahahha.. Biarkan la orang nak cakap apa pun, aku ada rahsia.. Banyak rahsia aku, biarkan rahsia aku dengan aku saja. Kalau dikongsi, diri aku dipertikaikan. Masalah sangat ka aku ni..??? Memang, tapi hanya yang rapat dan memahami situasi aku saja akan paham perasaan aku ni. Ishk3..~ Macam tu pun ada ka..?? Hehehe.. Ada2..~ Mesti la kan, bukan aku saja hidup kat dunia ni, ramai lagi kat luar tu macam aku and even worst than me pun ada. Kita lihat saja dunia ni macam mana nanti. Erm.. Aku ramai kawan sejak akhir2 ni, tapi semuanya tak sesuai dengan keadaan aku nak bercerita.. Ada pun sorang dua ja yang paham aku. Tapi dulu, ada geng.. So, bila kami ada masalah or apa2 hal, berbincang la kami dekat pondok or depan kelas before start 1st subject of the day. Tapi sekarang ni semuanya dah berpecah, aku biarkan ja, malas nak difikirkan sangat. Ramai lagi sebenarnya kita boleh buat jadi kawan, tapi harus berwaspada saja. Ada bf pun dia bukan paham aku sangat, kami closed together pun sebab masing2 love each other, ibu and abah dia jauh dari dia. So, aku jadi tempat dia mengadu semua la.. Aku terhutang budi dengan orang sebenarnya.. Tak patut aku nak cakap tapi aku harus luahkan juga, so orang yang tolong aku dulu dan kini tau isi hati aku. Ramai yang selalu berdamping dengan aku dari dulu lagi, sampai sekarang masih ada. Semuanya baik2 dengan aku, takda masalah. Cumanya aku ni susah sikit, aku tak suka menyatakan hasrat aku yang terpendam. Bila diluahkan, ada saja tangan yang menghulurkan bantuan. Ada yang terima balasan dari aku, ada yang tak nak. Bila tak nak tu la aku malas dah. Malas nak berkomunikasi dan malas nak bagitau apa2 dah sebab susah bila termakan budi ni. Tak kisah la dari segi apa pun yang kita terima kan, tapi bila kita nak berjauhan or apa2 dari orang macam ni.. Perasaan rasa bersalah akan timbul pulak. Ishk..!!!! Rimas aku bila ada macam2 perasaan ni. Aku ni tak suka bila orang buat baik, aku tak balas apa2.. Macam kawan aku cakap, dia tak perlukan balasan apa2 dari aku, cuma keikhlasan dan ketulusan hati ja bila berkawan. Betul3..!!~ Heheheh.. Tapi aku lain ma.. Takpa la kalau macam tu, biar Allah saja balaskan kebaikan pada orang yang sentiasa baik dengan aku. Aku sentiasa doakan untuk mereka. By the way, thanks a lot to all my friend. By the way, aku baru dapat berita menyatakan bahawa "obek" aku accident.. Alamak, bertambah risau aku lagi ni.. Ishk..~ Kesian, aku terpaksa end story aku kali ni sampai sini saja. Insyaallah "obek" aku ok ja kali ni. Ya Allah..~
Posted by Bantal Merah at Tuesday, January 06, 2009 1 comments
Friday, January 02, 2009
Mati..!!!
Posted by Bantal Merah at Friday, January 02, 2009 1 comments
Wednesday, December 31, 2008
Berakhir sudah.. Menarik malam New Year.. (^_^)"
. Satu2nya permainan yang aku berani dan boleh naik. Tu pun aku gayat jugak la nak naik pun. Mula2 ok, bila dia dah bergerak ke atas sikt, aku kecut perut. Otak aku dah terfikirkan benda2 negatif dah.. Aku naik dengan si dia la.. Huhuhuh.. Dia pujuk nak naik jugak, naik ja la. Malas nak dengar bising2 pujuk rayu ni. Aku pun teringin jugak sebenarnya. Heheheh.. Dah naik tu, macam2 gambar aku dapat tangkap, tapi semuanya kurang jelas sebab tak cukup lighting. Ni pun nasib aku baik masa aku candid gambar wheel ni dia nak menyala semua lampu dekat perkataan dia tu.. Huhuuh.. Ok sikit. Mainan ni cita lama, cuma aku saja takda masa nak post. Hmm.. Hari ni dekat pesta macam2 aku nampak.. Antaranya.. Auto Ex
ibition or Auto Show. Memang lawa siot keta2 dia.. Aku sempat ambik gambar kereta yang aku suka tengok.. Ada Myvi yang aku penah dengar pasal keta tu.. Pintu memang smart dah aku nampak. Belakang biasa ja la kan, dalam dia simple and perfect. Leather seat babe..!!! Lawa, kena dengan warna body dia, warna kesukaan aku. Ehem.. Hehehe.. Ni ada berapa gambar2 Myvi yang aku tengok tadi.. Memang selama ni aku terbayang jugak la kereta ni macam mana agaknya kan, sebab sebelum ni aku hanya mengdengar khabar2 angin pasal Myvi ni. Tapi malam ni memang rezeki aku, aku dapat t
engok jugak kereta ni. Aku tak sangka warna dia warna merah, lawa.. Dia tak make-up teruk sangat, tapi memang fabulous la babe..!! Lawa.. Dalam dia pulak macam dalam gambar sebelah ni. Tapi gambar kurang
jelas sikit sebab takda tiang lampu dekat kereta ni. Aku tak sempat nak ambik gambar dalam kereta ni, "abi" duk tarik2 aku duk jom2 saja. Aku pun naik rimas. Benda ni dah menarik minat aku dari dia. Hahahha.. Kalaulah ni kereta aku, Fuhhh..~ Aku jaga kuat wei..!! Aku suka kereta macam ni, belanja besar nak buat kereta biasa yang tak lawa macam ni sampai jadi lawa and orang berkenan. Amp dia kat berlakang dengan skrin. Aku tak sempat nak ambik gambar jugak. Geram..!!!! Tengok dalam tu, leather yang aku cakap tadi. Memang kena ngan keta ni. Tuan dia tak make-up teruk2 pun tapi dah menarik minat orang lain nak belek kereta dia. Ada lagi satu kereta ni,Wira pulak.. Lemah semangat aku tengok Wira.. Aku dah black list. Tapi Wira ni tarik perhatian aku dari benda lain jugak.. Warna biru kot.. Lawa jugak la, boleh tahan agaknya kot..Huahuahuah
ua.. Ni gambar dia.. Aku suka jugak kekadang tengok benda2 macam ni. Cuci mata aku yang penat ni.. Heheh.. Lawa tak..?? Dalam dia pulak lain, Sporty decoration. Macam fresh la bila orang tengok. Cool sebab warna dia tak menyakitkan mata memandang.. dalam dia pulak macam dalam gambar ni di bawah ni.. Bukan ni saja yang aku dapat tengok masa malam terakhir pesta ni.. Ada scooter
jugak.. "abi" ni budak scoot, tapi sekarang tak active dah sebab kami dah keja and aku tak nak dia involve dengan benda2 macam ni dah. Aku tak suka, buang masa and energy saja untuk benda macam ni. Dia la bawa aku kat tempat scoot tu, tak jauh mana ja pun dengan kereta ni. Ada la scoot Karisma tu dia make-up gambar Emily. Warna favourite aku jugak, tapi stricking sikit. Orange..~ Huhuuhuh..
Masa aku dekat kawasan Scoot ni, aku jadi makanan di mata orang di sekeliling aku.. Agaknya aku saja yang berminat dengan benda2 macam ni sampai aku ambik gambar motor ni saja berapa banyak. Hahahahah..!! Selamat aku jalan dengan si dia, otherwise aku asyik kena saja. Ops..!!! Bukan nak perasan tapi kenyataan. Memang macam tu. Aku singgah toilet pun kena, ni kan tempat ramai dengan remaja sebaya usia aku, lagi la. Scoot ni buat aku teringat scooter lama si dia. Warna Orange jugak, tapi dia dah jual. Aku suka tengok dia naik scooter tu dari Nouvo sekarang ni. Rezeki dia memang murah, ada saja yang dia dapat dari pemberian orang. Aku tak marah cuma nasihat saja dia kalau2 dia nak tukar or make-up Nouvo dia sekarang. Aku malas nak ambik berat sangat pasal harta dia. Biarkan, janji aku bahagia. Huahuahuahua... Bawah ni ada gambar2 yang aku tangkap tadi. Berkenan aku dengan scoot ni.. Dia dapat Johan untuk pertandingan ni. Memang lawa la scoot ni kat situ. Yang lain kureng skit.. And ada yang aku tak suka tengok. Hahahha..


Bukan aku ke situ saja, aku singgah kedai tudung lagi.. Asalnya aku nak beli dua helai tudung ja, tapi terlajak pulak. Hehehhe.. Aku beli beg jugak..!!! Beg aku dah mula terkupas2 macam orang sakit kulit pulak. Huhuhuuh.. :( Dah la masa beli punya mahal, tak sempat setahun dah jadi macam tu. Semua ni gara2 aku malas nak simpan dia dalam pouch dia. Padan dengan muka aku.. Huaarrrgghhhh...!! :(( Janji aku dapat beg putih aku balik.. Heheheh.. Alhamdulillah ada tadi kat pesta, beli ja. Yang murah lagi tahan dari mahal2 ni. Jaga pun senang ja. Heeheheh.. Tak cukup yang ni yang lain ada lagi.. Ishk3..~ 
To all my friends out there, I would like to take this opportunity to wish every body Happy New Year. 2008 have left us and keep it as our sweeetest memories. And let the 2009 cheers you up and May Allah bless us in this new year. Wassalam..
Posted by Bantal Merah at Wednesday, December 31, 2008 0 comments
Saturday, December 27, 2008
Gigi..???
Minggu ni saja mimpi aku dalam seminggu semuanya pelik2.. Aku memang dah biasa dengan keadaan mimpi macam ni.. Tapi ada dua malam tu dalam satu minggu yang sama, aku mimpi pasal gigi aku. Malam yang pertama mimpi aku asalnya benda lain tetiba ada cerita pasal gigi aku plak yang aku mimpikan. Masa 1st time aku mimpi tu aku nampak dentist tu tunjuk semua gigi aku yang bahagian atas. Aku pun terjaga la lebih kurang pukul 2-3 pagi macam tu. Aku pun tak ingat dah sangat, sapa nak ingat time terjaga kalau dah tido lena macam tu. Yang sebenarnya aku ada gigi yang baru tumbuh ni. Memang ada, ni bukan mimpi. Memang gigi siung yang tumbuh, tapi siung dia tak siung sangat. Then malam lain pulak aku mimpi lagi.. Asalnya macam biasa gak mimpi aku tu, mimpi perkara lain dulu then tetiba cerita pasal gigi aku ni timbul lagi..
Kali ni cerita dia panjang sikit. Dentist tu nak perbetulkan kedudukan gigi aku. Aku cakap aku tak nak, tak... Dia tarik jugak aku. Padahal aku bukan paham apa dia cakap masa tu. Puas aku menolak dia tarik aku lagi.. Dentist tu check gigi aku then dia try cari gigi yang sesuai and bentuk yang ok dengan ruangan gigi yang baru tumbuh. Aku macam nak penampar ja, kan aku cakap tak nak tak payah la paksa2 aku. Last dia degil, dia plug in jugak..!! ER...!!!!! Sakit tau tak bodoh.. Walaupun hanya mimpi, tapi sakitnya kena plug in gigi tu aku rasa macam real tau tak..!! Err..!!! Memang aku marah sangat, aku dah cakap ada gigi dekat situ, taring baru tumbuh.. Bangang sangat nak tambah jugak gigi dekat aku.. Sakit gigi + sakit hati..!! Aku tersedar jugak lepas aku rasa kesakitan tu. Memang aku terkejut bangun terus. Tengok time pun macam time aku mimpi yang malam 1st tu. Aku pun tak tau kenapa tetiba aku mimpi pasal gigi aku ni. Takut aku dibuatnya.. Macam2 ada dalam hidup aku ni.. Subbahanallah..~
Posted by Bantal Merah at Saturday, December 27, 2008 0 comments
Perasaanku..~

Baru aku tahu rasa sunyi dan bosan tu macam mana.. Aku tak sangka perjalanan dia meninggalkan 1001 kesan padaku. Aku rasa keseorangan setelah bas yang dinaiki dia bertolak dari terminal bas tadi. Aku pulang sendiri tanpa ditemani sesiapa. Fikiran aku melayang sebentar memikirkan keadaan dia walaupun bas tu bertolak depan mata aku tadi. Aku tetiba jadi risau tak menentu, entah kenapa perasaan tu datang tiba2. Aku buat bodoh ja dengan perasaan tu, malas nak dilayan. Takut menjadi-jadi naya ja aku atas jalan nanti. Van yang aku pandu makin laju memasuki Expressway Jelutong. Apa lagi, jadi track aku la. Heheheh.. Tu pun aku bawa kereta tak macam biasa. Aku tak sedap hati dari awal lagi. Aku tak tau kenapa and apa nak jadi lepas ni. Aku pandu menuju ke Komtar di mana aku boleh makan dan minum yang sedap2 ni.. Huuhuhuh... Mak aku masak sedap la.. Hahahhah.. Sampai ja aku dekat kawasan Komtar tu, aku cari parking, mata aku nampak kotak parking.. Aku cepat2 la masuk lorong depan and masuk lorong yang aku nampak parking tu. Last ada orang masuk parking tu dah. Aku geram sangat bila nampak cina *&$^%^ yang dapat parking tu. Geram..!!! Aku round lagi, last jawapannya aku park dekat kolej aku la. Asalkan dekat aku nak jalan ke kedai mak aku tu. Lintas jalan ja macam ayam, dah lama aku tak melintas jalan sorang2 ni. Selalu ada teman2 aku, tapi hari ni hari sabtu, masing2 busy dengan tugas diorang. Jadi aku lonely la jap hari ni. Bawa diri ke sana ke mari.. Heheheh.. Sampai kat kedai mak aku, apa lagi.. Makan la.. Tunggu lagi.. Ada chance makan ja, bukan bulan puasa pun nak menahan lapar dan dahaga ni. Ada hari2 tasyrik saja kita berpuasa. Aku duduk kat kedai mak ja aku makan banyak. Kat office, hmmmm... Harapan la nak nampak aku makan. Kalau aku keluar sorang2 pun memang senang aku nak makan. Kalau keluar dengan kawan2 or teman.. Heheheh.. Malas la jawabnya.. Aku pun tak tau apa sebabnya, padahal tiada perbedaan yang ketara yang kena aku skip dari makan ni. Tapi ada kalanya aku tak nak makan ada la sebab2 tertentu.. :) Aku makan Bakso tadi, favourite aku.. Sedap..!!~ Yummy..!!~~ Aku suka makan makanan yang bersup ni, kalau dah tak lalu nak makan macam tu la makanan aku pilih.. Tomyam ka, Sup ayam ka, Sup daging ka, Soto ka.. Huhuhuhu.. Semuanya sedap2 belaka..!!! Kalau aku nak makan makanan macam ni kat mana2 tempat yang tak jual.. Susah la aku, menangis nak kena cari jugak wei..!!! Kalau tak aku makan makanan lain nanti, ada saja aku nak complain. Hahhahah... Berbalik pada kisah tak sedap hati aku tu. Aku rasa tak sekarang, mana nak tau esok ka, lusa ka, tulat ka, tak kira la bila kan.. Mesti ada something yang tak kena nak jadi kat aku. Tapi tak dapat nak dinafikan aku memang sentiasa diduga dengan perkara2 yang berat. Insyaallah, aku tabah.. Aku tak nak diri aku rebah ditengah jalan. Ha..~ dah malam, time untuk aku makan lagi... Kikikiki...!!! Aku nak makan nasi pulak, sedapnya..!! Selagi aku ada selera nak makan ni, makan saja. Jangan ada sapa pun yang tegur.. Berani dia nak cakap macam2 dekat aku, kalau nak rasa kena penangan aku ni, tegur la.. Memang susah nak tengok aku makan macam ni. :P
Posted by Bantal Merah at Saturday, December 27, 2008 0 comments
Sabtu.. Macam2 ada.. (^.^)"
Hari ni macam biasa aku dekat rumah lepas aku hantar mak gi kedai. Aku hanya buang masa aku dekat rumah pagi ni sampai pukul 1 jap lagi then aku nak keluar cari barang kat bazar.. Heheheh.. Tak sabar nak keluar dari Penang jap, and aku tak gentar dengan exam Final aku sangat. Sebab insyaallah aku boleh buat. Insyaallah.. Entah la kenapa aku lebih gemar memikirkan pasal aku nak keluar dari Penang tu. Seronok pulak.. Tapi tak boleh seronok lebih. Aku duk terbayang2 macam mana malam tu nanti.. Huhuuhuh...~ Harap2 tak menduka citakan la macam malam2 lain yang pernah aku hadir. Last aku attend malam yang menggembirakan aku ni masa Bank aku buat Dinner dekat hotel Paradise. Tu pun tak berapa best. Hahahahha..!!!! Memang bosan, dah tu lucky draw no table ja naik.. Aku pun punya la tunggu nama aku naik, hmmm....~ Menduka citakan.. Huhuhuhuh...~ Last yang kaya bertambah kaya.. "Panas" bangat malam tu.. Last aku melawak dengan kawan2 aku, aku lupakan segala perasaan tak puas hati.. Hahahahah..!!!! Malam tu ada yang pakai macam2 style.. Tak pakai baju pun ada jugak. You all should know la kan.. Hahaha..!! Lawak..!! Yang memalukan, melayu pun pakai cam tu jugak.. Errmmm...~ Biarlah, asalkan korang bahagia tak kacau aku.. Kikiki.. Hari ni aku nak keluar lluangkan masa dengan "abi" lagi.. Sebab dia nak balik kampung Bandar Putri dia la.. Aku relakan saja dia balik kampung sebab aku nak menyendiri sekejap. Senang aku nak bergerak. Biar jauh dimata tapi dekat dihati.. :)
Aku nak siap2 nak keluar dah ni.. Nanti dia marah pulak aku lambatzz.. Hahaha..~
Posted by Bantal Merah at Saturday, December 27, 2008 0 comments
Thursday, December 25, 2008
Malang sekali..
Posted by Bantal Merah at Thursday, December 25, 2008 1 comments
c "Z" & c "A"
Tu la berlagak sangat sampai tak termampu untuk diri sendiri.. "Z" masuk ofice duk bercerita c "A" beil beg Guess kat dia harga rm400++.. Heran apa aku, entah2 beg batu feringgi.. Huahuahuahua..!!!! Then ada one day rumah tok "Z" tu banjir, on the day dia dah masuk office dia cerita lagi dongeng dia tu.. "My beg turns red coz of the floot". Kalau original pun tak tukar warna la. High Quality mana leh turn colour.. Lain la kalau kena tanah merah dia merah la.. Mengarut ja diorang ni.. Rumah tok "Z" yang banjir, c"A" pun call office cakap rumah tok dia banjir gak.. Dah la kekja satu office, habis satu office kena soal siasat sal diorang ni.. Bodoh.. Memang bodoh.. C "Z" pulak, takda harta, pinjam kereta "A" and cakap tu kereta dia. HAHHAHAHAHHAHAHAHAH...!!!! Macam aku tak tau apa2.. Dulu pun macma tu jugak, kereta bekas tunang dia, dia cakap kereta dia. Perasan sungguh la.. Bila masa dia nak sedar aku pun tak tau.. Memang hidung tinggi tu tinggi la.. Sampai nak gaduh dengan aku guna pasal Agama2 ni.. Aku lagi la nak tergelak terguling.. Nak cakap benda lain tapi cakap benda lain.. Kalau aku cerita satu office mau dia malu tertunduk menangis. Jangan sampai aku malukan dia depan orang ramai.. Bercakap agama pandai, tapi gi keja pakai terdedah2, kenyang c "A" tu, takyah makan nasi lunch time dah. Ada gak gambar dia candid dengan c "A" tu, dia bagi aku tengok.. Allah saja yang tau. Aku malas nak cakap kenapa. Aku berharap sangat dia berubah demi kebaikan dia and c "A". Aku bukan la bagus sangat, tapi aku rasa diri aku ni ada jugak la yang terkawal dan tolak ansur. Ada otak guna sepenuhnya, tapi kadangkala aku ni tak boleh dikawal sampaikan orang meluat. Meluat la, aku tak kisah.. Dah tu diri aku yang sebenarnya.. Nak meluat, nak tinggal.. Lagi aku tak kisah. Aku sekarang dah bawa diri aku, aku memang menyendiri ja. Even duduk rumah pun aku nak sorang2, tak mau ada maisarah pun. Senang sikit, fikiran aku tak penat berfikir sangat. "Z" ni jangan aku sumpah2 dia dah la sebab aku bukan jenis menyumpah orang, tapi bila marah mulut aku ni macam2 ayat pedih leh keluar, bukan ayat-ayat cinta lagi dah yang sedap didengar. Tapi bahasa kasar plak. Aku hope tahun depan dia dapat pindah ke team lain, aku taknak aku yang pindah.. Aku nak dia yang pindah. Dah la buat keja dengan aku dia ni tamak. Dah ada hard copy, soft copy pun nak sapu dulu2 jugak.. Aku bengang pasal hal ni la semalam yang aku keluar office awal semalam. Aku bengang, kalau dah rasa dia better, ampu la dia.. Junjung tinggi.. Menyampahnya..!!! Dah ar.. Sakit hati aku ni. Posted by Bantal Merah at Thursday, December 25, 2008 0 comments
Saturday, December 20, 2008
Aku kecil hati lagi..
ain dengan dia. Mungkin nasib aku memang macam ni. Takpa, InsyaAllah suatu hari Allah buka jalan untuk aku dan dia, dan hati kami bersatu semula macam dulu. Aku harap sangat.. Aku taknak macam ni selamanya.. Aku bosan dengan dunia aku yang kurang kasih sayang ni. Walaupun aku ada orang lain dalam hidup aku, tapi tak seceria macam aku dengan dia. Dari kecik aku dengan dia, ceria sentiasa.. Mungkin ada silapnya aku telah lakukan sampai dia berkelakuan macam ni. Aku memang tak salahkan dia. Aku pun tak tau nak buat macam mana dah. Bila ditanya, aku kena tempias.. Bila aku bertanya, dia membatu seribu bahasa.. Aku lagi geram, jenis aku pulak.. Sapa taknak cakap aku memang tak layan dah. Sampai dia cakap dengan aku baru aku cakap. Aku malas nak paksa2 orang semua ni. Bukan elok pun. Diorang ada hak nak cakap or tak. Biarkan saja.. Aku dengan diri aku, dia dengan diri dia.. Lagi senang.. Tapi bila aku takdak depan mata dia, baru nak cari. Bila ada biar macam aku takdak. Sama ja aku ada or tak. Malas aku nak melekat dekat rumah selalu. Tapi sejak akhir2 ni aku mula kena marah pulak dengan saudara aku. Malas aku nak buat orang bising, aku kembali ke tabiat lama, duk rumah ja. Tapi bila aku duduk rumah, disuruh aku ke sana ke sini.. Aku lebih selesa menyendiri untuk suatu masa tertentu. Sebab lebih senang untuk aku brfikir panjang. Masalahnya... Kenapa aku yang jadi mangsa keadaan ni..?? Adakah aku yang minta masalah ni datang padaku or diorang yang create, aku yang kena tanggung..???? Selalunya aku yang kena tanggung dari create.. Hahhahah.. Biar la, asalkan hidup aku ni tak kaco orang.. Sedih selalu datang dan pergi.. Aku sentiasa menantikan kesedihan ni berlalu pergi macam angin.. Sejuk ja rasa lepas kena angin tu.. Huhuhuuh.. Tapi bila agaknya aku dengan dia nak settle..?? Bukan sekali ni saja aku ada masalah dengan dia macam ni, dulu pun ada. Tapi masa tu aku muda lagi and aku tak pikir banyak. Aku biarkan saja dan rapat kembali dengan dia. Tapi sekarang ni aku dah dewasa membuatkan aku tak berhenti berfikir dan aku tak mudah nak mengalah. Aku pun tak tahu kenapa. errrghhhh..!!!! Aku nak aku dengan dia macam dulu balik.. Malas aku nak fikir panjang ni, buang masa betul.. Dah2.. Lantak la apa nak jadi lepas ni. Janji yang aku tau, aku sayang dia selalu..Posted by Bantal Merah at Saturday, December 20, 2008 0 comments
Sunday, December 14, 2008
Ahad yang aku nantikan.. Dan esok..
Semalam aku rasa penat sangat sehingga aku nak lelapkan mata aku lebih awal dari biasa. Kemudian, tak jadi jugak rancangan aku nak tido awal ni. Last, aku SMS dengan kawan-kawan aku termasuk BF aku. And then, aku cuba lelapkan mata seperti biasa. Cuba punya cuba, macam ni jugak la ngantuk aku tu. Actually aku tido rumah mak cik aku. So, malam semalam ada la kawan lama dia datang, bercerita macam-macam tentang perniagaan yang dia jalankan. Kemudian topik mereka tu macam beralih ke topik lain pulak. Malas aku nak dengar, then aku mandi dan siap nak tido. Masa kawan dia dah balik, aku dengan mak cik aku baring depan tv, memang port kami dua beranak la. Dia dah pengsan, yang aku duk kira jam kat dinding tu bila nak pagi and kenapa aku tak boleh nak tido. Aku macam tido-tido ayam ja sepanjang malam tadi. Pukul 3.30 pagi aku terjaga lagi. Terasa aku baru saja tido, tapi seperti ada yang menggerak aku suruh bangun.. Memang ada, tok aku yang bersuara. Dia nak minum agaknya. Kemudian, aku tengok sebelah aku takda orang. Mak cik aku dah cabut masuk bilik dia, aku masuk la bilik dengan tok aku tu. Aku harap aku dapat tido la dalam bilik tu. Kononnya lebih selesa la katakan. Tapi..!!! Sama juga keadaannya..!!! Arrghhhh..!!! Geram aku dibuatnya. Aku tak tau kenapa aku tak boleh nak lelapkan mata aku ni macam biasa. Aku cuba tenangkan fikiran, aku dapat lena sebentar. Tok aku tu seperti biasa la, cakap sampai pagi sebab dia dah tak nampak. So, tak tau time tu pagi or malam lagi. Aku pun layan la tido aku.. Ada suatu ketika tu, aku terasa panas tetiba.. Memang aku basah dengan peluh aku. Aku biarkan ja la. Malas nak dilayan, aku dah la jenis lemah. Tapi lemah-lemah aku, sapa yang kena aku yang tolong.. Huahuahuahua... Ok2.. Macam ni, masa aku rasa tetiba aku berpeluh tu, aku memang dah dapat tido nyenyak. Dari aku mula masuk dalam bilik, tangan tok aku ni asyik raba saja katil aku tu sebab dia ingat sepupu aku yang tido kat katil tu. Tapi aku tak bagi dia sentuh aku la, sebab baru pukul berapa, nanti dia minta makanan pulak kat aku. Aku sambung lelapkan mata, lebih kurang 30 minit lepas tu aku terjaga lagi.. Keja aku malam semalam asyik terjaga saja la wei.. Memang penat.. Bangun tido ja semalam. Tapi kali ni aku terjaga sebab terkejut gila..!!! Mula-mula aku rasa bantal aku terjatuh dekat tok aku, dia cakap adoi. And then, aku rasa tok aku sentuh kaki aku. Aku terkejut la macam mana dia leh sampai tangan nak sentuh aku...!!!!! Lama wei dia sentuh kaki aku.. Aku rasa sejuk dengan sentuhan tu.. SERAM.. Terpacak bulu roma aku ni. Aku buka mata, tengok keadaan tok aku sama macam aku masuk bilik tadi pagi. Bantal aku letak sebelah kanan pulak, tak jatuh.. Adus...!!!! Aku apa lagi, tapi buat bodoh ja. Kalau aku layan nampak gayanya aku tak lena terus la duk nangis nanti. Malas aku nak layan perasaan aku tu. Selang sejam mak cik aku bangun dah, time tu kul 5 or 5.30 pagi. Aku kurang pasti, bangun tido mata aku pun tak nampak sangat. Aku lari tido luar balik macam asal semalam. Aku tak boleh tido..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GERAM BANGAT SIH..!!! aku duduk la, mak cik aku cakap awal lagi, tido la. Aku terus terang ja aku tak boleh tido dari semalam. Dia pulak komen kat aku maybe aku banyak pikir, mana ada wei.. Biasa ja la aku masa nak tido, tapi hakikatnya aku tak boleh nak lelapkan mata aku ni. Ishk..!!! Last aku on tv tgk astro channel 106. Puas hati aku. Lepas mandi pun aku tak mengantuk dah. Malas nak tido lagi dah. Mengarut..!!
Posted by Bantal Merah at Sunday, December 14, 2008 1 comments
Friday, December 12, 2008
Sahabatku..
Penting tak dia..??? Memang dia penting dalam hidup aku selama ni. Aku kenal dia dari aku kecik lagi, tapi sekarang kami dah berenggang.. Aku sedih sangat sebab selama ni dia la tempat aku nak mengadu apa-apa masalah pun. Aku sayang dia macam adik beradik aku sendiri. Tapi salah aku juga sebab suatu hari tu dia kena fire buta dengan aku. Memang aku ada janji dengan dia tapi masa tu lain, sekarang ni lain. Masa mengubah segalanya.. Bukan keadaan kita akan kekal sama ja selalu. Ada situasi yang akan mengubah kita jugak nanti. Sama ada lambat dan cepat saja. Bagi aku dia adalah punca inspirasi aku semasa aku dibangku sekolah dulu. Kami sama-sama belajar sampai la timbul keinginan aku nak belajar bersungguh-sunggguh. Memang dia la selalu encouraged aku untuk belajar. Dalam kelas aku malas nak study subjek Sejarah. Malas sangat bila subjek tu start dalam kelas. Dia la pujuk aku suruh buka buku and usaha faham dengan sejarah dunia ni. Kalau aku mengingat kisah lampau aku dengan dia memang leh buat novel dah. Tapi sekarang ni dah terlambat, pintu hati dia dah tertutup untuk aku jadi kawan dia. Bukan salah dia aku nak marah dia minggu lepas. Semua ni pasal orang lain, tapi dia kena tempias. Kesian dia, aku pujuk tapi tak makan saman. (-.-)* Aku pun salah sebab menyebelahi orang yang tak sepatutnya. Dia ni aku kenal dari aku darjah tiga, sapa tak
sayang kawan. Aku ada masalah, dia tarik untuk aku cerita dengan dia sebab nak bagi aku redha sikit dengan keadaan masa tu. Aku selalu ke sekolah dengan muka masa, tapi dia dengan kawan-kawan aku yang lain la yang pandai ceriakan aku, buat aku gelak besar. Even kalau barang aku kena rampas dengan pengawas, dia la tolong settlekan. Tapi sekarang ni.. Disaat aku perlukan dia, dia dah tak terima aku lagi dah. Dia mengaku dia maafkan kesalahan aku tapi dia taknak jumpa aku dah. Salah aku ni terlalu besar bagi dia sehingga dia pun nak reject aku macam sebelum ni aku kena reject dengan orang lain. Hanya orang tertentu saja dapat paham aku, bukan semua boleh sekepala dengan aku. Bila timbul situasi macam ni, pelbagai persoalan la aku terima dari semasa ke semasa. Kawan aku yang lain banyak bertanya aku kenapa jadi macam ni. Aku nak explain pun aku tak tau macam mana. Keadaan dan situasi yang mengubah tingkah laku aku, bukan aku sendiri yang nak benda ni jadi. Kehidupan aku muram tanpa dia di sisi aku. Persahabatan aku dan dia terhenti di sini saja. Tarikh hari ni menjadi sejarah hitam dalam hidup aku. Akhirnya tercipta lagi sejarah hitam dalam hidup aku ni. Apalah nasib aku agaknya..??? Biar Allah saja yang menentukan keadaan aku dan dia. Bila dia dah sejuk sikit, aku harap aku dapat memujuk dia. Sempena raya haji hari tu ada aku berniat nak jumpa dia kat rumah kawan aku, tapi dia yang tak nak datang. Puas aku telefon rumah dan handphone dia. Takda jawapan.. Last, aku give up, aku pasrah saja pada yang Esa. Insyaallah sejuk la hati dia untuk aku suatu hari nanti. Insyaallah.. Aku yang bersalah, aku mengaku kesalahan aku. Manusia tak semuanya sempurna dan takda manusia yang sempurna dalam dunia ni. Fikirlah dulu sebelum bertindak.. Kalau tak menyesal tak sudah macam aku ni.. Sedih babe..~
Posted by Bantal Merah at Friday, December 12, 2008 1 comments
Monday, December 08, 2008
Gambar-gambar untuk renungan..
Aku post gambar-gambar kenangan aku dengan mak cik2 aku dan gambar family aku..
Ni gambar aku dengan mak cik kesayangan aku.. Tiap-tiap tahun aku tunggu semua balik Penang. Takda diorang aku bosan, takda kawan nak lepak and takda kawan nak mengadu.
Ini pun gambar kenangan raya tahun 2008 dengan mak cik mak cik aku.. Padahal umur kami tak banyak beza sangat. Pangkat saja membezakan kami. Asal balik Penang saja, aku la peneman setia mereka berdua ni nak gi Batu Feringgi, buat apa lagi.. Cari DVD la.. Hahahah..!!~
Gambar ni pulak aku dengan budak kopi ni.. hehehhe.. Dia sorang ja gelap dari kakak and abang-abang dia yang kembar tiga tu.. Nama dia Raja Darwisy.. Anak sedara kesayangan aku, tapi dia stay jauh ar.. Rindu aku kat dia ni.. Raya Haji dia tak balik Penang sebab cuti mak dia dah abih. Cian dia.. hehehhe.. Comel sangat.. Aku suka kacau dia. Dia suka gelak dan aktif sangat dari kembar tiga tu.
Ha...!!! Ni dia gambar kembar tiga yang aku cakap tu.. Kali ni bergambar dengan adik dia Si Awisy.. Heheheh.. Pagi raya gambar ni aku suruh ayah diorang candid sementara awisy atas sofa lagi. Sedondon ja diorang ni.
Ni plak.. Mariam Maisarah dengan mama dia, kakak aku la. Kakak aku yang sulong. Dia keja sekali dengan aku, tapi aku jarang sekali dan boleh kira berapa kali aku keluar lunch dengan dia. Hehehhe..~ Biasa la, aku tak sebulu dengan dia kadang-kadang tu. Malas aku nak melayan sangat. Time ni Sarah makan muruku, makanan kesukaan dia la, apa lagi..
Posted by Bantal Merah at Monday, December 08, 2008 0 comments
Bercerita tentang..
Apa agaknya aku nak bercerita dalam post kali ni...??? Hurrmmmmm...~ Aku kurang pasti jugak ni. Ok, aku seorang gadis berasal dari keturunan jawa. Kehidupan aku tak lari dari adat-adat orang jawa, itu semestinya la kan. Ini pasal perkenalan seorang gadis seperti aku dengan orang-orang biasa. Asalkan aku bercakap, ketawa, dan bermesra dengan orang ramai, perwatakanku sering dipertikaikan. Soalan yang sering dilontarkan padaku selalunya membuatkan aku sentiasa ketawa besar.. Adakah patut aku dikatakan anak mami Pulau Pinang.. Agaknya perbezaan kulit aku dengan saudaraku yang lain amat ketara. Ya, memang berbeza sekali. Tapi itu tidak memungkinkan aku untuk mengatakan yang aku anak mami. Hahahhah..!!! Aku bukan anak mami, aku berketurunan jawa yang selalunya keturunan aku disebut-sebut orang ramai sekarang.. Bukan calang-calang jawa. Setahu aku, aku masih lagi berdarah jawa yang tulen sehinggalah turun ke peringkat anak saudara aku yang lain semuanya bukan asli lagi dah. Ada yang dah bercampur jepun dan mat saleh semua la. Biarlah bercampur macam mana pun, insyaallah anak-anak aku kelak masih berketurunan jawa. Aku suka dan bangga dengan keadaan aku sekarang. Bukannya aku malu atau apa-apa pun. Aku hanya insan biasa seperti orang lain juga. Semuanya sama taraf di dunia ni. Cuma kulit yang membezakan keturunan dan darjat kita. Tiada yang berbeza sangat pun. Ada juga yang mengatakan aku ni bukan berasal dari Pulau Pinang, bukannya aku bercakap seperti orang KL ka, Kedah ka.. Pertuturan aku biasa saja, orang lain sepatutnya tahu dari percakapan aku tu. Biar la orang nak cakap apa pun, asalkan aku tahu asal usul aku dan tak dikatakan sombong. Bercakap pasal sombong pulak, ada orang nak cakap jugak pasal ni.. Ishk..!! Aku bukannya sombong, padahal punya ramah ka aku ni nak bercakap dengan orang cuma kadangkala aku memandang seseorang la sebelum berkawan. Aku ni tak semestinya boleh masuk satu kepala dengan orang lain yang boleh terima aku. Masing-masing punya pendapat dan boleh memilih rakan dan pasangan yang bersesuaian dengan mereka. Selain dari tu, mungkin pandangan orang lain yang dilontarkan padaku tu terlalu sempit pemikiran mereka. Belum kenal dah cakap sombong. Belum bercakap dah kata itu ini dibelakang aku. Allah saja la yang tahu hal-hal ni semua walaupun aku tak mendengar bisikan panas mereka. Lantak lah, aku slumber ja jalani hidup suka dan duka aku ni. Bagi aku tiada masalah, semuanya rata. Beres..~ Aku juga dikatakan manja sebab aku seringkali ditanya aku ni anak keberapa dalam keluarga. Asal aku cakap anak bongsu saja, "Mesti anak manja kan..". Padahal diorang ingat anak manja ni senang dapat apa-apa saja la.. Sempitnya la pemikiran diorang.. Aku biarkan saja, bila diorang dah ada anak nanti diorang paham la keadaannya macam mana. Segelintir kawan aku berkata pulak, dari body movement aku dan percakapan aku ni ada kalanya aku ni memang manja, tapi aku nafikan sebab aku taknak orang cakap aku mengada pulak. Malas nak dengar orang gosip dibelakang aku. Cemburu pun ada gak.. Hahahahha... Panjang sikit citer aku kali ni.. (^.^)" Cemburu.. tak pasal-pasal aku ni dicemburui orang lain pulak. Apa ada dengan aku, aku pun tak tau. Apa aku ada perempuan lain pun ada.. Allah menciptakan kaum hawa tu sama cuma paras rupanya saja yang berbeza. Tipu la kalau aku pun tak cemburu kan.. Hehehe.. Tapi setengah orang dapat mengawal dan tidak cemburu buta. Aku pun latih diri aku macam tu juga. Buat apa nak cemburu.. Banyak benda lagi boleh kita lakukan. Buang masa saja nak jealous ni semua. Buat gemukkan badan or kuruskan badan bagi sesiapa yang makan hati. Akhir sekali aku selalu dikatakan GARANG.. Hahahhha...!!!~ Memang kot sebab aku tak dapat nak menahan perasaan aku dari marah. "Panas" sangat wei..! Tapi aku kawal la bila nak marah, taknak orang lain sakit hati dan terasa sampai mati dengan kata-kata aku nanti. Aku dah pernah buat orang sakit hati, walaupun sekarang dia dah baik dengan aku, tapi ayat-ayat aku yang dilemparkan pada dia masih dalam ingatan. Hehehhehe..~ Sebab tu aku bila rasa nak marah aku jauhkan diri dari orang yang nak kena tu then aku menyendiri takut nanti orang lain pulak yang kena tempias penangan aku. Kebiasaannya aku akan tenangkan diri dekat laut atau kawasan yang tak ramai orang. Tak bising sangat. Aku suka bawa diri.. Senang sikit. Kalau aku marah or kena marah, aku tak suka kena pujuk, hujan susah pulak. Biar la aku sendiri dan bawa diri.. Dah.. Tu la sifat aku sebenarnya..
Posted by Bantal Merah at Monday, December 08, 2008 0 comments


